Untuk apa?
kalau waktu tahun pertama dahulu, dengan wang biasiswa yang berjumlah 225 USD setiap bulan, perlu disimpan untuk tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Dalam kepala waktu tu, memang tak terfikir untuk tinggal di Mesir dan menghabiskan cuti musim panas dengan belajar ilmu-ilmu lain selain ilmu medik di sana.
Tidak macam geng kamcing aku yang waktu tahun pertama dah berjihad dengan keluar dari kawasan Fustat yang kering dan tandus itu demi belajar bahasa Arab di rumah ustaz ustazah mereka yang terletak jauh dari Fustat. Walaupun mereka juga pulang ke Malaysia pada cuti musim panas, namun wang yang didapati mereka telah digunakan dengan sepenuhnya. Mereka nampaknya lebih menghayati makna perjuangan menuntut ilmu seperti yang ditunjukkan oleh Imam Syafie.
Nah, walaupun kata mereka tak ada lah dapat banyak mana pun ( tu kata mereka la) tapi yang penting usaha tu. Masya Allah. Banyak sudah saham untuk akhirat di situ .
Tahun kedua, pun sama. Elaun biasiswa telah dinaikkan sebanyak hampir 100 peratus. Maka tiada lagi alasan untuk tidak menyimpan. Taraf kehidupan di Mesir, tidak lah tinggi mana pun. Harga barangan di sana, boleh dibahagi dua dengan perbelanjaan di Malaysia sini. Sebiji telur di Mesir hanya bersamaan 30 sen di Malaysia (60 kursh di Mesir) Ini harga sekarang. Kalau harga barangan lain dahulu jauh lebih murah. Mungkin kenaikan harga barang-barang ini selaras dengan kenaikan kenaikan elaun biasiswa (yang sememangnya bila difikirkan sudah tentu tidak ada logiknya) .
Maka dengan elaun sebanyak itu, boleh dibahagi dua terus. Separuh untuk perbelanjaan hidup seharian (sewa rumah, bil elektrik, bil air, perbelanjaan bahan-bahan mentah untuk rumah, perbelanjaan bawwab?, buku-buku,) manakala separuh lagi untuk menyimpan. Misal kata kalau sebulan boleh menyimpan sebanyak hampir 200 usd sebulan, kalau sembilan bulan sudah hampir mencecah 2000 usd. Maka, boleh menyimpan lagi untuk tiket balik ke Malaysia untuk tahun itu. (sila kecualikan aku dalam hal ini. tiap-tiap tahun ayah sponsor untuk tiket balik Gombak. Emak kata, rezeki jangan tolak. Tapi bila dah kahwin, faham-faham je la :D)
Bagi mereka yang bukan kaki shopping, kaki jalan dan juga bukan kaki suka makan di tempat-tempat mahal, sudah tentu awal-awal lagi mereka sudah diisytiharkan sebagai orang kaya.
Dan biasanya 'orang-orang kaya' seperti ini telah membelanjakan wang mereka dengan sebaiknya. Wang banyak dihabiskan untuk kelas pengajian Al-Qur'an, kelas Bahasa Arab dan kelas tuisyen medik mereka.
Ada yang menghabiskan sejumlah wang besar di setengah-setengah tempat belajar .
Apa pun, perjuangan mereka dalam menuntut ilmu itu sudah tentu tidak dapat dinilai dengan nilai wang apa sekali pun. Subhanallah
(panjang benar intro nya)
Secara peribadi, aku mungkin boleh digolongkan sebagai mereka yang menyimpan duit sejak tahun pertama (walaupun tak ada lah menyimpan banyak mana) .Cumanya dalam hal-hal belajar seperti kelas-kelas dan buku-buku yang boleh digunakan untuk tempoh yang lama (seperti buku-buku medik), tiada kompromi, tiada tolak ansur dalam penggunaan wang. Aku masih ingat pesan ayah, kalau nak beli buku atau makanan, tak perlu berjimat cermat. Tapi jangan pula sampai membazir kata ayah lagi.
Bab-bab shopping di tempat-tempat besar, besederhanalah. Orang kata, seorang pembeli yang bijak adalah membuat senarai barang yang mahu dibeli dahulu sebelum menjejakkan kaki ke pasaraya atau pusat membeli belah. Bukannya pergi sana dahulu, baru nak fikir nak beli barang apa.
Selain itu, aku juga sering berhasrat menyimpan duit untuk ke negara-negara yang asing bagi aku. Semakin naik usia menjadi tua, aku semakin suka mentadabbur alam dan sejarah. Dan sudah tentu mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan jiwa-jiwa yang aku begitu rindu dan sering terbayang-bayang pertemuan dengan mereka walaupun dalam angan sahaja.
:)
Namun sejak dua tiga bulan ni, sering terpukul dengan satu kenyataan. Aku sibuk menyimpan wang untuk benda-benda lain sampai terlupa untuk menyimpan untuk menjejakkan kaki ke Baitullah, tempat yang paling suci di atas muka bumi. Terlupa bahawa aku belum lagi berpeluang untuk menatap Rumah Allah.
Terlupa yang aku masih belum pernah beribadat di tempat berjuangnya Rasul aku (sollallahu alaihi wasallam) dan para sahabat baginda
Selama ini hanya mendengar cerita-cerita yang mengharukan dari orang lain.
Kata mereka, bila sudah jejakkan kaki ke sana, terasa mahu pergi balik.
Ada yang rasa tak mahu pulang.
Ada yang menangis teresak-esak sambil bertawaf 'selamat tinggal'.
Ada yang bertahun-tahun meninggalkan tanah suci tetapi tiap-tiap hari terasa dipanggil untuk ke sana lagi.
Allah, perasaan apakah itu?
Moga suatu hari nanti, aku diizinkan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya.
Mungkin bila pergi nanti, tidak pulang-pulang dari sana
dan sungguh kepada Allah lah jua sebaik-baik tempat kembali
(Pernah hadiri satu kelas ni. Ustaz pelik kenapa ramai kita-kita buat kenduri kendara dan minta semua doakan selamat pergi dan pulang. Ustaz kata bukan ke kalau meninggal di Mekah itu pun satu nikmat?)
Wallahua'lam.
Oh ya, pada 20 Ramadhan nanti, seorang adik akan berangkat ke bumi Gaza sebagai wakil dari institusi pendidikan bagi menyempurnakan misi kemanusiaan di sana. (best nyaaaaa)
dan selamat berangkat untuk mengerjakan umrah dan menjadi tetamu Allah buat kembar kesayangan, teman-teman rapat dan perempuan-perempuan cantik. Mereka tak balik Malaysia tahun ni.
Setelah menghadiri kelas berbentuk pakej 100 jam bersama ustaz ustazah sepanjang cuti ini (dan berdebar menunggu keputusan peperiksaan) kini mereka sedang menghitung hari untuk terbang ke tanah suci :)
p.s: Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Atas rahmat, kasih sayang Allah, kerana keberkatan Ramadhan dan kerana doa mereka semua yang mendoakan, aku diizinkan oleh Allah untuk naik tahun 5 bermula semester hadapan.
:)



5 comments:
pergi 20hb ke kak?
:)
mabruk kak :)
mabrook alaiki
kumpullah duit, dan pergilah, mmg satu nikmat yg sgt besar fath. bila selawat dlm tahiyyat akhir, atau dlm doa2 harian, rasa mcm sgt dekat je nabi tu. bila tgk kwsn2 bersejarah, hatta 'sekadar' masjid nabawi sekalipun, rasa mcm terbayang2 aktiviti harian shbt2 dlm masjid, n terbayang kisah2 yg terjadi yg kita baca dlm sirah.
n dulu before dpt pergi, mmg nak sgt pergi. nangis2 rindu. tp igtkan once dpt pergi, perasaan tu akan settle down tidak lg membuak2 utk pergi lg. tp salah. perasaan tu tetap sama. membuak2 nak pergi lg. hu.
smg kita semua dpt pregi iA...
yan, pergi 25 hb insya Allah ^^
sya izz & akram , jazakumullahukhairan katheera ^^
tiqah, insya Allah! sedang mempersiapkan diri. doakan ana dapat beribadat dengan tekun di sana ^^
Post a Comment