Friday, December 30, 2011

Penilaian Umar



Sibghah (Celupan) yang terbaik adalah Sibghah Allah (2:138)



Menjelang wafat, Umar memberikan penilaian pada keenam calon penggantinya, termasuk Ali, dengan pengenalan yang jujur dan amat terus terang.

Imam Zuhri meriwayatkan kejadian itu sebagaimana dihuraikan oleh Ibnu Abil Hadiid dalam Kitab Syarhnya
"ketika terbaring akibat lukanya, " begitu kata beliau " Umar Ibnu Khattab meminta agar keenam anggota Majlis Syura yang telah ditunjuknya dihadirkan dan memulaui musyawarah di dekatnya. Lalu beliau minta didudukkan.

Umar tersenyum. "Bersediakah kalian." tanya Umar. "Aku beritahukan tentang sifat-sifat diri kalian?"

Mereka menjawab "Ya, Sebab kau jujur jan keras. dan kau takkan memaafkan kami ataupun meringankan penilaian jika kami meminta maaf!"

"Adapun engkau hai Az Zubair," kata Umar sembari menghela nafas, "Adalah orang yang cepat terbakar amarah, sempit dada, serta penuh ambisi. Engkau seorang mukmin di saat ridha dan sekaligus seorang kafir di saat murka. Sehari sebagai manusia dan sehari sebagai syaitan.Bisa jadi aku memilihmu dan menyerahkan khilafah kepadamu, nescaya engkau akan berbuat aniaya bahkan mesti hanya pada satu mud gandum.
Fikirkanlah hai Az Zubair, jika aku memasrahkan oadanym siapa yang akan menjadi pemimpin bagi manusia pada hari engkau menjadi syaitan dan pada saat kemurkaanmu meledak? Demi Allah, Dia takkan menyerahkan urusan umat Muhammad ini kepadamu sedang dalam dirimu masih bersemayam sifat-sifat ini. "

Az Zubair tertunduk malu.

Kemudian Umar menghadap ke arah Thalhah Ibn Ubaidillah. "Apakah aku akan bicara tentangmu atau diam?' tanya Umar.

"Bicaralah. Tapi aku memang tahu sesunggunya engkau takkan bicarakan tentang kebaikanku sedikit pun!" jawab Thalhah.

"Demi Allah hai Thalhah, aku tidak mengenalmu lagi sejak hilangnya jari-jarimy di Perang Uhud. Kau dirasuki bangga diri dan sombong. Telah wafat Rasulullah dalam keadaan murka atas apa yang kau katakan sehingga turunlah ayat hijab. Hai Thalhah, apakah akan aku tambah lagi ataukah aku diam? "

Thalhah nyaris menangis. "Diamlah! Itu cukup!" Katanya teresak.

Kemudian Umar menghadap ke arah Sa'ad ABi Waqqas.

"Adapun engkau, hai Sa'ad, adalah tukang berburu, pemilik busur, anak panah dan tombak. Engkau adalah bagian dari sekumpulan kuda perang dan pasukan. Engkau seorang panglima perang yang memiliki kuku-kuku singa. Namun kau bukan khalifah! Bahkan Bani Zahrah pun takkan sanggup kau mengurusnya!"

Lalu Umar menghadap Ali ibn Abi Thalib

"Dan adapun engkau hai Ali," katanya, "Demi Allah, seandainya bukan kerana unsur kelakar dalam dirimu, nescaya engkau busa membawa mereka pada tujuan yang terang dan kebenaran yang jelas ketika engkau memimpin mereka. Sayangnya mereka takkan mahu kau bawa ke sana. Mereka takkan melakukannya"

Setelahnya, Umar menghadap ke arah Abdurrahman Ibn Auf 

"Dan engkau wahai 'Abdurrahman, seandainya setengah iman seluruh kaum Muslimin ditimbang dengan imanmu, maka imanmu lebih berat. Akan tetapi dalam dirimu terdapat kelemahan. Dan hal khilafah ini tidak akan baik jika dipegang oleh orang yang memiliki kelemahan seperti kelemahanmu!"

Abdurrahman bin Auf mengangguk-angguk dan tersenyum.

Terakhir, Umar menghadap Utsman dan memintanya mendekat.

"Sepertinya, hai Utsman," kata Umar lembut, "Quraisy akan mempercayakan urusan khilafah ini kepadamu lantaran kecintaan mereka atasmu, ya Dzun Nurain. Lalu engkau akan mempersamakan dan mengangkat Bani Umayyah serta Bani Mu'aith atas manusia dan memuliakan mereka dengan fai'. Lalu sekelompok serigala-serigala bangsa Arab akan menyerang dan membunuhmu di tempat tidurmu, Demi Allah, seandainya mereka menyerahkan khilfah kepadamu, nescaya itulah yang akan kau alami. Dan seandainya engkau menerima, nescaya itulah yang akan terjadi. "

Umar mendekatkan kepalanya ke kepala Utsman. Diusapnya ubun-ubun Ustman oenuh kasi, lalu dia berbisik di telinga Utsman, "Ingatlah ucapanku ini. Sebab ia akan terjadi"

====

Dalam dekapan ukhuwah, Allah akan menganugerahkan kepada kita sahabat-sahabat yang kadang lebih mampu menilai kita daripada diri kita sendiri. Secara peribadi, kadang kita memang bias dan menjadi tak jujur dalam mengenali diri.

