Lagi petikan dari sebuah buku yang sedang dibaca :)
========
Emak adalah perempuan berbadan kecil tetapi punya idealisme raksasa. Dia tidak hanya tepat waktu, tetapi awal waktu. Di sekolah rendahnya, emak satu-satunya guru yang selalu datang paling pagi. Kadang-kadang lebih cepat dari Ajo Pian, penjaga sekolah sehingga dia membuka sendiri pintu pagar dan kelas-kelas. Sambil menunggu guru lain dan para murid datang, dia sibuk menyiapkan buku persiapan mengajar.
Sementara di rumah, beliau adalah ibu dan isteri yang prihatin. Suatu kali aku pulang bermain bola sepak di sawah yang baru sahaja dituai. Mukaku lebam, rambut kusut masai dan badan kotor seperti kerbau lepas berkubang. Mataku bengkak dan bibir luka kerana berkelahi selepas bermain bola. Emak tidak marah-marah.
"Apakah kawan-kawan yang main dan berkelahi tadi orang Islam?" tanya emak lembut.
Aku mengangguk sambil memajukan bibirku, merungut.
Aku mengangguk sambil memajukan bibirku, merungut.
"Apa perintah Nabi Muhammad kepada sesama Muslim?"
"Memberi salam."
"Yang lain?"
"Tersenyum"
"Memberi salam."
"Yang lain?"
"Tersenyum"
"Bersaudara"
"Nah, bersaudara itu berteman, tidak berkelahi, saling menyayangi. Itu perintah Nabi Muhammad. Mahu ikut Nabi?"
"Mahu."
"Jadi sepatutnya bagaimana hubungan kamu dengan kawan-kawan?" Kali ini emak bertanya sambil tersenyum damai.
"Bersaudara dan tidak berkelahi,"kataku.
"Itu baru pelajar emak dan umat Nabi Muhammad."katanya sambil merangkul kepalaku dan menyuruh mandi.
Begitulah emak. Pada saat hatiku terganggu dan sedih, dia selalu datang dengan sepotong senyum yang mampu merawat hatiku yang gelisah. Senyumnya adalah ubat yang sejuk.
-Negeri 5 Menara, A.Fuadi-



3 comments:
Assalamualaikum :)
Sedar x sedar, dah hampir 4 tahun saya datang jenguk blog ni. Dari masa sekolah, tiap2 kali ada masa senggang dapat online, antara perkara yang wajib saya buat adalah jenguk blog ni. macam2 kisah dah saya baca. Ada antaranya yang sangat2 menyentuh hati ini. Termasuk entri ini.
Untuk kak fathy (xpe kan saya panggil akak kak fathy?), teruskan untuk menulis. Sebab akak jadi sumber inspirasi saya (saya pun ambil medic juga!) Semoga kita bersama-sama dimudahkan urusan oleh-Nya untuk jadi doktor muslim yang berjaya. InsyaAllah~ :)
p/s: teringin nak jumpa akak live! hehe :D jzkk.
wooo, bestnye ade orang komen mcm kat atas.. saya kini berpindah ke http://fatirohchokelatah.blogspot.com silalah jenguk2 ^__^
yang jauh,
seronoknya dgr kamu dah berjaya sambung ambil medik . mabruk alaiki!
tak silap, kak bina blog ni pun empat tahun yang sudah. Kalau kamu folo sejak itu, maknanya habislah semua karutan kak kamu dh bc ya. aiseh, tu semua tulisan tidak matang :) anyhow, terima kasih amat sangat kerana masih suri membaca luahan dan perkongsian yang tak seberapa ni.
nanti nak kenal kamu dgn lebih lanjut. doakan kejayaan bersama
take care :)
adik fatiroh, patut pun kak cari n nk bc blog kamu dah tak ada. tukar identiti dan blog rupanya. apa pun, selamat berjuang di sana! :)
Post a Comment