2. Safwa berlepas ke Heathrow london melalui terminal 3 Abu Dhabi international airport, dan aku berjalan laju ke terminal 1. Jumpa si kecil Yasmin, Ummu Yasmin dan Kakak Tating. Kenal Ummu Yasmin sekeluarga waktu berjalan-jalan di Hayyu Sabi' suatu ketika dulu. Alhamdulillah, tidak keseorangan lagi sepanjang transit 10 jam di Abu Dhabi. Berbelit lidah juga nak berbahasa indonesia dengan mereka. Last-last, aku cakap melayu akhirnya. Hehe

aaaa Yasmin. Kenapa lah kamu ni comel sangat. Dah la suka senyum. Rasa nak 'gigit' pipi. Sudah lah lincah berlari ke sana sini. Sampai kakak-kakak Jepun pun suka tengok kamu lari-lari.3. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Ummu Yasmin dan Kakak Tating, aku berjalan dulu ke imigresen Mesir dengan membawa pasport berisi visa sementara tiga bulan. (Nanti kena renew untuk setahun). Aku telah ditegur oleh seorang makcik Jepun yang beratur di hadapan aku, menunggu giliran. Dia yang sangat ramah dan fasih berbahasa Inggeris.
Setelah mengucapkan takziah atas apa yang terjadi kepada Jepun sekarang, dia hanya senyum serta mengucapkan terima kasih. Pada aku, orang-orang Jepun sangat optimistik. Cerita dia, dia kembali ke Mesir kerana suaminya bekerja di Mesir. Balik Jepun hari tu, sebab dibawa pulang oleh kerajaan ketika revolusi Mesir pada dua bulan yang lepas dan kebetulan anak lelakinya berkahwin waktu itu di Tokyo
Sewaktu gempa bumi Jumaat yang lalu, mereka sekeluarga di Tokyo menghadiri wedding ceremony anak lelakinya. Kini, satu keluarga terpisah sementara. Dia pulang dahulu ke Mesir dan nanti, suaminya pula akan menyusul.
Sebelum ucap selamat tinggal, baru ingat nak tanya nama.
'Oh, my name is Keiko.. '
dan tanya suami dia kerja apa
'He's an ambassador'
'Jaw dropping' seketika. Humble sungguh Puan Keiko ini. Sudah la isteri duta. Perasaan segan dan silu mula melanda aku.
Dia juga menjemput aku ke rumahnya di Garden City yang terletak berapa minit je kot dari tempat aku tinggal sekarang.
'All the best to you, Fa ti ya.'
Bila balik rumah telefon suami, dia tanya soalan yang buat aku tepuk dahi berkali-kali.
'ambil phone number dia tak?'
p.s: Baca blog budak batch aku tadi. Betul lah, tiada rugi untuk kita ringankan mulut berkenalan dengan manusia-manusia di sekeliling kita. Walaupun mungkin tak sama bahasa dan warna kulit. Dengan itu, kita akan lebih kagum dan memuji Dia yang menciptakan kita.
p.s lagi : Comel sungguh Farah Ain dan Ada yang datang menjemput aku semalam. Siap di tangan dengan nota dan buku masing-masing. Tabah dan sabar menunggu Kak Fathy mereka yang tak muncul-muncul di pintu keluar balai ketibaan semalam . Thank you, sayang-sayang :)



3 comments:
Hehe very true indeed. Ramah berbasa-basi dgn org sekeliling, kita dapat benda yg kita tak tahu at the same time ;)
Salam Puan. Saya muncul kembali :).
Btw, bila Puan balik lagi?Saya mau ketemu.
meh radin tye lagi sekali
'amik phone number dia x?'
*big grin*
kalau ad jodoh xkemane.. kot2 tgh jln blk kelas tu jmpe lg :P
Post a Comment