Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

June 24, 2011

Seperti Dulu



Sebelum berpisah buat kesekian kalinya, ada beberapa persiapan yang perlu dibuat.
bukan dengan menangis
bukan dengan hujan pada hari sebelumnya
apatah lagi dengan bengkak-bengkak mata

Tetapi menikmati detik-detik akhir bersama,
dengan senyum, gelak tawa
bukankah ia lebih manis untuk diingati pada hari-hari kemudian?

============

Kawan-kawan yang kita sayang sudah mula takut dan rasa hiba
hal ini kerana kawan-kawan yang mereka kasih dan sayang,
sudah ditanya, dirisik 
dan bakal pergi menjadi milik orang

Mungkin dia kekal menjadi teman baik  kita
tapi kita takut kalau dia berubah
bimbang kalau-kalau dia jadi lain
lain dari dia yang selama ini kita kenal

atau takut tak dapat berkongsi dari hati ke hati
dan tidak lagi menjadi tempat bermanja
untuk meluahkan segala rasa
seperti dulu

jauh di sudut hati kawan yang kita kasih dan sayang
ada harapan kepada temannya
moga dia kekal seperti dulu

===========

kata dia, marilah menjadi macho
yang sudah biasa ke mana-mana berseorangan
yang tidak takut dikata orang sebagai 'lonely'

sebab dia alam kubur dan akhirat nanti pun
kita akan berseorang dengan buku-buku amalan kita, bukan?

==================

"Jadilah seperti bintang cerah di malam hari
yang berupaya menarik perhatian sesiapa yang memandangnya
yang memandang tanpa kelip
kerana ia terlalu cantik

Menjadi seperti bintang
Bukan bintang kepada manusia
tapi bintang Allah"


2 comments:

Nur al-Iman said...

Geng Macho! ^.^

Sometimes we have to do things to please Allah, although people are not happy with it, kan? >.<

[fathiyyah] said...

yep :)

eh, awak tukar link blog ya :D ^^

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena