Kawasan berhampiran dengan perkarangan Masjid Nabawi. Di samping berdiri teguh pelbagai hotel sebagai tempat penginapan. Tiada lagi alasan untuk tidak solat berjemaah di masjid. Berjalan kaki ke masjid pun lebih mudah berbanding berkereta. Kelihatan burung-burung berterbangan dengan sangat bebas di sini.
Nama pun tanah haram, maka sebarang perburuan binatang , penebangan pokok sebarangan (petik bunga, petik daun pun tidak dibenarkan) pembunuhan, dan peperangan semuanya diharamkan di tanah ini.
Serta semua sedia maklum, Allah telah mengharamkan orang-orang kuffar untuk masuk dan menjejakkan kaki ke Haramain. Baik Makkah Al Mukarramah mahupun Madinah Al Munawwarah.
Malah, saya pernah terbaca di dalam buku 'History Of Madinah Al Munawwarah' yang dikarang oleh beberapa orang penulis di bawah pantauan ketuanya Sheikh Al Mubarakfuri (penulis buku Sirah Nabi yang terkenal, Ar Raheeq Al Makhtum) bahawa kita tidak dibenarkan menyakiti penduduk asal Madinah. Ternyata mereka punya kedudukan tersendiri di sisi Allah .
Maka, tidak hairan mengapa kita semua kalau boleh mahu tinggal menetap dan meninggalkan dunia di Madinah. Hidup akan sentiasa tenang dan aman.
Selain di Madinah letaknya makam manusia teragung Rasul Allah, Muhammad Sollahualaihiwasallam, ia juga menempatkan makam-makam para sahabat yang setia seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di sisi makam Rasulullah sollahualaihiwasallam serta sahabat-sahabat Nabi, para ulama' dan imam Madinah dan lain- lain di perkuburan Baqi'
| Perkuburan Baqi' |
Malah, di akhirat kelak, manusia pertama yang akan dibangkitkan adalah Rasulullah, diikuti dengan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan para penghuni perkuburan Baqi' (di antara yang dikebumikan di sini adalah Saidina Uthman bin Affan, semua isteri Nabi sollahualaihiwasallam kecuali Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah Az Zahraa', Saidina Hassan bin Ali) dan diikuti oleh para penghuni perkuburan Maa'la (makam Saidatina Khadijah terletak di perkuburan Maa'la) yang terletak di tanah suci Mekah turut akan dihidupkan semula , berhimpun pada Perhimpunan Besar untuk diadili oleh Allah kelak.
Emak pernah berpesan, bila masuk Masjid Nabawi, cari kubah masjid yang boleh bergerak.
Maksud emak, kubah-kubah ini akan terbuka pada waktu tertentu. Contoh waktu adalah selepas mengerjakan solat subuh. Dan kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bila kubah ini bergerak.
Kita akan dapat menyaksikan langit yang masih-gelap-dan-tidak-lama-lagi-akan-terang yang ternyata sangat cantik.
Ukiran pada atap, tiang-tiang dan dinding Masjid Nabawi. Pada setiap tiang, selain menempatkan penghawa dingin , kita akan mendapati pada setiap nya juga terdapat Al-Qur'an yang terlalu banyak telah disusun dengan begitu rapi. Semuanya adalah Al-Qur'an yang telah diwakafkan kerana Allah untuk kegunaan umat Islam yang bersolat di Masjid Nabawi.
Masjid Quba' yang sangat tersohor dalam sejarah Islam dan seringkali dianggap sebagai masjid keempat terpenting dalam Islam selepas Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi, dan Masjidil Aqsa di Palestin. Ianya adalah masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah sollahualaihiwasallam ketika peristiwa Hijrah.
Fadhilat mengerjakan solat dua rakaat di dalamnya (seperti yang tertera dalam gambar di atas) setelah berwudhu' terlebih dahulu di rumah, pahalanya sama seperti pahala mengerjakan Umrah. Hal ini dinyatakan dalam hadith sahih dari riwayat At Tirmidzi. Mengikut sunnah Rasulullah sollahualaihiwasallam jika ia dikerjakan pada hari Sabtu.






3 comments:
Rugi pade yang mampu pergi tapi buat tak kesoh....
Suka baca ni dan tertanya tanya bila pula peluang kita :)
yan, ada rezeki (n dah ada mahram), pergi lah ke sana.
bila pertama kali di madinah n mekah nanti, mesti ada satu perasaan yang 'pelik' akan melanda.
take care yan. cepat2 balik mesir !
< 3
Post a Comment