Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

November 25, 2011

Distracted


Bekal

Sebelum balik dari kuliah, dah berpakat dengan Maryam dan Sakinah untuk membeli barang-barang keperluan secukupnya. (Farah tak terlibat, sebab dia ada exam haritu) Lagi-lagi kawasan Sayyidah Zainab ketika ini sudah diisytihar sebagai kawasan kuning oleh pihak kedutaan. Tapi keadaan masih tenang. Insya Allah.

Hasilnya, banyak barang sudah dibeli. Ayam ada 5 plastik, ada daging. Sayur, bawang besar, bawang merah, bawang putih semua dah dibeli berkilo-kilo dah sumbat di dapur dan peti ais .Cuma stok gula, garam, minyak masak dan lain-lain masih belum didapatkan dari kedai-kedai runcit yang berhampiran.  Hanya untuk tujuan berjaga-jaga. Bila berjanji untuk keluar ke rumah Badar dengan Iylia pun semalam, Iylia pun cakap 'saya nak keluar beli barang untuk darurat ni. Apa-apa pun boleh jadi  nanti' ..  Tapi setakat ni insya Allah ok je. hu 

Huru-hara  dan kacau bilau nya adalah di kawasan yang berdekatan dengan Tahrir. (Setakat ini berita Al Jazeera melaporkan bahawa angka kematian sudah mencecah seramai 43 orang, manakala yang cedera sekurang-kurangnya seramai 3,000 orang)  Walaupun Sayyidah dan Tahrir hanyalah lima minit perjalanan dengan menaiki teksi. Yang crucial nya adalah rumah teman baik seperti rumah Iman. Kawasan situ memang dah ditanda sebagai kawasan merah. Moga Allah sentiasa memelihara keselamatan mereka.

Sediakan bekal untuk hari-hari mendatang. Memang dah set dalam minda, kalau apa-apa nanti kita dah sedia dengan bekal kita. Dan tidak lupa doa sepanjang masa. Moga semuanya kembali lebih baik seperti sedia kala.

Terlintas juga sewaktu beli barang ni semua untuk bekal di kala  memerlukan, bagaimana pula bekal kita untuk dibawa ke kubur dan di akhirat nanti. Semua pun tahu kita akan menghadapi hari pengakhiran segalanya, semua sudah tertulis dalam kitab Allah, sudah disampaikan oleh Kekasih Allah,disebarkan  para sahabat, orang-orang alim yang sentiasa berjihad di jalan Allah. Untuk memastikan ajaran agama dan peringatan tentang hari Pengakhiran akan sampai kepada kita.

Maka, apa pula bekal kita untuk ke sana?

Rehat

Kalau kita rancang nak berehat dan bersenang lenang di dunia, Allah akan bagi satu dunia ni untuk kita, sebagai tempat berehat dan bersuka ria , tanpa perlu bersusah dan berlelah.

Tapi tunggu sampai masanya nanti, Allah akan balas semua 'amal rehat' kita tu di akhirat. Allah akan membalas dengan secukupnya. Sudah lah buku amal dengan tangan kiri, dengan muka yang sangat teruk dan menduka citakan, dicampak dan diseksa ke neraka pula . Dan cukup lah neraka untuk kita sebagai hamba yang sentiasa berlengah dan bermalasan untuk mengerjakan amal kebaikan, amal untuk akhirat.

Begitu juga sebaliknya, andai kita hidup untuk berjuang, bersabar, redha dan berlelah sepenuhnya dan dalam keadaan beriman, untuk akhirat dan untuk dunia , kita juga akan mendapat kedua-duanya. Allah akan bagi dunia dan akhirat. Dan terima lah buku amal kita  nanti dengan tangan kanan dan wajah berseri-seri. Tiada ganjaran terbaik selain ganjaran dimasukkan ke syurga, untuk kekal selamanya.

( dari surah Al Israa:18-19)

Disaster

Seminggu yang sudah berlalu yang dirasakan sangat 'disaster'. Hampir tidak cukup tidur pada waktu malam kerana mempersiapkan satu 'projek mega' dengan sehabis baik yang mungkin. Hampir tidak dapat fokus dalam kelas kerana kepala selalu pusing dan pening untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. End up, tidak menjadi juga kerana Allah tidak mengizinkan. Tipu lah kalau tak rasa kecewa, bohonglah kalau kata hati tak rasa terkilan.

Sungguh lah perancangan Allah itu tidak dapat diduga. Perancangan Allah yang penuh dengan hikmah dan rahsia. Kita hamba yang sangat lemah hanya mampu merancang sehabis kudrat kita, patuh dan taat serta redha dan berlapang dada. Dan Allah pun mengira bukan banyak mana hasil yang kita dapat, tapi Allah hitung sebanyak mana dan sesungguh mana kita dalam beramal untuk mencari cinta Dia.

Kembali refleksi diri, apakah kita sudah berjuang dalam belajar, berjihad dalam hidup,  dalam menjadi muslim, dengan sebenar-benar belajar, sebenar-benar jihad, sebenar-benar sebagai muslim?

==========

Pergi study group (SG) juga pagi tadi, walaupun perancangan asalnya pagi ini adalah bersibukan dengan benda lain. Ayu nampak aku sangat distracted. Huhu, bertenang bertenang .

Ada banyak sebab sebenarnya  kenapa aku jadi macam tu dan di antaranya adalah  dia suruh paksa  aku updet blog dalam masa sejam , sebelum mula SG (aku juga yang cakap kat dia yang aku nak updet blog sebelum mula SG ^^).<---- just kidding
Hasilnya daripada masa yang agak  limited itu  adalah entri di bawah ini.

Sejak dua menjak banyak sangat benda nak tulis. Tapi bukan mudah sebenarnya untuk menulis dari dalam hati, untuk kepuasan diri dan boleh jadi kenangan sampai mati dan dalam masa yang sama, tidak menjadi suatu yang sia-sia kepada orang lain.

Moga segala kalam yang ditulis, benar-benar ilham dari Allah.

dan bakal meninggalkan tahun ini dengan bismillahirrahmanirrahim.

2 comments:

Maher said...
This comment has been removed by the author.
Maher said...

hahah. sori. bkn apa, cuma rasa komen sebelum ni tak proper. sepatutnya doakan selamat ke ape kat mesir...tp pergi letak komen tentang aspek tulisan pulak. semoga semua selamat. :)

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena