Saturday, April 30, 2011

L





 
bila 'jakun' main layang-layang


 

 biru hijau



Hijau kebiruan atau biru kehijauan. Sama saja. ia tetap laut yang aku suka pandang dan tengok. 

=============

Jangan jadi seperti layang-layang yang terputus tali
Tak mahu jadi seperti lalang yang suka ikuuut je bila ditiup angin 

 nak jadi seperti rumput, 
yang walaupun rendah, dipijak orang,
tak terkesan dipukul ribut, 
tetapi ia tetap boleh bangun berdiri





from beirut to jerusalem



This is the story of Dr Ang Swee Chai, a Penang-born orthopaedic surgeon, and her flight to war-torn Lebanon in 1982 to treat the wounded and dying. This new edition, twenty years after the Zionist terrorism in Shabra and Shatila which killed thousands of Palestinian civilians, is a tribute to the ongoing struggle against Zionist occupation in the Holy Lands. 

Pernah baca waktu second year. Pinjam dari kawan usai daripada menghadiri ceramah Aman Palestin.

highly recommended. Sama ada beli melalui online atau order dari kedai-kedai buku seperti kinokuniya atau MPH.
Wednesday, April 27, 2011

My Dear Beloved Numbers,



Ini entri panjang.  Biarkan playlist di sebelah dimainkan. Lagu tema untuk entry ini pula :)















Bismillah..

 (Kalau lah aku terer buat ayat bunga-bunga dalam english, kan best)
154,717, 0, 911, 229, 3755,  9187, 5965730, 0330, 22, 1197
Macam mana nak gambarkan perasaan dengan perkataan. Tidak akan pernah  sama.
Hati ada satu. Tapi magik lagi! ia telah dibahagikan empatbelas bahagian, setiap satunya ada istimewa tersendiri.

Baik yang selalu jumpa, mahupun buat dia  yang susah aku nak bertembung atau terserempak sebab bz memanjang.

Ada yang selalu bergayut kat telefon, ada yang pernah tidur sebelah menyebelah dan borak sampai lupa orang lain tengah tidur lena sebab esoknya bangun qiyam,

ada yang pendiam, ada yang periang.

Ada yang suka senyum, ada yang susah nak marah.

Ada yang lemah lembut, ada yang otai macho macam 'si kakak' nya.


(maka, marilah menulis sambil membayang wajah-wajah, satu demi satu)

=================

0, suka tengok kamu wahai si periang, wahai si penjana semangat orang.

persamaan kita, mungkin salah satunya sebab kita sangat sukakan LP!. hu

Dalam waktu kamu tidak pernah serius,  suka juga tengok kamu diam ketika kita berkongsi segala rasa.

Kerana  tahu kamu juga sedang berfikir, baik tentang sekarang, dahulu mahupun tentang masa depan.
Kak takkan lupa ayat kamu yang ni,

'terima kasih kerana membenarkan saya untuk menjadi hipokrit. Hipokrit in a good way'


Dear 0, selamat menjelajah ke 'seluruh alam' untuk mencari redha dan petunjuk Dia.

and thank you for the pantun. i really love it!  Stay macho.

==========



dear miss 911, kak rasa kamu sangat beruntung tahu. Sebab kamu ada someone seperti dia. Dia  yang sangat kamu kasihi, yang sering mengingatkan kamu. Yang banyak beri 'tunjuk jalan' kepada kamu mungkin.

If nak cari contoh ikutan yang baik, kak rasa dah jelas tang tang di depan mata, bahawa dia memang calon pilihan. . Dia yang lembut, bila berkata, yang keluar semuanya hikmah.

n from now on, baik di sini mahupun bila balik mesia nanti, me takkan lupa untuk koling-koling kamu selalu. Ingat je sentiasa, tiada ruang untuk call aje. Apa pun, terharu bila baca tulisan atas kertas tu. Macam dapat barang yang tiada nilai harganya.
Akan rindu sesi berbalas2 surat di alam maya. Setiap hari, akan menunggu khabar berita. Thank you :)



=============

229,


Kamu yang sangat bekerja keras. Dalam apa saja. Kamu yang kuat, baik ketika berteman-teman mahupun keseorangan. Kamu yang utuh dalam pendirian, tegar dalam perjuangan serta teguh dengan kepercayaan.

Walau satu dunia sisihkan kamu pun, kamu pasti takkan mudah tunduk dan putus asa.

Malah akan terus berdiri. Bukan lagi berjalan, malah berlari!

Hai kamu. Ingat tak waktu kita pernah berjalan berdua, dari hujung petra sehingga titik permulaan.  Ada kala bercerita, ada kalanya diam (diam sebab tengah fokus nak sampai dekat tempat parking kereta dengan cepat)
Rindu.

And again, thank you for the pantun. Tak pernah lupa eh yang me sangat suka pantun.



 ==================

717
berubah 180 darjah. melihat awak, rasa telah menyaksikan sendiri betapa Allah Maha Hebat . rasa nikmat sangat lepas kita menjelajah bumi urdun bersama-sama.  Lihatlah awak siapa dan bagaimana sekarang.

Sekarang tiada lagi rasa inferior dan rendah diri dengan siapa-siapa kan. Sebab awak sudah pun. seperti mereka. Bahasa dan fikiran pun dah sama. Sudah tentu bukan dengan sendirinya kan? Semuanya dari hati yang bersih tu :)

Sekarang, dah sangat yakin. Andai  boleh campak kamu ke laut, kamu pasti akan menjadi sebuah pulau yang subur.

Hai 717, teringin nak tidur dan borak-borak sampai tak boleh tidur malam.




==================


154


Hai,hello awak. Memori waktu duit kamu hilang hari tu. Kamu cuba tahan diri tak nak menangis kan. Tapi bila kena tinggal sorang, duduk dalam bilik gelap, akhirnya air mata tumpah, perasaan diluah.

Orang ini yang selalu blur tak tahu nak buat apa, hanya berdiri kaku di situ. Cuba gosok-gosokkan belakang, dan akhirnya menangis di bahu. Kutuk diri sendiri, sebab terlalu blur waktu itu. Tapi sejuk hati bila kamu nangis. Menangis  bukan sebab risau tak ada duit untuk belanja sendiri, tapi takut akan menyusahkan orang yang kamu sangat sayang di malaysia sana.

Sucinya, luhurnya hati orang ini.

oh ya, kak tahu satu rahsia kamu. jangan ingat kak tak tahu. Tapi kak akan tunggu kamu sendiri yang akan beritahu . Take care! :)

================

9187

Dear budak kecik. Budak kecik yang selalu datang mendekati, walaupun hajat di hati tak pernah ada rasa untuk menghampiri.

Budak kecik, yang suka mencari sesuatu untuk diri. Beri makan kepada ruh, jasad dan emosi.
Budak kecik, yang rajin bercerita. Bila dibuka satu topik, di tambah-tambah info dan input yang luar biasa.

Yang kadang-kadang, mengubat hati yang sedang lara.

Budak kecik, yang kental dan tabah jiwa dan raga. Berat mata memandang, berat lagi bahu dan hati yang menanggung. Kalau boleh, nak pikul separuh beban yang menyesakkan dada dan fikiranmu. Apalah sangat mesej sekerat dua itu bila tahu apa yang telah berlaku.

Don't be sad. and always remember that u still have Him. to protect you. to take care of you.



5965730

 Suka tengok kamu diam, berfikir bila faham apa yang kita sama-sama kongsi.  Suka tengok kamu yang tekun dan mendengar dengan penuh perhatian.Kasihkan  kamu bila kamu bertanya andai ada yang tidak begitu jelas. Sayang kamu kerana kamu turut berikan pandangan. 

But please, jangan selalu demam. Jaga diri, jangan biar diri selalu jatuh sakit. Keciwa dan terkilan bila tahu kamu sakit (kadang2, dah seminggu sakit, harini baru tahu). Im sorry . Kerana belum cukup ambil peduli, kerana kurang perhatian. .





0330

Pertamanya, kak sangat terhutang budi dengan teman-teman awak. Sebab telah membantu awak menjejaki tahap yang sekarang. Kawan yang mendengar segalanya dan menasihati bila perlu. Yang sudah tentu peranannya jauh lebih besar, jauh lebih mempengaruhi hidup awak. Yang telah memberikan contoh yang baik.

Kak sangat hormat, kak sangat kagum dengan awak. Dalam kita bersama selama ni, sangat terang lagi bersuluh, yang awak telah berjihad dengan sepenuhnya. Dengan dalam study nya, dengan dalam proses memperbaiki diri nya.

Kak rasa, kalau duduk tempat awak, akan lembik dan jatuh di separuh jalan agaknya.
Awak, jaga diri.




1197
atas kertas, awak ada request. Awak minta akak agar selalu senyum. Hu. wajah ini memang jelas kah yang segala keserabutan ?
sungguh wajah ini sangat transparent. tidak reti menyembunyikan apa yang tersimpan.
thank you. Kak takkan lupa 'senyum' ni sampai bila-bila.
Waktu kami nak berangkat ke jordan hari tu, awak senanya naaak sangat ikut kan?
Tapi tak diizinkan, sebab awak ada hal yang lebih penting dan utama waktu tu.

oh ya, awak ada hutang juga dengan akak kan. janji nak buat yang terbaik dalam 'presentation' untuk next next next. kak akan tunggu saat tu!



=============



22,
senanya, sebelum kamu rajin turun rumah tingkat satu dulu, kak selalu je perhatikan kamu dekat rumah tiga tu.
Tengok dari jauh, memandang dengan harapan. waktu tu terasa jauh lagi. Tak sangka pula kamu yang memulakan ukhuwah tu dulu. Kamu yang rajin turun 'makan' sama-sama ngan kami.

Kak tak rasa buat banyak pun untuk kamu. Kamu yang banyak memberi pada akak.
Oh ya, i really admire ur 'kesenian' dan hasil-hadil dari cik datin kamu. Ambil manfaat sepenuhnya dari datin ya. Kita ambil gambar, bukan untuk saja-saja kan. Seluruh harta kepunyaan, seluruh jiwa dan raga kita, bukan milik kita kan?



finally, 3755.
Kecilnya dunia, akhirnya kita jadi saudara. Mana lah pernah sangka kan. Tup tup, memang akan berjumpa selalu lah lepas ni. Kalau bukan kat cairo, dekat kampung! :D
Takpe kan nak bagi budak kecik selalu? Tapi dun worry. Dalam hati, tak pernah anggap kamu dan yang lain-lain sebagai budak kecik.
Bila meningkat jadi orang besar, dah semakin nampak dan jelas kan betapa tingginya harapan ummi dan abah kamu kan?





cik 3755, wahai cik 22

takziah kerana kena duduk dengan 'mak cik' ni lagi.

harap dapat tahan kalau tiba-tiba melayan kebudak-budakan dan emosi mak cik ini.
harap dapat  bertahan bila kena buli.
harap dapat tahan bila kena marah.


hu, ada kalian berdua, boleh lah kak lepaskan rindu pada yang lagi dua belas itu.



untuk yang lain pun, nak tulis jugak. Tapi tak tahu nombor kalian apa.






Hai budak-budak kecik.
Habis lah nanti, akan rindu-rinduan  kalian lagi
Rindu nak jejak bulan,
Rindu nak menggapai bintang,
rindu nak tenung langit,
rindu nak pandang bumi sama-sama,
rindu nak lihat pelangi selepas hujan,

Siapa sakit, siapa demam,
siapa sedih, siapa gembira,
siapa nak menangis, siapa nak gurau-gurau,
siapa nak bercerita,
atau perlukan orang untuk dengar sahaja,
meh la kongsi sama-sama semua
tak kira lah sibuk atau waktu lapang,
Tak kisah lah bertemu janji mana-mana pun,
atau paling tidak, kita pasti bertemu dalam  ingatan dan doa

Hai budak-budak kecik,
kita sudah pun berpisah buat sementara sejak hari itu.
tapi dalam doa, kita sentiasa bersatu, bukan.
Hai budak - budak kecik,
selamat berlari,
berlari tanpa menoleh ke belakang lagi
berlari dalam mencari redha Ilahi,

Selamat menggapai cita-cita
Selamat berkasih sayang dengan ummi ummi baru,
Selamat bermanja dan bermesra dengan kakak-kakak masing-masing.

dan jaga diri,
selamat mematangkan diri

jaga iman,
jaga tingkah laku

(jangan nakal-nakal na, kak tak pernah ajar jadi nakal :D)









edited . tambah pantun, karya dua orang dari mereka

"anak gajah masuk U
i  love you!" 

