Doktor pernah pesan, kalau nak menjadi pengguna stetoskop yang baik, supaya boleh beza bunyi jantung milik pesakit yang beraneka jenis itu, maka haruslah 'pakar' dalam mendengar bunyi jantung yang normal.
Sekurang-kurangya, setiap hari kamu kena dengar bunyi jantung sepuluh orang normal dari pelbagai usia, pelbagai latar belakang sejarah keluarga. Itu namanya latihan.
Dan juga jadilah seorang yang peka dan sensitif dengan semua bunyi di sekeliling kamu, kata doktor.
Baik bunyi burung berkicau, ayam berkokok, bunyi pak cik tukang bersihkan jalan duk menguis-nguis sampah, bunyi angin menerbangkan daun-daun kering (atau sampah), bunyi Maryam tutup pintu bilikku yang penuh berhati-hati (sebab takut aku terjaga dari tidur ^^ ), bunyi Sakinah petik suis lampu biliknya jam tiga pagi untuk mula studi, bunyi adik menaip entri blog dengan tangannya yang berpeluh, bunyi Zaim yang suka seret kasut kalau berjalan dengan dia dan lain-lain lagi.
Dengar dan hayati betul-betul
Bila mendengar lagu, bukan setakat fokus kepada suara penyanyi atau alat muzik yang jelas bunyinya. Maksudku, tumpukan perhatian juga kepada bunyi latarbelakangnya. Berikan perhatian juga kepada bunyi-bunyi lain di sampingnya. Dan ikutilah nada rentaknya. Pasti, sampai bila-bila pun akan ingat
Aku sering mencubanya. Dengar lagu, tapi tak adalah hayati lirik dan suara penyanyi tu sangat. Kadang-kadang lebih kepada dengar bunyi belakang-belakang dia. Lagi-lagi sewaktu bertolak keluar dari rumah untuk ke sekolah awal-awal pagi. Biasanya akan mendengar lagu yang berentak rancak dan bernada ceria.
Kena pandai-pandai cari solusi sendiri untuk menyegarkan minda dan memotivasikan diri sejak di awal pagi. Kalau tidak, stres memanjang sehingga ke petang. Satu lagi tips untuk kekal ceria adalah tidak marah-marah waktu pagi. Walaupun tudung hangus kena bakar dengan seterika atau housemate masak nasi lemak beserta sambal yang pedas amat! (ok, yang ni bukan pengalaman sendiri :) )
Hal ni nampak kecik dan remeh je kan. Tapi bagi aku, ia merupakan salah satu cara untuk menjadi lebih peka dan sensitif. Seorang daei tu pun kena lah peka, sensitif dan fleksibel dengan semua benda di sekeliling dia kan? Peka dengan isu-isu teman dan kawan sehinggalah kepada isu negara dan isu dunia.
Dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar perkara.
:)
p.s: Buat yang tidak tahu, aku kini bercuti dua minggu bersempena Winter Break. Di Malaysia :)




4 comments:
salam ziarah,k fathiyyah..
mmg fokus membantu kita tenang
dan tenang membantu kita fokus an.
thanks. ;)
indeed!
:)
mana link blog yg byk2 kat tepi ni. saya suka baca blogs yg awak promot kat blog awak. mana pigi mana pigi????
yumi, ada kat bawah2 :P
Post a Comment