Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 14, 2012

Kurang Seronok



Nasihati aku di kala kita hanya berdua,
jangan meluruskanku di tengah ramai
sebab nasihat di depan banyak manusia,
terasa bagai hinaan yang membuat hatiku luka.

-As Syafi'i, Diwan-


========


Harini hujan rintik-rintik sewaktu berjalan ke tempat usrah. Berjalan laju sambil memeluk tubuh.
hampir dua jam mengecaj bateri yang bernama iman. Walaupun masing-masing duduk dalam bulatan, menggigil-gigil.

Lalu pulang ke rumah dengan perasaan puas. Dapat An Naba' dengan mesej 'hidup berwawasan kan akhirat' serta hadith tujuh yang memperihalkan tentang bagaimana agama itu adalah 'Nasihat'

Senyum

Musim sejuk adalah musim rindu nak main netball/basketball  di tempat yang tidak bersalji ini.
Namun, sedar diri yang dah tua. Tak larat nak aktif lari sana sini seperti dulu.. jaguh waktu zaman first year second year third year boleh laa. sekarang lari nak kejar tren metro pun dah semput. -_-' 




Satu perkara yang kurang seronok bila musim exam begini adalah bila ketuk pintu bilik housemate,
jerit nama dia (seolah macam sebulan tak jumpa) nak ajak borak, nak bercerita, nak bergurau senda

tiba-tiba, jeritan itu tidak bersahut.
pandangan kita pun tidak bersambut.

'fathy, sori. tak berapa sihat'

perasaan? memang kurang seronok.

(masuk bilik kembali , kawan dengan Bo la )

:) 






p.s: Syafakillah wa'afaki, teman  (semoga Allah menyembuhkan kamu dan mengampuni kamu) :)


3 comments:

Anonymous said...

I know I miss you a lot when I always hop in here lately, one thing that I rarely did before. Good luck exam fathy! :D

Noor Asyila said...

eh dah ade difayah! ;p

[fathiyyah] said...

anony : i miss you too, 'orang jauh'.. take care :)

syila, sukacita dimaklumkan bahawa difayah itu saya pinjam dr bilik sebelah. skrg sy sedang menggigil kesejukan! grrrr

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena