Tuesday, November 30, 2010

DR



Aku ni, tak cukup 'caring' lagi rupanya

Bila naik tren ke KL, nampak seorang pak cik yang buta tercari-cari ke mana jalan untuk turun tangga dan cari pintu keluar. Apa aku buat? Aku tengok je. Takde pun nak cepat-cepatkan langkah ke arah pak cik tu, tolong apa yang patut. Sengaja berjalan perlahan-lahan dari belakang, dan sempat melihat seorang pemuda berbangsa India (aku rasa dia pun seorang pelajar, macam aku) menarik tangan pak cik tu, ambil barang dari tangannya dan memimpin turun tangga.
Aku pula? tolong ucapkan terima kasih kepada pemuda tersebut, dalam hati

Aku ni tak cukup caring lagi rupanya,

Biasanya dalam tren, aku takkan mencari-cari tempat untuk duduk. Biasanya akan cari tiang, bersandar dan melihat ke luar tingkap. Sebab aku fikir, ada orang yang lebih berhak untuk dapat tempat duduk, berbanding aku.
Lepas tu, aku nampak pasangan suami isteri bersama anak kecil. Tak ada pun aku nak usaha dan minta pada mana-mana kakak atau abang yang sedang duduk situ, supaya beri lah mak cik tu duduk, dia ada anak kecil nak dukung. Kalau lama-lama nanti lenguh. Yang aku buat, aku tengok je.

Aku ni tak cukup caring lagi rupanya

Ada barang jatuh, agak berdekatan dengan tempat aku berdiri waktu itu.Kalau tidak dialihkan, boleh menghalang orang lain nak lalu lalang. Sudah tentu barang tu bukan kepunyaanku.
Maka, tiada langsung rasa nak tolong angkatkan dan tempatkan di tempat yang lebih sesuai.
Dan ada orang lain yang tolong alihkan. Amal kebajikan free untuk beliau.
Dan satu kerugian free untuk aku.

Aku ni tak cukup caring lagi rupanya

Ada orang datang, masuk bilik. Menangis.
aku terkesima kejap, tak tahu nak buat apa, nak respon macam mana.
Maka, aku duduk dekat dengan dia. dengar dia .
Yang aku mampu buat, gosok-gosok belakang dia
atau paling banyak pun aku akan cakap, ' you will be fine, Insya Allah'

Maka, terlampau banyak ruang yang perlu dibaiki sebenarnya. Mengislahkan diri, berkhidmat dan berbakti. Tak patut kalau membiarkan peluang untuk buat kerja-kerja baik begitu sahaja.

Di tempatkan di bumi Musa, agar menjadi insan berbudi bahasa dan berpekerti tinggi untuk masyarakat. Di letakkan di bumi yang mana para Nabi berpijak dan berkelana, agar kita takkan berputus asa dalam menjejak hidayahNya.

Belajar untuk jadi doc bukan setakat kena banyak buku, gain knowledge.
Tapi kena banyak praktis.
Praktis untuk menjadi pemerhati dan pendengar yang baik,
penyabar dalam apa jua keadaan,
rasional dalam membuat keputusan,
beremosi kena pada tempatnya
serta penjaga rahsia yang amanah.

dan semua benda ni bukan datang tang-tang macam tu je.
Semua kena develop. Kena bina

so, target -> DR

DR = Daei & Doktor Rabbani

~off to hospital

p.s:tiqah nazeri, how's the seminar? :)


Monday, November 29, 2010

pilihanraya


bismillah

pertamanya, entry ini berkaitan dengan pilihanraya mesir yang berlangsung semalam.

Ayu dah siap pesan pada dinding FB, kalau ada helmet, boleh la pakai waktu nak jalan pergi sekolah. Takut-takut ada pertumpahan darah atau demo etc.

But logically, kami tiada motor, maka takkan perlu untuk helmet.
Oleh itu Ayu hanya bergurau-gurau saja di dalam fb :)

Semalam, keadaan sangat tidak dijangkakan. ingatkan adalah babak-babak yang mencemaskan, polis-polis beratur berkawal menjaga keamanan dengan sebapang-senapang setia di tangan, pelepasan gas-gas pemedih mata dan lain-lain

Tapi yang jadinya lain, Aman, sentosa, tenang dan damai. Polis-polis pun tenang je minum kopi di tempat jaga masing-masing

Pak cik jual sayur sibuk menyusun tomato, kentang, lobak merah yang segar dari ladang ke dalam raga di tepi jalan.
Pak cik jual surat khabar pun khusyuk membelek-belek akhbar mana yang sesuai untuk diletakkan di bahagian hadapan gerainya.
Macam biasa, ramai orang berebut untuk membeli roti murah dari kedai roti.

Jalan-jalan sekitar Kasr Ainy street, (Syari' Kasr El Ainy) sibuk, kereta banyak seperti biasa.
Nak lintas jalan memang mengucap awal-awal menurut rutin seharian ( Redah jalan raya. Harap maklum, sini tiada traffic light sangat)

Bezanya suasana pilihanraya berbanding hari-hari lain adalah, ada banyak kain-kain rentang di tiang-tiang lampu tepi jalan, digantung di pokok-pokok, ditampal di kereta-kereta dan lain-lain

Cuma bezanya semalam, tiada pak cik penjual tisu di tepi jambatan Sungai Nil, tidak seperti pagi-pagi sebelum ini. Mungkin pak cik pergi mengundi :)


Wallahua'lam, mungkin ia berlaku di kawasan sini saja. mungkin tempat-tempat lain berbeza.
Mungkin ada yang pergi mengundi, mungkin yang ada yang tidak.

Mungkin yang tak mengundi tu, ada yang dah set kan mind awal-awal
'kalau mengundi pun, tak ada beza. Mesti pemimpin yang sama juga akan naik'

mungkin ada juga pihak yang bertanding, nama dicalonkan bahawa mereka masuk pilihanraya, bukan untuk menang kerusi-kerusi parlimen, tapi lebih kepada ia membolehkan mereka mengetuk-ngetuk pintu setiap rumah untuk menyebarkan dakwah dan kefahaman tentang Islam. Wallahua'lam . Allah sahaja yang Maha Tahu.

Hopefully orang kafir tidak begitu berjaya dalam strategi mereka untuk menyusun pemikiran-pemikiran orang-orang Islam supaya menjadi tidak betul (Tarkiban fikriyyan Khati'an).

Harapnya, kita balik nanti, kita akan lebih bijak dalam membuat keputusan , dalam memilih mereka yang layak untuk menjadi amir kepada umat kita.

Wahai Amirul Mukminin, kami ternanti-nanti kehadiranmu, tertunggu-tunggu kenaikan khilafah semula, kembali kepada tempatnya

:)

edited : baca berita, 20% sahaja yang keluar mengundi :(

Saturday, November 27, 2010

Too many new doctors and too few hospitals to train them



PETALING JAYA: The number of medical housemen undergoing clinical training in most government hospitals has increased and this has given rise to concern that they may not get sufficient experience.

With new medical schools opening up locally and lower fees being offered at new institutions abroad, around 4,000 Malaysian medical students are expected to graduate annually from 350 universities all over the world in the coming years.

Senior Hospital Kuala Lumpur (HKL) consultant physician Datuk Dr S. Jeyaindran said each specialist was supervising four times as many housemen compared to a decade ago.

“Five years ago, one houseman looked after 10 patients in hospital wards at any one time but now it is one to four patients,” said Dr Jeyaindran, who is HKL department of medicine head and national head for medicine at the Health Ministry.

“The concern is that these interns are seeing fewer patients and hence, have fewer opportunities to carry out adequate procedures. In some hospitals, there are more housemen than patients.”

Dr Jeyaindran said they were not only concerned about the increase in numbers but also their attitude.

“Some lack responsibility towards their patients,” he said, adding that there were also those who did not know how to give an accurate diagnosis and relied too much on investigative tools instead of clinical skills and getting the proper patient history.

Malaysian Medical Council ethics committee chairman Datuk Dr Abdul Hamid Abdul Kadir said several specialists had expressed concern about the large numbers and training hospitals were finding it difficult to cope.

“In the past, it was five housemen in each department but now it could be 20 to 30 for each department,” he said, adding that some specialists were overburdened by the workload.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the ministry was aware of the issue and would be increasing the number of training hospitals.

He said the ideal ratio should be one specialist supervising five housemen with one houseman taking care of 14 hospital beds depending on discipline.

There were 38 hospitals providing training to more than 3,058 housemen last year.

However, the number increased to the current 6,253 housemen since the ministry increased the duration of housemanship from one year to two.

“This led to most hospitals, including those in Sabah and Sarawak, having an excess of housemen,” he said.

Hospitals that were chosen must be able to cater to six areas in which housemen need training – medical, surgical, paediatrics, obstetrics and gynaecology, orthopaedic and accident, and emergency, he said.

Liow also said that they would be getting 58 contract specialists from Egypt, India and Pakistan next month to help supervise housemen and reduce the burden of the specialists now.

He also said that the ministry had taken steps to overcome the lack of experience among housemen by making training compulsory for two years instead of one.


source : www.thestar.com.my



Ahlan ahlan



+ sangat mengalu-alukan sebenarnya, buat sesiapa yang sudi berkunjung ke fti, dunia yang aku bina setelah tiga tahun lebih

+sangat sangat mengharapkan sebenarnya , teguran yang membina agar diri sendiri tidak menyimpang jauh atau perasan baik

+monolog dalam fti ni, takde langsung niat untuk mengutuk sesiapa.
Lebih kepada mengutuk diri sendiri sebenarnya .
Jadi, minta maaf andai ada yang tiba-tiba terasa pedas ke apa.

+ aku budak baru belajar dan ilmu sangat kurang. tak pernah terdetik langsung dalam hati untuk engkau, kamu atau mereka untuk menerima terus apa yang dituliskan bulat-bulat tanpa berfikir dan mencari sendiri.

=============


Ahlan ke fti. Dunia aku. Kalau tak sudi, boleh la singgah di laman blog lain yang jauh lebih bermanfaat.

Aku suka untuk berkongsi, tetapi tidak rela kalau orang datang, membuat aku rasa tak selesa dengan dunia aku sendiri.

minta maaf . aku pun bukanlah manusia yang serba sempurna . jauh sekali nak mengaku orang-orang yang ada banyak ilmu



Friday, November 26, 2010

Orang Badwi



Apa beza antara kita dengan orang Badwi?

Mungkin sebab kita tidak hidup nomad macam mereka, berpindah randah etc

tapi sikap macam lebih kurang.

Mengaku beriman, tetapi tidak.
Kata je beriman, tapi sebenarnya tunduk pada islam sahaja. Tak tahu , tak faham kenapa kita Islam . ikut orang. Family islam, kita pun islam lah

(Al Hujurat :14)

nanti boleh lah intai-intai Al-Qur'an masing-masing. tentang sifat orang-orang Badwi.
Surah At Taubah : 90,97 dan 98

dan ayat-ayat dari surah :
Al Fath
Al Ahzab
dan Al Hujurat

dan apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang Mukmin yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Rasul
Tidak berasa ragu-ragu
Berjihad dengan harta
Berjihad dengan jiwa

mungkin lah kita mengaku, kita ada semua ciri-ciri tu. atau kita perasan je?


==================

Surah Al Anfaal, banyak cerita tentang perang Badar. Dan hanya orang-orang yang attend perang Badar sahaja yang benar-benar mengerti dan menghayati seluruh isi surah tersebut.

Surah Ad Dhuha, hanya dapat difahami situasi dan keadaannya oleh mereka para sahabat dan Nabi sendiri yang turut merasa bagaimana perasaannya bila diboikot, dipulau oleh orang sekeliling. (Tapi Dhuha best, sebab ayat-ayat tu benar-benar memujuk perasaan)

hanya orang yang berada di tempat wahyu diturunkan, yang betul-betul faham kenapa wahyu dan ayat-ayat Al-Qur'an tersebut diturunkan. Asbabun Nuzul etc.

Sebab tu, para sahabat Nabi, sentiasa mengekori Nabi. Sebab wahyu hanya diturunkan bila Nabi ada di sesuatu tempat. Mereka nak sangat faham, kenapa ayat- ayat sekian diturunkan di dalam keadaan sekian-sekian.
Orang-orang yang nak belajar tentang Iman, akan segera ke madinah, kerana di sana ada Nabi untuk mengajar. Kerana di sanalah Islam mula berkembang, dan iman mula dibina

kita ni, yang hidup jauh ke hadapan dari zaman Nabi, langsung tak ada dengan Nabi bila wahyu-wahyu diturunkan. Tapi, takkan dapat jadikan alasan kenapa kita tak mencari jalan untuk menambahkan iman.

Kalau lah kita hidup pada zaman Nabi nanti kan, kita akan tergolong dalam para sahabat Nabi ke tak?

apa kalau-kalau ni. tak ada kalau-kalau.
tempat kita sekarang, adalah yang terbaik

p.s: aku pun pening tentang apa yang aku karutkan. dan ini yang aku dapat simpulkan selama aku 'berjalan-jalan' dan mencari semalam.


Useless



i hate this feeling. Tiga tahun lebih belajar medik, sangat terasa yang yang selama ni belajar memang sebab exams.

Macam tak ikhlas sangat
Wednesday, November 24, 2010

I



Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya
Ia tidak diketahui malaikat sehingga ia tiada kuasa menuliskannya ,
Tidak pula diketahui syaitan, sehingga ia tidak ada merosakkannya .

engkau ikhlas atau tidak, aku takkan pernah tahu.
Malaikat hanya jadi tukang tulis, amal baik dan buruk.
(taatnyaaa malaikat, tak banyak tanya pun)
Syaitan hanya menjadi tukang hasut.
dan yang dengar dan buat, manusia.

Diterima atau tidak amal itu, yang layak menilai hanya Allah.
malunya, buat amal macam bagus, tapi Allah tak terima.
Sebabnya, kita tak ikhlas.

Buat amal nampak macam konpem masuk syurga.
Tapi yang berlaku adalah kita dicampakkan ke neraka.
Sebabnya, kita tak ikhlas. Kita riya'. Kita buat supaya orang puji kita.

Astaghfirullah

maka ikhlaskan lah hatimu
Niat tu, luruskanlah.
mari jadi golongan 'mukhlisin'

Tuesday, November 23, 2010

Berkemeja dan Bertali Leher


Bismillah

Sempat berborak dengan tiqah tentang clinical year. Cuma tempatnya lain-lain.
(tanak cakap tentang macho nya tiqah dengan stethoscope dan pediatrics nya)

Sikap dan attitude pun berbeza.

Kalau di jordan, bila masuk clinical year dan ucapkan hai hai kepada hospital, maka silalah ber selamat tinggal kepada pakaian selekeh-selekeh, selipar jepun, baju tanpa kolar untuk lelaki,
dan no no 'sport shoes' untuk perempuan (Gulp untuk aku yang sangat suka dengan sport shoes). kalau pakai cikai-cikai pegi spital, awal-awal lagi kena halau balik rumah.

Bak kata doktor-doktor di Jordan
'pesakit pun tak sudi nak jumpa kamu kalau lihat kamu selekeh begini'

maka, boleh la sikit-sikit berHello-hello dengan baju kemeja dan tali leher untuk lelaki.
cakap Hai baju kurung atau baju yang sopan, dan menutup aurat untuk perempuan.
Atau kalau rasa kemeja dan bertali leher tu macam 'syadid' sangat, boleh la pakai smart-smart sikit. Biarlah nampak bezanya antara kita yang muslim dan mereka yang bukan muslim.

Tengok kasut-kasut tiqah. feminin dan 'perempuan-perempuan' belaka.
Pandang kasut sendiri. itu lah kasut pegi kelas, pergi beli sayur, pegi petra,
pegi bahariya, pegi balik mesia.
(tiqah, pakai beg galas boleh kan kan :D)

ni semua berkenaan dengan attitude kan. memang lah kita tak boleh tengok luaran sahaja (dalam hati mana orang tahu)
dan benda-benda ni patutnya kita amal di mana saja kita berada.
Bukan sebab nak pergi hospital, ofis etc
sebab Islam tak pernah pun ajar kita pakai cikai dan selekeh-selekeh bila mula bersosial dengan orang. betul, kita kena sentiasa besederhana dan zuhud dengan dunia.
tapi ia bukan alasan untuk tidak kelihatan smart bila jumpa-jumpa orang.
Dan musuh pun mesti akan hormat pada kita yang sentiasa nampak kemas dan segak sentiasa.

Kita mahu sifat 'iffah' (menjaga maruah diri) sentiasa melekat dalam diri kita.
Kita bukan setakat menjaga maruah diri dan nama baik keluarga.
Kita juga sedang pikul tanggungjawab menjaga nama baik agama kita.

p.s: esok cuti. sayang ophthal lebih sikit untuk sebulan lebih ni :)

Monday, November 22, 2010

Tukang Tepuk Tangan




kita tahu kenapa kita amik medik kan?

dan kita tahu kenapa kita masih bertahan bukan?

kita sangat jelas kenapa kita masih berada di atas jalan ni bukan?

penat, banyak duri, tak dapat apa-apa ganjaran dunia

kenapa nak jugak duduk dalam gerabak ini?
kenapa nak bersusah-susah lagi?


tak boleh ke jadi macam mereka yang tolong jadi tukang tepuk tangan?

==========

kerana kita milik Dia.
by default, kita sudah berbai'ah pun dengan Allah di dalam rahim ibu kita
bahawa kita akan memastikan hanya Islam akan tertegak di atas muka dunia

sayang seribu kali sayang, kita dah jumpa jalannya.
Tapi sebab kita tak cinta sangat Dia.
dan tak rasa berat pun perjanjian antara kita dan Dia.
maka, kita tersalah jalan.
Atau ragu-ragu
atau memang tidak mahu

============

kalau kita dicampakkan ke tempat yang tidak ada mehnah, sampai bila-bila pun kita takkan mampu jadi kuat. kan?

Islah kan diri. tapi tak bermaksud kita belum boleh pikul tanggungjawab .
Berhenti bermimpi. Jadikanlah semua tu sebagai satu realiti.

Kerja kerja.
Belajar dan Daei.
tapi jangan leka dan lalai.
Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk kita dapatkan hasilnya di akhirat

Berhenti rehat.
kerana dunia bukan tempat rehat. Tapi tempat berlelah



Sunday, November 21, 2010

Kita , aku engkau




kerja-kerja kita biarlah berlandaskan kerana kita cinta Dia di samping sedar yang tanggungjawab yang kita sedang galas sekarang sebenarnya tidak dapat mampu dipikul pun.

nak tak nak kena buat. tapi, buat sebab cinta Dia


==============

tak dapat lupakan sejarah silam yang hitam dan kelabu, serta sayang tinggalkan jahiliyyah(benda yang best, benda yang kita suka, benda yang kita sayang) tak bermakna engkau tidak layak untuk ajak-ajak orang kepada jalan Dia.

sampai bila nak jadi macam ni? sampai bila nak duduk diam, membiarkan iman meronta-ronta dalam hati meminta tuannya bergerak berbuat sesuatu

sampai bila engkau mahu berlaku zalim pada seketul daging bernama hati, yang fitrahnya sangat sukakan kebaikan dan sangat mengharapkan untuk sentiasa dekat dengan Pemiliknya


=============

apa pun, siapa lah aku untuk menilai hati engkau

tapi tanya lah iman engkau dengan luhur dan jujur.
betul ke hati dah penuh dan tidak pernah rasa kosong?


===========


dah tahu banyak pun, dah faham sikit-sikit pun, masih nak rebel lagi?


===========

dan engkau, si tukang tulis fti, engkau mengajak mereka bukan untuk mereka tertarik pada engkau tetapi kepada Dia

jangan perasan, kalau bukan kerana rahmat Dia, engkau bukanlah sesiapa ...


Saturday, November 20, 2010

[collage 2]












:)



J, with love :)

























credits : Ken kenanga, ejah chan


memetik kata-kata cik Ken, 'back in one piece. alhamdulillah '


Menjejak kaki ke bumi petra buat kali kedua, tak pernah rasa sesal
lebih-lebih lagi berjalan-jalan dengan mereka yang punya kefahaman yang sama
mengeratkan kasih dan sayang sesama akhawat, sungguh kemanisannya sangat lain.
hangatnya terasa bila duduk bersama dengan mereka yang baru aku kenal di bawah naungan rahmat Nya

we will miss you, incik J dan 'segala isinya' .


p.s: dan kamu, terima kasih atas jagaan dan layanan. sila jaga 'collage' saya baik-baik




Thursday, November 18, 2010

Menangislah Di Bahuku




Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)



By Firdaus


Monday, November 15, 2010

D1









Day One - Gua Ashabul Kahfi


========


Selamat menyambut Eidul Adha

Taqabalallahu minna wa minkum



C



Hampir-hampir terlupa, sepatutnya apa-apa tugas
atau kerja yang kita buat di atas muka bumi ini,
ia dilaksanakan kerana kita cinta pda Dia.
sepatutnya melebihi dari rasa bertanggungjawab.
Baik dalam belajar atau mengajar, semua benda kita buat adalah kerana kita cinta Dia

kalau kita buat kerana dek rasa bertanggungjawab sepanjang masa, lama-lama kita akan berasa penat dan lelah. lambat laun, kita akan mengeluh dan rasa futur

Lainlah bila sudah cinta, apa-apa saja boleh buat.
Dah tak nampak dah semua susah payah, jerih perih
Semua kerja boleh jalan.
Bila penat, sanggup nak teruskan.

