Thursday, December 30, 2010

Cuti




Tengahari itu, lapar teramat. Balik dari kelas, sampai rumah mesti meluru ke dapur.
Craving for the food. Terus capai pisang Anfaal dan berlari ke kelas tusen arab takut kelewatan.
Sampai di sana, masih awal lagi rupanya. Semua belum sampai lagi. Lega. Apa lagi, mari makan pisang!

Mereka sampai

'awal ko datang'
'datang awal sebab takut tak sempat nak makan pisang. Nak?'
dia menolak. Offer pada yang lain. Ada yang amik secubit dari pisang aku. Ada yang kata dah kenyanng
'ko tahu tak Pisang menyihatkan' dia tanya
'aku tahu' sambil mengunyah pisang.
'tapi banyak karbohidrat'
erk..
'banyak karbohidrat, tapi pisang sedaap. Cepat kenyang. Nah amik makan'
'no thank you'

Lupaaaa lupaaaa. Kawan-kawan aku ramai tengah berdiet. Lagi-lagi waktu winter yang mencengkam pada malam hari. Makanan di dapur seperti menggoda-goda.

Budak-budak anfaal pun sedang berdiet. Budak kecik, kakak matang dan lain-lain.
Ada yang sanggup pergi pasar sayyeda semata-mata mau beli ikan dan sotong. (Ahli anfaal sangat jarang nak pegi pasar sayyeda) Nasi pun dah tak laku dah sekarang bila dinner.
Semua pakat makan lauk. Yang lagi pelik, mereka berdiet ni semuanya dah kurus-kurus pun. BMI pun ideal. Hurm. husnu dzon. Mungkin masing-masing sedang target untuk mempunyai Qawiyyul Jism.

Apa pun untuk aku, makan saja. Kalau lapar, makan. Kalau mengantuk waktu study, makan. kalau nak sedih pun akan terus cari makanan. Sebelum menangis kena sumbat mulut dengan apa-apa supaya tidak boleh sedih sangat :)


'Nak coklat? Eh kejap, aku cek dulu berapa karbohidrat yang ada dalam benda ni'
terus kena gelak.

'ko kenakan aku eh fathy'

hehe. gurau gurau sesama akhawat :)
Diet diet pun, sila jaga kesihatan. jangan sampai hypoglycemic macam semalam ya cik !




Khamis. Cuti. Jumaat Sabtu Cuti. Ahad Kelas. Isnin Presentation . Selasa cuti. Rabu cuti dan seterusnya. Cuti blog?(bila bilaaa?)

Cuti untuk exam. 12 hari. Should be more than enough .

Tetiba rasa sedih nak tinggalkan ophthal walaupun ia tidaklah se sistematik macam sistem Commed yang agak 'membunuh'. Tetap tak boleh lupakan doktor-doktor ophthal yang rata-ratanya cukup merendah diri dan sedia mengajar kami, student yang masih berhingusan dan innocent.

Ophthal juga lah yang banyak mengajar aku tentang 'bagaimana mahu menjadi seorang pelajar clinical year yang sebenar' setelah di 'bakar' oleh tiqah sejurus pulang beraya haji di jordan.
Tiqah tidak sudah-sudah menekankan 'Attitude, attitude and atti
tude'

(tahniah tiqah, dah selesai pun awak punya OSCE paeds. Selamat ber 'internal medicine' pula)

erk, Exam ophthal belum mula pun. Dah mula dah nak cerita tentang 'goodbye ophthal?'




(Happy birthday Ulyaa!)

apapun, cuti-cuti pun tidak bermakna bercuti dari ber 'mutabaah amal'. Tarbiyyah Dzatiyyah Tetap kena jalan. Disiplin disiplin dan disiplin. dan juga Serius.


Ni gambar waktu exam arab semalam. Ustaz pun ada datang tegur bila sedang exam.

'adakah hari ini akan berakhir sampai kamu kena ambil gambar banyak-banyak? Jangan risau, kamu akan ada banyaaaaak lagi exam lepas ni. Tak perlu amik gamba banyak sangat'














Ya Allah, sesungguhnya ilmu ini datangnya dari Engkau dan akan kembali kepada Engkau.
Allah Yang Maha Pemilik segala isi langit dan bumi,
Raja segala raja,
Yang Maha Mengasihani,
Yang Maha Bijaksana, Maha Penghukum,
Kurniakanlah kami kemudahan, kerahmatan dalam keberkatan dalam kami menuntut ilmuMu

Wednesday, December 29, 2010

Hati : hakikat yang hidup pasti bergerak






Bismillah..

Selasa. Hari terakhir kelas arab. Hari ni cuti sebenarnya, tapi pergi kelas agak tidak bermaya (tengok Em, cergas je datang kelas arab sejurus balik dari kelas medik).

Dua jam yang sangat terisi. Selain submit homework Insya'(karangan) dan 'khat', belajar I'rab dan Nahu (grammar), kami juga ada 'borak-borak' dengan ustazah tentang macam-macam.
Mimpi dan impian setiap orang, Iblis dan Syaitan, Al Hayah Az Zaujiyyah (Kehidupan berumah tangga), waktu-waktu doa yang dimakbulkan dan akhir sekali, tentang istikharah.

Impian ustazah, adalah moga kami dipertemukan di hadapan Baitul Haram, Makkah Al Mukarramah. Dan tiba-tiba ustazah menangis :')

Nak jumpa ustazah di Makkah dan di syurga Allah! Ameen




Apa pun, macam yang aku tulis semalam. esok (rabu) ada exam . Tempoh peperiksaan adalah dua jam setengah. Perlu tiba di markaz tepat jam 1.30 petang.

Ustazah pun berjanji akan mengajarkan kami doa istikharah, bila sudah habis exam (yeay)
Ustaz pula akan mengajar kami tentang sirah nabawiyah
(seperti yang telah dinyatakan dalam pakej. Selain 30 jam belajar bahasa arab, kami ada 3 jam extra dan boleh minta ustaz atau ustazah untuk ajarkan apa-apa selain Bahasa Arab. Tafsir, Sirah, Tajwid atau apa-apa)

Maka,bittaufik wannajah untuk teman-temanku. Cik Epal, Cik Engineer dan Cik Romantis :)

Masa dan belajar. Kalau kita bijak menguruskan masa, memang banyak benda yang kita boleh belajar, bukan? antara nak tak nak, rajin malas, mahu atau tidak sahaja.

Kita bukan menuntut ilmu dari buku sahaja, kita juga belajar dari manusia dan belajar tentang manusia. Kita pun belajar tentang emosi dan perasaan setiap hari, cuma antara sedar atau tidak.

Maka Fathiyyah, mari buka buku ophthal dan Arab. Hayya bina ~


Masalah keselamatan di sekitar sayyida zainab yang kian menjadi-jadi.

Kawan-kawan akhawat yang disayangi, utamakan keselamatan ya. Kalau boleh elakkan dari keluar malam. Dan jika keadaan benar-benar dalam darurat, pastikan kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga (elak dari keluar malam, musyrif, lada spray etc)

Benar, tawakkal kita sentiasa pada Dia, tetapi tiada apa lah tawakkal itu jika kita tidak berusaha dengan sebaik-baik usaha dan ikhtiar.



Rabu adalah hari aku memasak. Cadangnya nak hidang Fatiroh (ala-ala roti canai) bersama kuah Dal. Yup, nak masak kuah dal esok pagi, tetapi resepi belum dapat lagi dari cik yang pakar dalam memasak.

Ahli rumah 'Liya dan Safura' akan join anfaal untuk sarapan esok (harap-harap menjadilah kuah dal tu. First time ni)

Kawan-kawan akhawat yang mengenali diri dan anfaal, meh la datang rumah bersarapan bersama . (erk, kalau nak datang, bagitahu lah dulu. Boleh bajet nak masak berapa banyak :) )


====================

Hati : hakikat yang hidup pasti bergerak

Andai murobbi jauh atau tiada bersama untuk mentarbiyyah kita sekalipun,
sudah tentu Qiyam, bacaan Al -Qur'an, zikrullah, amalan-amalan fardi itulah yang akan menjadi 'murobbi' dalam mentarbiyyah dan mendidik kita

Thabatkanlah kami ya Allah, di atas jalan menuju kepadaMu



Monday, December 27, 2010

Exams






Bismillah

Sangat terkesan sebenarnya dengan tazkirah oleh Milah dalam kelas hari tu.
Sangat terasa bila diri ni melekat dengan Al-Qur'an bila terasa diperlukan sahaja.
Masa tengah 'down', waktu susah, waktu tengah sedih, baca bila lepas solat, masa dalam usrah, bila nak dekat exam.

Amik isi Al-Qur'an sikit-sikit je. Rasa sangat belum amik segala content Al-Qur'an itu dengan seluruhnya.
No wonder aku ini belum layak dan mampu digelar insan Al-Qur'an atau mushaf yang berjalan.
Tidak hairan lah, aku masih belum layak untuk menjadi seperti generasi Rabbani pada zaman para sahabat Rasulullah S.A.W dulu yang benar-benar menjadikan semua isi Al-Qur'an itu sebagai panduan untuk seluruh hidup mereka.

Nah, telah dibentangkan semua sejarah, sudah terbukti bahawa dengan segala panduan
dari Al-Qur'an dan As Sunnah, mereka telah berjaya menawan dua pertiga dunia.

====================


Masuk klinik atau wad ophthal, kalau terserempak atau jumpa doktor, nurses atau patients, akan bagi salam dan senyum semanis mungkin (kalau doktor 'garang' mesti takut nak senyum) Automatik agaknya, mata sendiri mesti tertumpu dengan mata para pesakit.

Ada mata yang bahagian putih(sclera) jadi merah macam darah.
Ada yang bernanah, ada yang bentuk macam kon (keratoconus).
Ada jugak cacing dalam mata (tengok dalam atlas)
Ada kes mata yang bengkak besar! (orbital cellulitis atau tumor)
Ada mata yang nampak sebelah je, sebelah lagi tak nampak dan macam-macam lagi.
ada mata yang terbonjol keluar sedikit (exophthalmos),
ada juga yang mata macam tenggelam ke dalam (sunken eye)

Kita yang melihat pun terasa sedih kan, apatah lagi mereka yang menanggung.

Kata Dr Akif (Physio first year) dan Dr Fadia (Ophthal 4th Year) , seorang doktor yang baik adalah mampu men 'diagnose' patient dengan hanya memerhatikan mereka dari jauh (observation) dan kemudian dibantu oleh history pesakit (history taking), physical examination dan sebagainya.

Maka, kena belajar ya macam mana untuk memerhatikan orang terutamanya pesakit dengan sepenuh perhatian dan disertai bersama penilaian berdasarkan knowledge yang ada.

Dan sangat penting untuk gunakan nikmat secara optimum dalam tugas sebagai hamba dan khalifah yang prihatin terhadap insan dan makhluk lain sekitarnya :)






==============


Baru-baru ni ada perbincangan dan pembentangan tugas dalam medical team.
Tampak jelas, kelemahan yang agak ketara bagi rata-rata pelajar medik adalah kurang tahu apa perkataan sesuai yang boleh digunakan bila berkomunikasi dengan para pesakit dan masyarakat. (erk, penguasaan bahasa arab ammi tak usah cerita lah)

Tak mungkin lah pula kalau kita guna habis semua istilah medik bila menerangkan apa dan kenapa semua mekanisma begini begitu kepada mereka yang bukan dalam bidang ini.

Aku baru tahu yang Hepatitis dalam Bahasa Melayu nya adalah Radang Hati dan Epilepsy adalah sawan. Aku hampir terlupa yang infection itu adalah jangkitan, epidemic itu adalah wabak.

Dan semalam mesej dengan senior di Malaysia, dia ada cerita, pening juga bila nak translate satu-satu istilah medik dalam bahasa kita.

Contoh : Space occupying lesion = Lesi memenuhi ruang otak?
:)

Maka, selamat berusaha lah semuanya ya kalian. Jadi doktor bukan setakat kena banyak knowledge sahaja kan. Mesti banyak membaca dari pelbagai sumber.
Komunikasi dan sikap (attitude) juga penting.
Dan semua seharusnya kena seimbang.
Koloborasi akal, ruh dan jasad yang sejahtera, insya Allah kheir semuanya :)






====================

Rabu ini (lusa ke?), ada exam di tusyen Arab. Nak naik mustawa (level) kena hadapi exam dulu. Maka, kena study!

Isnin depan ada presentation ophthal dan submission untuk assignment. Maka kena study juga!

Isnin satu lagi ada macam-macam exam. Slideshow, 'how to elicit sign' dan oral exam bersama para professor. Oleh itu, silalah dan hendaklah ke atas kamu (aku) untuk study,
(masak, kemas rumah, cuci pinggan) dengan ihsan


p.s: Seronoknya, bahagianyaaa tengok orang kahwin. Kawan-kawan, kakak-kakak :)

p.s lagi : bittaufiq wannajah untuk kamu yang akan menghadapi exam ocse esok

Friday, December 24, 2010

Wad 12




Pegi wad. Bukan seorang, tapi ramai-ramai.

Wad 12 , Ophthalmology unit. ada dua bahagian, wad lelaki dan wad perempuan.
Kebanyakan mereka yang tinggal di sini adalah sama ada mereka sedang menghitung hari untuk menjalani pembedahan atau mereka yang sudah selesai, tinggal tunggu permisi dari doktor untuk keluar dari hospital.

aku bersiap agak lama, sementara yang lain sudah jauh ke depan(dengan beg silang dan winter coat)
File di tangan,white coat dah pakai, pen, torch dan notebook setia di dalam poket.
yang tinggal, beranikan diri, konfiden konfiden (arab ammi kuuu) dan jumpa patients.

belum sempat pijakkan kaki dalam wad, aku dipanggil dari belakang.

Ada dua orang pak cik, dan seorang mak cik siap sedia untuk 'aku periksa'

'ya dukturah.. tolong tengok ni ' dalam lahjah arab ammi, sambil tunjuk-tunjukkan mata mereka yang nampak tengah sakit.

Complaint : 2 jam tunggu, tapi doktor tak datang-datang. Aku intai sekeliling, memang tak ada pun. Nurse pun tak nampak. Wad itu kosong dengan doktor dan nurse

'Minta maaf, aku hanya pelajar thn 4 di sini'

dan mereka kecewa.

Masuk wad, dan menceritakan kepada mereka yang sedang tunggu.

'what to do, kita hanya student kat sini. boleh history taking je. Banyak lagi benda kena belajar plus, tak de lesen nak cek and bagi prescriptions bagai '

====================

amik history dua orang mak cik semalam. Squint(strabismus).
ulya dan aku sempat buat 'cover uncover test'. mengikut yang kami belajar, macam alternating squint.

Sebelum tinggalkan katil mak cik tu, kami katakan padanya

'syafakillah wa afaki ' (moga Allah menyembuhkan dan mengampunkan kamu)

dan sangat terharu bila mak cik tu mendoakan

'semoga Allah merahmati kamu, anak-anakku'

:)

jadi doktor boleh mendidik kita menjadi insan yang penyayang bukan?
bila merasai sendiri best nya hubungan antara doktor dan patient yang saling mendoakan

Maha Suci Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

p.s: boleh la slow-slow untuk tak updet blog sangat . end round exam untuk ophthal lagi 16 hari








attitude






"Attitude is a little thing that makes a big difference"

biarkanlah 'attitude' kita benar-benar menggambarkan agama kita.
Baik dalam perbuatan, kelakuan, kata-kata, rupa luaran, isi dalaman mahupun tulisan
Benarkan semuanya sentiasa di dalam celupan Islam yang rabbani, syumul dan alami
zahirkan semuanya, yang benar-benar dari hati kita, berlandaskan agama yang Haq.

awal atau lewat dalam kerjakan solat,
ikhlas atau terpaksa ke usrah dan daurah,
datang kelas awal, tepat atau dah lambat,
tidur atau ponteng kelas?
berpakaian kemas atau cincai,
rajin atau malas dalam belajar,

semuanya kita yang tentukan...
semuanya atas diri sendiri. sudah tidak ada orang yang akan monitor kita sepanjang masa.

serius dan disiplin. tidak main-main dan bersungguh-sungguh (mujahadah)
tetapi tidak bermakna tidak boleh senyum dan bergurau dengan mereka yang lain di sekitar.

===============

suatu pagi di wad ophthal, menunggu pak cik membuka grill pintu kelas.
(bilik atau kelas di dalam wad)

aku yang suka membisu lagi membatukan diri. lebih-lebih lagi 'berpakaian segan' dengan pak cik tersebut

'tak boleh kah engkau memberikan salam pada aku?'

'oh, assalamualaikum warahmatullah' jawab aku

'waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh .. tafadhol ' dia yang bukakan pintu dan menjemput aku masuk

terima kasih pak cik, atas ajaran secara tidak langsung.

p.s: tarbiyyah = precious
'

Monday, December 20, 2010

Not Giving Up








"it's not that I'm so smart, it's just that I stay with problems longer "

"Don't be discouraged. It's often the last key in the bunch that opens the lock. "

"It does not matter how slowly you go so long as you do not stop"


==========

maka, jangan berhenti berdoa dan bertawakkal

sudah tentu, jangan berhenti usaha sehabis daya

dalam apa jua



Sunday, December 19, 2010

Paeds



Belum masuk round paeds lagi pun. Baru round ophthalmology . Tapi macam boleh bayangkan yang aku takkan dapat bertahan dengan patients yang terdiri daripada kanak-kanak.
Kalau deal dengan baby yang ada macam-macam sakit apatah lagi . 'Banjir' setiap hari kot di hospital.

Macam hari tu, follow Dr Maryam di outpatient clinic. Sayunya hati lihat budak kecil itu menangis teresak-esak sebab tak nak kena 'cucuk dengan jarum di mata' walaupun dah bubuh ubat bius biar tak nak kasi sakit. Ayu pun sempat hulur gula-gula pada si kecil Abdullah, moga-moga dapat hilangkan ketakutan dia sikit. Diam sekejap si kecil.

Then Ayu berjalan keluar dari bilik tu. Takut-takut ter emosi. huhu
Aku pula buat-buat mengeraskan dan membatukan diri. Bergenang air mata bila lihat si ayah memujuk si kecil beberapa kali.

alhamdulillah, semuanya selesai walaupun ada selingan drama sikit-sikit. Dr Maryam yang lembut bertukar jadi garang sekejap. hehe..
Kami mengucapkan tahniah dan memuji si kecil 'Abdullah' kerana keberaniannya.
Tersenyum si ayah kerana bangga :)

============

'aku lagi rela rawat pesakit dewasa, berbanding kanak-kanak. '


Thursday, December 16, 2010

Isim Kaana , Mubtada' Inna





Bermulanya sesi kelas tambahan kelas arab

Macam kena basuh dan cuci oleh ustazah, Waktu mula menulis insya' (karangan),
memori belajar arab waktu sekolah dulu, datang satu persatu.
Bak kata Ayu, rasa nak menangis sebab dulu tak sedar-sedar yang belajar bahasa arab ni dapat pahala besar disisi Islam.
Sebab ia kan bahasa Al Qur'an, bahasa penghuni-penghuni syurga, Bahasa Rasulullah(s.a.w)!

Sekarang baru rasa ikhlas sikit nak belajar arab (sebab aku kena jugak belajar arab . Balik dari Mesir, kalau tak tahu juga berbahasa arab fushah, maka apa kes? )

Tak macam dulu, belajar Arab sebab nak dapat A dalam UPSRI (sekolah musleh),
gred A dalam bahasa Arab komunikasi PMR dan A1 dalam bahasa Arab tinggi SPM.
Boleh la skor dulu-dulu, tapi macam biasa lah. Kita belajar sebab nak exam, maka agak susah sikit nak menghayati dan praktis bila cakap dan bila dibaginya bedebuk buku arab disuruh baca agak ternganga dan tercengang seketika disitu .

Alhamdulillah, dapat gilap balik ingatan tentang vocab yang dulu berzaman belajar. Dan mula sikit-sikit ambil tahu tentang vocab arab fushah yang baru.
Berlainan sungguh arab ammi mesir dan arab fushah yang sebenarnya. Satu lagi 'dush' di situ. Maka lepas ni tidak ada dah main hangguk dan geleng kepala kalau orang arab tanya apa-apa. Cakap terus!

Minggu pertama, dah mula belajar Isim Inna, Isim Kaana , Mubtada' Inna, Khobar Inna, dan sebagainya. Memang terketuk dan tersedar. (Banyaknyaaa benda dah lupa)
memang keluar semua, 'Marfu' wa alamah rif'ihi Dhommah Az Zhohiroh' (berbelit juga lidah mula-mula nak baca dan menghafal) Mansub dan majrur. Zorof makan, zorof zaman, Harfu Jjar

Ni baru Nahu, belum masuk bab Balaghah dan lain-lain.

Dua minggu ni, aku agak lembik dan flaccid (tapi berat badan agak maintain. pelik pelik) kalau ada hal pada sebelah malam, balik dari kelas arab terus berlari ke tempat yang dijanjikan.
Dan bila saat jejakkan kaki ke rumah hasilnya adalah pengsan atau syahid tak sedar-sedar sampai lah esok paginya . Tapi memang tabik habis pada rakan-rakan aku yang amik kelas arab dan amik kelas hafal Al-Qur'an tajwid sekaligus. Subhanallah!

Walau apa pun, aku akan meneruskan kegiatan ini untuk sehinggalah bergraduasi nanti.
Susah atau senang, berat atau tidak, sibuk atau lapang, kena habiskan sampai habis, sampai tamat, sampai noktah. At least, tidak sia-sia ustazah berkorban banyak untuk kita berempat.
Sudah janji dengan cik Epal, cik Engineer dan cik Puitis lagi romantis bahawa kami akan sentiasa bersama, saling back up mem back up , cover meng cover sampai ke akhirnya.

Harapannya, bila dah nak habis belajar nanti, mampu lah sikit-sikit menulis puisi (syi'ir) arab. Mana tahu dapat tandingi ke'best' an puisi 'french' hasil karangan Ayu. hehe

dan yang paling penting, dapat faham kenapa ayat Al-Qur'an baris nya macam ni, kalimah seterusnya, barisnya macam tu
boleh lebih faham segala perintah dan larangan yang termaktub dalam Al-Qur'an dan melaksanakan tanpa ragu-ragu.
boleh baca buku arab yang tiada tanda baris.
boleh bercakap dengan orang arab, dengan arab fushah.
bukan main cakap cincai-cincai. 'Na'am. laa' sahaja

Banyaknya cita-cita, tingginya harapan.
Moga balik nanti, bawa pulang bukan segulung ijazah medik sahaja.
moga nanti balik dapat betul-betul kuasai bahasa ni.
dan ini adalah salah satu impian aku, sebelum aku mati.

Moga segala penat dan lelah yang tidak seberapa ini, Allah redha

Moga salah satu wasiat Imam Syahid Hassan Al Banna itu kita dapat sama-sama merealisasikannya. moga kita saling bekerja keras dalam menunaikan amanah dari murobbi-murobbi kita

Moga Allah sentiasa menjaga niat kita, sentiasa menjaga amal kita, dan diterimaNya

dan moga tulisan ini, memberi inspirasi kepada kalian juga, untuk mendekati dan menyintai bahasa Arab, bahasa umat kita :)

==========

'lepas dah belajar arab fushah ni, tak nak dah cakap taman tosy' (18) dengan pak arab mesir . Kita cakap Thamaniata asyarah! ' kata Mr X

:D



Tuesday, December 14, 2010

Tidur Lepas Subuh






Lepas bersubuh ramai-ramai, 'adik kakak' masuk bilik aku . Dibawa bersamanya sebuah buku tebal dan ber'hard cover'. tajuk MAR karangan pak cik Hassan.
Setelah ber'sok sek sok sek' sekejap, bermusyawarah, syura kecil-kecilan dan meluahkan segala keserabutan , akhirnya aku terbaring di lantai di sebelah dia dengan bertelekung lagi.
Menahan sakit kepala dan mula memejamkan mata.
Dia pula masih statik di kedudukannya, menyelak buku dan mula membaca.
Sambil-sambil menepuk-nepuk belakang aku

'Hari ni tak nak tidur lepas subuh. Minggu ni, boleh kata setiap hari akak tidur lepas subuh '

tak ada respon.

'tapi rasa macam nak tidur jugak '

dah mula nak tutup mata, telinga dan minda

bisu. sunyi. tapi dia masih menepuk belakang aku. (sedapnya tidur ada orang tepuk-tepuk belakang macam ni)

'tidur lah. nanti me baca syarah ni kuat-kuat. Akak dengar lah perkataan-perkataan arab ni. Then, kalau akak tidur pun, tak ada lah lena sangat'

dan dia pun mula baca ayat-ayat di dalam buku tebal itu, satu persatu.
Baik ayat-ayat dalam Bahasa Arab mahupun terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
Lima minit pertama, aku masih mendengar, mampu faham dan cuba untuk menghadam habis. Lima minit kedua, aku seperti sudah berada di alam lain. tak sedar (tido mati) bila 'adik kakak' keluar bilik
Seperti ada makhluk lain yang mengejut, akhirnya aku tersedar pada jam 8.02 pagi.

Kalau tak cepat, lambat ke kelas jawabnya .

apa pun, terima kasih 'adik kakak' . Kak fathy tak tidur lena sangat pun lepas subuh semalam.

Tapi tetap kena tanam azam 'jangan-tido-lepas-subuh' setiap hari.

Bukankah pintu rezeki terbuka luas pada waktu pagi-pagi yang nyaman, tenang, aman dan damai ?


Monday, December 13, 2010

The most important











"The most important part of you will always be what's inside"




12/12/2010



Sunday, December 12, 2010

Catatan Hari Ini







bismillah

======


12 Disember 2010

Bangun pagi, terasa macam beku. Lepas subuh, cek suhu di Yahoo. 10 darjah.
cek salah satu kawasan di UK (Bristol) . di sana dah 3 darjah.

erk, sejuk macam ni, baru 10 darjah?

sarung baju sejuk. aku dipaksa memakai baju sejuk cantik, atas permintaan tuannya tasnim.
(tq dear :) )



==========

Tiba di kelas dan semua menunggu lecturer yang tak sampai-sampai. Sementara menunggu, kami dihidangkan 'sarapan pagi' berbentuk ulangkaji tentang pelajaran yang diajar semalam.
Kalau sebelum datang kelas, rasa macam 50% faham tajuk semalam , tetapi lepas ber'sarapan' rasa macam dh faham 100%. alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan kerana semua sangat mengambil bahagian di dalam kelas :)

tunggu doktor untuk pelajaran baru. Tapi dapat berita yang doktor tak sihat. Maka tiada kelas! Maka, semua tersengih-sengih sebab boleh pulang ke rumah awal. Mana tidaknya, jam 11 masing-masing dah mula berjalan keluar dari ophthalmology department dengan hati yang girang dan riang :)


==========

Aku 'tersadai' sekejap di meja dalam kelas arab. Sepatutnya jam 2 sudah mula kelas, tetapi kelibat ustazah masih belum kelihatan. Waktu itu sudah 2.30 petang. Apa lagi, kepala mula diletakkan di atas meja dan muka dihalakan kepada tiga rakan ku yang lain.
Mereka sedang berbincang-bincang sambil minum 'syayy' dan makan 'to'miyyah' yang dihidangkan oleh Ustazah Jihad.

akhirnya mataku terpejam tanpa disedari. Fikiran sudah menghilang ke alam lain.
Sudah masuk fasa REM

===============

Hari ni grup aimi pergi private hospital di Dokki. Tujuan -> tengok eye surgery.

p.s: Intai Baju sejuk putih di lemari.Baju sejuk putih yang prestij dari bumi sana :D

update suhu sekarang (11.36 malam) - > 13 darjah

*merangkak masuk dalam lihaf*

Dengan nama Allah, yang menghidupkan dan mematikan aku




Saturday, December 11, 2010

Andalus





Jatuh bangun dan jatuhnya Islam di Andalus sehingga kini.

=======

Nusair merupakan seorang hamba yang dibawa pulang oleh Khalid al Walid dari perang,
Nusair telah diislamkan dan ditarbiyah oleh Khalid sehingga menjadi seorang pemuda yang qawiyy baik dari sudut jasmani, mental mahupun ruhi

Anaknya Musa (Musa bin Nusair) merupakan seorang gabenor di utara Afrika,
di bawah naungan Khalifah Al Walid 1 .
Musa telah berdakwah kepada orang-orang Berber
mentarbiyah dan mendidik tanpa jemu
dan telah lahir seorang pemuda Berber yang mempunyai kental jiwa nya
bernama Tariq bin Ziyad

'Tariq ibn-Ziyad burned the ships and told the expedition they have no choice but to fight '
========


Charles the Slayer, adalah seorang yang cerdik.
Charles telah mengetahui cara untuk menumpaskan tentera Islam
di bawah pimpinan Abd Rahman Al Ghafiqi
adalah dengan menyerang khemah orang Islam yang diisi dengan harta rampasan perang .
Bila wahan(cinta dunia) mengatasi iman, maka berulang semula sejarah Uhud

=============


Spanish Inquisition (1482-1834)
tidak terbayang kezaliman orang-orang Kristian
dalam membasmi habis-habisan sisa Islam di Andalus
Pilih- bunuh, dibaptis atau dibuang negeri yang akhirnya dibunuh juga
dibaptis dan dipastikan kepada generasi-generasi seterusnya bahawa mereka tidak akan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian
Nama mereka ditukar
Kanak-kanak dihantar ke gereja-gereja untuk dididik dengan ajaran kristian
dan bagi mereka yang disyaki masih mengamalkan Islam secara sembunyi, akan ditangkap dan diseksa dengan berbagai cara
Garruca, Toraca , Potro

Mungkin kerana hal ini, di Andalus sudah tiada lagi orang-orang Islam

================

'Burtuqol' telah ditukar kepada Portugal
mungkin kerana di sana punya banyak tanaman buah oren (burtuqol)

=============



Islam In Andalus, wajib dimiliki oleh mereka yang mula mencintai Andalus
dan sejarah di sebaliknya .

Juga wajib dimiliki oleh mereka yang bakal mengembara ke bumi andalus
pada cuti musim sejuk nanti

10/12/2010

============

'Islam in Andalus'
wajib dimiliki
selepas 'From Beirut to Jerusalem'


Thursday, December 9, 2010

Dr Nurul



Last time jumpa four months ago waktu walimah . Aku hanya sempat melambai-lambai Dr Nurul dari meja makan beradab. Terkilan sebab tak betul-betul salam and peluk dia, dan berkata 'thank you doc for coming'

sebulan ke seminggu sebelum nikah, emak bawa aku jumpa dia di klinik uia. Berbual-bual macam biasa sambil-sambil belajar sikit-sikit. banyak borak tentang condition emak, blood pressure bla bla bla, dan ada la sikit-sikit mengadu kat doc yang emak kadang-kadang kurang berdisiplin dalam makan ubatnya, (erk, like daughter like mother? tapi at least emak terer telan ubat), makan bila waktu sakit je dan lain lain

Dan dr nurul sempat mengusik,

'thia takde gaya langsung nak menikah '

emak ada jugak dekat situ, dengar je tapi tak faham perbualan kami yang banyak menggunakan istilah medik. emak sengih je, kadang mengiakan kadang menidakkan . Tapi dalam hati emak, mungkin ada sedikit bangga kot. sebab impian emak nak tengok aku jadi doc, atau jadi budak medik macam hampir-hampir tercapai.

emak sangat suka dan sayangkan dr nurul. kalau cerita, memang puji habis-habis la.
besarnya tempat dr nurul dalam hati emak. mungkin kah suatu hari nanti, lepas aku berkhidmat untuk orang, akan ada tempat dalam hati pesakit ?

tapi sepatutnya bekerja nanti bukan nak dapatkan balasan dan pujian dari orang kan.
Sebab kita buat apa-apa sebab cintanya kita pada Dia dan saudara-saudara kita


'thank you doc for being a silent reader'

:)

===============



Ya Allah, permudahkanlah urusan kami supaya dapat tengok eye surgery dalam masa terdekat

p.s: oh cik bilik belakang 'rumah kauthar ', thank you untuk semalam......

Wednesday, December 8, 2010

'Janji Kita'



Terpaku sekejap melihat dia berlakon begitu bersahaja dalam jamuan batch tadi.
Tapi aku tahu, dia bukan hanya berlakon, memainkan watak yang diberikan, tetapi dia sebenarnya sedang menjadi diri dia.

Apa yang diungkapkan dia secara spontan itu, memang itulah sebenarnya yang dia mahu sampaikan. Mungkin kepada aku, mungkin kepada kawan baik dia, teman-teman sekeliling dia, atau sesiapa sahaja disisinya.

Boleh kata selalu juga lah dia akan duduk di sebelah aku dalam kelas, tapi siapa sangka dia berlakon tadi sampai semua jadi terharu habis. huhu

'janji kita', mungkin ramai yang takkan lupa lakonan mereka semua dan mesej yang ingin disampaikan tadi .

'Janji, kita akan pergi syurga sama-sama'

:)

p.s: teringat janji yang pernah dibuat empat tahun lepas dan dua tahun lepas :)

p.ssss: asyila, huda. silakan delete 'gambar' tersebut. terima kasih terima kasih :D


Tuesday, December 7, 2010

Hijrah


Menyelami sekejap hadith pertama dalam himpunan hadith 40 yang disusun oleh Imam Nawawi. Ia sangat terkenal dengan panggilan 'hadith niat' dan telah diriwayatkan oleh Abu Hafs, Umar Al Khattab
Isi pertamanya berkisar tentang niat. Dan isi kedua adalah tentang hijrah.

Apa makna hijrah untuk kita?

Mungkin daripada tidak tahu kepada tahu
daripada tahu kepada faham
daripada faham kepada lebih faham
daripada faham kepada amal
daripada amal kepada istiqamah
daripada maksiat kepada taat

kita lebih tahu, apa makna sebenar hijrah untuk diri kita.

Secara peribadi, mungkin tarikh penghijrahan yang sebenar untuk aku adalah 18 Syaaban yang lepas bila naik satu lagi anak tangga, menjejak dan mengalami satu fasa hidup yang baru.

Alhamdulillah

moga tahun baru ini jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua .
Moga kita lebih menghayati makna hijrah yang sebenar tahun ini

Salam Maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat di serata dunia.


Monday, December 6, 2010

Anise




Anise atau Yansun (teh cengkih?). Telah disarankan oleh ustazah di kelas arab untuk diamalkan setiap hari bagi menghilangkan kesakitan yang dialami .
Dibancuh dengan air panas dan jangan lupa masukkan sedikit gula (sikit je) sebagai penyedap rasa.


'Asal atau madu. Dipaksa makan oleh budak kecik Anfaal setelah dia melihat aku yang tak baik-baik dari domom, terlantar kerana sakit kepala setelah dua hari.
Lalu disuapnya sesudu madu setiap pagi (manja tahap tak ingat), dan diberi segelas air suam untuk elak madu melekat di dalam tekak.
sekali makan , 'erkkk, kelat!'
dua tiga kali makan , 'eh , sedap pulak'

aku petik dari buku latihan arab "fil 'asal syifa'un"


Panadol . Musuh utama sejak dulu.

'akak, kenapa akak makan panadol sebijik je ?'

wahai budak kecik, kalau lah awak tahu betapa susahnya akak nak telan 'makhluk halus' bernama panadol itu

Apa pun, bila sakit, pergantungan kepada Allah adalah kena dan semestinya seratus peratus. dan ia disertakan dengan usaha dan tawakkal seratus peratus juga.
Kerana yang mendatangkan sakit dan menyembuhkan kita adalah Allah juga kan?

p.s: Esok kena berpakaian 'profesional' . Mujur dalam poster tu tak ada gambar 'beg galas yang dipangkahkan' . Kalau tidak, tak tidur malam lah aku fikir-fikir nak angkut beg apa pegi kuliah setiap hari isnin

p.ss : mari lah join kelas arab depan rumah badar 313 . Insya Allah berbaloi :)


Friday, December 3, 2010

Kerana manisnya Iman







sepanjang hidup aku dalam berkenalan dan berkawan, ada banyak sangat benda-benda yang manis berbanding benda-benda pahit.

Terutamanya bila makin membesar ni. sikit-sikit belajar tentang manusia.
Orang ini macam ni, orang tu macam tu. orang ni tak suka yang ni, padahal benda ni la yang kita sukaaa sangat. Ada orang tu suka benda tu, tapi kita, argh, pantang la benda2 ni kalau ada kat depan mata. Mana boleh semua nak ikut style kita je kan.

banyak sangat benda yang kita tak jangka, tak expect pun akan berlaku, tapi tetap ditakdirkan untuk mencorakkan hidup kita. Tapi bila kenang-kenang balik, aaaaaaaa..... comelnya.

kenal Khai, bila dia baru pindah ke al amin gombak. Khai budak al amin kemaman . anak cikgu,nerd dan genius kata mereka. Khai kelas 4 bilal dan aku kelas sebelah, 4 khalid.
Di antara kami banyak sangat kontra, tapi perbezaan ini lah yang merapatkan kami

Kenal tiqah nazeri, dalam perkisas (perpustakaan kisas). Jadi rapat sebabnya banyak. Kinabalu, Surau Al Muqorrobin, peristiwa-peristiwa 'air mata' lepas SPM, pillow talk, 'video dalam henset'
:D

Kenal dan rapat dengan shera, sebab dulu suka main tarik-tarik tudung masa zaman kecik-kecik. Kaki merayau dengan beskal dan panjat-panjat bukit. Serta rajin menyertai sesi story telling di tepi rumah sampai maghrib!

kenal dan rapat dengan tiqah khuzaini, sebab ada peristiwa2 kelakar zaman sekolah .
(Ya robbi, betul ke fathiyyah macam tu dulu? )

Kenal ayu amiza, di tangga asrama INTEC (takut dengan ayu kot dulu)
tapi jadi rapat sampai sekarang sebab satu kepala dalam kumpulan BTN. Jadi 'otai' tahap tak ingat dalam grup tu. Aku selalu gaduh-gaduh sayang dengan ayu dan dia selalu mengata aku ni fragile, tapi dia pun fragile jugak senanya :D (dan dia selalu mengomel 'weh, updet la blog' )

kenal syila sebab dia kamcing sangat ngan tiqah, sampai aku jeles-jeles(haha).
Tapi rapat sampai sekarang, sebab banyak lari ke rumah dia. Sebab banyak share2 benda (dia suka mengumpul 'benda-benda atas katil' dan aku suka sepah2 kan balik ):D

Rapat dengan huda mustoffa, sebab dia lah 'emak' aku kat sini. suka berleter-leter tentang cara-cara menjadi perempuan sejati. buat kek, cookies, cara ambil hati orang tua, penampilan. Akhirnya, selalu ikut nasihat dia, jadi perempuan sikit la sekarang.

kenal dan rapat dengan sarah ghazali, sebab dia yang pendiam, satu kelas, satu pasukan kawad, satu dorm dan sangat terer dalam maths! ( Sara, kite geng! sejarah 2010 dalam hidup kita :) )

sangat rapat dengan safwa tahir, sebab dulu sangat bermusuh dengan dia waktu sekolah rendah. siapa tahu, boleh jadi rapat sampai sekarang :)

kenal dan rapat dengan aisyah idrus, sebab dia lah orang paling jujur yang aku kenal seumur hidup.

Kenal dan rapat dengan radin rahmah, sebab dia yang tegas dan berprinsip. Serta penjaga rahsia yang sangat amanah. Dia lah yang selalu memujuk dulu 'sabar fathy...'

Kenal aimi J sebab satu kelas di kisas. 5 sains 2 yang terpahat suka dan duka. Dengan muslimin mendominasi kelas, 15 vs 10. Oh, tak pernah lupa macam mana aimi boleh terjebak dengan debate kisas mula-mula. Dan sampai sekarang aku sangat berbangga dengan aimi .

Kenal Huda nik pa, sebab gosip-gosip tentang 'bangi'. dan tup tup, aku jadi kembar dia setiap tahun. Sambutan hari lahir yang tak boleh lupa, adalah tahun lepas. Sebab peristiwa mavi Marmara.

kenal em hoho sebab... sebab dia macho kot. sebab style dia yang macam engineer.
Banyak diam dari bercakap. bukan ke tu tandanya dia orang2 yang bijak :)

kenal dan rapat dengan farah ain, rai dan ada sejak pindah masuk anfaal. Kalau bukan kerana Anfaal, takkan kot nak bermanja-manja 'auntie2, mak cik2, tukar-tukar kawan baik, tukar-tukar katil dalam rumah ' macam sekarang :)

kenal dan rapat dengan kak ejat (kak ejat yang misteri :D) sebab duduk sebelah-sebelah katil dalam dorm dan sebab join team pantun waktu f4.

kenal kak ellya, sebab forensik dan selalu tido2 rumahnya

kenal kak elle pinkster sebab Bahariya (SA)dan rajin berbalas status twitter :)

kenal syahidah yusof dan geng2nya sebab hari tu join diorg berkonvoi raya di kuala teganu.
tapi jadi baik dengan syidah, sebab....... rahsia ... (thank you syidah, for tonite!) :)

kenal ummi leeds, dalam blog! yang ni memang tak dapat nak cerita dengan tulisan. kenal sekejap tapi hati macam dah terikat lama

Oh, kalau boleh nak tulis banyaaaaak lagi. belum masuk lagi kisah-kisah gengbassekolah, tehah, chep, syahidah cantik, RJs, KAs, kakak2.
Ketahuilah, bahawa kalian juga adalah sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku.

Titik pertemuan dan bagaimana bermulanya kisah kita pun berbeza-beza. uniknya uniknya

Lagi lama hidup, jumpa dan kenal dengan lagi ramai orang. Walaupun sama jantina, ada persamaan dari segi beberapa aspek, tapi tetap masing-masing ada keunikannya tersendiri.

Dunia ini terlalu memenatkan. Dan kita takkan mampu untuk hidup seorang-seorang. tetap perlukan mereka untuk menjadi teman sampai ke akhir hayat.

Pemikiran dan pendapat di antara kita lain-lain, tapi yang menyatukan kita adalah kerana berkongsi aqidah dan hati yang sama kan?

dan kalau bukan kerana ithar dan berlapang dada, tak mungkin kita masih mempunyai mereka, kan?

Subhanallah, Maha Suci Allah. Hebatnya Allah. Kalau tidak kerana rahmatNya , kita takkan mungkin dapat merasa kasih sayang begini sesama kita

Manisnya Iman, indahnya merasai halawatul Iman, kerana kita mengasihi saudara-saudara kita baik yang kita sudah kenal atau belum, kerana Dia .

Dan moga Allah memberkati, merahmati dan meredhai seluruh hidup kita.

:)

dan akhirnya -> the end :)

p.s: dah lama tak tulis panjang.

p.ss: entry ni agak bosan senanya. Kecuali untuk mereka yang nama ada disebutkan di atas :D

domom datang lagi. 'syafakillah' untuk diri sendiri

Wednesday, December 1, 2010

J with love (ii)


















 

Template by Web Hosting Reviews