Kita dinilai dengan neraca akhirat, bukan lagi dengan neraca dunia. Yang membezakan kita dengan mereka adalah perasaan takut kepada Allah. Bukan kerana rupa, pangkat, darjat, harta atau lain-lain
Dan penilai kita adalah Allah, bukan manusia.
============
Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan berbagai situasi atau keadaan yang memerlukan kita memilih di antara beberapa pilihan.
Contohnya dalam kehidupan di antara kami berdua. Pernah la ada rancang-rancang nak mengembara dan menjelajah kota-kota yang masyhur di Eropah dalam tempoh waktu yang terdekat. Ada la mimp-mimpi nak menjejaki kota Konstantinopel, Istanbul. Konon la ada plan nak pegi Jepun la Korea la, NZ la, Pulau Bora-Bora la dan sebagainya :D
Namun setelah pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama, dia katakan padaku
'kita kumpul duit untuk buat haji dulu lah ya. Europe tu nanti nanti.
Yang utama untuk kita, tetap buat haji dulu '
Dalam hidup, lagi-lagi berhidup di dunia, perkara-perkara utama tetap perlu diutamakan.
Harus jelas prioriti. Harus tahu tujuan hidup.
Maka sebagai Muslim seharusnya jelas bahawa soal agama adalah dan tetap nombor satu.
Al-Qur'an semestinya menjadi teman baik.
untuk memahami teman baik, haruslah mempelajari bahasa Arab.
Berakhlak, seperti Al-Qur'an
serta mengamalkan sunnah Rasul junjungan, kekasih Allah
Dan sebagai muslim juga, seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi orang yang paling faqih dalam agamanya,paling arif dalam aqidah, paling beristiqamah dalam memastikan ibadah yang sahih
paling beriltizam dengan waktunya, serta paling amanah dalam menjalankan taklifan ke atasnya.
Jika kita benar-benar tahu tujuan hidup kita, sekurang-kurangnya kita jadilah orang pertama untuk berubah.
Berubah dan berhijrah menjadi hamba dan khalifah yang lebih baik berbanding hari-hari sebelumnya.
Menjadi hamba yang selalu bersyukur, memuji-muji Penciptanya yang Maha Sempurna
serta khalifah yang selalu bertaubat, memohon ampun sehingga datangnya kiamat.
p.s: Cairo dah mula sejuk-sejuk :)



2 comments:
;D
ps: alex da mmg sejuk (: everyday sy sesema :(
kalo turun alex raya nanti bgtaw k?
:D semoga pa yg dicitakan akan menjadi realisasi pd masa hadapan...insya'allah..
Post a Comment