Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

June 22, 2011

Dua perkataan


kali ini adalah  main gunting

Ada tiga klasifikasi kawan-kawan baik di naim. Kawan baik dorm, kawan baik dalam kelas dan juga kawan baik untuk bermain. (Ya, aku sangat suka main-main waktu zaman sekolah. Waktu belajar, belajar sungguh-sungguh, waktu main, main betul-betul!)

Kalau nak simpulkan tiga kelas ini dan menyandarkan ia kepada seseorang, dia mungkin adalah Sara. Atau nama khas untuknya dari aku -> Ladysara.

Teman satu dorm, teman satu kelas waktu tingkatan dua dan member kamcing dalam skuad kawad KRS kebangsaan di Pulau Pinang. Cumanya waktu di tingkatan tiga, Sara pencen awal dari kawad, untuk menumpukan perhatian kepada PMR. (aku pencen kawad sebulan sebelum PMR <- kuat sangat main  -_-') 

Aku masih ingat, aku selalu heret dia ke tangga hujung asrama bila rasa stres belajar. Waktunya lepas prep malam, dan sebelum masuk tidur. Disertakan dengan projek. Projek main-main dengan gunting.
Agaknya kenangan dengan dia yang aku tak boleh lupa, adalah kenangan main gunting-gunting

Tak kisah lah gunting apa. gunting kain ka, gunting baju ka, gunting kertas ke. Apa-apa lah.

Suatu hari, aku dan Husna Dani dapat panggilan dari guru kelas dan parents masing-masing tentang tawaran untuk sambung belajar di Kisas. Aku dan Husna memang hepi bukan main la. Sebab aku dapat pulang semula ke KL manakala Husna pula orang Shah Alam. Dua-dua senyum sampai ke telinga bila baca surat tawaran (padahal waktu tu aku first time dengar nama Kisas seumur hidup)

Malam terakhir di Naim, aku beritahu Sara yang aku akan tinggalkan Naim pada hari esoknya. Dan malam itu juga, malam terakhir kami main 'gunting-gunting' di tangga. Aku turut 'memeriahkan' suasana siap nyanyi lagu Jepun kegemaran dia - first love Utada Hikaru-
(takde lah nyanyi pun, banyak hurmm hurmmmmm dengan irama nya sahaja).

Dan akhirnya, dua-dua balik dorm dengan mata bengkak-bengkak. (hehe)

Hari terakhir untuk ucap selamat tinggal, Sara datang ke kelas yang waktu tu aku sedang kemas-kemas dan periksa apa-apa yang patut untuk dibawa pulang selamanya. Katanya

'I will follow you. Surat untuk ke kisas baru sampai rumah!'

Tekejut badak bila dengar. Terus peluk dia 

Bak kata sara, 'buang air mata kita je nangis-nangis semalam. Tengok-tengok still bersama jugak untuk lagi dua tahun'  hu hu

Maka, bersambung lah aktiviti kami main gunting-gunting di Kisas. Kali ni bukan di tangga, tapi di dalam dorm. Budak-budak ni pun pelik, kenapa mesti aku datang ke blok rumah Ali semata-mata nak 'main gunting-gunting'  Kenapa mesti Sara. Aku pula menjawab

'dia memang teman sepermainan aku sejak Naim lagi'.

Now, sara dengan kehidupan dia di US. Bakal menghabiskan saki baki pengajian dalam bidang sains aktuari tak lama lagi bersama suaminya. Yep, now she's a married young lady.

Aku ingat lagi dia pernah kata nak ikut jejak langkah aku kahwin awal. Aku ingat dia main-main.
Rupanya sungguh-sungguh dia kahwin. Potong line pulak tu! ^^

 i miss you  soo much :)

Nota untuk sara : Masih ingat perumpamaan yang direka 'seperti kapal terbang yang tinggi di atas langit akan terjatuh dan terhempas'. Rasanya waktu tu both of us were in form 1. haha.


p.s: kadang-kadang kita tiada sebab khusus kenapa kita merindui dan mengasihi seseorang, bukan.
Cukuplah kita katakan yang dia telah meninggalkan sesuatu yang begitu membekas dalam hati kita.
dan cukup lah kerana Allah ^^



5 comments:

el.hiffzunnuri said...

kak fatty; leh tau kak sara mana? kak Sarah Syafiqah ke? Since i was in Ali toO.. batch muda setahun dari akak..

[fathiyyah] said...

no. sara ghazali :)

Nur al-Iman said...

Sangat comel. :)
Ukhwah long distance, merentas benua. :")

-Nurul

najihah iman said...

baru baca betull2 post ni :)
k.fatty kak sarah - both prs naim ;)

p/s : nak copy ayat akak yg 'p/s' ni boleh.. :)

syafiqah adnan said...

fathy, sarah ada blog tak? ;) ~syiqah~

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena