Bismillah
7.05 pagi
Sampai juga di kuliah. Awal pagi tadi lepas subuh, puas
Setelah bulatkan tekad, akhirnya sampai lah aku di tempat duduk bahagian kanan dewan 12, lima barisan dari hadapan. Doktor belum sampai. Dewan pun belum penuh. Tengok kiri kanan orang Arab. Bagus. Boleh intai nota orang kiri kanan depan belakang kalau tiba-tiba 'sesat'tak faham doktor sedang menerangkan tentang apa di hadapan.
Begini lah konflik kehidupan hampir setiap pagi pada setiap hari kecuali hari minggu. Sepatutnya jadual kuliah wajib bermula jam 830 pagi. Tapi buat mereka yang berkemampuan, haruslah menggagahkan diri untuk keluar rumah sebelum pukul 7, berjalan ke universiti merentasi jalan raya yang agak lengang, di bawah lampu jalan yang masih bercahaya dan di'peluk' oleh angin musim sejuk, demi menuntut ilmu Gynae dari Dr Mahmoud Salem yang berdedikasi.
:)
9.25 pagi
Menunggu doktor tak sampai-sampai. Untuk tutorial pagi itu, pelajaran mengenai 'hepatosplenomegaly' akan dibentangkan oleh Dr Yaser, pakar jantung kanak-kanak. Selalunya Dr Yaser memang sangat menepati waktu. Biasanya 830 pagi memang terus mula tanpa menunggu sesiapa. Kadang beliau lagi awal tiba di kelas, siap menunggu kami. Tapi pagi ini sangat pelik. Doktor pergi mana lah agaknya. Dah ada kesesakan lalu lintas kah pada pagi-pagi begini.
Setelah beberapa ketika, Dr Yaser akhirnya muncul di muka pintu, termengah-mengah dan berpeluh-peluh. Sambil memohon maaf berulang kali kepada kami, Dr Yaser mengatakan bahawa dia dari tempat mengundi. Sebab itu lah kelewatan. Hari ini hari bersejarah katanya.
Tersenyum-senyum kami semua. Baru teringat hari ini dua puluh lapan haribulan sebelas. Hari pertama untuk mengundi bagi seluruh rakyat Mesir di sesetengah tempat. Tadi tengok sekolah jadi tempat mengundi semua sesak dengan rakyat jelata Kaherah . Anak-anak kecil pun turut setia di samping ibu ayah mereka.
"Some voters brought their children along, saying they wanted them to learn how to exercise their rights in a democracy" CBS News
Benar. Hari ini memang hari yang bermakna. Sekitar rumah ni pun penuh dengan kain-kain rentang, kertas bertampal di dinding bagi memperkenalkan calon-calon untuk diiundi.
Kami pun turut merasakan bahang kehangatan pilihanraya Mesir :)
![]() |
| ni gambar orang berdemo di dalam kawasan universiti hari tu |
10.45 pagi
Doktor mempersilakan masuk seorang ibu yang sedang mendukung anak kecilnya ke kelas kami. Hari ni kita akan amati kes hepatosplenomegaly kata doktor. Kata si ibu, anaknya baru berumur sebulan enam hari.
![]() |
| Yabani Hospital |
Bila si ibu yang bernama Hana itu masuk ke kelas kami, aku mengamati wajahnya dari jauh sambil mengimbau kembali memori. macam pernah tengok ibu muda ini. Baru teringat yang aku pernah berkunjung ke katilnya sewaktu jalan-jalan sambil belajar di hospital Al Yabani. Waktu tu, aku ada ambil history sikit, Hana 21 tahun. Berkahwin sejak berumur 15 tahun, tinggal di kawasan agak jauh dari ibu kota Kaherah. Tanya sikit-sikit (kejap faham kejap tak faham sebab pelat bahasanya agak lain dengan bahasa ammi yang biasa kami dengar di Kaherah ni), dan akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Hana sambil membelai-belai rambut anak kecil yang didukungnya, Yasmin.
![]() |
| Doktor sedang melakukan 'tidal percussion' |
Dan hari ini, mereka datang lagi, atas permintaan doktor. Hana meletakkan si kecil Yasmin di atas meja. Yasmin tidak menangis walaupun semua kakak-kakak pelajar Melayu mengerumuninya. Maka, bermulalah satu lagi pembelajaran yang bermakna buat kami kami pada pagi itu.
Maka, Terima kasih tidak terhingga buat sekian kalinya kepada doktor dan pesakit dan ibu pesakit
5.45 malam
Syila kata aku sangat handal dalam men'saiko' orang. Erk, minta maaf. Kadang-kadang tak ada niat pun nak saiko-saiko sampai boleh terkena batang hidung orang lain. Sebab biasanya nak saiko
Kena baiki diri lagi. Moga apa yang diiucapkan itu betul-betul ilham dari Allah setelah ditapis oleh akal yang rasional dan hati yang luhur dan dipegang oleh Pemilik hati.
9.45 malam
ada komen terbaru dalam entri lama 'Berkahwin dengan doktor'. Haih la. entri tu dinukil sewaktu aku di tahun dua dulu tak silap. Kebudakan punya tulisan.
Bila baca komen yang terbaru tu, terasa nak tanya nanti pada zauj. Kenapa dia seorang jurutera memilih untuk mengahwini seorang bakal doktor?
:)
10.45 malam
![]() |
| harini berSG di taman Harvard |
Oleh kerana petang tadi sudah ber SG (baca : Study Group) dengan perempuan-perempuan cantik, maka malam ini boleh la tidur awal dengan perasaan yang lega sedikit. Tidur dengan proper kata orang omputih. Maklum, dua minggu ni selalu tertidur dengan keadaan tidak merancang untuk tidur malam sebelumnya. Alih alih dah dengar orang azan subuh. Keputusannya, badan lenguh, kepala tidak bermaya. Sakit satu badan.
Mari tidur tapi esok pagi kena bangun awal sebelum subuh. Supaya segar bugar untuk ulang semua apa yang dipelajari hari ini. Dan esok ada kelas tambahan percuma Pediatrics. Pukul 7!
Selamat Malam Kaherah yang semakin sejuk sejak 'menangis' kehujanan semalam.







0 comments:
Post a Comment