Kita sering berharap, baik di dalam hati,
secara zahir mahupun batin,
yang kita mengharapkan ada penyelamat,
Seorang amir dan seorang pemimpin
yang bakal mengeluarkan kita
dari segala onar di dunia
dari cengkaman yang melemaskan
yang membelit, mencekik dan menggigit,
tapi kadang-kadang,
ketika mengharap dan berdoa tanpa putus itu,
kita selalu terlupa
untuk mempersiapkan diri
untuk menghadapi detik itu
tika al Haq ditegakkan
dan syariat mula diperaktikkan
apakah kita yakin yang kita sudah bersedia
cukup kuat dan ampuh
teguh pendirian, terpuji dari segi akhlaknya
apakah kita sedar dan bersedia
bahawa kita nanti
akan menjadi salah seorang pemegang panji-panjiNya
yang menegakkan semula semua isi-isi Al-Qur'an
dan melaksanakan kembali kesemua yang tertulis dalam As Sunnah ?
atau apakah
kita tidak menginginkan
untuk menjadi salah satu dari titik-titik kebangkitan dan kemenangan itu?
=====================
Malik bin Dinar berkisah :
Kata seorang penggembala kambing ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
"Bila mana pemerintahan dipegang oleh seorang khalifah yang soleh,
serigala dan singa tidak mengganggu kambing-kambing kami "
Namun, di kala orang yang soleh telah tiada, semuanya berubah.
Musa bin Ayyan pula mengisahkan,
"Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, demi Allah kami menggembalakan kambing bersama serigala di suatu tempat. Hingga satu malam, serigala menyerang kambing-kambing kami.
Dengan adanya peristiwa ini, kami mengira bahawa laki-laki yang soleh yang menjadi khalifah telah wafat.
Ternyata, keesokan harinya benar. Kami telah mendengar khabar bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat "
(dari buku The Way to Win oleh Solikhin Abu Izzuddin)
Khalifah yang soleh, bukan sahaja adil terhadap seluruh manusia,
bahkan kepada haiwan, tanaman dan seluruh hidupan juga.
Wahai Amir , sebenar-benar Amir,
yang bakal memimpin kami,
dimanakah dikau?
==================
Seminggu yang menyibukkan
ulang alik bangi-gombak
dan hari ini, memulakan kehidupan di kerteh :)
Kerteh yang tenang, yang membolehkan setiap hari dapat tengok laut :D
dan hari ini juga , si kecil danbo menjejakkan kaki buat kali pertamanya di sini.
Welcome home, little danbo! ^^




6 comments:
Menjadi pemimpin, tanggungjawab yang sungguh berat. Tapi, siapa lagi, jika kita tidak mulakan? Jika semua mengharapkan yang lain, kan?
Kak Fathy, mana dapat Danbo kecik comel loteh tu? :O
betul tu iman.
pemimpin di masa hadapan adalah di tangan kita. andai bukan kita sekaliupun, mudah-mudahan dari anak cucu kita. asalnya, dari darah daging kita. nah, siapa kata kita ada banyak masa rehat? kini sudah tiada! hu
iman, danbo ni datang dari jepun. kirim dari orang :)
akak.. ade di tanah melayu
x bagi tau pun.. sedey2~
mungkin bukan pemimpin yang belum bersedia memimpin.
mungkin kita yang belum bersedia dipimpin
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh >_< akak dpt beli danbo dulu dari saya! huuuuuuuuu
nnt nak beli danbo jugak. nnt kte taarufkan danbo2 kte ya? :D
insyaAllh ;)
hah si comel yg salu pose kt blog fathiyyah!
moga Allah susun yg terbaik utk kita dan negara ni. amin..
Post a Comment