 |
| Gambar hiasan dari deviantart |
Silent Reader.
Aku juga merupakan seorang
silent reader yang tegar seperti sebahagian daripada kalian.
Aku juga mempunyai senarai blog pilihan dalam senarai
Google Reader.
Malah,
homepage Mozilla Firefox ini juga menempatkan laman ini.
(pecah rahsia)
Jujurnya, aku suka membaca tulisan yang dititipkan luahan dari hati yang jujur.
Yang bila kita baca, kita dapat merasakan ayat-ayat itu bukan dibuat-buat.
Kita dapat rasa perkataan dan ayat semua tu memang dari hati dia.
Yang bila kita baca, kita akan berasa gembira bila dia buat kelakar.
Dengan gaya dia tersendiri. Tak ada tiru gaya sesiapa (manusia itu kan unik!)
Yang bila kita baca, kita dapat rasa yang dia sedang berkongsi dengan sesiapa yang membacanya akan semua kegembiraan dia, kesedihan, kekecewaan, rasa tak puas hati yang dia juga sedang alami
Dan sudah tentu dia menulis bukan sebab semata-mata dia ada pengikut blog nya sahaja.
Sebab dia tetap akan tulis walaupun tiada siapa yang boleh baca.
Tambahan lagi, aku suka membaca tulisan yang menggunakan penggunaan bahasa baku. Tidak kisah lah bahasa ibunda mahupun bahasa asing. Benar, aku ni orangnya skema.
Mungkin juga aku suka sebab aku ni budak pantun? (tiada kaitan. budak pantun biasanya sukakan bahasa klasik).
Sekarang sedang cuba mencintai Bahasa Arab. Bahasa Al-Qur'an. Bahasa penghuni syurga.
Yang mana satu perkataannya tu, tak dapat diterjemahkan kepada perkataan dari bahasa lain dengan tepat.
Ianya hanya boleh difahami dengan kaedah dari bahasanya sahaja.
Sudah tentu lah kan, sudah pun namanya bahasa Kalam Allah
:)
Kalau boleh, kita menulis dengan jujur. Erk, tapi aku tidak bermaksud bahawa kita boleh meluahkan perasaan sewenang-wenangnya. Kita pun takut nak cerita macam-macam, sebab entah siapa-siapa lah yang tengah baca. Kang yang mereka yang datang baca yang tidak pernah kita kenal, tiba-tiba sahaja dia kata dia kenal diri kita siapa sebagai penulisnya.
Kalau boleh, kita menulis untuk memberi.
dan kita menulis bukan untuk populariti
Kalau lah tulis tentang pengalaman itu mampu memberi sesuatu untuk orang lain, maka tulis lah
Kalau kita tulis tentang orang sekeliling kita, yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencontohinya, maka tulis lah :)
aku masih ingat, ada yang berpesan kepadaku,
"Bila menulis, jangan lupa turut sertakan 'percikan-percikan' iman "
Takkan pernah aku lupa pesanan ini sampai bila-bila.
Dan minta dan doa banyak-banyak, mudah-mudahan Dia sentiasa memandu kita dalam apa sahaja yang kita buat. Sebab kita kita senantiasa dinilai dan dihitung saham-saham yang akan masuk dalam buku amalan kanan dan buku amalan kiri kita.
=================
Hari tu lepas budak itu habis
exam Patho, aku duk la mengayat-ngayat dia, ajak untuk beraktiviti ber'sushirama' di Maadi. Ni lah penangan sushi semenjak sambutan hari lahir hari tu. Waktu
study siap terbayang hidangan sushi yang mengiurkan. (sudah lah
study commed tajuk nutrisi, mana lah tidak lapar sepanjang hari)
Malah, aku turut mengheret dia ke kedai buku
Bookspot berdekatan. Nah, sudah jumpa 'tempat lepak' kedua selepas toko buku Al Shorouk di Tahrir.
Sebenarnya, aku sedang berusaha untuk menjadi ulat buku setelah beberapa tahun pencen.
Aku turut mendapat inspirasi dari teman aku di UK sana yang sangat lah ulat buku.
Pergi ke mana-mana sahaja dia mewajibkan dirinya untuk membawa 2-3 buah buku untuk dibaca,
walaupun sedang menunggu bas!
Malah, semenjak aku menjadi ahli
GoodReads, aku telah meletakkan target 10 buah buku untuk dibaca tahun ini. Ini adalah cabaran untuk diri sendiri.
Waktu di tahun dua, aku juga telah berjaya membeli beberapa buah buku yang menarik untuk dibaca, malangnya mereka sudah siap tersimpan di dalam kotak. Tunggu duduk di rumah tetap nanti, baru boleh buka semua kotak. Mereka adalah terdiri daripada siri buku karangan Paulo Coelho, John Grisham, Sidney Sheldon dan seorang penulis dari Mesir yang aku lupa namanya. Semua tak pernah buka dan baca lagi.
Pastu berhabuk siap di dalam kotak
Oh ya, aku juga sangat meminati buku karangan Fathi Yakan, Syed Qutb, Amr Khaled dan lain-lain.
Bagai menusuk-nusuk jiwa bila membacanya
Berbalik kepada kisah Bookspot, aku telah berpeluang untuk membeli buku
The Art of Concentration dan dua buah buku lain yang aku hajatkan untuk menghadiahkan mereka kepada orang-orang tersayang :)
 |
| Buku ini sangat best. Tapi aku baru baca sampai mukasurat 12 :) |
 |
| Currently reading this. Mula baca sejak bulan Mei. Sampai sekarang tak habis-habis lagi | . | | |
| | | |
====================
Suatu hari, aku tiba-tiba terbangun pada tengah-tengah malam. Sebab lepas isyak terus syahid.
Selepas bersiap untuk mula study, tiba-tiba tersenyum sendiri. Ada orang letakkan buku ini di celah-celah koleksi buku-buku aku yang lain
Dia pernah kata pada aku
'Cik Puan, tak semestinya bila dah ada tanda nak jadi ummi, baru kena baca buku-buku macam ni.
Dan tak salahkan kita bersedia awal-awal?'
Hehe
Terima kasih!
:)
Nota satu : Selamat Hari Lahir perempuan cantik, Nusaibah! (12 Jun 2011) :D
Nota dua : Sebagai silent reader, saya ingin menekan cik Khai supaya update blog nya.
'Khai, tolong lah update blog. tolong lah..' (khai, awak mesti rasa kena pressure kan?) :D
Nota tiga : Aimi baru je panggil untuk makan. Makan sushi lagi. yeay! Alamat kena kahwin dengan orang Jepun lah macam ni. Hari-hari boleh makan sushi . Diorang lah. Aku semestinya tidak :)
Nota akhir : Fathiyyah tulis entri panjang ni dengan senang hati. Macam lah dia dah habis exam.
Untuk makluman, esok (13 Jun) dia ada exam oral commed pula. Doakan dia dan teman-temannya di sini
Ok fathiyyah, marilah sambung baca commed. Ada 30 markah untuk ditebus pada hari esok!
-n-