Wednesday, November 30, 2011

Teman Baik




Ada orang kata, dalam berkawan dan berteman
haruslah meniatkan untuk kekal sampai ke syurga.
dan haruslah memilih, dengan siapa kita akan bersama
Baik teman dalam berukhuwah mahupun teman dalam berhidup.
Bila melihat dia, terus mengingatkan kita kepada siapa Pencipta kita.

Mudah-mudahan di akhirat, kita akan bersama dengan mereka juga.
Berbahagia, bertenang di sana 
Di bawah naungan rahmat Allah.

 kita cinta mereka, kerana cinta kita kepada Allah
dan kasihnya kita kepada mereka adalah kerana betapa kasihnya kita kepada kekasih Allah

============


Tango. Alhamdulillah, akhirnya Allah menautkan hati-hati kami kembali setelah hampir lima tahun, 'line selalu putus-putus' . Lepas ni, boleh je hari-hari nak merasa Cairo dan Irbid itu dekatnya seperti Kasr El Ainy dengan Medan Tahrir.

Siaplah awak, tiqah :)



 ===========


Malam ni nak bagi ucapan selamat sikit.

Selamat hari lahir buat teman baik (29 Nov), yang 'pernah simpan perasaan dalam diam' (:D)
yang innocent, dan yang sentiasa menenangkan jiwa.
Saya tahu awak memang suka datang sini. Ya, awaklah orangnya ^^
Moga Allah sentiasa merahmati awak  :)

dan selamat bertabah, selamat mencari kekuatan, selamat bertemu dengan insan yang paling disayang,
buat dia yang sentiasa memberi inspirasi kepadaku.





Tuesday, November 29, 2011

7.05 pagi


Bismillah


7.05 pagi

Sampai juga di kuliah. Awal pagi tadi lepas subuh, puas bergaduh memujuk diri sendiri. Nak pergi kelas tuisyen free O&G ke tanak. Nak pergi ke tanak. Rajin rajin rajin! Kadang datang  rasa malas dan nak je lari masuk bawah selimut. Tapi tiba-tiba je tangan dan kaki melangkah ke papan seterika untuk menggosok baju.

Setelah bulatkan tekad,  akhirnya sampai  lah aku di tempat duduk bahagian kanan dewan 12, lima barisan dari hadapan. Doktor belum sampai. Dewan pun belum penuh. Tengok kiri kanan orang Arab. Bagus. Boleh intai nota orang kiri kanan depan belakang kalau tiba-tiba 'sesat'tak faham doktor sedang menerangkan tentang apa di hadapan.

Begini lah konflik kehidupan hampir setiap pagi pada setiap hari kecuali hari minggu. Sepatutnya jadual kuliah wajib bermula jam 830 pagi. Tapi buat mereka yang berkemampuan, haruslah menggagahkan diri untuk keluar rumah sebelum pukul 7, berjalan ke universiti merentasi jalan raya yang agak lengang, di bawah lampu jalan yang masih bercahaya dan di'peluk' oleh angin musim sejuk, demi menuntut ilmu Gynae dari Dr Mahmoud Salem yang berdedikasi.

:)


9.25 pagi

Menunggu doktor tak sampai-sampai. Untuk tutorial pagi itu, pelajaran mengenai 'hepatosplenomegaly' akan dibentangkan oleh Dr Yaser, pakar jantung kanak-kanak. Selalunya Dr Yaser memang sangat menepati waktu. Biasanya 830 pagi memang terus mula tanpa menunggu sesiapa. Kadang beliau lagi awal tiba di kelas, siap menunggu kami. Tapi pagi ini sangat pelik. Doktor pergi mana lah agaknya. Dah ada kesesakan lalu lintas kah pada pagi-pagi begini.

Setelah beberapa ketika, Dr Yaser akhirnya muncul di muka pintu, termengah-mengah dan berpeluh-peluh.  Sambil memohon maaf berulang kali kepada kami, Dr Yaser mengatakan bahawa dia dari tempat mengundi. Sebab itu lah kelewatan. Hari ini hari bersejarah katanya. 

Tersenyum-senyum kami semua. Baru teringat hari ini dua puluh lapan haribulan sebelas. Hari pertama untuk mengundi bagi seluruh rakyat Mesir di sesetengah tempat. Tadi tengok sekolah jadi tempat mengundi semua sesak dengan rakyat jelata Kaherah . Anak-anak kecil pun turut setia di samping ibu ayah mereka.

 "Some voters brought their children along, saying they wanted them to learn how to exercise their rights in a democracy"  CBS News

Benar. Hari ini memang hari yang bermakna. Sekitar rumah ni pun penuh dengan kain-kain rentang, kertas bertampal di dinding bagi memperkenalkan calon-calon untuk diiundi.
Kami pun turut merasakan bahang kehangatan pilihanraya Mesir :)


ni gambar orang berdemo di dalam kawasan universiti hari tu



10.45 pagi

Doktor mempersilakan masuk seorang ibu yang sedang mendukung anak kecilnya ke kelas kami. Hari ni kita akan amati kes hepatosplenomegaly kata doktor. Kata si ibu, anaknya baru berumur sebulan enam hari.

 Yabani Hospital


Bila si ibu yang bernama Hana itu masuk ke kelas kami, aku mengamati wajahnya dari jauh sambil mengimbau kembali memori. macam pernah tengok ibu muda ini. Baru teringat yang aku pernah berkunjung ke katilnya sewaktu jalan-jalan sambil belajar di hospital Al Yabani. Waktu tu, aku ada ambil history sikit, Hana 21 tahun. Berkahwin sejak berumur 15 tahun, tinggal di kawasan agak jauh dari ibu kota Kaherah.  Tanya sikit-sikit (kejap faham kejap tak faham sebab pelat bahasanya agak lain dengan bahasa ammi yang biasa kami dengar di Kaherah ni), dan akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Hana sambil membelai-belai rambut anak kecil yang didukungnya, Yasmin.


Doktor sedang melakukan 'tidal percussion'


Dan hari ini, mereka datang lagi, atas permintaan doktor. Hana meletakkan si kecil Yasmin di atas meja. Yasmin tidak menangis walaupun semua kakak-kakak pelajar Melayu mengerumuninya. Maka, bermulalah satu lagi pembelajaran yang bermakna buat kami kami pada pagi itu.

Maka, Terima kasih tidak terhingga buat sekian kalinya kepada doktor dan pesakit dan ibu pesakit



5.45 malam

Syila kata aku sangat handal dalam men'saiko' orang. Erk, minta maaf. Kadang-kadang tak ada niat pun nak saiko-saiko sampai boleh terkena batang hidung orang lain. Sebab biasanya nak saiko dan bantai  diri sendiri senanya.  kadang-kadang cakap apa yang terlintas dalam hati.
Kena baiki diri lagi. Moga apa yang diiucapkan itu betul-betul ilham dari Allah setelah ditapis oleh akal yang rasional dan hati yang luhur dan dipegang oleh Pemilik hati.


9.45 malam 

ada komen terbaru dalam entri lama 'Berkahwin dengan doktor'. Haih la. entri tu dinukil sewaktu aku di tahun dua dulu tak silap. Kebudakan punya tulisan.

Bila baca komen yang terbaru tu, terasa nak tanya nanti pada zauj. Kenapa dia seorang jurutera memilih untuk mengahwini seorang bakal doktor?

:)


10.45 malam


harini berSG di taman Harvard

Oleh kerana petang tadi sudah ber SG (baca : Study Group) dengan perempuan-perempuan cantik, maka malam ini boleh la tidur awal dengan perasaan yang lega sedikit.  Tidur dengan proper kata orang omputih. Maklum, dua minggu ni selalu tertidur dengan keadaan tidak merancang untuk tidur malam sebelumnya. Alih alih dah dengar orang azan subuh. Keputusannya, badan lenguh, kepala tidak bermaya. Sakit satu badan.

Mari tidur tapi esok pagi kena bangun awal sebelum subuh. Supaya segar bugar untuk ulang semua apa yang dipelajari hari ini. Dan esok ada kelas tambahan percuma Pediatrics. Pukul 7!


Selamat Malam Kaherah yang semakin sejuk sejak 'menangis' kehujanan semalam.





Sunday, November 27, 2011

Nasi Goreng


Masak nasi goreng untuk Maryam dan Sakinah. Farah tak tahu balik ke rumah atau tidak. Dia biasanya suka 'jalan-jalan' tidur rumah teman-teman sebayanya. Maryam puji tinggi melangit dengan mengatakan nasi goreng sangat sedap . Tapi kalian jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap Maryam. Padahal campak benda-benda yang biasa je. Tak ada istimewa apa pun. Mungkin Maryam lapar sangat tu. Apa pun kerana nasi goreng, Maryam mendoakan agar Fathiyyah bakal mendapat cahaya mata yang pintar dan montel. Kita amin kan sahaja lah  :D

Makan nasi goreng sewaktu musim sejuk memang enak. Teringat dulu kak Ell selalu masak masakan yang lazat bila  datang tidur di rumah dia yang di tingkat tujuh, berhadapan dengan kedai Baghl tu (kalau kurang bernasib baik, memang akan bertabah menaiki tangga sampai ke tingkat tujuh. Sebab lif rosak )

Kak Ell memang handal dalam memasak. Cakap je nak makan apa, Kak Ell pasti akan memenuhi permintaan. Cekodok, nasi ayam, nasi minyak, rendang, laksa penang, ayam masak merah dan lain-lain. 
Lagi best sebab waktu tu aku di tahun pertama pengajian.

Konon la hidup sengsara sangat dekat Fustat. Manja tak ingat punya .Bila dah ada senior yang boleh mengadu seperti Kak Ell, Kak Paan,  memang rasa tenang  sikit hidup. Waktu tu rasa lambat sangat nak tamatkan pengajian selama enam tahun. Tapi bila kakak-kakak datang rumah kita di hujung dunia itu, bagi tips dan semangat, memang rasa lega amat.

Tambahan lagi, Kak Ell dan Kak Paan selalu datang masakkan lauk cukup untuk seminggu untuk kami penghuni rumah 'Anonymous Suite' waktu tu. Bekukan dalam peti, dan bila nak makan, hanya panaskan sahaja. Teratur jadual makan kami selama seminggu ^^

Hampir empat tahun menjadi junior kepada Kak Ell.  Lawan-lawan pantun waktu karnival Perubatan, bawa pergi tengok surgery, menjadi 'tukang dandan', kaunselor yang setia dan tengok bola sama-sama sampai Mesir menang Piala Afrika. Kak Ell juga lah yang telah mengajar supaya mendengar lagu-lagu kebangsaan Mesir. Sampai sekarang suka dengar semua lagu-lagu tu.

Kak Ell banyak ajar  tentang hidup. Lagi-lagi hidup di Mesir. Lagi-lagi tentang macam mana nak deal dengan ragam pak cik-pak cik arab. Haruslah bersabar tahap 'super sabar', sentiasa tenang, berbudi dan berhemah dalam berbahasa. Dia selalu cakap yang dia sayang sangat Mesir dan selalu berpesan supaya menghargai detik-detk menjadi seorang pelajar perubatan di Mesir. Perlu sangat menghargai doktor-doktor sini yang sangat  berdedikasi.

Dan kena sangat-sangat menghargai kehidupan yang  susah di Mesir. Sebab bila diri sendiri yang rasa hidup susah dan tengok ramai orang lain yang hidup lebih susah, jauh tidak berkemampuan berbanding dengan kita, kita akan lebih bersyukur. Bila lebih bersyukur, kita akan lebih dekat dengan Allah.

Sebab nanti sampai satu masa, akan merindui sangat-sangat kehidupan sebagai pelajar. Lagi-lagi bila sudah bekerja. Iya lah, Mesir nani bakal diingati sebagai tempat jatuh bangun dalam meniti alam dewasa.

Secara tidak langsung, Kak Ell juga yang mengajar tentang bagaimana untuk menjadi seorang senior yang sebenar kepada junior nya. Ajar kan tentang bagaimana menjadi seorang kakak yang sangat mengasihi adiknya.


Nota satu : Kak Ell dah grad awal tahun hari tu. Dah hilang seorang kakak. Tapi Allah datangkan seorang lagi Kak Elle dalam hidup. Bukti Allah sangat baik kan? ^^

Nota dua : Kak Ell rajin juga datang ke sini kalau dia free. Tapi biasanya dia sibuk di Seremban tu. Takkan sempat nak  baca :D


Friday, November 25, 2011

Distracted


Bekal

Sebelum balik dari kuliah, dah berpakat dengan Maryam dan Sakinah untuk membeli barang-barang keperluan secukupnya. (Farah tak terlibat, sebab dia ada exam haritu) Lagi-lagi kawasan Sayyidah Zainab ketika ini sudah diisytihar sebagai kawasan kuning oleh pihak kedutaan. Tapi keadaan masih tenang. Insya Allah.

Hasilnya, banyak barang sudah dibeli. Ayam ada 5 plastik, ada daging. Sayur, bawang besar, bawang merah, bawang putih semua dah dibeli berkilo-kilo dah sumbat di dapur dan peti ais .Cuma stok gula, garam, minyak masak dan lain-lain masih belum didapatkan dari kedai-kedai runcit yang berhampiran.  Hanya untuk tujuan berjaga-jaga. Bila berjanji untuk keluar ke rumah Badar dengan Iylia pun semalam, Iylia pun cakap 'saya nak keluar beli barang untuk darurat ni. Apa-apa pun boleh jadi  nanti' ..  Tapi setakat ni insya Allah ok je. hu 

Huru-hara  dan kacau bilau nya adalah di kawasan yang berdekatan dengan Tahrir. (Setakat ini berita Al Jazeera melaporkan bahawa angka kematian sudah mencecah seramai 43 orang, manakala yang cedera sekurang-kurangnya seramai 3,000 orang)  Walaupun Sayyidah dan Tahrir hanyalah lima minit perjalanan dengan menaiki teksi. Yang crucial nya adalah rumah teman baik seperti rumah Iman. Kawasan situ memang dah ditanda sebagai kawasan merah. Moga Allah sentiasa memelihara keselamatan mereka.

Sediakan bekal untuk hari-hari mendatang. Memang dah set dalam minda, kalau apa-apa nanti kita dah sedia dengan bekal kita. Dan tidak lupa doa sepanjang masa. Moga semuanya kembali lebih baik seperti sedia kala.

Terlintas juga sewaktu beli barang ni semua untuk bekal di kala  memerlukan, bagaimana pula bekal kita untuk dibawa ke kubur dan di akhirat nanti. Semua pun tahu kita akan menghadapi hari pengakhiran segalanya, semua sudah tertulis dalam kitab Allah, sudah disampaikan oleh Kekasih Allah,disebarkan  para sahabat, orang-orang alim yang sentiasa berjihad di jalan Allah. Untuk memastikan ajaran agama dan peringatan tentang hari Pengakhiran akan sampai kepada kita.

Maka, apa pula bekal kita untuk ke sana?

Rehat

Kalau kita rancang nak berehat dan bersenang lenang di dunia, Allah akan bagi satu dunia ni untuk kita, sebagai tempat berehat dan bersuka ria , tanpa perlu bersusah dan berlelah.

Tapi tunggu sampai masanya nanti, Allah akan balas semua 'amal rehat' kita tu di akhirat. Allah akan membalas dengan secukupnya. Sudah lah buku amal dengan tangan kiri, dengan muka yang sangat teruk dan menduka citakan, dicampak dan diseksa ke neraka pula . Dan cukup lah neraka untuk kita sebagai hamba yang sentiasa berlengah dan bermalasan untuk mengerjakan amal kebaikan, amal untuk akhirat.

Begitu juga sebaliknya, andai kita hidup untuk berjuang, bersabar, redha dan berlelah sepenuhnya dan dalam keadaan beriman, untuk akhirat dan untuk dunia , kita juga akan mendapat kedua-duanya. Allah akan bagi dunia dan akhirat. Dan terima lah buku amal kita  nanti dengan tangan kanan dan wajah berseri-seri. Tiada ganjaran terbaik selain ganjaran dimasukkan ke syurga, untuk kekal selamanya.

( dari surah Al Israa:18-19)

Disaster

Seminggu yang sudah berlalu yang dirasakan sangat 'disaster'. Hampir tidak cukup tidur pada waktu malam kerana mempersiapkan satu 'projek mega' dengan sehabis baik yang mungkin. Hampir tidak dapat fokus dalam kelas kerana kepala selalu pusing dan pening untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. End up, tidak menjadi juga kerana Allah tidak mengizinkan. Tipu lah kalau tak rasa kecewa, bohonglah kalau kata hati tak rasa terkilan.

Sungguh lah perancangan Allah itu tidak dapat diduga. Perancangan Allah yang penuh dengan hikmah dan rahsia. Kita hamba yang sangat lemah hanya mampu merancang sehabis kudrat kita, patuh dan taat serta redha dan berlapang dada. Dan Allah pun mengira bukan banyak mana hasil yang kita dapat, tapi Allah hitung sebanyak mana dan sesungguh mana kita dalam beramal untuk mencari cinta Dia.

Kembali refleksi diri, apakah kita sudah berjuang dalam belajar, berjihad dalam hidup,  dalam menjadi muslim, dengan sebenar-benar belajar, sebenar-benar jihad, sebenar-benar sebagai muslim?

==========

Pergi study group (SG) juga pagi tadi, walaupun perancangan asalnya pagi ini adalah bersibukan dengan benda lain. Ayu nampak aku sangat distracted. Huhu, bertenang bertenang .

Ada banyak sebab sebenarnya  kenapa aku jadi macam tu dan di antaranya adalah  dia suruh paksa  aku updet blog dalam masa sejam , sebelum mula SG (aku juga yang cakap kat dia yang aku nak updet blog sebelum mula SG ^^).<---- just kidding
Hasilnya daripada masa yang agak  limited itu  adalah entri di bawah ini.

Sejak dua menjak banyak sangat benda nak tulis. Tapi bukan mudah sebenarnya untuk menulis dari dalam hati, untuk kepuasan diri dan boleh jadi kenangan sampai mati dan dalam masa yang sama, tidak menjadi suatu yang sia-sia kepada orang lain.

Moga segala kalam yang ditulis, benar-benar ilham dari Allah.

dan bakal meninggalkan tahun ini dengan bismillahirrahmanirrahim.

Of 'derma darah'



'Of derma darah'. Sangat berbunga-bunga hati bila tengok kandungan hemoglobin yang sangat normal.
Tekanan dalam darah yang normal. Erk cuma berat aku sekarang sepatutnya tak layak pun untuk menderma.  Dah kena halau pun oleh pak cik bas pertama. Sebab tak cukup berat. Lalu, lari ke bas kedua, cakap-cakap sikit , mem'besar'kan diri,   mengelat sikit dengan pak cik yang jaga tabung darah, akhirnya dapat menderma.

Sendiri pun tak sedar bila jarum besar tu dah dimasukkan ke salur darah. Tapi selepas 5 minit, tengok kantung darah dah penuh. Kantung darah tu jadi sangat gemuk.  Memang waktu tu teringat sangat dekat emak. Dan rasa berterima kasih sangat-sangat kepada emak, kerana melahirkan aku yang masih sihat seperti sekarang.

Betul lah orang kata, bila sihat dan ada waktu lapang ni kita kena banyak bersyukur.
Bersyukur dengan cara kita boleh memberi sesuatu kepada orang lain.
Nanti waktu sakit, tak larat tak sihat, waktu sempit dah tak boleh dah nak buat macam-macam.
ibadah pun boleh jadi kurang best, kurang dapat hayati, 
apatah lagi nak beramal kebaikan lain.


























==================

Ada orang cerita, ada seorang adik datang duduk, bercerita dan menangis.
Katanya, dia nak berubah. Nak sangat menjadi lebih baik.
Katanya tak nak jadi macam dulu. Tak nak langsung teringat dia yang dulu.





Tuesday, November 22, 2011

Tweets From Tahrir




  1.  Tengahari ada kelas di universiti. Sewaktu dalam kuliah, dengar dekat luar, ada ramai pelajar berdemo di depan pejabat timbalan dekan (bahagian hal ehwal pelajar). Ala-ala macam di Tahrir. Semua tuntutan pun lebih kurang sama dengan apa yang terjadi dekat Tahrir sekarang (boleh baca berita)  
  2. Tapi buat di kawasan universiti, dan yang berdemo nya adalah pelajar mahasiswa mahasiswi. Lepas waktu kuliah, nampak ramai pelajar arab berduyun-duyun bergerak ke Tahrir. Ada dengar diorang laungkan 'Huriyah' (freedom). 
  3. Walaupun sekolah perubatan (Kasr El Ainy medical school <-- boleh google) dan kawasan rumah kebanyakan dari kami agak dekat dengan Tahrir,  tapi tak ada apa yang perlu dibimbangkan sangat.  Keadaan semua masih boleh dikawal selagi mana kami menjaga keselamatan masing-masing  :)
  4. Dengarnya, bank darah sudah kehabisan darah ekoran apa yang sedang berlaku di Tahrir sekarang. Dan esok ada buka 'warung' derma darah hospital Kasr El Ainy. Maka, mari menderma darah ^^
  5. 22 Nov 2011. Dengarnya ada demo besar-besaran di Tahrir esok, dari pukul 4 petang hingga 7 malam esok. Sama-sama kita doakan mereka. 
  6. Bila baca dan tengok keadaan Tahrir sekarang, rasa nak baca buku Tweets from Tahrir. Dah beli  sejak awal semester baru ni lagi. Masih elok bersimpan di rak buku .Tapi buku medik dan sejarah lebih memerlukan aku, untuk masa sekarang.
  7. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Adil, permudahkanlah urusan kami. Selamatkanlah saudara-saudara kami di Mesir dari pemerintah yang zalim. 

p.s: Reviu Tweets From Tahrir akan ditulis di The Booklovers, insya Allah  :)

Sunday, November 20, 2011

Sentimental


Kayu Oren dah simpan. Frame Bunga dah digantung dalam bilik. Beserta Kek Velvet akan dimakan sebagai sarapan sekejap lagi. Ni hadiah yang dapat dari kawan rahsia dan kawan-kawan baik. Mula-mula tak tahu pun siapa bagi, tapi bila 'attack' dia, terus mengaku ^^

Kumpul ramai-ramai sesama akhawat satu batch. Setahun yang lepas 'dihidangkan' dengan Janji Kita.
Tahun ini , semua ada.

Ada orang yang main-main tukar baju dan jadi cantik sejam dua. Ada orang  buat kek, buat air soya, pop corn, goreng keropok sampai semua buka 'warung'. Ada orang dengan topeng oren nya, 'buku pelepah' ungu, bunga turquoise, dan reben-reben merah jambu.

Dan boleh pula ada slot 'Isteri Cerdik dan Solehah' untuk Tasya dan aku sebelum majlis menjemput masuk ustazah. Kami dipaksa diberi kesempatan untuk memberi perkongsian sikit-sikit. Boleh la jadi booster orang lain untuk menjadi isteri jugak. (Kawan-kawan se batch nanti nak tanya apa-apa, boleh boleh ) ^^

Waktu persembahan, ada Tiga Kata, Ceria, ucapan dari annoying orange dan yang paling best (sebab grup diorang menang) adalah Kau Ilhamku. Waktu diorang nyanyikan lagu ni untuk kami semua, aku  banyak mengimbau kenangan kami bersusah, bersenang, bersedih, berketawa satu batch sejak first year sampai fifth year. Nak masuk lima tahun. Tak kenal dan rapat dengan ramai orang lagi. tapi tahu semua saling mengasihi dan menyayangi.


========

Sentimental. Perkataan ni keluar dari mulut seorang seniorku bila mendapati aku sangat sentimental orangnya.

:)

Kau Ilhamku. Ha sudah, aku dah jatuh cinta dengan lagu ni





Thursday, November 17, 2011

Cerita Hari Ini


Dari semalam lagi, aku mengingatkan emak bahawa pada hari ini, keputusan peperiksaan UPSR bakal diumumkan. Bila ditanya emak tentang bagaimanakah perasaan Zaim ketika itu, emak kata Zaim tu macam tu lah. Rileks je. Makan banyak macam biasa sambil-sambil tambahkan berat badan.

Pagi tadi, mereka pergi ke sekolah Al Amin. Abang Nuar dan Adik pun turut sama. Dengan penuh yakinnya dia melangkahkan kaki ke pintu  gerbang sekolah. Bila ditanya agak-agak dapat berapa A, dia kata satu A je kot. Aduih. 

Sampai jumpa muallimah, muallimah senyum-senyum kata emak. Bikin saspen sungguh. huhu. Muallimah tanya Zaim nak berapa A. Dia kata nak satu je. Lalu diberikan keputusan peperiksaan kepada Zaim. 
Tengok ada A berderet-deret dan ada B satu :) Zaim menangis terkejut dan terharu waktu tu jugak. 
Bila masuk dalam kereta nak balik pun nangis lagi . Terkejut betul budak ni.  Hehe.


Mak punya caption 'Tangisan kegembiraan' :)



Alhamdulillah :)


Tahniah Zaim. Zaim memang terer la.



 =======================


10 pagi. Bermula kelas Pediatrics untuk sesi kedua. (Sesi pertama bermula jam 830 pagi lagi)
Doktor pensyarah ajar sikit-sikit. Tajuk pagi itu adalah Nutritional Disorders. Atau lebih spesifiknya berkenaan Kwasyiorkor dan Marasmus. Ada lah selitkan sekali Rickets. Dari hari tu lagi, doktor-doktor ajar dan tekankan kepada kami tentang kepentingan nutrisi yang seimbang. Balik-balik ulang tajuk yang sama.  