"beli tudung di pasar payang,
tudung dipakai llalu (pakai terus),
untuk kak fathy tersayang,
semoga sukses selalu"

:D



 Ohana Means Family.
Family means nobody gets left behind 
Never, ever


Selamat semuanya.
Terima kasih atas segala surat, dan hadiah,
serta gambar-gambar yang comel

Terima kasih atas semua tunjuk ajar,
pengajaran, pelajaran,
nasihat serta pedoman,
buat bekalan untuk insan seperti fathiyyah yang kerdil dan entah apa-apa ini

Terima kasih atas  segala kenangan,
terima kasih atas perhatian dan kasih sayang,
Terima kasih atas segalanya.

Kak sayang semuanya. Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Kan dah cakap tadi, Allah dah kurniakan hati ini yang siap ada 14 bahagian lagi.

and  I love you! and will always and always miss you.
Takkan berhenti dari mengingati kalian dalam doa setiap malam.


Terima kasih Allah. Kerana menghadirkan mereka untuk aku.
Untuk kami saling berkasih sayang keranaMu.
Hadirkan mereka yang telah mendekatkan aku denganMu.

Terima Kasih Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang,
Allah, Pemilik hati-hati kami.

oh ya, kak Amiza  kirim salam rindu untuk semua.

 Regards,
Fathiyyah 

 

p.s : (edited) selamat ber exam physio semua. Semoga Allah memandu kalian untuk menjawab yang terbaik :)


Tuesday, April 26, 2011

Kuat



pergilah.

pergi, walau seorang diri.

pergi, walau tak kenal sesiapa.

pergi, walau tak pernah ada pengalaman.

pergi, walau pun sering rasa tiada harapan

pergi, walau tahu diri ini sangat jauh dari sempurna.

pergi, walau jauh, walau tak tahu jalan, walaupun akan kepenatan.

pergi pergi pergi. cari kekuatan untuk diri sendiri.

cari ukhuwah yang indah.

yang menguatkan, yang datangkan kekuatan.

sebab nanti, engkau sendiri yang akan rasa puas dan nikmat dalam diri sendiri

pergi dan pergi, sudah sudah lah manjakan diri

sudah-sudah lah hidup dalam khayalan

sudah-sudahlah mengabdikan diri untuk sesuatu yang sementara

carilah makna hakikat diri, dan wasilah yang sejati

ke arah tujuan syurga yang kekal abadi

supaya nanti  tiada lagi hidup dalam angan-angan

tiada lagi sampai termimpi-mimpi

untuk berhidup dengan para kekasih dan wali Ilahi

untuk bertemu dengan Tuhan yang Maha Mengerti


ilham asal : Miss K
edited (skit2) : Fathiyyah


Monday, April 25, 2011

... Teaser ...















p.s: teaser untuk  yang sabar menanti (dah seminggu lewat kan?)

tagging ayu amiza 


Saturday, April 23, 2011

..

teropong ku


 Poisons (Forensic n Toxicology)



Kertas Conteng (tag fiqi :D)



Penanda muka surat (Tag Cik Merah Jambu)



Library 1


Library 2


Vascular Access




 



BIG Ben + Rusuhan depan hospital universiti



Friday, April 22, 2011

Penat




  لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ

Verily, We have created man in toil.
 
 Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia 
sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
 
(Al Balad : 4) 
 
 
Kesulitan dan kesukaran adalah sifat dunia. 

Orang yang paling rugi adalah mereka yang sepanjang hidupnya, 
merasai kesukaran dan kesusahan semuanya, 
orang yang mengalami penderitaan,
penat dan lelah di dunia yang sementara
tetapi akhirnya berdepan dengan seksaan yang jauh lebih dahsyat,
tidak terbayang dek akal dan fikiran
 Derita di alam akhirat, neraka yang kekal. 
 
Dan orang yang paling beruntung, 
adalah mereka yang merasai derita, tidak aman dan damai,
sukar, derita dalam perjuangan, 
dalam perjalanan menuju Allah untuk menemuiNya 
yang pengakhirannya juga di akhirat,
dengan kesenangan dan kerehatan yang paling besar di bawah naungan Allah,
di dalam syurga yang abadi serta menikmati pertemuan dengan Penciptanya 

Orang yang berjuang untuk perkara dan tujuan yang besar, 
tidak akan sama 
dengan orang yang berlelah demi perkara dan tujuan yang kecil

tidak sama dari segi ketenteraman hati, kegembiraan 
kebahagiaan, kedamaian
dalam mencurahkan tenaga ,masa dan pengorbanan

perjuangan orang yang mengorbankan dirinya untuk dakwah,
setiap tingkah laku dan tutur katanya,
hanya untuk menyeru kepada Allah , 
tidak sama dengan
orang yang mati dalam perjuangan nafsu
tidak sama dari segi perasaannya, 
terhadap penderitaan dan penat lelahnya 
yang dialaminya. 

(menulis sambil merujuk kepada Kitab yang Mulia, kalam dari Dia yang Maha Agung, beserta tafsir Fi Zilal Al-Qur'an yang dikarang oleh Syed Qutb ketika beliau di dalam penjara dulu)

My Childhood Friend



 Zaman waktu budak kecik dulu, aku telah mendapat pendidikan di Tadika Amal Gombak dan Sek Rendah Islam Al-Amin Gombak. Duduk dan belajar dalam 'comfort zone', membuatkan aku macam tak ambil kisah 'dunia luar' yang sebenarnya tidaklah menyeronokkan pun. Mungkin ia lebih menakutkan. iya lah, sebab kita dah rasa selesa dan selamat kan.

Berkawan rapat dengan jiran sekitar rumah, membolehkan aku mengetahui sedikit sebanyak akan hidup yang sebenar. Realiti. Bukan ilusi. Yang benar, bukan yang tipu. Boleh nilai, siapa yang boleh jadi kawan, siapa yang tidak. Dan yang paling penting, boleh 'praktis'

nota bawah, adalah dari shera. Kawan baik dan teman bermain aku sejak aku berumur hingusan lagi.

Sepatutnya ini nota peribadi. Tapi aku letak sekejap sebelum dipindahkan ke 'dunia lain'

Shera baru dapat offer dari top law firm malaysia. Dia baru grad dari UIA. Tahniah shera.

Selamat menjadi peguam yang beriman, berwibawa dan berdedikasi dalam tugas. Juga amanah, adil serta saksama dalam membela agama.  and i really mean it.

 ===================




saya dah habis exam akhirnya..
as promised to puan fathiyyah, this is a note specially dedicated to her..
as a gift..for her engagement, wedding, and our friendship..
(ishhh...awal benor budak kecik ni kawin)...

i cant really recall exactly when we started being friends...
but there's this flashback of me being a budak kecik running around in front of my house with my sister, when we first talked..that just shows that we've been friends for as long as i can remember...dari kecik kan?

we were not the type that played masak-masak, kawin-kawin or stuff like that...
kitorang main baling selipar, main badminton, naik basikal sampai bukit belakang yang sangat curam even mase bulan puasa (ingat lagi kita excited bila kau dpt basikal yg ada bakul kat depan tu..hehe), panjat bukit bukau, semak samun and kitorang perasan adventurous gile, we called that semak samun gunung everest..hahahaha...dah jadi rumah orangg dah pun tempat tu..

when we were getting konon-konon older and gatal, i remember going to her house n mengintai the boys main bola behind her house in her kitchen...her mom would always shout "anak dara gatallll!"..(aunty, i love u!)..hehee

her house was my second house..i was always popping up at her door...
i still remember going to her house to play mario on her computer...masa tu komputer gabak...sangat old skool lah!

i also remember playing with the arabs - ahmad next door..
hahaha..puan fathiyyah masa tu blur lagi..orang tanye, so you like ahmad, die jawab "of course"!
lepas tu belajar english macam orang gila kan??;p

but in a more serious note, i owe u a lot puan fathiyyah..
u were good influence in my life..
ingat tak pakcik dlm kereta yang tibe-tibe je stop by untuk tanya directions?
his exact words were: "kan cantik kalau adik pakai tudung macam kawan tu..."..
tengok fathiyyah pakai tudung n still having loads of fun, made me feel interested in tudung...padahal mase tu tudung blom femes...orang smue still nak rambut kembang-kembang n ade remos kat depan..

then we always went to rumah cik tun, pinjam buku-buku siri salmah...
everyday pakcik panggil kita menantu..haha..tak kesampaian hajat pakcik.;p

remember all the gossips?
all the catching up we had to make?
love was always an interesting topic kan?

when u got married, i was genuinely happy for u..
eventho agak awal kau kawin (MEMANG awal), if it makes u happy, it makes me happy too..(despite all my bebelan)..hehe...

it's hard putting all these in words, but u just mean a lot to me..
although kita jauh from each other, sekolah lain-lain, university jauh-jauh...
our friendship remains strong..
we may not have a lot of time on our side, but i know we'll survive all the possibilities..

i love u puan fathiyyah..
as a friend, as a sister and a long life companion.;)l

===========

rindu zaman kecik. zaman jadi budak nakal di sekolah dan jadi ejen CNN dekat rumah

:)
Wednesday, April 20, 2011

If someone tries to cause you any hurt


Nobody Can Remove Hurt Except Allah. Even if someone tries to cause you any hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you.

“And if Allah touches you with hurt, 
there is none who can remove it but He; 
and if He intends any good for you, 
there is none who can keep back His support; 
He brings it to whom He pleases of His servants; 
And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful"
(10:107)


==============

Tadi dah tidur. Dalam pukul duabelas lebih. Tertidur sebenarnya, setelah menonton perlawanan debat di dalam rumah sendiri. 'syahid' kerana terkejut jugak kut.

apa pun, tahniah dan mabruk kepada yang menang dan pasukan pilihan yang tidak menang malam ni. (Entah-entah nanti menang waktu hari lain kut?)

Hikmah yang jauh lebih besar, siapa tahu.

marah budak-budak kairo bila aku cakap secara terang-terangan yang aku sokong ASU (Ain Shams University) :D

================

 kadang-kadang bila rasa ayat diri sendiri tiada ruh (tidak mampu untuk menaikkan semangat sendiri), sudah tentu kena cek dan kembali kepada kitab Allah. muhasabah banyak-banyak.
engkau hidup(tulis blog) untuk apa? sekadar untuk memenuhi harapan orang?

p.s: fathiyyah, marilah masuk tidur kerana sesungguhnya esok ada kelas arab pukul 8.
atau mahu telan air kopi dua cawan?

Tuesday, April 19, 2011

Hari ni


Hari ni

Hasrat nak bersolat isyak sebelum keluar malam berjalan-jalan dengan Aimi. Azan mula berkumandang.

'Solat dulu, kak nak ambil wudhuk'

tapi tak dilayan. bila diintai, nampak mereka tengah bersolat sunat. Itu petanda yang mereka akan tunggu aku juga untuk bersolat sekali.

Solat, sejauh mana kita menghayati solat dalam hidup kita? Sejauh mana solat begitu memberi kesan dalam hidup kita?

Orang kata, setel solat, setel lah semua benda yang celaru, keliru, serabut serabai. Tapi akan berkualiti kah solat kita bila dalam duk solat tu, kita belum tinggalkan lagi dunia dengan sepenuhnya?

Ada orang pernah share, nak mendapat solat yang berkualiti itu bukan mudah. tetapi tidak pula  mustahil.

Jika permulaan niat dan mengambil wudhuk itu sudah cukup sempurna, menepati rukunnya, tiada dalam keadaan tergesa-gesa dan bila tengah solat ada kan perasaan tengah menghadap betul-betul Pencipta kita, maka insya Allah berkualiti lah solat kita.

ruku', i'tidal, sujud, hanya untuk Allah. maka akan berkualiti juga lah hidup kita lepas solat tu.

Dan juga menjaga waktu solat itu bukan sahaja bermakna tak pernah tinggal solat. Akan tetapi menepati waktu. Maknanya, di awal waktu. Maknanya bila azan tu memang kena tinggal semua benda yang engkau tengah buat time-time tu jugak. 

Solat. Benda pertama yang akan di solat di tanah Padang Mahsyar sana. Solat, kadang-kadang kita rasa dah setel dah solat kita. Tapi perkara tentang solat ni juga lah kita jarang nak bermuhasabah banyak-banyak.

===========

tadi exam arab yang killer. tak jumpa pun ustazah. ustazah sakit, demam panas bak kata ustaz. ustaz pun nampak macam susah hati. (oh ya, ustaz ustazah suami isteri :) )  kata aku kepada ustaz

'syafahallah, wa afaha '

Balik rumah rasa nak pitam. tapi lepas isyak dah mula angkat kaki pergi jalan-jalan ke rumah orang. terima kasih aimi sudi teman dan terima kasih jugak sebab tolong masak makanan berbuka puasa yang sangat sodap. 
Sunday, April 17, 2011

Sejak pindah masuk Kauthar,

Konvoi berbasikal, sampai ke Margirgis
five of us (sepatutnya bertujuh)

Sejak pindah masuk Kauthar, aku tidak lagi mempunyai sebuah meja study yang best, takde space yang betul-betul untuk kegunaan sendiri nak study dengan betul-betul.  (haha, padahal selama ni study kat meja 'jepun' je. meja jepun = meja tak serius  ) . Tidur pun kat mana-mana boleh. Belajar? suka hati engkau lah.

bak kata ayu,
'lama tak tengok engkau study dengan gaya 'sibuk-sibuk' macam kat anfaal dulu'

terima kasih ayu kerana engkau telah 'menghantuk' aku. Lepas ni aku akan stat balik study dengan gaya itu lepas ni :)

Alasan. takde meja study, tak ada space sendiri maka boleh lah nak kasi alasan untuk relaks-relaks sikit.   tambah lagi subjek forensik yang mmg super duper relaks. Memang tak patut. tengok macam farah. letak meja study kat dapur pun, dia boleh study dengan penuh berjayanya .

Sepatutnya, bila susah, lagi bersungguh untuk study betul-betul kut. Sebab nak buktikan semua benda ni tidak menjadi penghalang untuk boleh belajar macam orang lain yang ada rumah yang sangat selesa.


============

Kerja. Sebagai hamba dan khalifah. Dah berjanji dah dengan Pencipta di alam roh, di dalam solat dalam setiap duduk tahiyyat. dah lafazkan dah dalam doa iftitah, bahawa seluruh hidup dan mati aku, hanya untuk Tuhan sekalian alam.

Allah dah kasi pejabat yang 'super best' yang bernama dunia sebagai tempat kita bekerja. Tapi kita ingat dunia ini macam rumah atau hotel persinggahan, untuk kita berehat-rehat. Kita selalu lalai dalam 'dunia kita' . Kita selalu ingat dunia ni kita punya, milik kita dan suka hati kita lah nak buat apa dengan 'dunia kita' .

Tapi ia adalah sebaliknya.

Kita lupa kita ni menumpang je. Setiap oksigen yang disedut , setiap darah yang dipam oleh jantung ke seluruh badan, kesihatan, kekayaaan dan harta benda ni ingat 'free-free' ke? tambah lagi ada parents yang sayang kita, ada kawan-kawan yang care pasal kita ,ada dunia yang selesa, maka mula lah kita nak jadi besar kepala, lupa diri, memberontak (tiba-tiba). siapa lah kita. 

again. dunia, kenapa lah engkau ni best sangat, sampai aku lupa yang ada lagi alam lain yang berlipat kali kali kali ganda lagi best dari engkau. alam akhirat, tempat rehat yang bernama syurga  yang kekal selamanya.


p.s: aku nak tulis sumthing nanti.  tajuk entri mungkin 'Dear my beloved Numbers' :)

p.s lagi : hai, kalau engkau baca entri ni, dah dah la tu merajuk dengan aku nya. sejak kahwin ni, takde idea dah nk pujuk orang macammana (alasan2) :) 
 

Template by Web Hosting Reviews