Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

September 29, 2011

Tengok gamba-gambar adik first year



Berkhemah di tengah-tengah padang pasir Bahariya merupakan kenangan yang paling indah di Mesir,



tengok gambar-gambar adik first year yang baru sampai
banyak diorang berjalan-jalan sekitar bumi Kaherah (Cairo)
Qal'ah(Kubu) Salehuddin Al Ayubi, Piramid,
melawat makam imam-imam hebat

Kagum, boleh tahan mereka ni dibawa berjalan

Tidak seperti zaman aku muda-muda dahulu
empat tahun lepas
kebanyakan masa  adalah di Arma (marathon cerita korea)
beratur untuk guna komputer di CC arab untuk menelefon keluarga
sambil menunggu giliran seterusnya untuk dipindahkan di masakin Fustat,
aktiviti lainnya adalah dibawa oleh kakak Alex untuk cari makan,
kita teroka makanan mesir (walaupun banyak kali juga aku muntah-muntah semua benda dek perut tidak berapa ngam dengan makanan sini)
dan kunun la shopping di pusat membeli-belah (window- shopping sebenarnya),
sebab waktu tu memang pokai tidak terhingga. 

adalah dibawa jalan-jalan oleh akak-akak negeri KL
tapi, sendiri pun tak ingat dah dibawa pergi mana.
kecuali masjid 4 mazhab, makam imam syafie, dan hadiqah Azhar
tenpat lain, hilang ingatan
Qal'ah pun aku baru jejakkan kaki tahun lepas,
itupun sebab aku ikut aimi bawa orang pergi berjalan.
Mahunya melopong dek terpegun sepanjang hari di sana.
Muzium Polis (aku memang suka dengan mana-mana muzium),
Masjid Muhammad Ali Pasha
Dah empat tahun, baru ada hati nak jelajah itu semua.

dan terus terang,
aku belum pernah ke Piramid.
Maka, awal-awal lagi dah kalah dengan adik first year.
Walaupun piramid tu, dekat la juga dari universiti.(tak ada lah dekat sangat. Mahu juga 40 minit?)
Mungkin sebab tidak teruja nak ke sana
atau malas, dipendekkan cerita

Tunggu lah grad nanti,
pasti akan ke sana juga aku nanti,
untuk melihat sendiri,
binaan yang diagung-agungkan oleh manusia
tetapi hakikat, binaan  dimiliki oleh manusia yang dilaknat oleh Tuhan

kenangan.
memori
pengalaman
yang disimpan bukan setakat untuk diceritakan
kepada isteri suami,
mak ayah,
anak cucu cicit

tapi untuk ditadabbur, dan diambil pelajaran dari setiapnya.

================


Ada la baca beberapa blog. Baik di blog list, google reader, Mozilla bookmarks etc.
(saya juga merupakan seorang 'silent reader')
Ramai junior yang sedih-sedih nak tinggalkan keluarga buat seketika untuk  Mesir

percayalah

Terlalu banyak benda yang nak diterokai di sini
terlalu berharga sampai kan kadang kita berasa kita boleh tenggelam 'berkhayal',
kerana dek terlalu asyik dengannya

Mesir yang ber debu (err)
tetapi yang terlalu kaya dengan ilmu
dan 'cahaya-cahaya' baru

^^

=============

Rijal (pemuda yang sebenar)

pertama, yang sentiasa menyucikan diri
kedua, yang berjanji dan mengotakan janjinya kepada Allah (syahadah)
dan ketiga, tidak pernah berasa syak dan tidak ragu-ragu dengan janji Allah

 nak menjadi rijal. tidak boleh ambil separuh-separuh.
jadi rijal, biarlah sepenuhnya rijal,
dan sebenar-benarnya rijal



5 comments:

-hazen said...

part yang akhir saya kira untuk saya, boleh ye :D

mohon doa.

er, saya 1st year pun dah sampai Giza dan alex yang cantik tu.

Faten said...

teringin nak g tengok piramid :)

N I A said...

salam kakak

err, part kenangan paling manis itu, saya sangat setuju ! ;p

Amermeftah said...

aku yg tujuh tahun di sini pun baru kelmarin dulu first time makan fuul bil salsa

[fathiyyah] said...

shafiq, sila sila. part last tu memang tujukan untuk semuaa.. ^^

Faten, ahlan ke mesir, teyn! :)

NIA, indeed ^^

Bro Akmal Huzaifah, tu mmg rekod hebat. mungkin saya sampai bila2 pun tkkan dapat makan ful bil salsa

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena