![]() |
| Teringin nak duduk di tempat tinggi. Tapi aku gayat -_-' |
Bismillah
Hai. Pagi tadi exam Ophthal. Tiga jam lepas ophthal, berangkutan barangan ke rumah baru.
Benar, hari peperiksaan Ophthal jatuh pada hari aku berpindah rumah.
(ke sepatutnya hari pindah rumah jatuh pada hari peperiksaan Ophthal?)
Selesai semua betul-betul sebelum maghrib.
Sakit pinggang dan sakit kepala tidak terkata.
Penat tak terucap, tapi mata tak mahu lelap
Sakit kepala, ok lah. sebab mungkin ada kaitan sebab tidur tak kena pada hari semalam
Sakit pinggang? Erk, bukan aku yang angkut semua barang pun. Tapi ahli-ahli batch aku yang turun beramai-ramai tolong kami berpindah (Terima kasih kawan-kawan)
Farah? Dia dah balik Malaysia semalam. Seorang diri dia. Transit di Jeddah.
Kiranya dalam flight, dia sekali dengan jemaah yang akan menunaikan umrah (bestnya).
Aku pula yang rasa sayu sebab dia tinggalkan kami. Baru setengah jam tinggalkan rumah, aku dah mula 'koling2' dia tanya dia di mana. Haih
Bakal merasa sayu kedua bila akan berpisah dengan Ayu dan Aimi nanti.
Nah, kami dah tak serumah. Memang benarlah peristiwa Khusuf itu di antara menjadi saksi kami berempat pernah tinggal satu bumbung. Terasa hangat sangat ukhuwah antara kami, walaupun bersama selama beberapa bulan sahaja. Walaupun bila dalam rumah, rasa masing-masing banyak buat hal sendiri, di ruang masing-masing.
Kenangan mendengar dia
Kenangan orang itu panggil dia 'adik kinah adik kinah (adik kinah merujuk kepada sakinah) akan aku rindui
Kenangan melihat orang itu yang selalu berkemas pun akan menjadi kenangan
Hu
Ada orang tanya rumah baru aku namanya apa? Hud Hud?
:)
============
Ada orang sakit di Cairo.
Cairo menjadi 'mendung' setelah beberapa hari...
Syafahallah Wa 'Afaha
Moga Allah menyembuhkan dia, dan mengampuni dia.
Mari kita berpuitis seketika
"Kau takut jatuh? Genggam tanganku, biar kalaupun jatuh, kita jatuh berdua"




5 comments:
yes dapat baca first version lagi! and suka sebab my mind can relate to those questions :P
awak memang handal lah, naziha.
cuba ajar sy sket macam mana awak boleh baca setiap first version entri fti? (kepala penuh dengan tanda soal)
:D
wahh, tukar blog layout
maaf, dah lama xdtg menjenguk ^.^"
aik pindah lagi?
yan, kak tahu yan bz dengan study ^^
Shafiq, haah. selama ni tumpang duduk kauthar. sekarang dh betul2 ada rumah sendiri
Post a Comment