Sebelum fly mesir mula-mula dulu, dah ada orang pernah cerita yang Mesir adalah salah sebuah negara dunia ketiga. Negara yang boleh diisytiharkan darurat, bila-bila masa sahaja.
Kecut perut.
Bila sampai, semakin menyedari hakikat. tapi belum sepenuhnya meyakini sebab belum terjadi .
Polis-polis berjaga di depan pintu universiti, sepanjang masa. Pandangan sebegini bukanlah luar biasa bagi kami di sana
25 januari 2011, pemula segalanya. Mesir, dunia keduaku telah diisytiharkan darurat.
Perintah berkurung sudah dikeluarkan. Mula jam 2 petang sehingga 8 pagi keesokannya.
Dan kawan-kawan aku masih di sana. Terperangkap di dalam ketakutan, sedangkan kita di sini seperti tidak dimaklumkan apa-apa. maklumlah, akhbar sini mana cerita sangat tentang luar negara sana.
Aku di sini, mereka di sana. Ulya, Dira dan aku sedang berusaha untuk sebarkan maklumat tentang keadaan rakyat mesir dan kawan2 kita di sana.
pesanan untuk Ayu, walaupun aku sangat pasti dia takkan dapat baca ini
"Dear Ayu, pastikan kau catat dan rakam semuanya. Baik dalam laptop, diari mahupun buku nota. Jangan tertinggal satu pun . Sebab semuanya akan jadi saksi. And last time kau kata 'be strong fathy, bila balik nanti'. Tapi keadaan macam dah terbalik . Aku yang patut cakap ' Ayu, kau yang kena kuat' "
to ignorant people, sudahlah palestin dulu kau tak ambil peduli. Kini, kawan-kawan senegara pun kau tidak ambil tahu. 'thank you'
Kadang-kadang membenci diri sendiri, sebab tidak turut berada di sana dengan mereka, bersusah bersama. Tapi bila semalam cakap dengan mak Iman, beliau berpesan, semua ini ada hikmahnya. Setiap orang telah berada di posisi yang telah ditetapkan dan adalah yang terbaik.
lihat, aku sudah mula menulis dengan emosi. Pandangan kabur, air mata penuh .



11 comments:
salam kak fathy..kita sama2 berdoa ye agar smue shbt2 kita kt sna tenang dan selamat..rasa sangat takut dgr khabar kat sane..tp kita hnya mmpu berdoa utk keselamatan dorg..amin..
fathy, bersabar. kita semua kena kuatkan hati untuk bersama-sama mereka dalam lewat doa untuk mereka. semoga diorang semua selamat. :'(
fathy sayang,
inshaAllah the reason you're here is to increase the awareness to Malaysians and help them from the outside. Allah is always there to help them inshaAllah. Pray a lot!
Lets pray for their safety there.Amin3~
betul uh..nt da smpi msia, sbb ALLAH da aturkan..jgn salahkan diri sendiri..
jom kita sama2 berdoa utk mereka..cg mengharapkan hosni mubarak keluar dan letak jawatan..
warga mesir terutamanya malaysian yang di hati selalu ada dalam doa kami. insyallah. moga mereka semua selamat!
moga kalian yang berada di mesir dalam keadaan selamat dan sentiasa dirahmati oleh Allah...
fathiyyah kat mane skrg ni??cairo or Malaysia??
selamat mereka, Ya Allah.
k.fathy kat mane?
risau yg amat kawan2 kt msir.
Thia.....:'(:'(:'(
fathy, keep updating
awk jd source utama kami dr sana
Allah akan lindungi sahabat2 kita, insyaAllah
Touching. Jazakallah khair.
Post a Comment