Sungguh antara nikmat terbesar dalam berukhuwah adalah keberanian kita unuk menerima penilaian itu sebagai sebuah masukan. Itu sikap agung yang telah diambil oleh Az Zubair. Oleh Thalhah. Oleh Saad bin Abi Waqqas. Oleh Ali. Oleh Abdurrahman ibn Auf. dan juga oleh Ustman Ibn Affan.

Rasulullah dahulu memuji-muji mereka masing-masing dengan keutamaannya

Az-Zubair adalah Hawari Rasulullah, penjaga setia Sang Nabi.
Thalhah adalah syahid yang masih berjalan di muka bumi. Uhud adalah harinya Thalhah.
Sa'ad ibn Abi Waqqash adalah satu-satunya orang yang Rasulullah satukan ibu dan ayahnya sebagai tebusan.
Abdurrahman ibn Auf adalah dermawan tak tertandingi.
Ali ibn Abi Thalib adalah pintu kota ilmu, dan kedudukannya di sisi Rasulullah bagai Harun di sisi Musa.
Sementara Utsman ibn Affan yang kita tahu, takkan membahayakannya sesudah apa yang disumbangkannya untuk perang Tabuk, wakafnya dengan sumur Raumah, hijrahnya dua kali dan dua cahaya yang dinikahinya.

 Tetapi di hari yang prihatin itu, Umar dengan perut terluka menganga dan terus mengucurkan darah telah memberikan hal lain yang tak terkalah berharga : sebuah penilaian. 'Umar mengungkap sisi lain dan masing-masing kepribadian mereka.

Dalam dekapan ukhuwah, mereka menerima itu semua dengan lapang dada

======


Sekadar berkongsi salah satu petikan kegemaran dalam buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' oleh Salim A.Fillah

Selamat Hari Jumaat. Jumaat terakhir untuk 2011

:)



Thursday, December 29, 2011

Laut Pasang Surut


" Laut pasang dan surut;
Bulan bergilir sabit dan purnama;
Masa ada musim dingin dan panasnya.
Tapi KEBENARAN tak bergeser, tak lenyap, tak berubah"

"Kita hanya himpunan hari-hari.
Tiap berlalu sepetang dan sepagi;
hilang pula sebagian diri.
Mari renungi pada apa ia habis nanti "

"Hidupku untukMu,
apalagi matiku "





=======


Dua minggu lagi akan tamat belajar dan meneroka alam kanak-kanak. Tapi alam ini tidaklah begitu menggembirakan buat mereka yang melihat dan merawat. Bak kata orang-orang tua 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ' 

Jangan ditanya apa perasaan baik si ibu, si bapa mahupun si anak kecil tuan punya badan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau mula-mula dulu, boleh kata hampir setiap hari bergenang air mata dan nangis dalam tandas melihat kanak-kanak sakit dalam seksa. Tapi sekarang nak masuk minggu kelapan sudah imun dengan itu semua. Dah kebal orang kata.

Dengan dimasukkan bermacam tiub. Dengan bayi kecil bersusah payah untuk bernafas, menyedut udara percuma. Dengan yang wajah dan bibir kebiruan, pipi kemerahan dan ada juga mata kekuningan.
Dengan yang sindrom Down, dengan yang jantung berlubang, dengan yang tak cukup darah sehinggakan setiap bulan kena bagi darah baru.

Namun apa yang paling penting, emak dan ayah setia di sisi cahaya hati mereka. Mungkin si emak atau ayah itu jadi kuat bila melihat anak mereka terus  bertabah dan bertahan untuk berhidup.
Sedangkan si kecil bermati-matian untuk hidup, inikan pula si dewasa.

====

Tahukah anda, bahawa exercise bagi seorang bayi itu adalah ketika suckling (breastfeeding).
Memerlukan banyak tenaga demi memastikan badan mendapat nutrien yang cukup dari bonda mereka.

dan tahukah anda apabila kanak-kanak kecil mengadu sakit lutut atau sakit sendi, mereka akan bermuram sepanjang masa. Kerana bila sakit-sakit itu,  tiada lagi ruang dan peluang untuk berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain. And childhood is still all about playing and having fun

(Arghh. tak suka tengok budak menangis-nangis sebab tak dapat lari-lari macam orang lain Tapi degil nak jadi pediatrician juga suatu hari nanti .Atau seorang pakar dalam emergency medicine atau neonatologist. Apapun, cita-cita memang mudah untuk berubah-berubah.  )





dan hari ini dalam sejarah. Pertama kali merasakan belajar dan mentafsir X Ray dan CT scan itu, tidaklah sesusah mana. Terima kasih Dr Happy Kayser , profesor pediatrics yang mengajar group C pada setiap hari Rabu jam 10 pagi






[Edited] Tahniah Ks . dan selamat lahir ke dunia, lil caliph

:)





Tuesday, December 27, 2011

Di Sebalik Nama




"Nama adalah doa dan harapan "
-Quoted-

Kata emak, namaku itu datangnya dari negara Mesir. Atau lebih tepat lagi nama seorang doktor pensyarah UIA yang berasal dari Mesir suatu ketika dahulu. Mungkin emak terlalu mengagumi beliau, maka emak pun telah diberi peluang oleh ayah untuk menamakan anak mereka yang keempat dengan nama ini.

Fa ta ha maksunya buka. Fathi ertinya pembukaanku. 

Emak pernah cerita  lagi,  generasi pertama dalam keluarga kami adalah terdiri daripada kak long, angah dan abang nuar, manakala generasi kedua diteruskan oleh aku, adik, hafiz dan zaim. Sebab perbezaan umur antara aku dan abang nuar yang agak jauh. Beza pun enam tahun. Maka, aku sebagai pembukaan untuk generasi kedua adik beradik. Generasi kedua dalam menyejukkan dan menghiburkan hati emak ayah, aku kira.

Pemilik nama ini adalah seorang yang sangat nakal kata emak. Kecik-kecik kalau terasa hati merajuk  dengan emak sebab selalu sebelahi adik, dia boleh menyorok dalam ruang tempat buang sampah belakang rumah sampai semua orang cari tak jumpa. Dengan beg siap bekalan baju untuk tiga hari.

Pandai mencari ruang sendiri. Pandai buka macam-macam dan semuanya pandai sendiri.
pandai panjat-panjat bukit, main basikal sampai jatuh longkang balik rumah satu badan berdarah-darah.
Pandai buka almari, buka laci, buka diari emak, mengeja dan baca tulisan emak.

Nama suami maksudnya adalah 'Umar  kecil' atau little Umar. Mungkin mak abah menamakan dia dengan nama itu bersempena dengan mujahid pertama yang syahid dalam Badar Al Kubra. Seorang sahabat yang setelah memakan tamar, terus meluru ke arah musuh dan syahid di medan perang. Atau nama seorang sahabat yang juga hidup pada zaman Nabi yang pada mulanya telah merancang dan mengancam untuk membunuh Nabi dan akhirnya telah memeluk Islam setelah bertemu dengan Nabi.

Entah, dia sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya nama itu. Tidak pernah pula bertanya kepada orang tuanya tentang hal ini. 

Mungkin  dia bukan seorang yang out-spoken  dan kadang-kadang agak pendiam, my little umar adalah seorang yang simple, serba tahu tentang agama , tenang dan sangat matang orangnya. 

Nama bakal anak dah ada dalam list sebenarnya. Tapi baru ada dua. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Yang lelaki dengan bermula dengan huruf M manakala yang perempuan bermula dengan huruf Z.  Teman-teman yang rapat, pasti dah boleh agak pun apa nama-namanya. Yang penting nama masing-masing nanti akan hanya ada satu perkataan. Tiada muhammad, nur mahupun wan  :)

Tapi hati manusia tu kan cepat berubah-ubah. Boleh je nanti-nanti jadi nama lain kan?

Ini namanya hasrat dan harapan. Untuk masa depan. Entah bila nya pun tidak tahu

Semoga bakal ummi ini akan sentiasa mempersiapkan dirinya dalam membentuk anak-anak kecilnya nanti.
Kehidupan yang lebih penuh dengan cabaran dan dugaan, namun ternyata balasannya nanti lebih 'menjanjikan'

:)

Tajuk 'Di sebalik nama' ini diambil dari blog seorang kakak yang aku kagumi dari dahulu sampai lah sekarang. Khai mesti lah tahu siapa orangnya :)


=========




Kebahagiaan itu adalah terlalu subjektif untuk diceritakan dan dikongsikan.
Kadang bila seolah-olah kita telah memiliki semuanya, orang pun nampak kita tenang dan bahagia. 
apapun alhamdulillah. kita pun tahu kebahagiaan ini bukan milik kita.
Melainkan dimiliki oleh Dia Yang Maha Pemilik

Jika mimpi-mimpi buruk itu adalah mainan tidur kata emak, perasaan ragu-ragu itu pula adalah mainan di dalam hati. Seperti yang telah dikisahkan dalam surah keseratus empat belas dalam Al-Qur'an .
Bila berjaya sikit-sikit diwas-waskan oleh makhluk bernama syaitan, maka menanglah dia ke atas kita.







p.s:  December 26 : Happy Birthday, my little Zaim Zharfan :)


Monday, December 26, 2011

Benci Nasihat



"Hawa nafsu membenci nasehat.

Nurani mencintai pengingat.

Perhatikan kala masukan datang;
hawa atau nurani kah yang menang?"


Friday, December 23, 2011

It's Jumuah


Berdakwah sejatinya memperbaiki diri;
sebab telinga kita sendiri lebih dekat daripada telinga para pendengar

Dalam apapun pekerjaan & kedudukan;
jika Allah kehendaki kebaikan bagi seseorang;
ukurannya adalah dia terfahamkan tentang agamanya

indeed. 
kebaikan itu akan datang bila kita lebih memahami agama yang kita sedang anuti sekaran,
lebih terasa betapa bermaknanya hidup,
bila kita hidup dengan rasa izzah (bangga) dengan agama kita

apapun, blog ini benar-benar memberikan nafas baru,
pada setiap hari .

Lagi lama dalam tarbiyyah,
idealnya lebih mujahadah dalam segala benda
lebih tersusun dan teratur dalam segala perkara
lebih mujahadah dalam segenap urusan
lebih sangat menghargai masa
dan lebih manfaat kepada orang lain

(ada lagi lima muwasofat. Siapa yang tahu, boleh senaraikan sendiri)

Idealnya begitu. Sempurna jika terjadi begitu

tapi hidup di dunia, penuh amat dengan ujian

dunia= ujian
dunia=penat
dunia=sementara
dunia=pinjaman

dunia = bukan setakat globe tu kata kak em. Tapi segala isinya.

suami, mak ayah, anak-anak, baju cantik, henset tak power, kindle,
kecantikan, kekayaan
masa lapang

semuanya ujian

dan lagi,

dunia, tempatnya di tangan
bukan di dalam hati

bila dunia di tangan,
senang untuk dilepaskan dan dipulangkan kembali
kepada Tuan Punya dan Pemilik segalanya

kerana ianya di tangan,
bukan di hati

biarlah bila kita pandang dunia
kita lebih dekat dengan Allah
bukan lebih lalai,
lebih leka dan sering lupa

===========


"Tiada yang kudengar selama aku bermain di kala kecilku;
selain ayat-ayat Al Quran yang dilantun Ibuku. "

-Sayyid Quthb-

Dan marilah studi selagi ada waktu.
Sungguh, tanggungjawab lebih banyak dari masa yang kita ada


Nota satu : Tahniah kepada Solehah. Di atas pencapaiannya dalam peperiksaan tingkatan tiga.
Tak sia-sia kena paksa studi dengan 'mami' (itupun kuat studi fb jugak tu :P)

Nota dua  : Hai Tiqah. Hai Khai. Hai Fiqi. Hai Ecah Saleh. Hai Syidah. Hai Diy. Hai Azhana.
Rindu semua!

Nota tiga : December 23. It's Jumuah :) 




Monday, December 19, 2011

Satu


Bismillah

Satu

Dulu, selalu borak-borak meluah perasaan dengan Khai. Betul ke nak jadi doktor kata aku. Dan dia, betul ke nak jadi engineer? Selalu wondering dengan dia, kenapa sebenarnya ambil medik, dan kenapa pilih engineering?

Sudah tentu lah dengan keyakinan yang kita ada sekarang, kita sudah boleh disusun untuk diletakkan di mana-mana, di posisi yang terbaik di mana umat lebih memerlukan kita. Sepatutnya cita-cita kita diburu berdasarkan benda ni lah kan. Cita-cita yang dipasang untuk kemaslahatan umat, bukannya kehendak dan nafsu diri sendiri.

Tapi mungkin sebab kita ni dah disetkan sejak dulu lagi. Cita-cita nak jadi itu ini, supaya dapat banyak duit, hidup senang, balas jasa mak ayah, dipandang orang dan lain-lain. Haih la. Semuanya keduniaan semata sampai tak buru sangat kebahagiaan di akhirat.

Sampai kita lupa, matlamat kita terbesar kita ada dua. Abid dan khalifah.
Mungkinlah kita akan kata kita sedang menjalankan tugas kita sebagai 'abid. sebab hal-hal ibadah insya Allah dah setel.

Tapi kita selalu lupa di mana pula letaknya amanah kita sebagai khalifah.
Di mana pula peranan kita untuk sampaikan islam kepada semua orang

Dua 

 Hidup yang sering membutuhkan kita dalam membuat berbagai keputusan setelah dibentangkan dengan bermacam-macam pilihan.

Tak kisah lah memilih dalam apa-apa pun. Baca buku ke, aktiviti hujung minggu ke, buka laman web di internet ke, dalam memilih pasangan ke.

Memandangkan tubuh badan, akal dan hati ini kita yang punya, kita adalah tuan badannya (betul, Tuan kepada tuan badan ini tetaplah Allah yang Maha Pemilik), maka kita bertanggungjawab semuanya atas segala tindakan dan keputusan kita setelah mempertimbangkan semua baik dan buruknya.

Dan bila memilih, haruslah kita membuat keputusan yang mana ia  mampu lebih mendekatkan kita kepada Allah.  Kalau bukan kerana  Allah, hidup kita ni tiada apa-apa pun.


Tiga 

Situasi di Tahrir kembali meruncing. Sangat sedih tengok satu video ni (boleh cari di tenet) yang memaparkan perlakuan tentera-tentera yang memperlakukan sampai begitu sekali kepada salah seorang wanita arab Mesir. Setahu aku, orang-orang arab sini semuanya amat menghormati wanita. Zaman tahun pertama dulu, kalau dalam bas atau tren metro, kaum wanita akan diutamakan untuk mendapatkan tempat duduk. Kalau dalam urusan jual beli, akan diutamakan kaum wanita terlebih dahulu. Tapi sekarang rasa macam dah lain sangat.








 Empat

Round Pediatrics yang hampir sampai ke penghujungnya. Katakan 'hai' kepada peperiksaan yang bakal menjelma


p.s: Adik Sya Izz, tinggalkan jejak di sini boleh? Kak ada benda nak beritahu kamu :)


Thursday, December 15, 2011

:)








Wednesday, December 14, 2011

Syurga Dunia

Khusuf : 10 /12/2011

"Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita
untuk merasakan hakikatNya

Semoga Allah sungguh memberikan kesempatan kepada kita
untuk memandang wajahNya.

Wajah yang akan membuat semua cinta dunia layu
bagai kecambah yang tidak pernah tumbuh.
Layu bagai api yang tidak pernah panas membakar
Layu bagai sebongkai es yang tidak membeku"

-Hafalan Shalat Delisa-

=======

Superseniors dahulu selalu pesan, nikmati dan hayati sepenuhnya dalam berhidup lagi-lagi dah meningkat usia bergelar pelajar tahun lima di Universiti Kaherah. Hargai detik-detik ini betul-betul. Lagi-lagi bersama dengan teman-teman seperjuangan susah dan senang selama hampir enam tahun setengah. 

Tadi, makan aiskrim dengan Maryam dan Sakinah di 'ruang tamu' rumah. Itupun setelah sekian lamanya tak makan sama-sama. Kalau tak, memang makan dalam bilik sendiri je. Sebab selalu tak ada orang di rumah nak makan sekali .Sekarang ni kalau pulang ke rumah biasanya ada dua kemungkinan.
Sama ada didapati rumah kosong tidak berorang, atau rumah penuh cukup ahli tapi semua dah tidur :)

Farah? Dia tak join sekali makan-makan tadi. Dah kirim salam siap kepada kakak-kakak dan  terus masuk tidur. Keletihan sungguh adik itu. Itupun hari ni baru nampak dia di rumah. Semalam 'hilang'. Tidur di rumah rakan sebaya dia agaknya. Sakinah cakap malam semalam dia ada kelas Arab. Tu yang dia buat keputusan untuk tidur dengan member kamcing dia tu .

Dua tiga minggu ni hidup semua orang sesak sedikit. Jadual hidup masing-masing pun lain. Kadang sehari tu, Sorang free, yang lain tidak . Bila sorang duduk di rumah, yang lain penuh dengan kelas Tafsir, kelas Arab, kelas Al Qur'an, bulatan-bulatan gembira dan lain-lain.

Bagus juga kadang-kadang jarang bersua muka walaupun serumah. Boleh la berindu-rinduan dan lebih menghargai detik-detik bila bersama.  Walaupun merindu ahli rumah itu agak pelik bunyinya :)

Bila dah makin tua ni makin rasa yang rumah ni bukan sebagai tempat rehat sangat.
Tapi cukuplah sebagai tempat kita recharge tenaga, perbaharui semanga.
Semangat untuk bekerja dan berbakti kepada dunia pada hari-hari esok.

Rumah itu benarlah syurga di dunia.
Lagi-lagi bila ia dihiasi dengan 'bidadari-bidadari.
Rumah yang dipenuhi dengan wanita-wanita solehah
yang mencintai saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri

Kalau bukan syurga untuk orang lain,
cukup lah ia sebagai syurga untukku

dan Ukhuwah itu tersangat lah indah,
indah hanya buat mereka yang benar-benar di dalam suasana berukhuwah itu

baik jauh mahupun dekat
baik baru kenal mahupun yang semakin rapat

Khas untuk ahli-ahli rumah,
saya sayang kamu kerana Allah

:)




Mounira, Kaherah



Tuesday, December 13, 2011

Fetih 1453



 

"İ will take Istanbul or Istanbul will take me"




" ... dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa " 

"Iaitu mereka (umat Islam) yang apabila kami memberikan kekuasaan untuk memerintah di bumi  
nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat
dan mereka menyeru kepada kebaikan
dan melarang dari melakukan kejahatan dan dari yang mungkar.
Dan ingatlah, bagi Allah jualah 
kesudahan bagi segala urusan " 

Al Hajj : 40-41 


=================


Betul ke selama ini aku berhidup untuk menjadi sebenar-benar abid dan hamba 

Benar kah aku berhidup hingga detik ini untuk menjadi khalifah memakmurkan bumi

Nak jadi seperti 'mereka' yang disebutkan dalam ayat di atas.

