Bismillah..
Tentang Anfaal (lagi). Mengemas barang tanpa mengetahui rumah mana untuk berpindah masuk bukanlah perkara yang mudah. Semalam bila masuk rumah dan mula packing barang, tiba-tiba rasa tak stabil . bangunan macam goyang. terus terduduk di katil sendiri.
'tu semua ilusi fathy je '
yeah, that's right.
Dua hari cuti ni, separuh dari waktu siang tiada di rumah(rumah syila) . Mengemas sambil menenangkan diri. Tapi semalam aku tidak keseorangan. Malah berlima. Em, Aimi, Huda dan Farah. Bila semua penat, akhirnya semua duduk makan Megi secara berjemaah. Terima kasih Farah sebab tolong masak. (Padahal waktu tu, Farah baru je balik dari kelas)
'Kenapa eh kita dapat duduk Anfaal kejap je? Sebab niat kita tak betul ke bila mula-mula masuk rumah besar macam ni?'
Diam. Soalan tidak bersambut
'Sebab kita terlalu bahagia hidup dalam Anfaal '
'Allah akan uji dengan benda yang kita suka, benda yang kita sayang. Benda yang paling dekat dengan hati kita'
'Suami,Isteri, mak ayah, anak-anak, harta, rumah, makanan, tidur, study, kawan-kawan... '
'kerana kita sangat dekat dengan anfaal'
Akhirnya ada jawapan. Terima kasih ahli beyt
Hu.
Petang ni berkemas lagi. Rasanya dah jumpa rumah dah. Rumah kecil untuk letak barang dulu. Tidur dan study masih menumpang di rumah orang lain . Keutamaan sekarang adalah pindah keluar semua barang, sebelum bangunan berusia hampir 90 tahun itu akan runtuh bila-bila masa sahaja.
Dan terima kasih kamu, tolong kemas barang-barang kat dapur Anfaal semalam
:)
Mavi Marmara selepas 2 tahun
23 hours ago



9 comments:
pergh
tarbiah2
itu la gunanya kawan-kawan.
mendekatkan kita padaNya
^__________^
terima kasih orang yg kemas dapur! :D
Baru lalu area rumah tu pg td.
ok, mmg agak menakutkan.
Sabar je.
hu. rasanya kalau ana ditanya soalan camtu pun mmg akan terkedu. okay, tajdid niat selalu! akan merindui anfaal juga, and of course anfaalians :)
take care antunna ^_^
hoho.. sahabat yang baik, sahabat yang buat kita selalu dan makin dekat denganNya.. ;)
selamat berpindah ke rumah baru.. nanti letak nama jugak ye.. :D
rindu anfaal!
rindu kakak2.
T_T
salam thia.
moga urusan mudah.moga Allah atur yg baik2 utk kamu :)
Sadis, kawan yang mengingatkan kita kepada Tuhan, tidak ternilai!
Asyila, ^______^
Em, roommate aku cakap 'sama-sama ketuan Anfaal' :D
Hazu, mohon doanya
Kak Syaz, Anfaal pun bakal rindukan pengunjung setia dr mesia mcm kak syaz. hu
Kak Ima, thank you atas semangat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. hu
Izzati sayang, mari datang sini lagi jenguk2 kami. Awak take care! kak dah rindu2 kan korang la. hu
mira,:')
Post a Comment