Thursday, March 31, 2011
Tekun
Nota kepala :
pertama kali setelah sekian lama, entri blog tidak melebihi sepuluh dalam masa sebulan (mac 2011). ini merupakan prestasi yang memberansangkan. Alhamdulillah, hidup lagi fti sampai sekarang.
======
Tekun 1 - Medik
Tekun dalam belajar medik. Ihsan dalam menuntut ilmu. Mujahadah ketika mengulangkaji pelajaran dan tidak berputus asa dalam menghafal, menghafal dan menghafal.
Kalau ketika malas, kena selalu push diri sendiri untuk belajar dengan rasa 'kurang malas'. Kemudian pertingkatkan supaya menjadi rajin dan lebih rajin.
Lebih tekun dalam belajar, lebih rajin ketika belajar. Bila rajin , mungkin dapat selamatkan satu nyawa yang sangat berharga. Bila jadi lebih rajin, mana tahu nanti boleh merawat lebih ramai orang, mampu selamatkan lebih banyak nyawa.
Bi iznillah
Tekun 2- Kelas Arab
Kena push dengan ustazah Jihad, kena saiko dengan ustaz Mahmud. 'Kita dah tak ada masa nak bermain-main, bersuka suki'
Kena denda dengan ustazah. Menghafal sepuluh ayat dari Al Qur'an yang tidak pernah dihafal seluruh hidup. Surah Al Kahfi 1-10. Tasmik hari Ahad. Ustazah siap kirakan untuk kami, purata ayat hafalan untuk sehari adalah 2 ayat setengah. Maka, akan berhasillah hafalan 10 ayat itu di depan beliau nanti
Boleh kata setiap hari, aku dapat satu hipotesis baru bila habis kelas Arab. Hipotesis hari ini :
'semakin sambil lewa kami belajar arab, semakin banyak denda yang akan diberikan'
tapi ia mungkin untuk aku je. Kawan-kawan sekelas lain mungkin tidak (baca:sekelas 4 orang)
=============
Menjadi orang yang paling amanah dalam menunaikan janji-janjinya. Seperti rijal (pemuda) yang disebutkan dalam Al Ahzab ayat 23
"Rijaalun Sadaqu Ma Aa'haduLlaha alaih"
'orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah"
Cita-cita yang diidamkan. Mungkin bukan aku sahaja. Malah kalian juga ..
Sunday, March 27, 2011
Yang Paling Dekat Dengan Hati
Bismillah..
Tentang Anfaal (lagi). Mengemas barang tanpa mengetahui rumah mana untuk berpindah masuk bukanlah perkara yang mudah. Semalam bila masuk rumah dan mula packing barang, tiba-tiba rasa tak stabil . bangunan macam goyang. terus terduduk di katil sendiri.
'tu semua ilusi fathy je '
yeah, that's right.
Dua hari cuti ni, separuh dari waktu siang tiada di rumah(rumah syila) . Mengemas sambil menenangkan diri. Tapi semalam aku tidak keseorangan. Malah berlima. Em, Aimi, Huda dan Farah. Bila semua penat, akhirnya semua duduk makan Megi secara berjemaah. Terima kasih Farah sebab tolong masak. (Padahal waktu tu, Farah baru je balik dari kelas)
'Kenapa eh kita dapat duduk Anfaal kejap je? Sebab niat kita tak betul ke bila mula-mula masuk rumah besar macam ni?'
Diam. Soalan tidak bersambut
'Sebab kita terlalu bahagia hidup dalam Anfaal '
'Allah akan uji dengan benda yang kita suka, benda yang kita sayang. Benda yang paling dekat dengan hati kita'
'Suami,Isteri, mak ayah, anak-anak, harta, rumah, makanan, tidur, study, kawan-kawan... '
'kerana kita sangat dekat dengan anfaal'
Akhirnya ada jawapan. Terima kasih ahli beyt
Hu.
Petang ni berkemas lagi. Rasanya dah jumpa rumah dah. Rumah kecil untuk letak barang dulu. Tidur dan study masih menumpang di rumah orang lain . Keutamaan sekarang adalah pindah keluar semua barang, sebelum bangunan berusia hampir 90 tahun itu akan runtuh bila-bila masa sahaja.
Dan terima kasih kamu, tolong kemas barang-barang kat dapur Anfaal semalam
:)

Di bawah label
Anfaal,
best friends,
Cairo,
life,
precious
Friday, March 25, 2011
Tunggu Teduh Dulu
Besar sungguh perkara yang Allah nak ajar
'jangan cintakan rumah, harta benda dunia, ibu bapa, isteri, suami dan anak-anak melebihi dari cinta kepada Allah'
ini baru datang ujian, belum muncul lagi ancaman. Macam dalam surah At Taubah ayat 24.
Hai Anfaalians, sudah sampai masa ke untuk kita ucap selamat tinggal kepada Anfaal?
ni baru sikit kan. belum lagi rumah kena bom depan mata, ditolak oleh jentera macam di Palestin. Belum lagi rumah dihanyutkan oleh badai tsunami seperti di Jepun.
Baru sikit. Sikit sangat.
Apa pun Alhamdulillah..
Masih ada mereka yang menyayangi,
menawarkan bilik untuk tidur.
Telefon dan hantar mesej, menanyakan khabar dan perkembangan.
Siap belikan makanan setelah pasti yang aku agak kelaparan bila pulang sebelum maghrib
sukanya peringatan teman aku ni
'segalanya hak Allah. dunia ni sekadar pinjaman. insyaAllah Allah akan ganti dgn yang lebih baik'
hu.
Tunggu jumpa tempat berteduh dulu, baru boleh tulis dengan selesa sikit.
p.s : 'Tunggu Teduh Dulu' <- nama novel kan? Tajuk entry dipilih secara 'random'. Mungkin tiada kaitan dengan isinya.

Monday, March 21, 2011
Rumah Retak
Rumah aku, atau sebenarnya rumah kami bertujuh, namanya Anfaal. Sejak pulang dari cuti revolusi, mereka mengatakan bangunan rumah itu sudah retak.
Jiran-jiran di tingkat atas-atas semua dah pakat-pakat pindah. Mereka takpe lah, ada banyak rumah spare. Boleh pindah bila-bila masa. Yang tinggal hanya Anfaal dan penjaga bangunan yang hanya dikenali sebagai mak cik bawab yang tinggal di rumah bawah tanah (cool)
Maka, bertebaranlah kami bertujuh tidur dan beradu di merata-rata tempat. Ada yang ke 'medan perang' Badar, ada yang ke 'kolam' kauthar. Ada juga pergi menginap di rumah cik-cik 'Liya dan Safura', ada yang menjadi tetamu di Muntalaq dan aku pula menjadi penduduk sementara sekarang istana hinggap Radin Anonymous Suite. Kesian tengok Syila (sebab aku tumpang bilik dia) terpaksa menghadap muka aku setiap pagi, petang, siang dan malam.
Lagipun bilik Syila ni penuh dengan memori cuti musim panas yang lepas. Ah, tak sanggup nak duduk bilik ni lama-lama :D
Apa pun mohon doa dari semua. Sepatutnya kontrak duduk Anfaal berakhir sampai Rai, Farah dan Ada habis belajar. Lagi 4 tahun. Ni baru setahun, Anfaal dah sakit sakit. Cadangnya bila dapat keizinan dari 'pihak yang berkenaan', nak pulang ke Anfaal sampai lah keluar laporan rasmi dari jurutera-jurutera kerajaan sama ada bangunan itu masih selamat atau tidak.
andai selamat, alhamdulillah. Akan stay tinggal di sana. Kalau tidak, hu, bye bye Anfaal.
Tapi yang pasti, semua di antara kami belajar sesuatu yang sangat berharga. Waktu ni lah kita tahu siapa kawan yang betul-betul ada dengan kita waktu susah, waktu ni lah Allah nak ajar, jangan terlalu cintakan harta benda dunia, dan juga menerima apa-apa dengan sabar dan redha.

myself
Saturday, March 19, 2011
Nak update blog
1. Flight ke Abu Dhabi, duduk bersebelahan Safwa. Transit sama-sama di Abu Dhabi. Destinasi dia yang seterusnya adalah London, sedangkan aku ke Cairo. Mujur ada safwa, tak ada lah 'banjir' sorang-sorang dalam flight . Argh! macam mana lah boleh lupa nak ambil gambar sama-sama. (Safwa sekarang menetap di UK dengan family semua di sana )
2. Safwa berlepas ke Heathrow london melalui terminal 3 Abu Dhabi international airport, dan aku berjalan laju ke terminal 1. Jumpa si kecil Yasmin, Ummu Yasmin dan Kakak Tating. Kenal Ummu Yasmin sekeluarga waktu berjalan-jalan di Hayyu Sabi' suatu ketika dulu. Alhamdulillah, tidak keseorangan lagi sepanjang transit 10 jam di Abu Dhabi. Berbelit lidah juga nak berbahasa indonesia dengan mereka. Last-last, aku cakap melayu akhirnya. Hehe

aaaa Yasmin. Kenapa lah kamu ni comel sangat. Dah la suka senyum. Rasa nak 'gigit' pipi. Sudah lah lincah berlari ke sana sini. Sampai kakak-kakak Jepun pun suka tengok kamu lari-lari.
3. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Ummu Yasmin dan Kakak Tating, aku berjalan dulu ke imigresen Mesir dengan membawa pasport berisi visa sementara tiga bulan. (Nanti kena renew untuk setahun). Aku telah ditegur oleh seorang makcik Jepun yang beratur di hadapan aku, menunggu giliran. Dia yang sangat ramah dan fasih berbahasa Inggeris.
Setelah mengucapkan takziah atas apa yang terjadi kepada Jepun sekarang, dia hanya senyum serta mengucapkan terima kasih. Pada aku, orang-orang Jepun sangat optimistik. Cerita dia, dia kembali ke Mesir kerana suaminya bekerja di Mesir. Balik Jepun hari tu, sebab dibawa pulang oleh kerajaan ketika revolusi Mesir pada dua bulan yang lepas dan kebetulan anak lelakinya berkahwin waktu itu di Tokyo
Sewaktu gempa bumi Jumaat yang lalu, mereka sekeluarga di Tokyo menghadiri wedding ceremony anak lelakinya. Kini, satu keluarga terpisah sementara. Dia pulang dahulu ke Mesir dan nanti, suaminya pula akan menyusul.
Sebelum ucap selamat tinggal, baru ingat nak tanya nama.
'Oh, my name is Keiko.. '
dan tanya suami dia kerja apa
'He's an ambassador'
'Jaw dropping' seketika. Humble sungguh Puan Keiko ini. Sudah la isteri duta. Perasaan segan dan silu mula melanda aku.
Dia juga menjemput aku ke rumahnya di Garden City yang terletak berapa minit je kot dari tempat aku tinggal sekarang.
'All the best to you, Fa ti ya.'
Bila balik rumah telefon suami, dia tanya soalan yang buat aku tepuk dahi berkali-kali.
'ambil phone number dia tak?'
p.s: Baca blog budak batch aku tadi. Betul lah, tiada rugi untuk kita ringankan mulut berkenalan dengan manusia-manusia di sekeliling kita. Walaupun mungkin tak sama bahasa dan warna kulit. Dengan itu, kita akan lebih kagum dan memuji Dia yang menciptakan kita.
p.s lagi : Comel sungguh Farah Ain dan Ada yang datang menjemput aku semalam. Siap di tangan dengan nota dan buku masing-masing. Tabah dan sabar menunggu Kak Fathy mereka yang tak muncul-muncul di pintu keluar balai ketibaan semalam . Thank you, sayang-sayang :)
2. Safwa berlepas ke Heathrow london melalui terminal 3 Abu Dhabi international airport, dan aku berjalan laju ke terminal 1. Jumpa si kecil Yasmin, Ummu Yasmin dan Kakak Tating. Kenal Ummu Yasmin sekeluarga waktu berjalan-jalan di Hayyu Sabi' suatu ketika dulu. Alhamdulillah, tidak keseorangan lagi sepanjang transit 10 jam di Abu Dhabi. Berbelit lidah juga nak berbahasa indonesia dengan mereka. Last-last, aku cakap melayu akhirnya. Hehe

aaaa Yasmin. Kenapa lah kamu ni comel sangat. Dah la suka senyum. Rasa nak 'gigit' pipi. Sudah lah lincah berlari ke sana sini. Sampai kakak-kakak Jepun pun suka tengok kamu lari-lari.3. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Ummu Yasmin dan Kakak Tating, aku berjalan dulu ke imigresen Mesir dengan membawa pasport berisi visa sementara tiga bulan. (Nanti kena renew untuk setahun). Aku telah ditegur oleh seorang makcik Jepun yang beratur di hadapan aku, menunggu giliran. Dia yang sangat ramah dan fasih berbahasa Inggeris.
Setelah mengucapkan takziah atas apa yang terjadi kepada Jepun sekarang, dia hanya senyum serta mengucapkan terima kasih. Pada aku, orang-orang Jepun sangat optimistik. Cerita dia, dia kembali ke Mesir kerana suaminya bekerja di Mesir. Balik Jepun hari tu, sebab dibawa pulang oleh kerajaan ketika revolusi Mesir pada dua bulan yang lepas dan kebetulan anak lelakinya berkahwin waktu itu di Tokyo
Sewaktu gempa bumi Jumaat yang lalu, mereka sekeluarga di Tokyo menghadiri wedding ceremony anak lelakinya. Kini, satu keluarga terpisah sementara. Dia pulang dahulu ke Mesir dan nanti, suaminya pula akan menyusul.
Sebelum ucap selamat tinggal, baru ingat nak tanya nama.
'Oh, my name is Keiko.. '
dan tanya suami dia kerja apa
'He's an ambassador'
'Jaw dropping' seketika. Humble sungguh Puan Keiko ini. Sudah la isteri duta. Perasaan segan dan silu mula melanda aku.
Dia juga menjemput aku ke rumahnya di Garden City yang terletak berapa minit je kot dari tempat aku tinggal sekarang.
'All the best to you, Fa ti ya.'
Bila balik rumah telefon suami, dia tanya soalan yang buat aku tepuk dahi berkali-kali.
'ambil phone number dia tak?'
p.s: Baca blog budak batch aku tadi. Betul lah, tiada rugi untuk kita ringankan mulut berkenalan dengan manusia-manusia di sekeliling kita. Walaupun mungkin tak sama bahasa dan warna kulit. Dengan itu, kita akan lebih kagum dan memuji Dia yang menciptakan kita.
p.s lagi : Comel sungguh Farah Ain dan Ada yang datang menjemput aku semalam. Siap di tangan dengan nota dan buku masing-masing. Tabah dan sabar menunggu Kak Fathy mereka yang tak muncul-muncul di pintu keluar balai ketibaan semalam . Thank you, sayang-sayang :)
Monday, March 14, 2011
Tsunami

gempa bumi 8.9 skala richter seperti dilaporkan oleh orang amerika sedangkan 9.0 skala richter dikaji sendiri oleh orang jepun.
tsunami yang di antara terdahsyat dalam sejarah bencana alam di jepun.

tsunami yang dikhabarkan telah menyebabkan berpuluh ribu manusia kehilangan saudara, tempat tinggal, terputus bekalan elektrik dan bekalan makanan di Iwate, Miyagi, Rikuzentakata, Ibaraki, Sendai yang semuanya terletak di timur laut Jepun . Dan puluhan ribu manusia yang lain dipercayai telah 'lenyap' dan hilang di kawasan Minamisanriku 'the fishing port'
tsunami yang menyebabkan meletupnya salah satu reaktor nuklear di Fukushima yang selama ini telah menyumbang 26% sumber tenaga buat rakyat Jepun,menyebabkan kerajaan Jepun tiada pilihan selain mengarahkan ratusan ribu penduduk di kawasan tersebut segera berpindah ke tempat yang lebih selamat. Bimbang kesan radiasi yang lebih memudaratkan.
tsunami. berapa ramai yang ucap 'subhanallah' dan ambil pengajaran? berapa ramai yang mula sedar Allah itu Maha Besar. berapa ramai yang mula ambil tahu, hulurkan bantuan dan setiap hari mewajibkan diri untuk betulkan niat dan sentiasa bertaubat?
dunia yang semakin tidak selamat. di tengah dunia sana berdepan dengan konflik manusia yang gilakan kuasa, rakyat bangkit mahukan revolusi.
Di timur dunia pula ditimpa bencana yang dahsyat.
Selepas ini apa?
Dan selepas ini manusia akan mencari siapa?
" tadi time berkumpul kat luar rumah waktu gegaran yang sangat kuat..nampakla org2 jepun ni menyembah2 sujud ke tanah..mereka rasa hopeless kot..xtau nak bergantung pada sape..rasa sgt sedih dan kasihan pon ada."
rasa macam baru semalam menonton Sinking Of Japan beberapa tahun yang lalu.
Allahuakbar!
p.s: aku masih di malaysia .
Thursday, March 10, 2011
Tertinggal
Packing packing nak tinggalkan kerteh
Beg bagasi, buku-buku, baju-baju,
Stetoskop, White coat,
Laptop, Diaries..
rasanya tak ada ape dah yang tertinggal.
Kecuali hati yang macam tak nak ikut balik.
(dah stat buat ayat sayu daaahhhh)
kawan-kawan cairo, tak yah la pujuk-pujuk suruh balik. Memang nak balik dah pun ni.
:D
p.s: dun wori ayu, kali ni aku balik dengan hati yang kebal. watch out...!

Friday, March 4, 2011
She Completes Me
Sebelum kahwin, baik waktu cuti sekolah mahupun waktu summer holiday, teman baik aku dekat rumah adalah adik. Benda yang paling best yang selalu share dengan dia adalah tentang pemakaian kami. Lagi-lagi bila kami merancang untuk keluar rumah.
'Kalau macam ni, ok tak?'
'Selekeh. Tukar tukar' ni ayat kritik dia
'yang ni?'
'wei, singkat la de (kak uda singkatan dia adalah 'de'), cari tudung besar sikit la'
'aaaaa malas nak carik. pakai ni je lah'
' tak boleh. yang ni pulak jarang'
last-last dia cari kan semua untuk aku. Lengkap. Dengan tudung, blouse atau tshirt, skirt labuh atau seluar slack. Hehe. ni namanya manja dan ambil kesempatan lagi-lagi bila dah berbulan-bulan tak balik rumah (kalau baik hati, dia tolong gosokkan sekali. Sebab dia sayang aku. hehee....)
Dekat rumah, adik adalah 'mesin pengimbas' aku. Jika tidak menepati dan memenuhi piawai syariat, dia akan suruh aku naik bilik balik, tukar semua dan dia lagi sanggup tunggu. Kalau pemakaian aku kureng enak pada pandangan mata dia, jangan harap dia nak jalan-jalan sekali dengan aku. ada lagi ayat tambahan dia ...
'imah tak nak mengaku yang kak uda ni kakak imah'
sampai macam tu sekali.
(ni siapa senanya kakak, siapa adik ni?)
kerja aku pula adalah kritik dia bila dia duduk depan cermin lama tahap tak ingat.
'Oi, nak berlawa boleh dalam rumah je la, mek! Kalau ada lelaki yang pandang tertarik dengan kita pun, berdosa tahu tak ' Confirm, dia akan laju bersiap.
:)
apa pun, she completes me. n i love her so much. (Allah, jangan lah bagi dia baca entri ni. pleaase pleasee.....)
Wednesday, March 2, 2011
Kalaulah Boleh Padam

Tulis entri panjang berjela, siap dah mula mengarang dalam kepala sebelum tulis. End up, tulis. Kemudian, backspace sampai habis. Kadang-kadang yang tinggal hanya noktah, koma, pembuka kata atau tiada apa-apa.
Tulis entri pendek pun sama. tulis sepatah, dua patah, tiga patah. Puas hati. Post. Sepuluh minit dah rasa tak sedap hati. 'aaa, entri ni mungkin banyak orang akan baca'. delete delete delete.
tak kisah la yang membaca adalah mereka yang sengaja singgah mahupun yang tidak sengaja. kalau yang ditulis itu boleh menambahkan iman mereka dan juga iman aku, maka beruntunglah. Andai sebaliknya, maka rugilah. Yang paling rugi, dah tentu aku. Sebab aku yang menulis. habis tenaga memerah otak untuk mengarang (eceh). Masa pun berlalu begitu sahaja, meninggalkan aku.
Tulis blog. Andai kau tulis untuk memperingatkan diri kau dan disertakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada mereka yang membaca, mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal. Setimpal dengan apa yang kau niatkan.
Kalau lah dosa yang dicatatkan oleh malaikat dalam 'kitab kiri' itu boleh dipadamkan, boleh di back space, boleh di delete seperti entri blog, status facebook, twitter dan sebagainya, supaya orang lain tidak tahu, tidak nampak, tidak 'dapat baca', alangkah bagusnya
Tetapi tak akan lah. tak mungkinlah. mustahil lah. Kerana semuanya, telah, sedang dan akan sentiasa direkodkan.
Aku pernah baca satu hadith ini, tak ingat riwayat siapa yang mengatakan bila orang itu berbuat dosa, kemudian diikuti amalan-amalan baik, maka dosa-dosanya itu akan dipadamkan seberapa banyak amalan baik yang dia telah lakukan (lemahnya diri, baru baca hadith ni beberapa bulan yang lepas, cepatnya dah lupa)
Untuk diri sendiri, bila hati dah tak sedap hati buat dosa tu, cepat-cepat lah istighfar. Dan jangan lupa diikuti dengan amalan-amalan yang menguntungkan engkau di hari akhirat kelak.
moganya entri ini aku tidak delete atau di 'save as draft' lagi.
p.s: sedihnya tengok orang-orang zaman sekarang (mungkin juga aku) yang macam berbangga-bangga bila buat buat benda yang tak berapa best untuk ditunjukkan........ noktah akhir
Subscribe to:
Posts (Atom)