Lebih-lebih lagi menjadi seperti mereka yang menyeru kepada kebaikan
dan yang mencegah dari kemungkaran.
Siang dan malam tiada henti.

Baik dari segi berakhlak, berkelakuan,
berkata-kata, bergurau senda
mahupun bila menulis. 

[dan video ini akan sentiasa menjadi pembakar semangat dalam jiwa]

====================


Tadi kuliah belajar SLE.  Mata fokus di hadapan. Tengok slides doktor. Tapi kepala dekat tempat lain.
Teringat kepada seseorang yang aku pernah ceritakan di sini. Hati macam kena robek.
Terkilan tak dapat berbakti, luangkan lebih masa dan bertaaruf dengan lebih mendalam.
Tapi semestinya kena redha. Benarlah yang sudah pergi dan mati itu lebih banyak mengajar kepada aku yang masih hidup.

Al Fatihah


Sunday, December 11, 2011

Hiruk Pikuk


"Kau mengatakan , 
'Dalam tiap takdir kesalahanmu padaku,
aku senantiasa berharap takdir kemaafanku
mengiringinya'

Ku jawab lirih, 'Dalam tiap takdir kejatuhanmu,
semoga tertakdir pula uluran tanganku.'
Maka kita pun bersenandung,
'Dalam takdir ukhuwah kita,
Semoga terbangun kukuh menara cahaya,
tempat kita bercengkerama,
kelak di syurga' "
-DDU-

=====================


Sabtu. Sepuluh haribulan dua belas. Setelah hampir dua minggu menjadi 'pendatang asing', akhirnya dapat juga visa dari kerajaan mesir. Keluar rumah seawal lapan pagi. Janji dengan Syahidah di stesen Metro Sayyeda Zainab. Dan tren berhenti di stesen Anuar Sadat, stesen yang menempatkan dataran Tahrir yang bersejarah. Di situ terletaknya juga bangunan imigresen yang bernama Mugamma. Di sinilah tempat kami 'berjuang' untuk mendapatkan visa sekali pada setiap tahun.

Destinasi seterusnya adalah universiti. Ada kelas tambahan  Pediatrics Dr Ahmad Badr dan dan kelas O&G Dr Mahmoud Salem. Tepat pukul satu, intai Syahidah yang duduk di celah-celah orang ramai, dan seret dia lagi untuk keluar ambil visa yang pasti sudah siap di Mugamma' 

:) 

Ayu telefon. Tanya apa plan hidupku pada petang itu. 

Aku katakan, 'mahu lari dari hiruk pikuk dunia. Cewah. '. 

Nak pergi mana? 

'Tengok la dulu. Ni dekat Tahrir. Macam ada demo je . Jalan semua tutup bagai' 

 Lepas tu nak pergi mana ?

'Nak pergi tempat paling aman di Mesir' 





Masih ada banyak khemah di dataran Tahrir



Jalan 'Syuhada'. Baru tukar nama agaknya

Oleh kerana Ayu 'sudah tidak sudi untuk berjalan dengan isteri orang', Syahidah menawarkan diri untuk menjadi teman berjalan pada petang itu. Destinasi di dalam kepala pastinya Maadi. Naik metro lagi ke arah Helwan dan berhenti di Sakanat El Maadi pada mulanya. Ada kedai buku baru yang baru diteroka pada hari yang lepas. Diwan Bookstore namanya.




Kemudian naik metro untuk ke stesen Maadi pula. Di sinilah tempat yang paling aman di mesir seperti yang aku maksudkan.

Bookspot Online memang memudahkan. Dia hantar buku pada kita 'by hand' 









Cuci mata 




Cupcakes





Kata Syahidah, Beano's boleh dijadikan sasaran seterusnya sebagai tempat usrah tiga bulan sekali^^ 

Buah tangan dari berjalan-jalan semalam

Terima kasih kepada peneman. 
Kalau sudi, boleh temankan lagi lain kali :D 


Friday, December 9, 2011

KSI



Sejarah.
Berapa ramai yang mampu membaca, meneliti dan menilai sejarah
bukan semata mampu untuk tahu semua fakta 
tetapi faham sejarah dengan menggunakan mata hati?

Cukup lah belajar sejarah lima tahun di sekolah menengah hanya kerana nak lulus exam

Cukuplah terasa 'tak bijak' sebab bila dah naik umur 18 tahun,
baru sedar yang khilafah sudah tiada buat selama-lamanya

Ini Sejarah Kita. 

Kali ni kita tengok sejarah, dengan  hati 
Supaya kita takkan biarkan sejarah itu berulang, berulang
dan berulang kembali



Wednesday, December 7, 2011

Seminggu



"Dalam hubungan-hubungan yang kita jalin dalam kehidupan, setiap orang adalah guru bagi kita"

-DDU-


============

Seminggu yang penat amat.  Tup tup esok sudah hari Khamis. Jumaat dan Sabtu, cuti hujung minggu lagi.

Haih, cepatnya masa berlalu. Tapi entah mana datang kekuatan, masih mampu gagahkan diri ke kelas tambahan percuma setiap hari. Berada di kawasan universiti seawal sekitar jam tujuh pagi dan hanya berada di rumah selepas pukul sembilan malam.

Hanya mampu melelapkan mata, merehatkan badan selepas jam satu pagi. Tidur lambat bukan sebab study lama sangat pun. Tapi sebab memang tak boleh nak tidur.  Penat amat sangat. Apatah lagi nak telefon orang-orang Malaysia.  Selalu tak sempat.

Bak kata Ayu, ni baru sikit. Nanti dah jadi doktor, suami lagi, anak lagi, rumah lagi, usrah lagi, daurah bagai. Haruslah lebih tersusun dalam urusan. Kena dan kena dan kena. Tak nak lah nanti jadi doktor, usrah dan daurah tu jadi tempat tidur kita pula. hu. tak mau tak mau. 

Sebab usrah tu tempat recharge battery yang bernama iman.  Every week kena recharge iman. Kerana kita ni namanya manusia. Manusia itu mudah lupa dan leka. Perlu sentiasa diingatkan.

Naa, kena lah praktis menjadi kuat dari sekarang. Baik kuatkan akal, roh mahupun jasad. Semestinya seimbang ketiga-tiganya. Bukankah Allah lebih mengasihi mukmin yang kuat, berbanding dengan mukmin yang lemah. Dan bila kuat, marilah bekerja untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Moga rahmah Allah sentiasa menaungi kita semua. 
Moga Allah masih mengurniakan kita hari esok untuk kita beribadah dan berbakti kepada dunia.


Nota bawah : Al Fatihah buat Tok Wan yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam. Hari Selasa, enam haribulan duabelas tahun dua ribu sebelas. Moga Tok Wan ditempatkan di kalangan para solehin disisiNya. Dapat berita ketika bangun dari tidur semalam. Terima mesej dari ayah. Tak tahu nak respon bagaimana. Menangis pun tidak. Mungkin perasaan terkejut tu lebih mengatasi perasaan sedih.

Nota bawah dua : Buat adik di sana. (kak tahu kamu takkan terbaca benda ni :) ) Minta maaf sebab kakak ini boleh pula tertidur di depan laptop waktu borak-borak skype. [Bukannya tidur waktu dia tengah bercakap. Tapi tertidur tika  diri aku sendiri tengah ber'cerita']
Pertama kali terlelap waktu tengah bercakap. Penat punya pasal. Tidur pun dah tak kira tempat.

Nota bawah sekali  :  Jemput baca For One More Day.  Bila tak banyak masa ni, rasa macam dah kurang sikit membaca seminggu ini. Boleh jeling je la buku-buku dan Kindle di bawah bantal. (Nak intai kak elle dan tiqah di twitter pun tak sempat. apa khabar kalian ha?) 

Moga minggu hadapan adalah minggu kurang sibuk, maka haruslah kembali dengan membaca buku selain bacaan medik :)






Sunday, December 4, 2011

Timun



Pernah la jalan-jalan dengan sorang ni. Jalan ke universiti je pun. Setiap hari. Dari hospital kanak-kanak di hujung sebelah sini, menuju ke universiti yang terletak di 'pulau kecil' Kasr El Ainy. Peluk-peluk tubuh sendiri. kesejukan kerana musim sejuk penuh rahmat.  Pakai jaket nipis masing-masing. Terima lah akibatnya.

Dia ajak aku melintas jalan, 'ikut jalan belakang' dan mentadabbur alam sambil-sambil.

Kalau tengok burung, kau terfikir apa?

'Burung Hud-hud. Yang walaupun tubuh kecik, tapi tegar pergi intip penduduk negara Saba' sembah matahari. Lepas tu laporkan kepada Nabi Sulaiman'

Lain?

'Burung-burung bernama  Ababil  bawa batu-batu dari neraka untuk tentera-tentera dari Yaman yang mahu menyerang Mekah dan meruntuhkan Kaabah, rumah Allah.  Ketuanya Abrahah, yang sombong '

Kalau tengok semut?

'Akan teringat semut yang budiman lagi merendah diri yang diceritakan dalam Al Qur'an. Seekor semut yang berasa bertanggungjawab untuk panggil semua semut supaya masuk ke sarang masing-masing supaya tak kena pijak dengan tentera Nabi Sulaiman yang berhimpun waktu tu'

Kalau tengok pokok?

'Teringat ada satu pokok yang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w . Ataupun, akan teringat ada satu pokok kurma yang menjadi tempat bersandar, tempat berteduh  dan sumber makanan Saidatina Maryam di saat mahu melahirkan Nabi Isa.

Gunung?

'Gunung Sinai atau spesifiknya Jabal Musa. Yang menjadi saksi Nabi Musa bercakap dengan Allah'

Lain?

'Teringat yang gunung terpecah belah , tunduk dan sangat takut kepada Allah, seandainya Allah turunkan Al-Qur'an kepada mereka'

Laut?

'Laut Mati menjadi saksi betapa ingkarnya Kaum Sadum kepada perintah Allah dengan mengamalkan gaya hidup songsang dan hubungan sejenis. '

Sungai?

'Aha. Teringat ibu Nabi Musa yang sangat bertawakkal kepada Allah dengan menghanyutkan Nabi Musa di Sungai Nil. Demi menyelamatkan Nabi Musa dari Firaun yang zalim'

Gua?

'Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi. Yang sanggup lari demi menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim.' 

Langit?

'Langit yang akan terbelah ketika kiamat. Kalau tengok langit, teringat peristiwa Isra' dan Mikraj dalam sejarah hidup Nabi'

Kalau kau tengok pemerintah atau pemimpin umat, kau teringat apa?

'Teringat kisah Zulkarnain menggunakan kuasanya untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj yang sebelum itu telah membuat kerosakan di atas muka bumi . Akan terkenangkan Saidina Umar yang sangat lembut dalam memerintah, yang sangat mengasihi umat dan dikasihi pula oleh umatnya'

Kalau kau dengar ada orang mati?

'Moga Allah merahmati dan mengampuni dia. Dan pelajaran kepada aku yang masih hidup. Tak sedar-sedar  yang diri sendiri suka 'main-main' dan tak cukup bekal untuk dibawa ke mati'


Tanpa sedar, lalu sampai lah kami ke sekolah. Sungguh, dengan mentadabbur alam ia dapat mengingatkan atas tujuan apa engkau dihidupkan,  dengan siapa kau memperoleh pelajaran, dan kepada siapa engkau meng'abdikan diri.

cukup lah berasa malu dengan alam.

================

Hujung minggu tidak pernah untuk tidak sibuk. Makin nak tinggalkan Mesir, semakin terkejar sana-sini untuk siapkan bekal untuk bawa balik ke tanah air. Minta maaf kepada zauj yang jauh. Jarang dah boleh call. Mesej pun satu dua. Tapi masing-masing pun faham. Sebab masing-masing pun sibuk :)

Dua tiga hari ini juga, ada beberapa orang datang mendekat.

' Fathy, aku nak cakap benda. Tapi kau jangan gelak'

Cuak pulak bila dia cakap macam tu

'ok'

'Aku rasa hidup aku macam tak ada 'life'.  Aku ada semua. Study ok, duit cukup, keluarga pun sihat, happy. Tapi aku rasa hidup aku macam kosong '

diam. Sepi . Dalam dada aku pula rasa sesak dan sebak. Rasa bersalah. Amat

Teruskan mencari apa yang kosong itu, sayangku. Cari sampai jumpa.


Yang sorang lagi. Baru tadi jumpa dalam kuliah, tanya-tanya khabar apa buat hujung minggu ni.
Ceria wajah masing-masing. Kalau lain macam je, kena lah tanya kenapa.

'Fathy, nanti fathy ajar kite pilih-pilih tudung eh. Nanti nak pakai tudung labuh sikit la'

Terkedu dan terpaku. Statik sambil memuji Allah.

'ok.. '



=============

Berjalan pulang dari kuliah dengan Maryam. Dua-dua berasa girang sebab kuliah tamat sejam lebih awal dari waktu seperti yang tertulis dalam jadual. Lalu berpisah di tengah jalan kerana Maryam mahu pulang terus, sedangkan aku perlu ke kedai buku fotostat. Bila diajak untuk teman aku, dia menolak. Katanya mahu balik rumah masak . Senanya nak balik potong timun je pun.

'Ok fine. Tanak teman takpe. Elok-elok potong timun. Kalau tak sedap dan rangup, siaplah awak'

Gelak-gelak je dia

'Dah tu, awak nak salahkan Tuhan yang menciptakan timun tu kalau timun tu tak sedap?'

Adehh. Kena tembak lagi dengan Maryam. Sejak hampir dua bulan menjadi teman serumah, dah selalu sangat dah kena tembak dengan dia. Tembakan yang mengena.

:)


Nota untuk Irbid : Allahummaghfirlahu Warhamu Wa'afihi Wa'fu Anhu.



Thursday, December 1, 2011

Terhubung ke Langit


"orang-orang yang terhubung ke langit, 
adalah orang-orang yang menanggung beban untuk membawa manusia ke jalan cahaya

Mereka menjadi orang-orang yang paling teguh hati, 
paling lapang dada
paling sabar, paling lembut,
paling santun, paling ramah
dan paling ringan tangan " 

Berhubung dengan langit,
seperti mereka, para Rasul dan sahabat yang terpilih

berhubung dengan langit
agar kita sentiasa dekat
dengan Dia Pencipta langit

=====

1 Disember 2011
Happy Birthday, sahabat lama
nun di  australia


(Weekend datang lagi)

 

Template by Web Hosting Reviews