| Berkhemah di tengah-tengah padang pasir Bahariya merupakan kenangan yang paling indah di Mesir, |
tengok gambar-gambar adik first year yang baru sampai
banyak diorang berjalan-jalan sekitar bumi Kaherah (Cairo)
Qal'ah(Kubu) Salehuddin Al Ayubi, Piramid,
melawat makam imam-imam hebat
Kagum, boleh tahan mereka ni dibawa berjalan
Tidak seperti zaman aku muda-muda dahulu
empat tahun lepas
kebanyakan masa adalah di Arma (
beratur untuk guna komputer di CC arab untuk menelefon keluarga
sambil menunggu giliran seterusnya untuk dipindahkan di masakin Fustat,
aktiviti lainnya adalah dibawa oleh kakak Alex untuk cari makan,
kita teroka makanan mesir (walaupun banyak kali juga aku muntah-muntah semua benda dek perut tidak berapa ngam dengan makanan sini)
dan kunun la shopping di pusat membeli-belah (window- shopping sebenarnya),
sebab waktu tu memang pokai tidak terhingga.
adalah dibawa jalan-jalan oleh akak-akak negeri KL
tapi, sendiri pun tak ingat dah dibawa pergi mana.
kecuali masjid 4 mazhab, makam imam syafie, dan hadiqah Azhar
tenpat lain, hilang ingatan
Qal'ah pun aku baru jejakkan kaki tahun lepas,
itupun sebab aku ikut aimi bawa orang pergi berjalan.
Mahunya melopong dek terpegun sepanjang hari di sana.
Muzium Polis (aku memang suka dengan mana-mana muzium),
Masjid Muhammad Ali Pasha
Dah empat tahun, baru ada hati nak jelajah itu semua.
dan terus terang,
aku belum pernah ke Piramid.
Maka, awal-awal lagi dah kalah dengan adik first year.
Walaupun piramid tu, dekat la juga dari universiti.(tak ada lah dekat sangat. Mahu juga 40 minit?)
Mungkin sebab tidak teruja nak ke sana
atau malas, dipendekkan cerita
Tunggu lah grad nanti,
pasti akan ke sana juga aku nanti,
untuk melihat sendiri,
binaan yang diagung-agungkan oleh manusia
tetapi hakikat, binaan dimiliki oleh manusia yang dilaknat oleh Tuhan
kenangan.
memori
pengalaman
yang disimpan bukan setakat untuk diceritakan
kepada isteri suami,
mak ayah,
anak cucu cicit
tapi untuk ditadabbur, dan diambil pelajaran dari setiapnya.
================
Ada la baca beberapa blog. Baik di blog list, google reader, Mozilla bookmarks etc.
(saya juga merupakan seorang 'silent reader')
Ramai junior yang sedih-sedih nak tinggalkan keluarga buat seketika untuk Mesir
percayalah
Terlalu banyak benda yang nak diterokai di sini
terlalu berharga sampai kan kadang kita berasa kita boleh tenggelam 'berkhayal',
kerana dek terlalu asyik dengannya
Mesir yang ber debu (err)
tetapi yang terlalu kaya dengan ilmu
dan 'cahaya-cahaya' baru
^^
=============
Rijal (pemuda yang sebenar)
pertama, yang sentiasa menyucikan diri
kedua, yang berjanji dan mengotakan janjinya kepada Allah (syahadah)
dan ketiga, tidak pernah berasa syak dan tidak ragu-ragu dengan janji Allah
nak menjadi rijal. tidak boleh ambil separuh-separuh.
jadi rijal, biarlah sepenuhnya rijal,
dan sebenar-benarnya rijal













