Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 24, 2011

Style





Dah jumpa beberapa blog menulis entri dalam bentuk point. Supaya banyak benda boleh diceritakan dalam ayat-ayat yang pendek . Ada style. Contoh macam blog kak nini.

Testing testing

1. Our collections. Kolobrasi antara aku dan ayu. Sebenarnya aku yang paksa dia supaya menjemput aku. Hehe. Tapi sejauh mana akan beristiqamah untuk berbakti di blog tersebut seperti yang ayu buat tidaklah diketahui, melihatkan tumblr semakin diabaikan berminggu-minggu. Fti juga yang tidak pernah di anak tirikan. Satu entri yang skema telah dinukilkan. Jemput ke sana sekiranya berkelapangan :)

2. Kenduri oh kenduri. KS, Kak Qayah dan Afiqah Roslan. Ks, blogger yang aku kenal sejak first year, Kak Qayah teman 'sepermainan' dan afiqah rakan sekolah al-amin. Barakallahulakum!

3. 'Keliru' dan 'Dia'. Dua buah nasyid yang sering dimainkan bersama percussion zaman sekolah rendah. Kami berlima lincah memainkan, Derbake, congga , tambourine menuruti alunan suara pasukan nasyid di hadapan banat dan muallimah :)

4. atiqah nazeri, saya sangat rindu awak. Khairiyah, dah tak rindu sangat. sebab nanti kan kita akan jumpa di kerteh . Hai fiqi, baru tahu fiqi selalu buka blog ni :)

5. Hari ni kelas arab. Terasa markaz 'arabi makin meriah. Terdapat pertambahan bilangan anak-anak murid asatizah di situ. Murah rezeki. Hampir terlaksana impian ustaz ustazah dalam menghidupkan markaz. Alhamdulillah :)

6. Kak el dah nak habis exam. Dah nak grad. But she will stay sampai aku pulang cairo semula. Dah bertahun-tahun berjanji dengan dia, nak spend time macam zaman aku first year dulu. Borak sampai tertidur, 'main doktor-doktor' bila aku sakit, main masak-masak.

7. Hari tu bawa akhawat jordan jalan-jalan di sekolah perubatan. Sampai masuk wad Kasr El Ainy. Masuk wad ophthal (lepaskan rindu), tunjukkan semua. Mereka macam terkejut. Terkesima. Ada yang kata ' bersyukurnyaa sebab hospital kat malaysia takde pun macam ni' . Tersenyum simpul. Betul lah kemudahan sini tak berapa sangat berbanding tempat lain.
tapi, inilah yang terbaik :)

8. Mad'u lari. Mad'u macam nak tak nak. what do u expect? Mungkin Allah sedang menegur engkau, supaya engkau lebih bermujahadah dalam apa-apa yang engkau buat, lebih fokus dan lebih ikhlas dalam membetulkan niat. Supaya engkau jaga akhlak, lebih ithar dan bersedia untuk berlapang dada, anytime! But hidayah untuk mad'u bukan datang dari engkau. Petunjuk itu bukan dari engkau. Tapi dari Dia, Pemilik Hidayah, Pengampun dosa mereka yang bertaubat dengan sebenar-benarnya.

9. esok masuk kelas ENT . Selasa cuti balik. Rabu sekolah semula. Moga ENT lebih menyibukkan aku supaya aku tidak bertumpu di depan laptop sahaja.

10. Counting days, untuk bertemu dengan orang yang dah lama tak jumpa :)


3 comments:

Marini Mas Aidiff said...

wow! memang style lah thia!
like like like adik akak ni.:)

tapi thia lagi berjaya dari akak, sebab akak still berjela² meleret walaupun dalam points.hehe

ks nak walimah?
subhanallah, basyirah yang sgt indah!

~dianakhairi~ said...

huk oloh.
utk midi takde?kui3.
fiqi tu memang silent reader.huhu.
count2 jgn tak count!

fathiyyah said...

kak nini, tiru gaya akak. sbb sukaaa. huhu...

midi, dh terlebih jari nak menghitung hari. hehe

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena