Kawan-kawan aku ramai yang anak sulung. Berkaliber nya, dengan tegas nya, dengan rasional nya, dengan macho nya. Lalu memuji-muji ibu bapa mereka di dalam hati. Bagi aku, dalam sebuah keluarga, proses untuk membentuk peribadi yang kuat untuk anak sulung, bukanlah mudah.
bayangkan, anak pertama yang lahir dari sebuah keluarga. Di saat ibu ayah baru nak menyesuaikan diri dengan fasa baru berkeluarga, sudah ada anak kecil. Anak sulung lah yang paling banyak ada pengalaman yang agak perit. Ibu ayah baru dapat menyesuaikan diri di tempat kerja, kehidupan berpindah randah, pertama kali menguruskan anak dan sebagainya.
Tengok kak long aku, boleh bayangkan sikit-sikit macam mana kehidupan dia dulu. Kuatnya kak long sekarang adalah kerana kental dan berdikari nya kak long waktu dia kecik dulu. Sama seperti angah dan abang nuar. Yang pasti mereka tidak manja seperti kami berempat yang terakhir ni.
Anak tengah dan anak bongsu pula bagaimana ya? kalau Anak lelaki sulung?
ha sudah, aku dah stat bercerita tentang anak.
:)



6 comments:
I smell baby coming=)
haha. lambat lagi la sayang :)
nak suggest nama siap2 bole, mus'ab :)
hv safe journey. moga sentiasa dalam lindungan Allah :)
jgn la lmbt2 thia.
kite belum ade rezei nmpknye..
frust jugak, tp ade hikmah kan:)
Salam Thia =)
Waktu KS browse through google reader KS, terperanjat baca tajuk entry Thia. Ingatkan 1st baby is now on the way~ Hehe.
KS doakan kamu dan kawan2 selamat di sana =)
"ha sudah, aku dah stat bercerita tentang anak"
*wink*
Post a Comment