Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

August 6, 2011

Waktu Berbuka





Waktu kecik-kecik, saat yang sentiasa ditunggu-tunggu pada setiap Ramadhan bukannya waktu nak dikejut emak untuk bersahur. Yang pastinya, saat yang dinantikan adalah waktu berbuka puasa.

Mana tidaknya, waktu berbuka puasa adalah saat untuk aku melihat emak menyajikan berbagai juadah, lauk pauk kegemaran, biarpun tak semuanya emak yang masak, bukan semua kak long yang buat.

Yang paling aku ingat, emak menugaskan aku dan adik buat kuih buah melaka dan agar-agar bandung berbentuk cangkerang.

Sampai suatu hari, aku lihat meja seakan-akan kosong. Ada lah dalam dua lauk. Satu makanan bersumberkan protein, satu lagi sayur-sayuran. Kuih satu jenis.

aku tanya emak

'ni je?'

sambil tarik muka. Muncung. Hilang dah keseronokan menanti waktu berbuka puasa.

emak memujuk . Kata emak, kita kena bersyukur apa yang kita ada. Nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin berbuka puasa dengan seteguk air sahaja. Cuba tengok tv. Tengok kanak-kanak di Palestin, di kebanyakan negara miskin di Afrika, kanak-kanak di Iraq etc.

Susah jugak nak menerima hakikat waktu tu. Nak telan dan hadam perkataan syukur tu punyalah payah.

Sekarang dah faham. Mungkin belum faham sepenuhnya. Tapi setiap hari, aku belajar bagaimana untuk bersyukur. Bagaimana untuk menghargai Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan untuk kita ber'pesta' beribadah. Sungguh-sungguh
bukannya berpesta juadah

==========

(petikan dari Solusi)

Al-Qur'an dan Ulama

Bila sampai bulan Ramadhan, Abu Bakar Al Shibli akan meningkatkan ketekunan ibadahnya.
Katanya

"Inilah bulan yang diagungkan oleh Allah, maka aku mesti menjadi orang pertama yang mengagungkannya"

Ribuan tabiin sejak zaman sahabat melakukan perkara yang sama. Mereka akan memastikan ibadah mereka pada bulan Ramadhan melebihi ibadah yang mereka kerjakan pada bulan-bulan yang lain.

Ibrahim Al-Nakha'i berkata :

"Al-Aswad bin Yazid (ulama tabiin di Kufah) mengkhatamkan Al-Qur'an pada bulan Ramadhan setiap dua hari sekali. Beliau tidur antara maghrib dan isyak. Selain bulan Ramadhan, beliau akan mengkhatamkannya enam hari sekali "

Salam bin Muti' berkata

"Biasanya Qatadah (ulama tabiin di Basrah)  mengkhatamkan Al-Qur'an setiap tujuh hari sekali. Apabila Ramadhan tiba, beliau mengkhatamkannya tiga hari sekali. Dan pada malam 10 terakhir, beliau akan mengkhatamkannya setiap hari sekali "

Begitu juga seperti yang dilaksanakannya oleh Imam Syafi'e.

Rabi' bin Sulaiman berkisah :

Al- Syafi'e mengkhatamkan Al-Qur'an pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30 kali.


Mudah-mudahan tergerak hati kita untuk meniru keakraban dan ketekunan para ulama' dengan Al-Qur'an selepas ini sementara hidup, sampai mati.

Rasulullah s.a.w, para sahabat Nabi yang setia, para tabi' tabi'in sentiasa memberi contoh yang baik kepada kita untuk diikuti. Tinggal kita entah ke mana pergi niat ikhlas dan semangat untuk memburu syurga dan cintaNya tu.



0 comments:

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena