"Alangkah syahdu menjadi kepompong,
berkarya dalam diam,
bertahan dalam kesempitan.
bertahan dalam kesempitan.
Tetapi bila tiba waktu untuk menjadi kupu-kupu,
tak ada pilihan selain terbang menari;
melantun kebaikan antara bunga,
menebar keindahan kepada dunia.
Alangkah damai menjadi bebijian,
bersembunyi dalam kegelapan,
menanti siraman hujan,
menggali hunjaman dalam-dalam.
Tapi bila tiba saat untuk tumbuh dan mekar,
tak ada pilihan kecuali menyeruak menampilkan diri,
bercecabang menggapai langit,
membahagikan buah manis
di setiap musim pada segenap penghuni bumi.
Dan matahari pun mendekapnya,
dalam hangat serta cahaya "
Aku cemburu
maka kutulis buku ini untuk jiwaku
dengan harap dan rindu,
berkilaulah
dalam dekapan ukhuwah
-Dalam Dekapan Ukhuwah oleh Salim A. Fillah-
Ada seorang sahabat berpesan serta berkongsi, bahawa Allah akan menguji kita bukan dengan benda yang paling mahal, tetapi dengan benda yang paling berharga buat kita. Atau orang yang paling kita sayang,
dia yang paling dekat dengan hati.
baik suami, keluarga, kawan-kawan baik, danbo(?), study atau adik-adik
At Taubah, surah ke 9 ayat ke 24
yang bernilai, telah dihilangkan
yang mula terpaut dan berkasih padanya, telah dipisahkan
yang sayang amat, terpaksa meninggalkan
Apa pun, yang nombor satu tetap Allah
Mudah-mudahan Allah tetap menguatkan
dan mematangkan fikiran serta perasaan
dalam menduduki 'peperiksaan demi peperiksaan'
sejak dahulu sehinggalah masa depan
Buat kamu,
terima kasih amat kerana banyak memberi
juga terima kasih amat kerana membenarkan
:')






3 comments:
like
salim a fillah, antara penulis faveret.
T.T
touched..
nti ni sweet sangat..
inspiring! keep writing :)
Post a Comment