Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

January 27, 2011

Hari akhir




Winter 2010


1. Esok kelas terakhir arab. Biasa lah, bila cuti datang je, mesti kami akan manja-manja, pujuk-pujuk sikit ustazah. 'Kami nak cuti, boleh kan ustazah?' 'Kami ada macam-macam plan, ustazah'
Lalu telah diberi tazkirah dan disaiko lagi disitu.

Kata ustazah, cuba tengok ulamak zaman dulu. Tengok Imam syafie', ambil contoh Imam Malik. Tak ada masa rehat dalam menuntut ilmu. Tak ada cuti. Sanggup merantau jauh-jauh, tak balik ke pangkuan keluarga semata-mata nak menuntut ilmu. Ini tak. cuti tiga bulan nak balik malaysia. Cuti dua minggu pun nak balik malaysia. Dah la seminggu ambil berapa jam je kelas. Tengok macam orang amerika, orang perancis. Datang mesir belajar arab. Sehari 7-8 jam kelas dengan ustaz ustazah. Semata-mata nak faham Al-Qur'an. Antunna kena contohi mujahadah mereka. (Habis kena tembak dengan ustazah. Tunduk je kepala semua)

'tapi dia dah berkahwin, ustazah. Dia balik nak jumpa suami dia' bela orang sebelah aku.

ustazah diam dan terpana sekejap. 'WaLLahi, fathiyyah (demi Allah, fathiyyah?) ?'

Erk, sengih dan angguk-angguk. Lupa nak bagitahu ustazah tentang status aku waktu mendaftar dulu. Maka, terhenti sekejap saiko di situ tentang cuti. Tapi mereka telah disaiko tentang benda lain pula. Mereka je. Sebab aku dah masuk kes lain. Hehe.

Esok kelas dari pagi sampai tengahari. Akan berpeluk erat lah masing-masing dengan dengan ustazah dan di antara satu sama lain. Sa aftaqidukum, ustazah dan kawan-kawan :)

2. Ada adik-adik nak amik kelas Arab. Aku tanya mereka, kenapa nak amik arab sangat ni ?

'Sebab nak faham apa yang patient cakap'

hurmm, reason yang tak cukup konkrit. Waktu third year pun aku ambil kelas arab juga. Guna alasan yang sama. Supaya dapat speaking2 dengan pesakit. Tapi end up bertahan selama sebulan sahaja (malah tidak sabar nak habiskan kelas cepat-cepat)

maka, selamat mencari sebab kenapa kalian mahu menuntut ilmu bahasa arab.


3. Riots di Tahrir dan merata tempat di Mesir. Ada kawan-kawan aku yang tak datang kelas semalam. Kata mereka, ada banyak polis beratur di kawasan rumah mereka. Rusuhan mungkin berlarutan selama beberapa hari. Sambil-sambil, mengintai ekonomi mesir. Tengok mata wang nanti jatuh merudum atau tidak. Cuba-cuba ramal apa yang akan terjadi kepada mesir. Government atau rakyat yang menang? We wait and see.

4.Tengok dia tadi. Bentang apa entah depan budak-budak tu. Rasa terharu. Rasa bangga. Lainnya engkau sekarang kawan. Dulu aku kenal kau yang lain. Aku tahu engkau dulu macam mana. Sekarang kau dah jadi lain. Malah, engkau juga sedang memahamkan orang lain.
Sungguh, Maha Hebatnya cahaya An Nur petunjuk dari Allah itu.

5. Terima kasih tetamu kerana sudi bertamu di Badar, Kauthar dan Anfaal. Moga apa yang datang dari kami inilah yang terbaik untuk kita semua. Maaf andai ada yang terkurang apa-apa, salah silap, kami pohon seribu kemaafan. (Habis la sunyi balik Anfaal bila tetamu dah mula pulang ke negara masing-masing)

6. Selamat bercuti semua. Moga cuti kita diisi dengan perkara yang boleh menambahkan iman. Di mana jua pada bila-bila masa. Certain orang, waktu cuti tidak ada istilah rehat. Tapi waktu cuti adalah waktu untuk ' recharge iman'. Atau mungkin waktu rehat mereka adalah bekerja keras untuk menyucikan diri.

" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) "

As Syams : 9-10

7. Ayu, ada 'wasiat' dalam peti inbox enti. Mohon baca . Selamat berbakti di PWTC :)


-fathiyyah-
Mounira, Sayyeda Zainab
Cairo

4 comments:

nik solihah mujahidah nik mhd nor said...

selamat pulang.. ;)


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.

`Izzati Idris said...

akak!

~dianakhairi~ said...

selamat balik dan jumpe suami.
:)
uia cuti seminggu.hhe.

nur akmal said...

fathiyyah... :( semoga slmt semuanya di cairo. sy dl tdo umah kamu, tp, kamu tkda. blk mesia time tu. sy kwn syila. penah bertndng di anfaal... gembira mngenali mu.

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena