Saturday, July 30, 2011

Rasanya

Bo On Holiday :)

Rasanya setiap hari risau.
Sebab setiap hari rasa bahagia
Sebab tahu nikmat ini tiada kekal
bukan milik kita
dan boleh ditarik balik
anytime 

Bukan risau sebab sayang dengan nikmat yang dapat
tapi bimbang sebab takut tak cukup kuat nak hadapi apa-apa yang bakal menggoyahkan iman
dan kepercayaan
takut tak cukup kuat, bila merasa detik-detik kehilangan

Takut kalau nanti makin berkurang untuk bersangka baik
kepada takdir
dan kepada Dia yang menetapkan takdir

Takut kalau nanti akan menyalahkan
dan takut kalau tidak redha.


============

July 30

Selamat tahun pertama

Moga aku masih di jalan dan berada di dalam panduanNya
Moga segala pesanan Umamah Al Harith disematkan baik-baik di dalam sanubari

:)


Sunday, July 24, 2011

Amir




Kita sering berharap, baik di dalam hati,
secara zahir mahupun batin,
yang kita mengharapkan ada penyelamat,
Seorang amir dan seorang pemimpin
yang bakal mengeluarkan kita
dari segala onar di dunia
dari cengkaman yang melemaskan
yang membelit, mencekik dan menggigit,

tapi kadang-kadang,
ketika mengharap dan berdoa tanpa putus itu,
kita selalu terlupa
untuk mempersiapkan diri
untuk menghadapi detik itu
tika al Haq ditegakkan
dan syariat mula diperaktikkan

apakah kita yakin yang kita sudah bersedia
cukup kuat dan ampuh
teguh pendirian, terpuji dari segi akhlaknya
apakah kita sedar dan bersedia
bahawa kita nanti
akan menjadi salah seorang pemegang panji-panjiNya
yang menegakkan semula semua isi-isi Al-Qur'an
dan melaksanakan kembali kesemua yang tertulis dalam As Sunnah ?

atau apakah
kita tidak menginginkan
untuk menjadi salah satu dari titik-titik kebangkitan dan kemenangan itu?


=====================


Malik bin Dinar berkisah :

Kata seorang penggembala kambing ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
"Bila mana pemerintahan dipegang oleh seorang khalifah yang soleh,
serigala dan singa tidak mengganggu kambing-kambing kami "

 Namun, di kala orang yang soleh telah tiada, semuanya berubah.

Musa bin Ayyan pula mengisahkan,

"Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, demi Allah kami menggembalakan kambing bersama serigala di suatu tempat. Hingga satu malam, serigala menyerang kambing-kambing kami.
Dengan adanya peristiwa ini, kami mengira bahawa laki-laki yang soleh yang menjadi khalifah telah wafat.
Ternyata, keesokan harinya benar. Kami telah mendengar khabar bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat "

(dari buku The Way to Win oleh Solikhin Abu Izzuddin)


Khalifah yang soleh, bukan sahaja adil terhadap seluruh manusia,
bahkan kepada haiwan, tanaman dan seluruh hidupan juga.

Wahai Amir , sebenar-benar Amir,
yang bakal memimpin kami,
dimanakah dikau?


==================


Seminggu yang menyibukkan
ulang alik bangi-gombak

dan hari ini, memulakan kehidupan di kerteh :)

Kerteh yang tenang, yang membolehkan setiap hari dapat tengok laut :D







dan hari ini juga , si kecil danbo menjejakkan kaki buat kali pertamanya di sini.
Welcome home, little danbo! ^^



Monday, July 18, 2011

Sing You Home



Masa rehat dan masa lapang, ujian
bergembira dan berketawa, ujian
tubuh badan yang sihat, ujian
pangkat dan darjat, ujian

kena caci maki, hina, tuduhan melulu, ujian
pujian tinggi melangit, pun ujian

boleh jawab soalan doktor dan dapat markah tinggi, ujian
tak larat nak 'gaduh' dengan doktor sebab soalan pelik2 pun, ujian

ayah, emak
suami, isteri,
anak-anak kecil yang comel,
pun ujian
kawan baik, ujian
kawan tak berapa baik, ujian

masa muda, ujian 
hidup, ujian
dunia, ujian

akhirat, tempat diberi balasan dan ganjaran

'penat lah...'

'thia, dunia ni memang tempatnya untuk berpenat, kan'

naa, senyum saja

:)

=================


Tahun ini, dah masuk kali ketiga balik dan berjalan sorang-sorang
Baik untuk pulang ke Malaysia,
atau kembali ke Mesir
dengan macho nya.
Termasuk sekali itu, dari KL Cairo, transit di Abu Dhabi, aku ditemani kakak-kakak cantik dari negara indonesia.

Kelam kabut.
Dengan lepas ophthal oral, terus balik rumah, mengemas beg buat kali terakhir.
dan bertolak ke lapangan terbang
Tak ada orang boleh hantar, sebab semua sibuk.
Tadi pun, sebelum keluar rumah, semua ahli Kauthar 'pengsan' dan syahid kepenatan

Mana tidaknya, malam semalam kami berhempas pulas dengan Ophthal sehingga mengigau-ngigau
tambah lagi ke sana sini menyental, menggosok, mengemop, mengerjakan plastik hitam
mengasingkan barang yang boleh buang, barang kena buang dan barang yang sayang nak buang
sambil menyanyi-nyanyi nasyid yang berkumandang sampai jam 11 malam .

Terkilanlah, keciwa lah
sebab tak dapat bantu teman-teman,
kakak-kakak dan perempuan-perempuan cantik,
ahli Kauthar, Badar, Anfaal dan seorang ahli Liya & Safura berkemas barang untuk pindah.

Kali ini, kira-kira 17 orang berpindah ke tiga rumah yang berlainan.
Jazakumullahukhairan katheera sekali lagi buat kalian dan kalian yang sudi turun padang menolong mereka

Naaa, tahun ni aku jadi champion lagi.
Kalau  tahun lepas nak balik cepat sebab kunun la nak uruskan persiapan nikah semua,
tahun ni tergagap-gagap dengan kawan-kawan nak jawab apa sebab mau balik awal sangat
(argh, kalian faham-faham je laaa)


Oh ya budak-budak kecik nombor dan budak kecik yang dah besar,
selamat bekerja dan berhempas pulas! 
Doakan kamu semua dari jauh :)



Sing You Home -> Nama Tajuk Novel Sebenarnya :)

p.s: maaf buat kamu dan kamu, kerana balik oral tadi tiba-tiba saya menjerit dalam bilik :D

Fathiyyah,
Doha, Qatar

Friday, July 15, 2011

Pindah


Teringin nak duduk di tempat tinggi. Tapi aku gayat -_-'



Bismillah

Hai. Pagi tadi exam Ophthal. Tiga jam lepas ophthal, berangkutan barangan ke rumah baru.
Benar, hari peperiksaan Ophthal jatuh pada hari aku berpindah rumah.
(ke sepatutnya hari pindah rumah jatuh pada hari peperiksaan Ophthal?)

Selesai semua betul-betul sebelum maghrib.
Sakit pinggang dan sakit kepala tidak terkata.
Penat tak terucap, tapi mata tak mahu lelap

Sakit kepala, ok lah. sebab mungkin ada kaitan sebab tidur tak kena pada hari semalam
Sakit pinggang? Erk, bukan aku yang angkut semua barang pun. Tapi ahli-ahli batch aku yang turun beramai-ramai tolong kami berpindah (Terima kasih kawan-kawan)

Farah? Dia dah balik Malaysia semalam. Seorang diri dia. Transit di Jeddah.
Kiranya dalam flight, dia sekali dengan jemaah yang akan menunaikan umrah (bestnya).
Aku pula yang rasa sayu sebab dia tinggalkan kami. Baru setengah jam tinggalkan rumah, aku dah mula 'koling2' dia tanya dia di mana. Haih

Bakal merasa sayu kedua bila akan berpisah dengan Ayu dan Aimi nanti.

Nah, kami dah tak serumah. Memang benarlah peristiwa Khusuf itu di antara menjadi saksi kami berempat pernah tinggal satu bumbung. Terasa hangat sangat ukhuwah antara kami, walaupun bersama selama beberapa bulan sahaja. Walaupun bila dalam rumah, rasa masing-masing banyak buat hal sendiri, di ruang masing-masing.

Kenangan mendengar dia melalak menyanyikan lagu 'Kirakirahikaru' takkan aku lupakan
Kenangan orang itu panggil dia 'adik kinah adik kinah (adik kinah merujuk kepada sakinah) akan aku rindui
Kenangan melihat orang itu yang selalu berkemas pun akan menjadi kenangan

Hu

Ada orang tanya rumah baru aku namanya apa? Hud Hud?

:)


============


Ada orang sakit di Cairo.
Cairo menjadi 'mendung' setelah beberapa hari...
Syafahallah Wa 'Afaha
Moga Allah menyembuhkan dia, dan mengampuni dia.




Mari kita berpuitis seketika

"Kau takut jatuh? Genggam tanganku, biar kalaupun jatuh, kita jatuh berdua"



Tuesday, July 12, 2011

Mati




Menurut Ibnul Muqaffa', ada lima golongan yang bakal menyesal. Siapa mereka?

Satu , orang yang kehilangan kesempatan untuk beramal

Dua, orang yang terputus dari saudaranya saat tertimpa musibah 

Tiga, orang yang berhasil menangkap musuh tapi lepas kembali kerana penjagaan yang lemah 

Empat, orang yang meninggalkan isteri yang solehah jika diuji dengan wanita yang buruk 

dan Lima, orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya. 


"Barangsiapa kebaikannya membuatnya bahagia dan keburukannya membuatnya berduka, sungguh dia orang Mukmin " (H.R Thabrani)

"Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia" (H.R Muslim)

=================

Mati yang tak pernah kenal usia
Apakah nanti kita mati dalam lagha dan leka
Atau kita mati dalam mempertahankan agama dan Imaan?


Perempuan cantik selalu kata,

'aku selalu doa setiap hari, minta Allah matikan aku dalam keadaan prestasi iman aku pada tahap yang terbaik'

Respon emak,

'sudah sampai perjanjian dia dengan Allah. Kita ni entah bila'

Dah siap-siap untuk jumpa Allah? atau belum?

Allah, matikanlah kami sebagai para syuhada' dalam menyebut dan menegakkan kalimahMu



Pagi tadi, seorang adik junior,
Abdul Hadi Nordin
batch 13 Al Amin,
telah kembali ke rahmatuLlah, sebaik-baik tempat kembali

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anh

Al Fatihah...





Perkataan Tiga


Dah senyum hari ni? :)



Perkataan Tiga

Emak. Kalau seminggu tak cakap dengan emak, jiwa memang susah sikit mahu tenang.
sungguh, aura seorang ibu ni memang lah. Tak tahu nak cakap memang apa.
memang menenangkan kot :)

emak adalah kawan baik pertama. Orang omputih kata emak ni adalah angel. 
Malaikat sejak kita belum lahir lagi

Sejak kecil, meningkat remaja, dewasa sampailah bila menjadi isteri orang.
Mungkin kawan baik sampai tua
dah memang tak boleh menjadi matang kalau bercakap dengan emak.
Rasa nak jadi keanak-anakan sepanjang masa.

Aku pernah cerita kan, dulu-dulu jadi budak kecik, bila bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa waktu cuti sekolah, aku selalu selongkar laci  emak. Jumpa gambar, kad-kad besday yang kitorang hadiahkan untuk emak dan diari lama. Hehe. Ni lah kerja aku. Baca diari emak. Tapi tak faham sangat. Tulisan emak terlampau antik untuk difahami. Takpa, nanti boleh minta direct je. 'Mak, nak baca diari yang tut tut boleh? '  :)

Ada yang lagi best. Surat Cinta dari aku untuk emak ayah waktu mula-mula kena campak sekolah kat Kelantan dulu. Duk lah merayu-rayu minta diorang bawa aku balik, nak sekolah kat Gombak. Tapi emak ayah dua-dua tak layan. Nah, surat tu ada lagi. Siap letak dalam fail sijil-sijil aku lagi. Kata ayah, simpan untuk aku bila dah besar. Nanti bila dah grad, ayah nak frame kan siap semua surat-surat tu. Aduih

Agaknya aku pun tidak ingat bila kali terakhir emak melihat aku belajar di depan mata dia. Kali terakhir waktu darjah enam ketika menghadapi peperiksaan UPSR la kot. Bila masuk asrama dari tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan lima, mana pernah. Jumpa pun sebulan sekali dan waktu cuti sekolah panjang-panjang.

Yang aku selalu buat untuk emak, bawak balik keputusan yang bagus-bagus sahaja.
Peperiksaan yang besar-besar lah. Peperiksaan kecik-kecik tu jarang bagus. Biasanya, biasa-biasa je.
(dekat sekolah, kerja aku adalah main, kawad, main, belajar, seni taekwondo, gamelan, bola jaring sekolah, kuiz sana sini, dan belajar)

Emak jarang target tinggi-tinggi untuk aku. Mak suruh belajar sebab kena belajar. Bukan sebab nak dapat keputusan bagus. Belajar supaya jadi berguna untuk diri sendiri, dan bermanfaat kepada orang lain.
Bukan supaya dipandang tinggi, atau niat nak dipuji orang. Ni adalah di antara pesanan-pesanan emak.

Emak tak pernah paksa aku studi  gila nak mati. sampai tak tidur malam.
Malah, mak tak pernah pun suruh aku jadi doktor.
Emak hanya suruh aku teruskan benda yang aku suka. Benda yang aku minat.
Bidang yang membolehkan aku memberikan banyak sumbangan kepada orang lain.

Aku ingat lagi pada suatu pagi tu, kami bersiap-siap nak ke sekolah ambil keputusan SPM.
Bila sampai sekolah, slip peperiksaan pun telah diambil dari Ustazah Sumaiyah kesayangan :)
Aku senyum dan tunjuk dekat emak. Emak senyum tak sangka.
Sebab dia ingat aku dapat lagi rendah dari keputusan yang aku dapat tu.

Dan bila tahu je aku dapat tawaran JPA untuk sambung medik, emak terkejut lagi.
Sebab dia tak pernah bermimpi yang ada anak dia akan pergi belajar overseas.

Tak tak. Ni bukan sebab emak letak harapan rendah pada aku. Mungkin sebab dengan cara ni, mak sedang menunjukkan yang emak sangat bersyukur dengan apa yang dia ada.
Mungkin dengan memberikan reaksi dan respon begini, tidak meminta-minta yang lebih menandakan yang emak merasa cukup dengan semuanya

:)


============

Menurut Hassan Al Hudhaibi

"Tegakkanlah daulah Islam di dalam dirimu, maka akan tertegak ia di bumimu"

Cemburu dengan mereka yang dinamakan Rijal, kerana berpeluang menjadi Dai terang tang tang dan mungkin mereka pun tak sedar ada peluang .

Contoh yang diberikan dalam kitab ni dia kata, kau pergi sahaja ke masjid lebih awal dari biasa.
Bila sampai waktu solat, kau laungkan azan. Itu sudah menunjukkan kau sudah menjadi seorang dai yang hebat. Kerana kau memanggil mereka untuk solat. Secara berjemaah. Mengikuti dengan patuh di belakang seorang Imam.

Tapi kadang-kadang, dalam dok kita bertarik tali menafikan mengiyakan yang kita ni dai, sebenarnya kita pun tak sedar kita dah jadi dai sebenarnya. Bila mengajak, berkata-kata, atau menulis tentang kebaikan, sudah ada saham di dalam akaun. Alhamdulillah. Hatta nak ajak orang untuk bersolat sekalipun. Alhamdulillah
Kadang tak perasan. Nah, tang mana kita nak kata Allah tak sayang kita nya?

Tinggal niat je. Kalau jelas dan selesai niatnya, Insya Allah sukses!
Fi Dunya wal Akhirah

Peluang di depan mata, namun tidak direbut .
Masih akur dengan kehendak hawa nafsu dan syaitan

(nak cemburu apa nya, Allah kan dah letakkan semua orang pada posisi masing-masing yang sudah tentu terbaik ^^)

 Semakin asyik dengan kitab yang aku baca sekarang.
Harap sempat dihabiskan sebelum sampai waktu pulang, kerana ianya hakmilik orang.







ditulis oleh Fathiyyah yang hina lagi kerdil
yang dari tadi dijeling oleh buku-buku Ophthalmology nya
Kami exam pada 14hb dan 17hb ni.
( Doakan kami baik-baik aja ya)


Panjang pulak entri ni. Tiba-tiba je dah panjang (tetiba) :D

p.s: Khai, saya tangguh dulu nak publish entri tu ^^


Saturday, July 9, 2011

Ungu


Sementara menanti waktu zohor 




Tak ingat bila kali terakhir aku suka menyukai warna ungu.

Apakah kerana beg silang kegemaranku adalah berwarna ungu?

Atau apakah kerana baju kurung kesayangan yang dihadiahkan oleh emak adalah baju kurung ungu?


Atau apakah ketika Syahidah dan Kak Nunu beri aku sejambak bunga Merah Jambu + Ungu
pada hari lahir yang lalu?  Tapi bunga tu dah kering dan layu *sedih*

Entah.

Aku senanya tengah cuak . OK, senanya aku takut kalau ramai orang kritik bila aku tukar 'langsir' blog ini dengan warna ungu. Tapi apa boleh buat. Aku benar-benar sukakannya. Ini namanya tiada kerja.

Atau melepaskan gian setelah berlelah menghadap ophthal? 


==========

Menurut Ibnu Qayyim , 
"Perhatikanlah hikmah Allah Taala yang menjadikan raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka, sepadan dengan amalan-amalan yang mereka lakukan. Bahkan seolah-olahnya amalan mereka itu terzahir, tampak pada raja dan pemimpin mereka.
Jika mereka beristiqamah dalam amalan mereka, maka raja dan pemimpin juga akan turut beristiqamah. Selagi mereka adil saksama, begitu juga para pemimpin mereka. Jika mereka zalim, raja akan turut zalim. Jika mereka khianat, maka khianatlah raja.
Apabila mereka bakhil dan tidak memberikan hak-hak Allah dalam harta mereka, lantas raja juga tidak menunaikan hak-hak mereka (bakhil).
Golongan yang fajir dan jahat, maka akan dilantik untuk mengetuai mereka orang yang sejenis dengan mereka dan ini merupakan hikmah Ilahi. Jikalau kita melihat kurun yang awal, kita melihat mereka tergolong dalam orang yang soleh, begitu juga para pemimpin mereka "

Taken from here  

Maknanya, kita pun punya peranan yang besar kan?


==================






Wednesday, July 6, 2011

Tenang



Terusik dengan kata-kata Imam Hassan Al Basri, yang merupakan salah seorang orang-orang bijaksana dahulukala yang tertulis dalam kitab yang sedang aku baca.

Katanya,

"Aku bisa tenang menjalani hidup ini kerana empat hal.

Pertama, aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.

Kedua, aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diri dengannya.

Ketiga , aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa

dan Keempat, aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya"

dahulu aku fikirin, orang yang bijak dan genius adalah orang yang pandai melukis dan pandai main macam-macam alat muzik. Atau orang yang hebat gila mencipta formula-formula baru matematik dan fizik (argh, aku tak suka fizik)

tapi sekarang aku sangat berpegang kepada sabda Rasul kita S.A.W yang mengatakan bahawa orang-orang yang paling bijak, paling genius antara kita adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersiap-siap untuk menghadapinya...

========

Sunday, July 3, 2011

Satu Dua Tiga dan Empat


Satu

Harini, aku telah mengimbau banyak kenangan manis waktu zaman kecik-kecik. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang nasihat guru-guru yang telah mengajar aku mengira dalam matematik. 
Katanya, kita boleh sebut dan kira nama Allah yang ada 99 nama tu, dengan menggunakan 10 jari (tangan) kita. 
Mula-mula memang tak percaya. 
Tapi lama-lama, baru tahu macam mana nak kira satu satu sampai yang ke 99 

Sebelum memulakan pelajaran awal-awal dulu, guru pernah bercerita, yang orang Cina hebat guna sempoa. Sampai orang putih yang waktu tu guna kalkulator pun boleh kalah dengan orang Cina. Tak tahu kisah benarnya bagaimana. Mungkin juga guru mahu memberikan motivasi kepada kami. 

Alhamdulillah, setelah tiga tahun berguru dengan mereka, akhirnya kami berjaya menghabiskan silibus pelajaran sebanyak lima peringkat itu dengan jayanya. Dekat rumah boleh la mengira dan menyiapkan kerja sekolah matematik dengan guna sempoa. Dekat sekolah, tidak lah.

Waktu guru di sekolah mengajar dan bertanya aku soalan matematik, aku juga pantas menjawab seperti orang lain. Bezanya, aku tak pernah reti mencongak seperti orang lain tapi aku bayangkan biji-biji sempoa naik turun dalam kepala. Sama juga hasilnya :)

Dah lama tinggal sempoa. Bila naik sekolah menengah, pakai kalkulator pula tu. Mengikut arus, bukannya menongkah. Kalau dulu boleh la nak kira darab bahagi tolak tambah dengan biji-biji sempoa di dalam kepala, sekarang sudah tiada. Dah berkarat. sikit. Ada penyakit lagi . Malas dan kurang latihan. Hu.




Sempoa sebesar bas. Sebijik macam kepunyaan guru aku dulu.



Dua 





Minggu lepas, salah seorang kawan baik aku yang selalu main-main ubat gigi waktu zaman sekolah dulu selamat mendirikan sebuah baitul muslim. Alhamdulillah ^^

Sorang sorang member aku kawen... ^^



Tiga 





Pada malam tayangan perdana sempena tamat ujian bertulis Forensik, aku memilih untuk menonton Valley of the Wolves: Palestine. (ketinggalan dalam kalangan kawan-kawan kat sini. Diorang dah tengok lama dah)

Sebelum ni, suka menonton filem-filem action, tapi tak lah beremosi seperti semalam.
Mungkin sebab mind setting nya dah ada. Tentang Palestin

Nasihat untuk diri sendiri adalah 'jangan lepas exam, waktu ada masa lapang baru nak ambil tahu tentang Palestin, tentang umat Islam. Isu besar macam ni sepatutnya kita ambil tahu setiap hari'

'Hebatlah orang yang sanggup mati untuk agama, untuk tanah milik umat Islam ni. Terbalik dengan kita. Takut nak mati. Sebab tahu tak bersedia lagi nak mati'

(tetiba teringin nak belajar bahasa Hebrew bila dah habis belajar Arab nanti)

Empat 


Kata suami, stadium ini pernah menjadi landmark untuk orang-orang yang mahu datang ke Kuala Terengganu ^^

Tapi sekarang stadium tu dah cantik dah. Gambar atas ni setahun yang lalu :)

Julai datang. Marilah kita menghitung hari untuk pulang ^^
Terlalu banyak jemputan kenduri, reunion dan rancangan-rancangan yang menarik untuk cuti musim panas kali ini.

Ini entri post forensic. Lusa ada oral exam pula. Doakan kami baik-baik aja ya.
Moga tidak ada dalam kalangan kami yang  'tercekik' atau 'mati kena tembak'  bila berdepan dengan doktor-doktor pakar forensik nanti ^^



p.s: Hai kak nunu. Saya dah updet dah ^^



Sederhana





"aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan 
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada" 

Sapardi Djoko Damono



(dah merata tempat aku letak benda ni... :D)


 

Template by Web Hosting Reviews