Tidak berapa lama kemudian datang seorang doktor muda dengan membawa dua orang ibu dengan mendukung anak-anak kecil masing-masing. Mulanya, doktor pensyarah meminta doktor muda tersebut membawakan pesakit Kwasyiorkor. Tapi yang datang dua-dua pesakit Marasmus.
Doktor kata tak mengapalah. Mungkin pada hari ini, kami belum berkesempatan untuk melihat sendiri keadaan pesakit kwasyiorkor. 

Lalu, doktor memanggil kami yang ada seramai 20 orang lebih, untuk datang ke hadapan. Mari tengok pesakit dengan lebih dekat. Semua dah siap kerumun dan tiba-tiba semua orang diam. Masing-masing rasa sebak. Semua berasa simpati kepada si ibu yang hanya mampu memandang, serta pada anak yang sedang menderita. (rakan-rakan sekelas pun semuanya perempuan Melayu :) ). Maklum, selama ni kami belajar, tengok gambar dalam buku je. Hari ni nah, Allah dah tunjukkan kepada kami.

Aku pandang Ayu dengan mata bergenang-genang dah .
'Sebab tu lah tak nak jadi Pediatrician macam Fathy. Sebab takut tak sanggup nak tengok anak-anak kecil sakit macam ni'

Marasmus (sumber Google)

Kwasyiorkor (sumber Google)
 Baru-baru ni, ada lah ber chat dengan Azhana . Berceritalah juga tentang pengalaman masing-masing sewaktu round Pediatrics. Katanya di Malaysia, jarang atau tak ada nya nak jumpa kes-kes seperti di atas. 
Rakyat Malaysia terbalik sikit. Serba serbi cukup. Mungkin banyak kes obesiti. Agaknya lah.

Sangat berlainan dengan keadaan di Mesir yang rakyatnya (para ibu) masih ramai tidak berkemampuan untuk membeli makanan yang seimbang untuk anak-anak mereka. Masih ramai yang tidak berpengetahuan tentang makanan apa yang terbaik untuk si kecil mereka. 

Kalau dekat tempat kita, hidup terlebih senang dan terlebih cukup makan. 
Terlebih sihat, sampai lupa nak bersyukur dan berterima kasih. 
Bersyukur dan berterima kasih bukan setakat mengucapkannya, tapi berdasarkan sebanyak mana dan sesungguh mana kita dalam beramal kebaikan.


================

Selesai menghadiri kelas Pediatrics pada sesi tengahari yang berakhir pada hampir waktu Asar, aku dan Ayu berjalan-jalan di sekitar universiti, menghirup udara petang yang sejuk sambil mengambil gambar. Sekadar untuk kenang-kenangan.


Sungai Nil (November 2011)




Kanan : Hospital Merah



Sewaktu keluar dari universiti


Pemandangan belakang : Bangunan Psikiatri dan 'Big Ben' mercu tanda Sekolah Perubatan Kasr El Ainy

'Gerai' menjual ubi keledek di tepi jalan

Sudah biasa dengan kesesakan (Sambil mengucapkan duakalimah syahadah sebelum melintas)





kamera henfon, boleh tahan juga 5.0 mp ...

 ================

Nanti bakal bercerita ceriti tentang 'Singa yang berperangai seperti kijang' (baca : rujuk Muntalaq)

Coming soon, Insya Allah



Wednesday, November 16, 2011

Entri Blog Yang Panjang



Bismillah

Malam ini (di Cairo 15/11) terasa mahu menulis panjang-panjang. Anggaplah saya sedang melepaskan gian untuk menulis benda zaman dulu-dulu. Baca tajuk pun mesti lah boleh agak yang entri kali ini memang panjang. Selamat membaca saya ucapkan  :)

Sepatutnya saya sekarang berada di meja studi, bukan di depan laptop. Mulanya benda ini nak ditulis semalam, tetapi mengenangkan kata-kata dari seseorang yang saya sangat hormat sepanjang hidup 'tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada', maka perkara yang utama tetap perlu diutamakan.

Untuk mendapatkan apa yang kita mahukan, ada perkara-perkara tertentu yang kita perlu korbankan.Tidak kisah lah benda tu perkara besar atau benda yang paling bermakna bagi kita ataupun tidak.
Contohnya nak belajar di luar negara, perlu kentalkan diri berjauhan dengan keluarga. Nak berkahwin waktu belajar, stamina, fikiran dan hati kena kuat. Lagi-lagi bila berjauhan (macam tahu je cerita siapa) :D

 Dunia memang menuntut kita membuat macam tu. Perlu memilih di antara banyak pilihan. Maklumlah, dunia ini hanya tempat persinggahan. Perlu bersusah. Maka, berhidup kena bersusah payah.
Kalau bersenang, maknanya ada yang tidak kena lah tu.

Berbalik kepada perkara atau cerita sebenar yang mahu ditulis. Beberapa hari lepas, terima mesej di peti surat fesbuk. Dari Sakinah yang dah lama benar tidak mendengar cerita. Sejak dia berkahwin dahulu dua tahun yang lepas, terus senyap dan menyepi. Kalau kami bertegur pun sekali sekala. Itupun tak tunjuk kat orang. Berbalas mesej diam-diam je :) Maka, bercerita lah masing-masing tentang kehidupan sekarang bagaimana. Panjang lebar juga lah. Walaupun sekadar mesej dan bukannya berjumpa berborak berjam-jam sekalipun, dapatlah disimpulkan bahawa masing-masing sedang menjalani kehidupan hari ini yang lebih baik dari semalam. :)

Teringat sewaktu kecik-kecik sewaktu bersekolah di Al Amin dahulu, keluarga Sakinah adalah seperti keluarga kedua atau keluarga angkat saya. Terima kasih kepada emak kerana sentiasa memahami diri ini dan sentiasa setia menjadi pemandu untuk saya ke rumah Sakinah dan bermalam sehari dua di sana. Saya masih ingat, sewaktu berdarjah dua dan tiga, saya selalu lesap dan tidak nampak bayang di rumah sendiri. Tetapi seronok bermain dan belajar di rumah orang lain atau secara spesifiknya rumah Sakinah (kesian adik selalu kena tinggal. Saya memang tak suka sangat berkawan dengan adik waktu kecik-kecik :D)

Andai hujung minggu itu saya tidak berada di rumah Sakinah sekalipun, sekurang-kurangnya seminggu sekali waktu hari persekolahan, saya pasti akan duduk di sana. Bila balik dari sekolah, saya akan tumpang kereta keluarga Sakinah untuk ke rumahnya dahulu. Bila dah petang emak pulang dari bekerja, emak akan mengambil saya di sana. Bak kata mak cik Ani (gelaran yang saya gunakan untuk ibu kepada Sakinah), 'Fathiyyah buat je macam rumah sendiri'. Tapi sebenarnya, saya bukannya bermain sangat pun di sana. (Ada la sikit-sikit main ping pong, main tali getah , main sorok-sorok, main Bingo dengan adik beradik Sakinah. sikit dan kadang2 je la. Yang lain banyak belajar :D) 

Lagipun, setiap minggu saya akan menghadiri kelas Mental Arithmetik IQMA. Mari kita belajar sempoa! Idea asal untuk menyertai kursus ini datangnya dari Mak Cik Ani sendiri. Mak Cik Ani lah yang sangat banyak memberikan sokongan dan semangat waktu saya tak pandai matematik dan mengira dahulu. Kursus belajar sempoa yang terdiri daripada lima peringkat ini telah pun kami berjaya tamatkan dengan jayanya. Semuanya lulus dengan pangkat A (nak dapat A kena melepasi markah 85)

Alhamdulillah, bila masuk pertandingan peringkat negeri pun, masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong. Ada je 'hadiah' untuk menjadi kebanggaan cikgu-cikgu sempoa kami. Yang saya ingat, ada Kak Athiyah (Moscow), Sakinah, Muzakkir, Arif. Yang lain, ingat-ingat lupa. Safwa dan Huda Musoffa pun ambil juga kursus ni. Tapi mereka kumpulan lain :)

Mak Cik Ani juga yang mengajar saya teknik bermain bola jaring sewaktu kecik dulu. Dia ajar saya bagaimana mahu menjadi lincah di atas padang. Memang selalu lah juga lawan mak cik-mak cik main bola jaring. Dan dengan beliau juga, saya mula pandai berenang. Sikit-sikit je. Sekarang masuk air selalu tenggelam :(

Ini semua kenangan yang dicedok dari zaman kegemilangan silam . Zaman kecik-kecik waktu minda cerdas, suci dan tak bercampur dengan benda yang bukan-bukan.  Kalau dulu belajar sempoa sampai tak reti mengira matematik dengan mencongak. Bila ambil ujian Matematik pun, selalu dapat siapkan soalan dengan memberikan jawapan cepat. Tapi tak ada jalan kira. Sebab memang membayangkan biji sempoa di dalam kepala.  Sekarang dah teruk sangat matematik. Bayangan biji sempoa naik turun dalam kepala pun makin pudar dan hilang.  Zauj pun komen, macam mana 30 dari 1000 pun boleh dikira jadi 0.03%.??

Berbalik kepada kisah keluarga Sakinah :)  Bila dah naik darjah empat, darjah lima, darjah enam sampai tingkatan, dah jadi tak rapat dengan Sakinah. Sebab sudah tidak satu kelas seperti tahun-tahun sebelumnya. Masing-masing pun dah jumpa geng yang serasi dengan gaya hidup masing-masing. Khai dan Aliah pun baru pindah Al Amin Gombak waktu tu. Dan waktu ni rapat dengan Khai, Safwa, Hafsah, Aimi, Afiqah, dan Umaira.

Ada lah darjah enam, kami ditempatkan dalam satu kumpulan PUI untuk peperiksaan UPSRI tahun tu. Ber 'study group' lah kami . Ada Hafsah (Farmasi UKM), Khadijah (Medik, Indonesia), Rumaisa' Parid (Medik UKM) dan Sakinah sendiri ( Medik CUCMS). Tapi waktu darjah enam pun jadi kekok-kekok juga. Adalah gelak-gelak tahap tak ingat waktu buat lawak bila tensen dan stress . Maklum, stress sebab exam dah dekat
( dari darjah enam dah mula rasa stress belajar. Bagusnya zaman dulu)

Setelah mendapat keputusan UPSR, saya telah dihantarkan dibuang oleh keluarga untuk bersekolah di Kelantan. Tamat menengah rendah, ditawarkan pula untuk bersekolah di Klang. Maka, memang terputus dan agak renggang sedikit hubungan dengan kawan-kawan Al Amin. Jumpa pun sekali dua setahun. Jadual pun tak sama. Bersekolah pun jauh dari Gombak. Sampailah tamat bersekolah menengah, lepas SPM, dapat tawaran JPA dan terbanglah saya ke bumi Mesir ini. Bila duduk Mesir setahun dua, dapat pula kad jemputan dari Sakinah yang bakal melangsungkan perkahwinannya.

Dan kalau tak silap, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi Sakinah. Puan Sakinah. Belum pernah bertemu dengan dia dan suaminya. Mananya nak jumpa, setiap kali cuti, Sakinah akan pulang ke Kuching kerana keluarga suaminya menetap di sana. Memang tiada jodoh lagi untuk kami bertemu. Bertemu di dalam mesej inbox fesbuk je biasanya. Itupun setahun ada lah sekali dua.

Apa pun Sakinah, saya sayang awak! (walaupun awak dah ada orang lain untuk disayang2 kan :D)

Lebih kurang setahun yang lepas, Pak Cik Hatta dan Mak Cik Ani datang berkunjung ke Cairo. Pak Cik Hatta pun ada seminar untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Perubatan di sini. Mereka menginap di Anfaal (Rumah Anfaal pun baru diwujudkan) Saya banyak menemani Mak Cik Ani, berborak-borak di Anfaal, dan Mak Cik Ani pun memang banyak buka cerita tentang bagaimana kehidupan mereka sewaktu belajar medik di Cairo dulu.

Oh ya, zaman pak cik mak cik belajar di Cairo Uni dulu, kebanyakan dari mereka menetap di Manial, tidak seperti kita kita yang hampir semua tinggal di kawasan sekitar Sayyeda Zainab. Pak Cik Hatta dan Mak Cik Ani merupakan graduan perubatan dari Universiti Kaherah (Cairo University). Pak Cik Hatta pun adalah dekan fakulti perubatan di Cyberjaya, dan Mak Cik Ani ada klinik di Greenwood, Gombak :)

Sebelum mereka pulang ke Malaysia, Pak Cik Hatta dan Mak Cik Ani sempat berpesan kepada kami supaya jangan sekali-kali tinggalkan usrah. Lagi-lagi sewaktu belajar. Sebab bila dapat ber usrah waktu belajar macam sekarang, memang terasa nikmat sangat. Tambahan pula sewaktu menjadi pelajar ni kita belum  mempunyai komitmen lain seperti kerjaya, keluarga dan lain-lain. Komitmen kita waktu ni hanyalah untuk usrah dan belajar.

Sebab bagi mereka, dalam usrah lah yang banyak mengajar, membina, mendidik diri dan menjadikan mereka, seperti yang kita kenal sekarang. Usrah yang banyak menjaga diri mereka, dari benda yang bukan-bukan. Kata Mak Cik Ani lagi, cari lah usrah dekat mana-mana pun dan jangan hidup dalam dunia sendiri. Kena pandai cari teman-teman yang memahami. Teman yang turut ingin mencari.

Dalam bab usrah usrah ni, dulu faham gitu-gitu je kenapa perlu ada usrah. Sekarang makin faham yang kalau tak ada usrah, kita 'boleh mati'.  Lagipun, keluarga saya sendiri pun bukanlah dari keluarga yang usrah pun.
Bak kata orang, tarbiyyah yang dapat bukanlah dari tarbiyyah perut emak. Kenal usrah pun ketika sekolah. Itupun main-main. Waktu sekolah menengah pun sama. Selalu lari dari usrah. (selalu menyorok di tempat persembunyian atau tidur dalam dorm) Kalau pergi pun, waktu usrah adalah waktu tidur. Di tingkatan lima Kisas lagi pelik, tak ada berita atau makluman apa-apa, tiba-tiba kena jadi timbalan naqibah usrah. Kasihan adik-adik usrah dulu.

Walaupun ayah emak bukanlah dari mereka yang digelar ikhwah akhawat sekali pun, mereka tidak pernah menghalang kami adik beradik yang pernah bersekolah di Al Amin untuk teruskan usrah sampailah kami berkeluarga. Dalam mencari pasangan pun, ayah emak pun faham kenapa masing-masing mencari pasangan yang ada usrah juga. Sebab tahu, tugasan dalam membina satu keluarga muslim pun bukanlah satu benda yang boleh dibawa main-main. Emak pun pernah kata yang emak takkan halang anak-anak emak pergi mencari usrah atau program daurah. Sebab mak tahu kami pergi mencari bekal untuk akhirat. Bekal yang emak pun tak mampu untuk beri kepada kami :')

 Sekolah Al Amin memang banyak memberi makna dalam hidup. Muallim muallimah, cikgu-cikgu, pak cik mak cik dan sekolah Al Amin itu sendiri.

Apapun, kisah-kisah di atas adalah di antara cebisan dan kenangan dalam hidup. Itu pun masih ingat-ingat lupa. Sengaja ditulis dekat sini, nanti bila lupa boleh baca balik

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Segala pujian hanya untuk Allah.
Dan ucapan terima kasih kepada Allah takkan dapat menandingi ucapan Alhamdulillah ini

p.s : Akhirnya misi menulis entri blog panjang-panjang hampir berjaya. Boleh la bercuti dari blog sehari dua :D

nota bawah sekali : Asiah Kamal, kalau awak bc benda ni sampai habis, sila tinggalkan jejak! Supaya saya tahu awak pernah ada di sini :D (yang lain nak tinggal jejak pun boleh :) )



Monday, November 14, 2011

Nikmat Hari Ini


Di antara nikmat yang paling berharga yang dapat hari ini adalah nikmat berehat dengan bersolat zohor secara berjemaah di surau universiti. Walaupun waktu tu sebenarnya memang terkejar-kejar untuk ke kuliah Pediatrics yang diadakan pada sebelah tengahari di mudarrag B berhadapan dengan bangunan Biochemistry.

Termengah-mengah lagi tadi waktu bersiap di dalam saf masing-masing (Berjalan lajuuu. Perjalanan dari hospital kanak-kanak Abou Risy ke universiti terasa  juga penatnya bila berjalan kaki. Fuh!)


==============









 Berlatih CPR di dalam kelas, ber makan lempeng cokelat (berkongsi duit) di Auntie Loulou dan  berkedai buku di Diwan Bookstore, Maadi .

Satu hari yang penuh sambil bercerita dan mengambil ibrah dengan teman tapi mesra  ^^




Dan Alhamdulillah, akhirnya buku idaman selamat sampai di Kaherah dari Irbid.  Maka Fathiyyah, marilah studi Pediatrics sekarang.



Saturday, November 12, 2011

Garam


Garam memang masin. Tapi kita sukar nak cerita kepada orang lain yang garam itu masin. Melainkan kita datang bawak sendiri garam pada orang itu, suapkan suruh orang itu merasainya sendiri.

Susah nak cerita kepada orang lain, tentang best sangat berukhuwah. Berukhuwah yang bukan untuk kepentingan diri, atau sesiapa pun. Susah nak describe perasaan bila berukhuwah itu bagaimana, melainkan bila orang itu cuba duduk di tempat kita dan mengalaminya sendiri.

Semalam duduk-duduk dengan budak-budak kecik, kanak-kanak comel dan manja, adik-adik yang sedang belajar dan membesar untuk menjadi matang. Mereka yang datang dari jauh atau dekat, baik yang baru kenal atau yang memang dah rapat. Ada yang selama ini hanya selalu dengar nama, selalu terbayang-bayang macam mana lah rupanya, dan akhirnya semalam dapat juga jumpa.

Dan dapat juga dengar macam-macam kisah dari macam-macam orang. Dah lama tak duduk ramai-ramai sambil kongsi-kongsi perasaan. Sebak dan sesak dada seketika (siapkan ada orang passing tisu lagi untuk aku :D) bila masing-masing berkongsi tentang 'kucing mati' dan turning point hidup masing-masing. Hebatnya mereka ni berjuang untuk berubah dalam hidup.

Bila masing-masing nak ucapkan selamat tinggal serta selamat jalan, tiba-tiba dia, si budak kecik comel yang baru je bertaaruf datang bersalam dan peluk aku. Sambil cerita tentang kisah silam, tentang salah dan silap yang dia pernah buat, tentang dia yang rasa rendah diri dengan orang lain dan akhirnya dia menangis. Bila wajahnya dah merah-merah,dia  terus malu dan tutup muka.

'Tengok awak sekarang. Sangat lain berbanding dulu kan'

:)



===============

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)" 

(As Syarh : 7)

Setakat ini, cuti raya haji kali ini adalah yang paling terisi nak dibandingkan dengan cuti-cuti lain. 
Walaupun macam tak seberapa tapi hati rasa puas amat sebenarnya.

Untuk memastikan cuti kali ini tidak dipenuhi dengan benda yang bukan-bukan dan benda-benda yang tak berapa best, segala persiapan persediaan untuk menghadapinya juga bukanlah memakan masa sehari dua. Tetapi sebulan atau 3 minggu sebelum itu lagi.

Alhamdulillah, hampir semua berjaya hasrat berjaya dilaksanakan walaupun ada banyak juga ruang yang perlu diperbaiki dan dimuhasabahkan. Maka, semua orang (mereka yang berkaitan :D) boleh la mengucapkan selamat tinggal kepada cuti raya haji dengan senyuman. Senyuman yang penuh dengan makna.

Cuti kali ini telah  menyaksikan aku paling banyak bergaduh bergusti dengan diri sendiri, selalu kena paksa diri dan banyak-banyak betulkan niat. Dan bila dah buat silap atau marah-marah tak puas hati tak tentu pasal, akhirnya sedar yang aku dah kalah dengan syaitan.

Moga segala penat lelah , dan masa yang  dihadiahkan kepada kitaada berkatNya. Mudah-mudahan, ia mampu memberatkan mizan hasanah dan kebaikan kita di akhirat sana.

Agaknya sekarang semua tengah qadha' tido (Maklumlah, seminggu ni balik rumah je terus melepet masing-masing):D

Tadi, baru sudah peperiksaan Internal Medicine. Selamat tinggal Internal Medicine tahun ini dan jumpa lagi di tahun hadapan.

Hai Pediatrics, untuk keesokan hari :)


p.s: Tajuk entri Garam. Sebab tak tau nak letak tajuk apa.




Tuesday, November 8, 2011

Mixed



Aku suka dengan suasana hari raya di Mesir. Meriah bertakbir pakat pergi solat raya satu keluarga.
Buat korban, sembelih binatang sembelihan di tepi-tepi jalan pun ada kadang-kadang. Pak Arab punya style memang begitu.

Dan lepas sembelih-sembelih, hilang sedikit meriahnya. Kecuali pada waktu malam. Malam-malam sebelum dan selepas 10 Zulhijjah memang hidup. Dengan kambing-kambingnya, dengan budak-budak keciknya dan laun-lain.

Tiba-tiba rindukan suasana Mekah.

Raya tahun ni, berjalan menuju ke masjid Ibrahim sorang-sorang. Sebab teman-teman serumah ada yang sakit-sakit di pagi raya sampai tak larat nak bangun (sedih). Kemudian, aku turut serta menaiki bas bersama kanak-kanak riang lain untuk ke dataran Hayyu Asyir bagi menjayakan ibadah qurban pelajar-pelajar medik sini. Bagi mereka yang murah rezeki dan berkemampuan, dapatlah melaksanakan ibadah qurban yang berstatus 'sunat muakkad' itu. Ada yang berqurban unta, khorouf dan kambing kacang. Alhamdulillah :)

Bila tengok adik-adik ikhwah dan akhawat duk sibuk-sibuk melapah dan memotong daging tugasan masing-masing, wajiblah aku mengimbau kenangan waktu aktiviti qurban yang telah dijayakan di kawasan perumahan kami di Fustat (duk bercerita banyak dengan Radin, Atiif, Izzah dan Yana sambil berkata dah tahun lima dah kita. Dulu ingat lagi kita tahun satu duk la manja dengan kakak-kakak sebab susah nak jumpa bila dah duduk Fustat)


Seingat aku, itulah pertama kali pihak Perubatan menganjurkan program sebegini dan julung-julung kalinya telah diadakan di Fustat. Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak senior waktu tu. Memang penuh nostalgia.

Balik dari Hayyu Asyir, kita singgah di rumah kawan-kawan yang buat rumah terbuka. Alhamdulillah, dapat banyak makan masakan teman-teman yang memang dah berpangkat chef handalan di sini. Dah boleh jadi mak-mak orang dah ni ^^

=============




Berbual-bual dengan Lily (bukan nama sebenar). Apa khabarnya, apa ceritanya, macam mana study, bagaimana usrah dan anak usrah masing-masing. Berbual tentang hidup. Tentang ranjau onak duri dalam kehidupan . Ada sekali aku tanya, macam mana pula soal kewangan, ok ke tak? Kalau tak ok, ada je orang nak tolong-tolong ni. Ada yang sudi menyumbang untuk mereka yang seperti memerlukan. Meh bagi contact number atau emel. Kak boleh forward kan nama kamu kepada nama-nama yang berkaitan, kata aku.

Katanya tak perlu lah. "Lebih baik salurkan kepada orang yang lebih layak dari ana  Ana masih ada mak ayah yang mampu menanggung perbelanjaan ana dekat sini  dan tak lama lagi ana nak cuba apply untuk zakat pulak. Tak macam mereka, anak yatim, nak belajar pun di bawah tanggungan kakak abang yang sudah berkahwin. Better kak fathy tanya-tanya mereka la ya"

Sayu kita yang mendengar dan menadah telinga. Sungguh-sungguh dia menolak. Demi memudahkan akhawat sahabatnya yang lain. Baginya kesusahan yang dihadapi sedikit amat nak dibandingkan kawan-kawan sekuliahnya yang lebih memerlukan. Kita tawarkan kepada dia, lalu dia tepis dan memberi laluan kepada orang lain. How sweet of you, lily.



=========


Seminggu dua ni, selalu masuk tidur dengan perasaan bimbang, risau, resah dan gelisah. Bukannya bimbang nak berpeperiksaan sangat pun kadang-kadang (kecuali  malam sebelum exam. Tipu lah kalau kata boleh tidur lena bila exam naik tahun lima ni. Subjek dah berat tahap tak ingat ). Tapi sebab lain.

Andai empat tahun sudah aku selalu bimbang tak cukup masa nak capai banyak benda untuk dibawa balik Malaysia, naik tahun ni aku dah mula rasa tak senang duduk dengan apa yang akan aku tinggalkan untuk Mesir. Apa yang telah ku berikan kepada bumi Asiah ini.

Apakah cukup usaha dan penat aku selama ini untuk membuahkan saham-saham yang tinggi di akhirat nanti?
Apakah 'pokok-pokok yang telah ku tanam' akan menghasilkan sesuatu untuk aku tuai di sana nanti?

Namun, di tangan Allah jualah bagaimana pokok-pokok itu akan membesar.
Hanya kepada Allah, aku bertawakkal.

Nota bawah : Tajuk entri sama dengan Khai :D
Nota bawah sekali : Permataku, lagu kegemaran aku yang dihadiahkan oleh seseorang. Terima kasih! ^^




Saturday, November 5, 2011

Normal



Ter'tembak'.  Credits to Azhana :)


Tak tahu dan tidak sedar berapa kali kita memanjatkan rasa syukur dan menyatakan terima kasih apabila mengetahui yang kita normal,serba cukup, sihat, organ-organ dan sistem-sistem dalam badan berfungsi dengan baik, tidak berpenyakit genetik, tidak ada penyakit yang sukar untuk disembuh, tidak kikir dan miskin sehingga perlu meminta-minta. Juga tidak berpanjangan dalam bersedih, punya ibu bapa yang menyayangi, ada rumah sebagai tempat berteduh dan ada makanan untuk perut yang sering meminta diisi.

Mungkin kita jarang bersyukur, sebab kita kurang muhasabah diri.
Atau kurang ingat siapa Pencipta, Pemilik kita

Mungkin kita jarang untuk ingat Allah. Zikrullah pun bila waktu susah.
Tapi bila waktu senang, jarang amat.

Atau mungkin kita bersyukur dengan ucap alhamdulillah.
Tapi kita kadang kurang beramal yang menunjukkan kita sedang bersyukur amat.

=====

Hari tu (dah lama dah), buat beberapa ujian (test) di hospital.
Sebab mengalami masalah kesihatan, selalu tidak bermaya, cepat rasa nak pitam dan sebagainya.
Buat ujian darah, orang tu ambil urine sample dan sebagainya.

Setelah beberapa hari menunggu (tak sampai sehari je senanya ) akhirnya keputusan pun keluar.
Pelik, sebab semuanya normal. Disebabkan ujian dibuat bukanlah di atas saranan daripada doktor, maka selamba je buat kesimpulan sendiri. Mungkin sebab terlalu penat dalam study dan pemakanan kurang seimbang, kurang malas bersenam Mungkin. Semuanya berbalik kepada kesalahan diri sendiri.
Sedikit kurang amanah di situ, sebab melakukan kezaliman ke atas diri sendiri.

Tertulis dekat laporan  tu ada nama sendiri, jantina dan umur. Dan keputusannya dinyatakan dalam bentuk jadual. Ada Liver function test, Kidney Function test dan lain-lain. Berterbangan sedikit duit untuk ujian-ujian ini. Ada sekali dia tulis kat situ berapa yang normal, lingkungan mana yang tak normal.

Sekali tengok macam biodata diri. Biodata yang menunjukkan ini profil dan maklumat tentang fathiyyah.
dan dia seorang yang normal.

Alhamdulillah.
Bersyukur sebab aku normal. Tapi selepas bersyukur, aku buat apa?

============

Esok raya. Suka tengok adik-adik kambing, abang-abang lembu dan kakak-kakak unta yang macam tersenyum girang . Seolah-olah tidak sabar untuk disembelih dan dikorbankan.

Tapi kita semua pun tahu, penciptaan mereka adalah untuk menyempurnakan hidup manusia. Menyempurnakan urusan ibadah hamba makhluk Allah yang bernama manusia.

Sekejap lagi masjid-masjid di Mounira ini akan bergema dengan takbir raya. Berterusan dengan bertakbir sehinggalah habisnya hari-hari tasyrik.

Salam Aidiladha dan selamat berkorban untuk semua.
Moga ibadah qurban kita semua tahun ini diterima dan diberkati Allah.

p.s: Sayu je tengok youtube yang memaparkan penukaran kiswah Kaabah. Patut la Ayu kata kalau dah pergi umrah, mesti meroyan rindu amat nak pergi sana balik.


Friday, November 4, 2011

Umar


Nikmat makan akan lebih terasa nikmatnya
bila saat itu kita benar-benar terasa lapar.

Nikmat tidur akan lebih terasa nikmatnya dapat tidur
bila saat itu kita benar-benar terasa mengantuk.

dan nikmat dapat tarbiyyah akan terasa bestnya dapat tarbiyyah bila kita rasa tarbiyyah tu semakin menghilang dan menjauh dari kita. Kita baru akan sedar bestnya dapat tarbiyyah bila tiada orang-orang yang dapat tarbiyyah berada di sisi kita.

Tapi tak semua dapat rasa yang tarbiyyah itu juga adalah merupakan salah satu nikmat di antara beribu-ribu juta nikmat yang lain. Tak masuk lagi nikmat dalam berukhuwah :)

Bila terasa berat dan susah nak berubah kepada diri yang lebih baik,
selalu teringat jihad dan keimanan teguh
seperti yang telah dipersembahkan oleh Saidina Umar Al Khattab

Umar yang mengenal Islam sewaktu usianya awal 30 an.
Setelah mendengar ayat-ayat cinta dari Dia dari surah Taha
yang telah diperdengarkan oleh adiknya, Fatimah di samping suaminya Sa'id bin Zaid.

Umar yang telah 'mengenalkan' aku tentang niat.
Hadith niat. Hadith tentang 'hijrah'
Hadith pertama dalam himpunan Hadith 40 oleh Imam Nawawi.

Umar yang sewaktu jahilnya, tersangat jahil. Yang paling 'otai',
yang paling samseng ketika di zaman jahiliyyahnya.
dan Umar yang sewaktu islamnya, tersangat terserlah keislamannya.
Umar yang paling takutkan Allah
Dialah yang paling tegar dan keras dalam menegakkan Islam,
dan dia jugalah khalifah yang paling lembut dan yang paling amanah.

Saidina Umar, yang telah dijanjikan syurga oleh Allah

Selalu sebak bila teringatkan pernah terbaca kisah-kisah Saidina Umar
sewaktu beliau memimpin umat Islam sebagai Amirul Mukminin.
Umar yang selalu mengenangkan dosa-dosanya ketika jahiliyyah
yang selalu berpesan kepada umatnya supaya sentiasa bertawa kepada Allah
dan mengingatkan agar sentiasa jauhkan diri dari maksiat.

Aku selalu mengagumi dan memuhasabah diri dengan segala kisah-kisah
yang telah dipersembahkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.

Kerana merekalah yang paling memahami betapa susahnya untuk berubah
tinggalkan jahiliyyah, tinggalkan semua segala maksiat dan dosa .
Dan mereka jugalah yang paling mengerti makna jihad dan pengorbanan
demi syurga dan cinta Allah

Kerana mereka telah membuktikan bahawa untuk berubah itu takkan mustahil,
selagi ada azam dan niat untuk dicelup, dengan celupan Allah.


===========

Sebelum naik tahun lima, aku telah memasang beberapa niat untuk tahun dan semester baru yang bakal ku hadapi nanti. Di antaranya adalah mengemaskinikan blog sekerap yang mungkin. Erk, mungkin tiadalah sekerap sangat seperti dulu (tiap-tiap hari updet blog). Biarlah yang ditulis nanti ada 'isinya' untuk dikongsi. Jika bukan untuk orang lain untuk diambil pelajaran sekalipun, sekurang-kurangnya biarlah ada sedikit cebisan kenangan untuk aku bila sudah tua-tua esok, bila sudah bekerja, berkeluarga besar, bila sudah sibuk-sibuk dan sampaikan tiada masa  untuk menulis apa-apa lagi.

Atau mungkin sedikit percikan iman untuk dimuhasabahkan juga nanti. Biarlah sedikit, janji tetap ada. 

Namun begitu, hasrat itu masih belum berjaya dilaksanakan setakat ini. Entri-entri  bulan Oktober yang ditulis telah pun membuktikannya. Betapa pusingan (baca : round) Internal Medicine benar-benar menyesakkan jadual hidup sampaikan cadangan untuk mengambil kelas arab fushah terpaksa ditangguhkan beberapa kali. Mudah-mudahan sewaktu bermulanya subjek baru, akan ada lebih peluang dan masa untuk menulis segala pengalaman hidup sepanjang dua tahun yang berbaki ini.

dan mudah-mudahan round Pediatrics nanti ada ruang untuk kami mengisi masa dengan benda-benda lain selain medik. Cukuplah ianya sebagai kepuasan jasmani, jiwa dan ruh bila dapat bersama dengan bahasa Jannah ini.

Seusainya peperiksaan clinical di hospital merah tadi, terasa sudah hampir ke penghujungnya masa kami dengan subjek pertama untuk tahun ini.
(Tadi periksa dengan Dr Nadia Al Feky. Mudah-mudahan apa yang telah aku persembahkan tadi itulah yang terbaik)

Segala kenangan sepanjang belajar Internal Medicine, cukup-cukup membuatkan diri sendiri dan semua teman tersenyum lebar sambil mengucapkan selamat tinggal buat sementara kepada subjek ini.
Doktor-doktor yang berdedikasi dan telah menjadi inspirasi kepada kami untuk terus bersemangat dalam bidang ini dan kakitangan-kakitangan hospital yang telah memberikan kami ,kerjasama serta kasih sayang.

Tidak lupa kepada teman-teman berbangsa Arab yang telah membuatkan kami berasa sangat terkesan dengan mereka. Pertolongan  yang jujur dan ikhlas, mengajarkan kami kosa kata bahasa Arab ammi sewaktu sesi history taking dan sebagainya. Mereka sedikit sebanyak telah menceriakan kehidupan seharian kami sepanjang lima minggu di pusingan Internal Medicine ini.

Selamat tinggal buat sementara untuk Internal Medicine. (Kerana tahun akhir nanti akan belajar lagi subjek ini untuk tempoh yang sangat lama)
Oh ya, sebenarnya dua belas haribulan nanti ada peperiksaan lagi. Internal medicine MCQ - 30 markah

:)

p.s: Entri panjang untuk mengubat hati diri sendiri yang dah lama tak menulis panjang-panjang.
Mungkin esok pun ada updet lagi :D



Tuesday, November 1, 2011

Entri Satu November


Bismillah 

Hari Khamis, andai tiada halangan apa-apa, insya Allah akan berlangsungnya peperiksaan end round untuk internal medicine. Setelah diberi sedikit taklimat dan penjelasan dalam bahasa Arab ammi dicampur sikit-sikit dengan bahasa Inggeris, kami bakal diuji dengan ujian yang agak membutuhkan kekentalan hati, jiwa dan perasaan. Andai pelajar arab sendiri pun dah risau dan pening bagai, apatah lagi kami pelajar Malaysia.
Jatuh pengsan dan syahid sahaja bila sampai rumah :)

Aiseh, macam teruk sangat je bunyinya. Boleh la sikit-sikit ujian history taking, presentation kepada doktor, general examination (vital signs etc) dan local examination untuk sistem yang dikehendaki oleh soalan.

Yang paling' kecut perut' adalah bakal berbahasa arab ammi dengan bakal pesakit. Harap saya dapat faham apa yang bakal awak jelaskan kepada saya nanti wahai pesakit. Janganlah nanti macam ayam dan itik. Mintak jauhhhhh! Maka, marilah buka semua buku-buku kosa kata arab ammi.

Tapi stres memang sudah mula menyelubungi diri. (Tapi siap boleh tulis entri blog lagi) .
Buku berlambak-lambak kena baca. Nota banyak tahap ingat kena ulang dan ulang. (kalau nota ni dapat kat khai, dia boleh muntah :D) Nama pun budak medik.
Memang kena belajar dan belajar. Dan belajar!

dan FB dah kena 'hack' untuk memberi laluan kepada peperiksaan (terima kasih!) Maka siapa-siapa boleh la menghubungi aku di blog atau di emel sahaja. Emel boleh didapati di bahagian 'view my profile' di sebelah. insya Allah akan ada balasannya nanti.

Selain updet tentang peperiksaan, nak kemaskini juga tentang kelas Bahasa Arab. Bila rakan-rakan lain ada yang dah mula ambil kelas AQ dan kelas-kelas Tafsir (baca: perempuan-perempuan cantek),
Ustaz Mahmoud dan Ustazah Jihad nampak gaya dah mula tanya-tanya apa khabar agaknya fathiyyah.
Dia masih bersedih merindui suaminya kah sampai tak nampak-nampak lagi batang hidungnya di markaz?  Hehe . Tak adalah ustaz ustazah. Saya sangat bahagia di sini, Insya Allah. Sengaja menghilangkan diri dari pandangan mata ustaz ustazah.

Lepas cuti raya haji ni, insya Allah kami berempat akan mula mewarnai dan menceriakan menghuru harakan hidup ustaz ustazah. Itupun setelah hampir sebulan lebih kami menyusun dan mengatur jadual hidup betul-betul . Maklum, jadual tahun lima jauh lebih padat berbanding dengan jadual tahun empat yang terkenal sebagai tahun berbulan madu. Masa mana yang kita boleh susun, kita susun elok-elok. Mana yang ada depan mata, jangan dilepaskan. Peluang belajar Arab dengan orang Arab, jangan sia-siakan. Di bumi para Anbiya', bumi Nabi Musa, bumi Amru Al As, bumi Imam As Syafie. Namapun hidup sebagai orang yang berjuang untuk menuntut ilmu, kan? Maka, berpenat dan berlelah sedikit tak apa lah kan.

Tentang keadaan terkini di Mesir.

Keselamatan kami di sini, masih belum ada jaminan dari mana-mana pihak yang kami dalam keadaan yang betul-betul selamat. Dengan keadaan tiada polis sangat dan kes-kes jenayah semakin berleluasa. Ada la dalam seminggu yang lepas, ada lah kes-kes budak Malaysia hampir kena ragut, tembak-menembak sekitar kawasan perumahan kami dan sebagainya. Kes orang bergaduh di tengah-tengah jalan tu biasa. Sejak sebelum revolusi lagi begini

Maka, pandai-pandai jaga diri. Elakkan dari keluar malam. Selesaikan semua urusan pada waktu siang, dan waktu malam, duduk di rumah sahaja. Pintu rumah pun kalau boleh berhati-hati bila nak buka untuk orang yang tidak dikenali. Apa-apa pun boleh jadi. Banyak-banyakkan tawakkal sahaja di dalam hati. Dan bila dapat tahu ada kawan-kawan nak datang bercuti di Mesir, macam tak nak galakkan sangat. Tapi ini hanya pendapat peribadi. Bukan nak buat siapa-siapa risau.  :)

 Pasti semua khususnya rakyat mesir ternanti-nanti saat-saat untuk pilihanraya umum atau dalam arabnya 'Ittikhobat' .Tidak sabar semua untuk keluar mengundi siapakah yang bakal menjadi pemimpin mereka. Aku dan yang lain pun turut merasakan debarnya. Tak pernah menjangkakan dalam hidup yang aku akan bermukim di bumi yang bertuah ini yang mana rakyat mereka berjaya menghalau keluar pemerintah yang zalim dari terus menaungi negara mereka.

(Tadi ni pun baru ada orang tekan loceng rumah. Ingatkan ada orang nak datang baiki paip rumah, rupanya orang dari Parti Hurriyah wal A'dalah mengetuk pintu setiap rumah untuk memberikan satu kertas tentang Thaurah Iman atau dalam bahasa Melayunya, Revolusi Iman. Kagum sebentar)

Ditambah lagi dengan keberanian Turki dalam menghalau duta Israel keluar dari Turki serta memanggil duta Turki supaya keluar dari Israel serta revolusi negara-negara sekitar sini seperti Libya, Tunisia dan lain-lain.
dan lagi berita tentang Palestin semakin didengari.

Subhanallah Wallahuakbar.

Jelas cahaya kebangkitan Islam kian menampakkan sinarnya. Cuma kita sekarang dan nanti di mana?

Apakah kita akan turut menjadi titik-titik kecil kebangkitan Islam?
atau apakah kita masih kekal di sini, di tempat yang sama, tidak bergerak dan tanpa melakukan apa-apa,
memberikan apa-apa sumbangan, untuk Islam?

=====================

Dan untuk akhirnya, entri satu November ini ditujukan khas buat seorang insan yang bernama kakak yang walaupun jauh di mata, jarang sangat bersua muka ke muka (adalah hari tu makan eskrem dan mee kari bawak adik kecik jugak) ,  namun kita tetap dekat di hati.

Yang kenalnya hanya dalam tempoh sekejap, tapi banyak benda sudah dikongsi.
time marah-marah, happy-happy, stress dengan exam masing-masing dan sebagainya

:)

Mengenangkan si dia pun dah susah nak buka twitter (selalu kami kontek2 twitter dan kadang-kadang fb), maka mungkin dia akan terbaca kat sini. (mana lah tahu kakak tu kot-kot terbuka googlereader ke kaaan) :D

Selamat Hari Lahir yang ke (erk, isi sendiri) , buat kakak.
Moga dirahmati, diberkati
dan sentiasa di bawah lindungan Tuhan yang amat menyayangi dan mengasihi kita.
Moga kita semakin hari semakin saling menyayangi dalam bersaudara
Semakin bersyukur atas segala nikmat,
Semakin takut akan azab yang dahsyat
Moga iman akan terus meningkat,
dan semakin dekat dengan akhirat.

(Hadiah nanti orang 'pos')

again, Happy Birthday kakak! 

:D

=======


sekian dahulu updet bebelan (bak kata khai :D) dan karangan yang panjang.

Selamat malam bumi Kaherah yang sejuk,
Fathiyyah


 

Template by Web Hosting Reviews