"Setiap ruas sendi manusia, wajib memberi sedekah pada setiap hari apabila terbit matahari.
Mendamaikan antara dua orang (yang bertelagah) satu sedekah,
membantu seseorang menaiki kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya, satu sedekah.
Kata-kata yang baik satu sedekah,
setiap langkah ke tempat solat satu sedekah,
membuang kotoran di jalan, satu sedekah"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )
======
aku sering merindu kepada mereka Muhajirin dan mengagumi dalam diam
dan mengharapkan pertemuan mungkin di alam mimpi bersama mereka orang-orang Ansar
Aku sering tertanya apakah aku mampu menjadi seperti Muhajirin,
yang tahap imannya menggunung tinggi,
pabila hanya diberikan janji oleh RasulNya,
nikmat syurga yang tidak terbayang di kepala
dan cinta Allah yang Maha Agung
mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak tanya
rela kena seksa bahkan sehingga mati pertahankan iman
tidak seperti golongan dari bani Israel
yang bertanya dan bertanya sebelum menerima,
walaupun sering diceritakan kepada mereka
tentang balasan terhadap kaum sebelumnya
bila ingkar dan lengah untuk menyahut seruan oleh Rasul mereka
lalu, mereka dilaknat seperti yang diceritakan dalam Al Qur'an
aku sering bertanya kepada diri
apakah aku mampu berkorban segalanya seperti orang Ansar
segalanya, semuanya,
yang begitu tulus hati untuk saudara mereka
isteri, rumah, kebun, atau harta
demi iman dan taqwa hanya kepadaNya
Allah kata di dalam Al-Qur'an,
andai aku masih enggan untuk memikul beban ini,
Allah tiada rugi apa-apa walau sedikit
malah, agama dan dakwah ini tiada rugi,
tidak akan terjejas tanpa aku
malah Dia akan menggantikan aku
dengan orang lain, dengan kaum lain
yang jauh lebih taat dan beriman
jauh lebih bertaqwa dan patuh
dalam menyahut seruan untuk syurga
Tapi aku?
di mana aku ?
akulah yang memerlukan tarbiyyah dan dakwah ini.
dan aku lah yang memerlukan Allah
Allah yang Maha Rahman
Yang Maha Lembut dan dan Maha Penyantun
aku sering bertanya,
apakah perubahan di dalam diri ini
benar-benar mendapat redha dari Dia?
=========================
Nak sangat tulis apa dah jadi kepada diri sendiri dan orang-orang sekitar di sini.
Belajar, kawan-kawan, Raya Haji, hidup tunggang terbalik, kenapa gembira amat sangat
boleh la ulas sikit-sikit ^^
Semalam sangat gembira. Sebab dapat menggembirakan orang lain.
Dan bercerita ceriti sambil makan-makan dengan orang yang dah lama tak borak-borak dalam mengenal hati budi masing-masing
![]() | |
| Masa itu juga adalah makhluk Allah -Bo- |
Raya Haji tahun di Mesir. Bukan di Jordan macam tahun lepas. Apatah lagi di Malaysia.
Cuma raya tahun ni lebih bermakna kot. Insya Allah ^^
Dah hampir lima minggu berkecimpung dalam dunia Internal Medicine. Hampir lima minggu berkawan dengan stethoscope, sphygmomanometer, tendon hammer, pen light etc.
Hampir lima minggu juga hidup bergelumang dengan bermacam-macam jenis buku untuk mengenali dan memahamkan penyakit dan mengapa ketidakfungsian sesuatu sistem dengan betul-betul.
Masa tidur, boleh lah nak dikatakan sudah berjaya dikorbankan sikit-sikit. Walaupun banyak juga.
Jadi, kena kurangkan tidur, banyakkan amal dan belajar!
Bab makan, masih seperti dulu. Waktu winter adalah tempoh untuk banyak makan dan menggemukkan diri lagi-lagi status sekarang ni membuatkan aku sudah tidak kisah sama ada gemuk atau tidak. Hehe
Masa belajar, erk. Kena tingkatkan lagi kualiti waktu belajar dan produktiviti setelah belajar
(
Buku-buku selain medik di rak buku khas, hanya mampu menjeling dan dijeling dengan jelingan manja. Buku-buku yang di save dalam Kindle pun aku hanya mampu menatap dengan wajah sebak dan terharu sebab tiada lagi masa untuk mereka.
Kalau buku-buku ni ada perasaan, pasti mereka akan berasa cemburu kerana aku lebih banyak habiskan masa dengan buku-buku medik berbanding dengan mereka.
Oh ya, ada peperiksaan end round khamis ini. Dan ujian MCQ pula pada 12 haribulan November lepas raya nanti. Insya Allah :)
updet lain :
Suami dan keluarga-keluarga sihat walafiat, alhamdulillah
Kawan-kawan, semua sihat dan bahagia, Alhamdulillah
aku, pun sihat alhamdulillah ^^
benarlah ucapan Alhamdulillah itu terasa lagi best dari ucapan terima kasih.
kan?
![]() |
| Bon Voyage mak cik Tiqah ^^ -Bo- |
:)

















