Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

August 20, 2011

Mak Cik - Mak Cik


Dari tengahari sampai waktu berbuka puasa.

Duduk di samping  mak cik- mak cik dan  kakak-kakak sambil mendengarkan banyak peringatan dan pesanan tentang kebenaran dan juga pesanan tentang kesabaran.

Memandangkan 'budak-budak kecil' yang selama ini menjadi geng tak dapat turun sama, maka kita bergaul dengan mak cik-mak cik (memang pangkat mak kita dah ni) dan kakak-kakak yang lemah lembut dan berbudi bahasa (warghh .. inferior dengan mereka).

Soalan yang kerap ditanya oleh mereka
'datang sini dengan siapa?'
'parents siapa ya?'
'ni duduk kat area mana?'
'belajar dekat sekolah mana?'  (errrkkk... :D)

Nah, bermulalah di situ taaruf dari alif sampai ya'..

tanya mak cik kenal tarbiyyah sejak bila?

'sejak pergi overseas'

'sejak studi di US lagi'

atau

'sejak berkahwin dengan pak cik'


huu. bila duk kira-kira, maknanya sudah hampir puluhan tahun juga.
tidak macam aku, yang baru kenal dan menjebakkan diri setahun dua tiga .

Aku juga telah bersaksi bahawa terlalu banyak 'rumah' yang telah didirikan oleh pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, abang-abang, kakak-kakak  yang begitu memahami apa itu Baitul Muslim dan apa sasaran Baitul Muslim mereka.

Tengok dan mendengar mak cik- mak cik terutamanya.
Bercerita tentang anak-anak, dakwah, tarbiyyah, usrah
tentang masyarakat, dan bangkitkan isu-isu umat

 "'Majlis graduasi' atau  pencen dari usrah dan tarbiyyah hanya pabila tiba saatnya mati "

terlalu banyak yang aku belajar dari mereka, walaupun bukan semua hasil dari pengisian atau perkongsian. lihat qudwah yang ditunjukkan itu pun sudah terlalu banyak yang telah membuatkan diri ini insaf dan  muhasabah.

Maka, point yang paling penting yang aku dapat
Thabat.
Tetap dan teguh di atas jalan yang sukar, yang penuh duri, yang mudai dinodai

dan

Baitul Muslim. adalah tanggungjawab yang berat.


4 comments:

Anonymous said...

takut pulak membaca ini.

aduh.

hazen

[fathiyyah] said...

ini realiti. jangan takut! ^^

.n.a.k. said...

touched reading this..
becoz it reminds me of how pakcik makcik dulu-dulu tym awal2 tarbiyah struggling utk biar anak2 dpt tarbiyah yg sepatutnya, yg bebas dr bi'ah yg dhoif..

akhirnya tertubuhlah sekolah-sekolah itu...

how strong are they
kak aisyah muharikah once asked "mcm mana makcik2 yg dah berpuluh-puluh tahun x rasa penat dgn DnT.. even kita yg baru ni pn terdetik rasa penat"

masyaAllah

QS.

syukran kak.

lipatanhati said...

rindu nak makan sorok2 ngan 'mak cik'

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena