Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

February 19, 2011

Saya Ada Kawan


Saya ada kawan. Perempuan. Beberapa bulan yang lepas, dia telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap satu penyakit ni. Disebabkan ketidakseimbangan hormon tertentu dalam badan.

'kamu sepatutnya datang enam bulan yang lepas, ' kata doktor

Maka, dia terpaksa makan macam-macam ubat. Tabah nya dia, sebab dia tak pernah merungut dan mengeluh. Tak pernah sedih di depan kami-kami. Bila bercerita, relaks je. Cool. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu dia yang memikul. Kami yang mendengar ni air mata dah bergenang dah. Dah jadi sebak. Sampai satu tahap, dia pula menghiburkan hati kami.

Tapi saya tahu, di belakang kami, dia ada juga nangis. Tapi sikit dan sekejap je. Sebab susah nak tengok dia menangis. Kecuali sekali, ketika di Cairo, kucing kesayangannya di kampung sudah mati. Oh ya, dia pencinta kucing. Saya anggap kucing-kucing dia mati sebab rindukan tuannya. sebab rindukan dia.

Yang paling saya kesalkan, saya lambat 'detect' tanda-tanda yang dia sedang sakit. Kalau saya perasan pun, saya tidak terfikir bahawa sudah sampai macam tu. Bila baca results dia yang terdiri daripada bermacam-macam test, saya istighfar panjang-panjang. Betapa saya ini kawan yang kurang sensitif dengan orang-orang sekeliling. Saya juga menyesal, sebab tidak menjadi orang pertama dalam teman dia pergi jumpa doktor, cek darah atau tolong belikan ubat di farmasi.

Ni lah di antara kawan yang saya sayang sampai akhirat, yang sangat-sangat redha dengan ketetapan dan ketentuanNya. Saya harap saya akan lebih berusaha dan beramak untuk masuk syurga, supaya nanti dapat jumpa dia.

awak, saya sayang awak.

'Dugaan yang berat, untuk hamba-hamba Dia yang hebat'

so true.

=====

saya rasa, hari ni nak tulis blog je. Saya nak tulis semua benda yang saya telah rakam dalam peti memori.

3 comments:

Sya Izz said...

'Dugaan yang berat, untuk hamba-hamba Dia yang hebat' :)

Ahmad Isyraf Imrani said...

tau2 jer kan kak fathy, ana ada mslh ngn kawan, huhu :) thanks for this post

~dianakhairi~ said...

sakit die die rase sakit ke?sian nye.
moga die sht deh!amin.

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena