Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 20, 2012

Nikmat




 " Tak mudah untuk mengatakan hal yang benar di waktu yang tepat,
namun agaknya yang lebih sulit adalah, 
tidak menyampaikan hal yang salah,
ketika tiba saat yang paling menggoda untuk mengatakannya" 


====================

Bismillah ..

Di antara nikmat di waktu musim cuti untuk belajar Peds (dan telah berjaya melalui peperiksaan semalam dan hari ini, alhamdulillah), adalah bila waktu azan siap selesai  berkumandang, aku adalah orang pertama di dalam saf  Dan cepat-cepat 'iqamat' walaupun kakak yang lagi dua orang tu masih di bilik masing-masing (taktik tak mau jadi imam 'baca kuat' . Hehe)

Biasanya orang yang terakhir untuk sampai ke saf akan terus dilantik menjadi 'imam' kami untuk solat itu.
Kalau nak bagi fair-and-square, biasanya kami bertiga bergilir-gilir. Lagi-lagi untuk Subuh, Maghrib dan Isyak. Kalau bab Zohor dan Asar biasanya tiada siapa pun yang kisah  :)

Dan aku lebih suka menjadi makmum kepada mereka. Kerana bacaan mereka lebih baik dari aku. Kerana berasa tenang setiap kali mereka membacakan Al Fatihah dan surah-surah pilihan selepasnya.

 bersolat jemaah di kala bergelut dengan hari-hari 'kesempitan' sebelum peperiksan adalah nikmat.
Nikmat, tahu.

Nanti-nanti mesti rindu zaman belajar, zaman berhidup dengan kawan-kawan macam sekarang.
Sebab nanti bila sudah bersuami (memang sudah bersuami pun kan :) ), sudah berkeluarga, ada anak-anak, tiada siapa dapat jamin kita akan terus hidup dengan suasana sebegini nanti.
Melainkan jika kita betul-betul kuat dan thabat, maka kitalah yang akan membentuknya, mencorakkannya.


Moga kita akan sentiasa dikuatkan oleh Dia Yang Maha Kuat, untuk menjadi cahaya kepada orang-orang di sekeliling kita nanti. 'Cahaya di atas cahaya'. Mudah-mudahan. Ameeen.


================

Alhamdulillah, secara rasminya tamat sudah pembelajaran Pediatrics kami siang tadi. Dengan berhempas pulas selama beberapa hari (termasuk berhibernasi dan menahan diri dari ber blog untuk menumpukan perhatian kepada studi), maka Insya Allah semua telah melepaskan nafas lega buat seketika.
Akan bertemu dan berhempas pulas semula dengan Pediatrics, berjumpa kembali dengan doktor-doktor , para ibu dan anak-anak dalam peperiksaan akhir tahun , Jun nanti.

Moga dua hari cuti ini bakal diisi dengan aktiviti berfaedah.  Ada beberapa buah buku sedang 'beratur' untuk dibaca sebelum bermulanya round baru, Surgery. Maka, haruslah menghabiskannya memandangkan ia adalah hutang-hutang yang belum dilangsaikan pada tahun lepas.

Hari esok akan berjalan-jalan dengan orang tersayang.
Orang kata nak pergi cuci mata, cuci minda dan menyucikan hati

:)






1 comments:

umairah safiyyah said...

Assalamualaikum..

pertama kali jejak blog akak dan saya sangat suka baca (=
pembacaan terhenti saat akak tulis:

" Tak mudah untuk mengatakan hal yang benar di waktu yang tepat,
namun agaknya yang lebih sulit adalah,
tidak menyampaikan hal yang salah,..
(saya baca berulang kali) ;D

mudah-mudahan akak dapat jadi doktor yang hebat!

-apa pun jauh dalam hati..impian untuk ke sana tersemat dalam hati,mohon di doakan ya-

salam ukhuwah dari saya ^__^

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena