Pelik dengan balasan jawapan seorang teman suatu ketika dahulu, bilamana aku menyoalnya kenapa kau ambil medik, dia menjawab sebab waktu dapat keputusan SPM semua A, dalam kepala tak terlintas benda lain selain medik. Berlainan dengan aku yang mana aku dahulu sebelum ambil SPM lagi kena target medik. kena dapat A1 untuk Biologi. Sebab aku memang tak nampak apa yang aku mampu buat, mampu menyumbang, selain medik. ( Cuma dalam dua tiga tahun ni, tiba-tiba rasa nak mendalami bidang sejarah Islam)
Tapi tu cerita dahulu. Aku yakin sekarang dia (dan aku) sudah mempunyai matlamat dan hala tuju yang semakin jelas, tentang nak bawa dan gunakan bagaimana 'alat' (medik) yang kami ada ini. Sudah tentu bukan setakat nak menampung hidup di masa hadapan yang entah bagaimana lah agaknya nanti.
Bersiap siaga lah untuk menghadapi kehidupan yang melelahkan ini. Masa depan nanti mungkin tidak se senang macam sekarang. Masa depan mungkin akan berhadapan dengan keadaan tidak cukup wang, konflik keluarga, keadaan masyarakat yang pelik-pelik, tanggungjawab terhadap kerja dan lain-lain.
Tiada bezanya juga keadaannya bila diberi taklifan dan tugasan untuk membawa usrah. Meneruskan perjuangan yang sakit walaupun tidak sedar yang ianya perit dengan matlamat hanya satu. Redha Allah. Dan matlamat ini semakin terang dan jelas.
Diberi amanah untuk menjaga, mendidik, mentarbiyyah adik-adik. Yang pastinya, keadaan aku waktu itu yang begitu sedikit ilmu dan rendah keyakinan untuk tampil memberikan qudwah kepada mereka.
Yang pastinya, mereka lah yang membentuk aku sampai menjadi aku yang sekarang.
Dalam tidak sedar, mereka jua lah yang mengajar aku maksud ikhlas, sabar, menyayangi saudara seperti menyayangi diri sendiri dan lain-lain.
Pulang dengan misi yang lebih berfokus dan semangat yang tinggi (moga ia tidak cepat jatuh merudum dengan begitu cepat. tak mau tak mau). Nak memperbanyakkan amal di samping membawa mereka untuk pergi lebih jauh di atas jalan ini.
Supaya diri sendiri dan mereka menjadi lebih terdidik moga bila dicampakkan ke tengah lautan, bakal menjadi sebuah pulau. Andai diletakkan di tengah-tengah daratan, bakal menjadi sebuah gunung yang berbakti kepada hidupan.
Mudah-mudahan bila dicampak ke mana sahaja, kader-kader ini bukan setakat mampu mendidik malah mampu bergerak untuk membuat perubahan. Moga dengan segala usaha yang tidak seberapa ini, mampu memberikan saham yang terbaik di akhirat. Insya Allah.
Dah kena 'ketuk kepala' dengan kakak-kakak, kawan-kawan dan adik-adik yang baru pertama kali berjumpa dan duduk meluah masalah. Kesedaran dan semangat sedang berada di tahap yang terbaik .
Dan tidak sabar rasanya mahu berjumpa dan berkumpul semula dengan geng-geng baik (perempuan2 cantik, perempuan2 puitis), bermuhasabah dan menyusun semula apakah langkah seterusnya.
Terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu diperkemaskan lagi.
Teringat pesanan seorang pak cik. Kita sebagai muslim sepatutnya ambil tahu sikit-sikit benda yang bukan dalam bidang kita dan semestinya menjadi serba tahu dalam bidang yang kita ceburi.
p.s: Entri tiba-tiba jadi panjang. Boleh je nak tulis entri dan disetkan untuk di pos pada sekian sekian hari. Tapi bak kata ayu, bila menulis tidak kena pada emosinya dan masanya, entri itu seolah-olah seperti tidak hidup. seperti tiada ruh!




2 comments:
bittaufiq wannajah!
semoga dirahmati sepanjang perjalanan hidup kakak.
ada je ruhnya tulisan ni.
err. err.
actually sy nak jadi designer :D
mungkin alasan yang sama mcm kawan kak thiya yg SPM smue A, so kene ambek doc.
sekarang. err err
masih xtaw hala tuju in future?
but currently
i wanna be the best doctor, insyaAllah
:D
p.s; lama menyepi. BUSY kee? *wink wink wink*
Post a Comment