Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

November 27, 2011

Nasi Goreng


Masak nasi goreng untuk Maryam dan Sakinah. Farah tak tahu balik ke rumah atau tidak. Dia biasanya suka 'jalan-jalan' tidur rumah teman-teman sebayanya. Maryam puji tinggi melangit dengan mengatakan nasi goreng sangat sedap . Tapi kalian jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap Maryam. Padahal campak benda-benda yang biasa je. Tak ada istimewa apa pun. Mungkin Maryam lapar sangat tu. Apa pun kerana nasi goreng, Maryam mendoakan agar Fathiyyah bakal mendapat cahaya mata yang pintar dan montel. Kita amin kan sahaja lah  :D

Makan nasi goreng sewaktu musim sejuk memang enak. Teringat dulu kak Ell selalu masak masakan yang lazat bila  datang tidur di rumah dia yang di tingkat tujuh, berhadapan dengan kedai Baghl tu (kalau kurang bernasib baik, memang akan bertabah menaiki tangga sampai ke tingkat tujuh. Sebab lif rosak )

Kak Ell memang handal dalam memasak. Cakap je nak makan apa, Kak Ell pasti akan memenuhi permintaan. Cekodok, nasi ayam, nasi minyak, rendang, laksa penang, ayam masak merah dan lain-lain. 
Lagi best sebab waktu tu aku di tahun pertama pengajian.

Konon la hidup sengsara sangat dekat Fustat. Manja tak ingat punya .Bila dah ada senior yang boleh mengadu seperti Kak Ell, Kak Paan,  memang rasa tenang  sikit hidup. Waktu tu rasa lambat sangat nak tamatkan pengajian selama enam tahun. Tapi bila kakak-kakak datang rumah kita di hujung dunia itu, bagi tips dan semangat, memang rasa lega amat.

Tambahan lagi, Kak Ell dan Kak Paan selalu datang masakkan lauk cukup untuk seminggu untuk kami penghuni rumah 'Anonymous Suite' waktu tu. Bekukan dalam peti, dan bila nak makan, hanya panaskan sahaja. Teratur jadual makan kami selama seminggu ^^

Hampir empat tahun menjadi junior kepada Kak Ell.  Lawan-lawan pantun waktu karnival Perubatan, bawa pergi tengok surgery, menjadi 'tukang dandan', kaunselor yang setia dan tengok bola sama-sama sampai Mesir menang Piala Afrika. Kak Ell juga lah yang telah mengajar supaya mendengar lagu-lagu kebangsaan Mesir. Sampai sekarang suka dengar semua lagu-lagu tu.

Kak Ell banyak ajar  tentang hidup. Lagi-lagi hidup di Mesir. Lagi-lagi tentang macam mana nak deal dengan ragam pak cik-pak cik arab. Haruslah bersabar tahap 'super sabar', sentiasa tenang, berbudi dan berhemah dalam berbahasa. Dia selalu cakap yang dia sayang sangat Mesir dan selalu berpesan supaya menghargai detik-detk menjadi seorang pelajar perubatan di Mesir. Perlu sangat menghargai doktor-doktor sini yang sangat  berdedikasi.

Dan kena sangat-sangat menghargai kehidupan yang  susah di Mesir. Sebab bila diri sendiri yang rasa hidup susah dan tengok ramai orang lain yang hidup lebih susah, jauh tidak berkemampuan berbanding dengan kita, kita akan lebih bersyukur. Bila lebih bersyukur, kita akan lebih dekat dengan Allah.

Sebab nanti sampai satu masa, akan merindui sangat-sangat kehidupan sebagai pelajar. Lagi-lagi bila sudah bekerja. Iya lah, Mesir nani bakal diingati sebagai tempat jatuh bangun dalam meniti alam dewasa.

Secara tidak langsung, Kak Ell juga yang mengajar tentang bagaimana untuk menjadi seorang senior yang sebenar kepada junior nya. Ajar kan tentang bagaimana menjadi seorang kakak yang sangat mengasihi adiknya.


Nota satu : Kak Ell dah grad awal tahun hari tu. Dah hilang seorang kakak. Tapi Allah datangkan seorang lagi Kak Elle dalam hidup. Bukti Allah sangat baik kan? ^^

Nota dua : Kak Ell rajin juga datang ke sini kalau dia free. Tapi biasanya dia sibuk di Seremban tu. Takkan sempat nak  baca :D


0 comments:

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena