| Bo in Cairo, with Mr Kindle :) |
Bismillah
" Allah mengajarkan kita untuk bersyukur, satu kata yang jauh lebih luas maknanya daripada terima kasih.
Maka kepada Allah, kata syukur adalah kebalikan dari kufur.
Yang pertama kerana dijanjikan nikmat yang kian bertambah,
Yang kedua, kerana diancam dengan siksa yang pedih"
Alhamdulillah
Segala pujian hanya layak untuk Allah
dan insya Allah
dengan izin Allah
1 Oktober 2011, bakal bermulalah episod 5 dalam hidup sebagai pelajar perubatan.
Pejam celik, masuk tidur, bangun tidur,
datang mesir, pulang malaysia,
cuti, kuliah,
musim panas (soifi), musim luruh, musim sejuk (syita'), musim bunga
pergi sekolah, balik sekolah
alih-alih, dah tahun lima
Kalau dulu, selalu terseksa dengan Physiology, Biochem, Histology (Yang paling terseksa adalah bila berdepan dengan Physiology. Anatomy yang paling enjoy) waktu tahun pertama dan tahun dua.
Manakala tahun tiga, adalah tahun yang paling terseksa ( Microb, Parasitology, Pathology, Pharmacology) yang jadualnya sangat padat, silibus subjek yang sangat banyak dan memeningkan.
Tapi, tahun tiga juga merupakan tahun yang banyak menguji ketahanan diri serta keyakinan pada Allah yang maha Memberi Rezeki, keimanan pada Qadha' dan Qadar.
Dan tahun empat, tahun pertama di alam klinikal.
Sikit-sikit terasa semuanya dipermudahkan walaupun pada mulanya tampak sukar.
Natijahnya biasa, tapi terasa dah belajar banyak benda bila semua teori yang belajar sewaktu tahun-tahun pre clinical, semuanya dipelajari semula dan akan diulang semula di tahun empat, tahun lima dan tahun enam.
Nah sudah nak masuk tahun lima.
Akan bertemu tidak lama lagi dengan Surgery, Internal Medicine,
Pediatrics (bahagian kanak-kanak) serta Obstetrics and Gynaecology.
Empat subjek sahaja. Namun semuanya mampu membunuh (killer subjects) andai tidak berhati-hati ataupun terleka walaupun sebentar cuma.
Kata seniors yang terlebih dahulu sudah merasai asam garam pahit manis kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun lima dan enam, pesakit adalah seperti 'buku yang berjalan'
tiada lagi istilah bermalasan untuk ke hospital untuk menyaksikan pembedahan besar mahupun kecil,
dan kena sentiasa kemaskini pengetahuan dalam bidang ini baik dengan merujuk daripada buku-buku rujukan luar international edition ( cairo uni memang banyak guna buku yang pensyarah tulis) mahupun daripada sumber internet yang boleh dipercayai dan sebagainya.
Tahun lima, dah mula dapat sentuh stethoscope, sphygmo etc.
dah mula kena palpate, auscultate etc
tiada lagi berangan atau berlakon macam dulu .
Kali ni, kita sungguh-sungguh guna.
Kali ni, real
dan sudah tentu,
wang duit elaun yang diamanahkan, lagi banyak 'mengalir'
:)
Kalau waktu tahun pertama dahulu, punyalah berangan
'lambatnya nak naik tahun klinikal'
'bestnya tengok kakak abang tahun lima, tahun enam. Nak habis dah belajar'
'waaahh. Kakak-kakak senior dah grad!'
Tapi sekarang, lagi banyak risau
lagi cepat jadi tua, lagi runsing
Selalu rasa menyesal,
'kenapa lah dari dulu, tak sibuk-sibuk nak belajar semua ni'
Sebab rasa lagi banyak benda yang belum 'settle' sebelum balik malaysia for good
Contoh
Belajar bahasa Arab, sampai level tertinggi
boleh cakap arab fushah
bacaan Al-Qur'an sudah dibetulkan menjadi lebih baik
serta yang paling diidamkan adalah menghafal Al-Qur'an
bersedia untuk menjadi seorang muslimah yang doktor, isteri solehah
dan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu mithali
Namun, hidup perlu diteruskan.
Tak perlu mengeluh tentang segala yang dah lepas
kita masih punya masa sekarang dan masa lapang untuk dimanfaatkan
dan moga taubat kita diterima Allah.
Maka, kena kena dan kena
serius dan fokus dalam semua aspek.
No more main-main
kurang fb, kurangkan chatting,
kurangkan bersembang bukan-bukan
banyakkan perbincangan ilmiah yang membina fikrah dan tsaqafah (pengetahuan)
giatkan baca buku. segala jenis buku!
Dah kena mula belajar dan belajar
praktis dan bina keyakinan diri
sebelum pulang untuk berdepan dengan masyarakat dan umar
yang jelas sedang 'sakit' baik jasmani mahupun ruhani
(aku pun selalu sakit baik jasad mahupun ruh)
mudah-mudahan diri ini akan digunakan sepenuhnya
diserahkan, diwakafkan untuk umat
dengan semanfaat yang maksimum mungkin
moga niat lebih jelas
niat yang sentiasa dan tidak pernah terlepas untuk diluruskan dan dibetulkan sebelum mula apa-apa, di tengah jalan-jalan mahupun bila hampir di penghujung garisan perlumbaan
kerana perjuangan kita ini senantiasa membutuhkan
mengharapkan, mendambakan
hanya keredhaan Allah,
dan untuk syurga.
mudah-mudahan perlumbaan ini
benar-benar akan berakhir dengan syurga
kalau boleh, tidak mahu semput
tidak tersekat, tersepit, terjatuh, atau pun terpelanting sampai tak bangun-bangun
baik di dunia
di padang mashyar,
mahupun di titian 'sirot' yang dibawahnya ada api yang menyala-nyala
Moga pengakhirannya nanti
adalah berehat-rehat di Jannah yang terlalu indah
di samping para anbiya', para solehin, para mujahidin, para wali Allah
Moga pengakhiran perjuangan yang melelahkan ini adalah
pertemuan dengan Allah yang Maha Kekal
Allahumma
jauhkan kami dari fitnah dan perasaan cintakan dunia
dan dekatkanlah kami denganMu
Ya Allah
Tuhan yang Maha Lembut
Tuhan Yang Maha Sempurna
Sebaik-baik Pelindung
dan Sebaik-baik Penolong
episod 1 & 2
episod 3
episod 4



5 comments:
tak lme lgi 'episod ummu #########'
waaah. naek semangat sy baca ni :D
Fathy dah nak berbaby ke?? Tahniah :)
Selamatlah ke tahun 5
kak, terima kasih atas sharing,,sungguh kdg2 rasa x larat terpaksa ulang balik episod 1 di tempat baru padahal da nak hbis disebabakan terlebih kuota..rasa nak sgt hbis cepat
gud luck utk thn ke 5...
Post a Comment