![]() |
| Terima kasih cik X kerana menghadiahkan saya ini :) |
Doktor takkan pernah bosan untuk berpesan, agar melayani dan menunaikan hak mereka sebagai pesakit.
Walaupun belum lagi menjadi tabib untuk mereka, sekurang-kurangnya melayani mereka selayaknya, meraikan mereka sebagai manusia.
Malah, kau juga sedang belajar dari dua jenis guru.
Guru yang berwatakkan sebagai doktor dan guru yang bernama pesakit.
Jika entri sebelum ini aku telah mengucapkan terima kasih buat doktor-doktor yang berdedikasi,
maka kali ini, berterima kasih pula kepada pesakit.
Kerana bersabar dengan aku, sebagai budak yang nak belajar.
Setelah saban tahun bergelut dengan buku-buku dengan berbagai teori pelik-pelik dan memeningkan,
sudah sampai masa untuk menjalani latihan , dua tahun sebelum berdepan dengan situasi sebenar nanti.
Moga Allah merahmati dan memberkati seluruh hidup kita.
Yang sudah tentu kalau bukan kerana rahmat Allah, kita ini bukan sesiapa pun.
=========
Tadi beli sphygmomanometer dan tendon hammer untuk pembelajaran minggu hadapan.
Pekedai itu memanggil-manggil aku kerana aku terlupa nak ambil duit baki
"Dukturah, dukturah... "
p.s: ikimonogakari-nostalgia




6 comments:
all the best Puan :)
teringat kata2 patient,
Awak dah buat macam2 kat saya dalam kelas tadi, saya penat. bagilah peluang saya berehat. awak buatla apa-apa pon yang awak nak buat kat saya esok"
tersentak...kesian sangat kat pt.
huhu
comel pesakit cik putih tuh
:D
"Dukturah..dukturah.."
satu panggilan keramat. semoga menyandang gelaran itu dengan penuh amanah. ;)
ten, tengkiyu . teyn pun di sana, all the best dengan obat-obatan :)
milah, sebab saya bila bc cerita awak kat sini. sama2 lah kita berusaha yang terbaik untuk bakal pesakit2 kita
yan, tak lama lagi awak akan berdepan dengan situasi begini :)
kak ima, ameen ya Rabb! doakan semuanya baik2 aja :)
gud luck fathi yg akan bergelar sorang doktor tak lama lagi..moga pa yg dicitakan akan menjadi kenyataan...insya'allah...
Post a Comment