Khamis (malam) January 27, 2011 sehari sebelum 'Hari Kemarahan' di Mesir
Menempuh perjalanan ke airport naik teksi. Lalu Tahrir yang jaraknya hanya 5 minit dari Anfaal. Dataran Tahrir waktu itu terkawal. Ada la dua tiga kerat polis berjaga di sekitar mugamma' dan kawasan sekitarnya .
Dengarnya, El Baradei akan tiba di Cairo Airport. Dijangka trafik akan menjadi sesak. Maka, telah dipesan supaya bertolak awal. Takut tersekat di tengah-tengah jalan.
Check in. Perasan orang-orang Jordan semua nak keluar dari Cairo. Berderet-deret beratur dalam barisan. Perasan juga orang-orang Israel penuh memenuhi ruang balai berlepas. Baru tahu Cairo Airport ada penerbangan ke Tel Aviv, Israel. Maka, dapat peluang tengok orang Israel dari dekat. Raut wajah yang agak berbeza berbanding orang Arab(kalian cabut awal-awal sebelum rusuhan jadi dahsyat ke?).
Flight lagi sejam. Call orang-orang mesir tak dapat. Mesej tak dibalas. Baik Rai, Farah, Em, Huda, Aimi, Ada. Semua diam. Main tenet tak boleh, takde line. Yang boleh, mesej-mesej tiqah di Jordan. itu pun kejap dapat kejap tak dapat. ambil gambar sendiri dan minum mocha ice blended, sambil termenung dan tahan mengantuk.

Sampai satu tahap, kena tegur dengan pelayan 'warung' kat situ.
'kenapa awak nampak sedih sangat? Bukan awak dalam perjalanan pulang ke?'
angguk-angguk. sengih je la..
Macam mana boleh terlupa yang engkau ada Al-Qur'an dalam beg. Maka, agak membuang masa di lapangan terbang.
Waktu tu, tak terfikir yang komunikasi akan terputus serta merta di Mesir akibat rusuhan. Mesej malaysia pun tak dapat. tiada balasan. Aku anggap orang Malaysia dah tido kot. Tak syak apa-apa pun. Tak terlintas langsung.
Naik kapal terbang. Penumpang semua lelaki! Ada la dua tiga orang mak cik dan kakak. Dan pramugari-pramugari berbangsa cina. Lega la sikit. Berjalanlah aku, seorang budak perempuan melayu ke tempat duduk yang tercatat dalam boarding pass.
Seat di tepi sekali, bahagian laluan. Lagi dua tempat, seorang pak cik dan anak muda. Bangsa Arab. Arab Jordan. Orang-orang depan yang first time naik flight agaknya. Bila kapal berjaya berlepas dan mendarat, ada la adegan tepuk-tepuk tangan secara berjemaah. Tak faham apa motif.
Ada la drama sikit waktu di udara. TV orang di tepi tingkap barisan aku tidak berfungsi. Dia jerit panggil pramugara dan pramugari. Nasib tak panggil pilot je. Adeh, kecoh seketika. Sebijik macam dalam drama TV. Membebel hingga satu flight kot dengar. (selamba je aku mengata diorg dekat sini) Then, bergaduh pulak dengan orang sebelah aku. Sambil mengutuk perkhidmatan RJ . Untuk mereka yang pernah bermukim di negara arab, kalian lebih mengetahui orang arab macam mana bila bergaduh. Pengalaman pertama tengok orang Jordan bergaduh. Adui.
Pramugari kata sesuatu pada aku. Kesian dia, dia pun pening kepala melayan kerenah penumpang-penumpang. Walaupun aku tengah mamai-mamai setelah terlelap sekejap, aku cepat faham. Tukar tempat dengan pak cik yang nak tv tu. Duduk di antara mereka. Tengok lah tv tu . Saya nak tido je.
'thank you very much, miss' kata pramugari
Senyum dan tak larat. time-time tu jugak aku dah terlelap.
Sampai di Amman. Tukar flight. Di saat orang-orang lain sedang beratur di Jordan imigration, aku pula sedang Berlari kencang untuk ke gate yang sepatutnya. Lega sempat sampai. Sikit lagi gate mahu tutup. Mesej orang Malaysia tiada balasan lagi. Hurm, jumpa di KL sahaja lah kita ya.
Flight Amman-Bangkok. Kapal nya yang agak luas berbanding yang tadi. Kali ni, penumpang ramai pelancong dari negara Eropah. Ramai nak bercuti di Thailand kot. Macam orang sebelah aku. Orang Perancis. Sebab tengok buku yang dia baca. Bahasa Perancis. Sepanjang dalam flight, tido tido. Orang sebelah, membaca berjam-jam. Sebelum aku tido, membaca. Lepas makan, membaca. sampai Bangkok. Respek.
Tak boleh lupa, waktu makan, dia minum arak. Fuh, aku cuba buat-buat tak nampak tin hijau itu. cuba-cuba cover hidung, buat-buat gatal. Makan pun dah tak ada selera. Nak tido, nak tido!
Sebenarnya, ni kali kedua aku duduk di sebelah orang minum arak. Kali pertama waktu form 4 dulu. Dari Sabah ke KL, sorang-sorang juga. Pak cik chinese di sebelah siap offer, 'nak cuba minum?' ohoho. no thank you, uncle.
Sampai Bangkok, flight jadi lengang. Dari sebesar-besar Airbus itu, ada la dalam belasan penumpang yang nak ke Kuala Lumpur.
Sampai KL akhirnya setelah menempuh penerbangan yang agak panjang. Ambil bagasi kecil milik aku, dan berjalan menuju ke pintu keluar balai ketibaan. Dari jauh dah nampak kelibat dia, berbaju putih sambil pegang henset. Lega.
Salam-salam. Lama tak jumpa. Dia pun lega tengok aku keluar dari pintu. Dia ada mesej aku berpuluh-puluh kali. tiada balasan. agaknya dia pun tak lena tidur malam tu. Wajah masing-masing pun nampak lega. Dia lega tengok aku selamat. Aku lega tengok dia sihat.
Dia bawa aku ke Pan Pacific, KLIA. Makan malam. We were not alone. Sebab mak, abah dan family dia pun ada bersama. Makan malam ramai-ramai
then waktu itu baru la tahu keadaan sebenar di Cairo macam mana. Rusuhan yang kian meruncing, Husni Mubarak yang degil tak nak turun dari takhta, kawan-kawan yang terputus hubungan dari dunia luar. Dalam hati, tak putus-putus berdoa untuk mereka

Sekali jumpa, sekali ni baru ambil gambar berdua.
Aku dengan dia . Dia yang penyegan di depan kamera.
dia kepada aku : 'welcome home, thia'
aku kepada fathiyyah : selamat kembali, fathiyyah. Kembali ke 'alam mimpi'
p.s: counting days untuk balik Cairo. Dah 'bermimpi' selama lebih kurang 26 hari (tak bangun-bangun dari tido), lebih dari tempoh yang sepatutnya. Walaupun terasa sekejap
:)