dan bila hati kering, jangan salahkan sesiapa.
sila tudingkan jari kepada diri sendiri,
silapersalahkan diri kerana tidak pernah mencari bagaimana mahu lebih cinta pada Dia.


betapa 'Abid dan khalifah itu takkan pernah boleh berpisah

fathiyyah,
irbid. Jrdn


Friday, November 12, 2010

M





Akan keluar berjalan, dari bumi ini. Bermusafir, mentadabbur alam , serta saling lebih mengenali
Walaupun kita sudah berukhuwah setelah hampir bertahun-tahun lamanya,
tetapi masih banyak benda yang kita belum tahu tentang diri masing-masing , bukan?

Mungkin ini adalah salah satu peluang untuk kita bertaaruf lagi

terima kasih untuk hari ini, kerana menemani aku sehingga terlaksana sudah semua urusan.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sana dan di sini, baik di saat aku memerlukan atau tidak

aku yakin, engkau mesti sangat-sangat menghayati salah satu daripada hadith Nabi S.A.W itu, bukan?


“Barangsiapa yang melepaskan suatu kesusahan seroang mukmin di antara berbagai kesusahan dunia,
maka Allah akan melepaskan darinya salah satu di antara berbagai kesulitan pada hari kiamat.

Barangsiapa yang memudahkan orang yang mendapatkan kesulitan,
maka Allah akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat.

Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim,
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Dan Allah itu akan selalu membantu hamba jika ia mau membantu saud aranya "

(Hadith Riwayat Muslim)



Terima kasih atas segalanya :)

=====================

Kamera em, siap (tengkiyu em)
paspot, siap
beg bagasi, siap
beg galas, siap






Ayu, jom!

:D

oh emak, akan thia sampaikan salam rindu emak dan peluk anak angkat emak itu kuat-kuat. hehe

kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu... silakan rindu-rinduan :)

Selamat tinggal semua. jaga iman, jaga diri baik-baik

p.s: M untuk musafir.

with love,
fathiyyah
Thursday, November 11, 2010

B



Bismillah

It was on Ramadhan when i sat for Microb paper. And someone says, because of Ramadhan's barakah, i passed with good marks

:)


today, will face the battle again but with different 'monster' -> Community medicine

and Alhamdulillah, today is one of the 'Awwalul Asyr' or 10 'afdholul ayyam Ad dunya ' .

so, let's strive for Rida' Allah wa Jannah

Let's seek for Zulhijjah's barakah

p.s: B= Barakah


Tuesday, November 9, 2010

U



The gud news is aku sudah boleh makan ubat tanpa perlu dipaksa atau dipotong kepada beberapa bahagian kecil, tanpa perlu menumbuk ubat dan larutkan dalam air
( senang rupanya nak telan ubat eh) :D

Biasanya, sebelum aku makan ubat, yang terlintas dalam kepala ' boleh ke masuk ni?'

tapi aku jarang sekali berdoa 'aku hanya berusaha, tetapi Allah jua yang Maha Menyembuhkan'

sama juga kalau nanti jumpa pesakit, lepas cek, kasi prescription ubat semua, kita mesti akan cakap

'makan ubat ya cik/puan/pak cik/mak cik '
'lepas ni kena banyak rehat'

tapi kita jarang untuk mendoakan para pesakit

'semoga cepat sembuh'
'Doa banyak-banyak. Allah Maha Dengar dan Maha Tahu segala kesakitan kita'

Moga nanti kita boleh menjadi penyejuk mata dan hati mereka tatkala mereka sedang menanggung kesakitan

Moga pada masa hadapan, lebih ramai Muslim yang doktor, yang Islam itu benar-benar terlaksana dalam seluruh hidupnya.


U untuk ubat :)

p.s: Syila nak teka abjad apa untuk next entry? :D

Monday, November 8, 2010

S




Dia yang suka main skateboard

Dah besar dah engkau ye. Teringat dulu engkau kecik lagi, lari-lari dalam rumah
main cubit-cubit pipi



....



Sunday, November 7, 2010

T





Time


Saturday, November 6, 2010

Diam



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah dia berkata baik, atau diam

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah dia menghormati tetangganya

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
hendaklah dia memuliakan tetamunya "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadith ke 15, himpunan hadith 40,
susunan Imam Nawawi


=============



' Tidakkah engkau melihat harimau-harimau di hutan itu ditakuti ketika ia diam,
sedangkan anjing di jalanan banyak dibaling batu ketika ia sering menyalak.

Aku menganggap berdiam itu satu perniagaan ,
kalau tiada untung sekalipun di dalam perniagaan itu,
paling kurang, aku tidak akan rugi '

-Imam As-Syafi'e-


===========

moga kami digolongkan dalam golongan hamba-hambaNya
yang sentiasa bertawakkal

bittaufik wannajah, rakan-rakan Gen 7 Cairo U



Thursday, November 4, 2010

Forensic




Dear Kak El,

Takkan lupa bila pertama kali kita kenal, fathy jerit datang pada akak 'Kak El!'
hehe

Dan akak waktu itu baru habis kelas Forensic. Kita saling bertukar nombor telefon.

fathy simpan nombor akak dengan nama 'kak El' dan akak simpan nombor fathy dengan nama
'fatty forensic' :D

Musim sejuk mula datang. Takkan lupa betapa susah payahnya kak el dan kak paan datang melawat kami di fustat, masak 2-3 lauk sekaligus untuk kami sebab waktu tu kami nak exam .

Dear Kak El, dulu waktu first year selalu berangan yang bila kak el dah nak grad, fathy sedang berada dalam tahun 4 . Dan macam tak percaya sekarang sudah tahun empat dan kak el akan bergraduasi dah bulan satu nanti


Dear Kak El my silent reader , thank you for being my kakak selama tiga tahun ini.

Dan tak sanggup lah nak berpisah . Tak ada tempat nak bermanja dan bercerita dah :(


========

p.s: Hey you, fathiyyah. Belajo belajo :D


Tuesday, November 2, 2010

Baru Tahu




Baru tahu, yang kerajaan Siam dahulu menjadi sangat hormat kepada kerajaan Melaka, kerana China sudah memberi naungan kepadanya . Dah tak perlu hantar ufti dah kepada Siam.

Baru tahu, warna kuning yang menjadi lambang diraja tu semua asalnya adalah dari China

Baru tahu, yang permaisuri China waktu itu dipercayai adalah seorang muslimah.

Baru tahu, yang kapal dagang Panglima Zheng He atau Cheng Ho itu adalah empat kali ganda lagi besar dari kapal penjajah Vasco Da Gama dan Christopher Columbus.

Baru perasan, yang selama 5 tahun belajar sejarah di sekolah, tak dapat tadabbur alam seperti yang sepatutnya

Sekarang sudah nampak kaitan, bahawa hebatnya ekonomi China sekarang mampu memberi impak yang positif kepada perjuangan di Palestin

Baru nampak bahawa hubungan diplomatik itu sangat berguna. Contohnya sangat jelas bila Israel tidak boleh buat-buat tak dengar bila Turki mengutuk Israel dalam isu Palestin .

Baru tahu juga baru-baru ini, bahawa kerajaan Turki sekarang sudah mula digelar sebagai
'the New Ottoman'

lalu apa, sudah makin jelas bahawa janji Allah itu benar kan. Bahawa jadi tukang tengok atau mahu jadi titik-titik kecil kemenangan Islam?

baru sedar setelah lama tidak kena 'ketuk' yang lepas habis je exam commed ni, kena banyak membaca, dan lebih banyak menganalisis sejarah dan isu-isu semasa

==================


Sangat terasa teruja dengan puisi ini, yang telah dibacakan oleh pemimpin
Recep Tayyib Erdogan kepada umum sehingga beliau dipenjara selama 4 bulan sebelum beliau menjadi PM turki

Erdogan's modified beginning Original beginning
"Mosques are our barracks,
domes our helmets,
minarets our bayonets,
believers our soldiers.
This holy army guards my religion.
Almighty our journey is our destiny,
the end is martyrdom.
....
....
—Erdogan's version.
. "Holding my rifle in my hand, keeping my faith in my heart,
I wish two things: The faith and the homeland.
My home is the army, my sovereign is the Sultan:
Strengthen my Sultan, Almighty Give him long life,
Almighty our journey is our victory,
the end is martyrdom.
....
....
—"Asker Duasi" [Prayer of the Soldier] by Ziya Gökalp[8].


Erdogan kept the rest of the poem true to the original, except that he omitted a stanza that praised the Ottoman army. The original (unmodified) poem "Asker Duası" was published in 1913 in "Towards to the People" (Halka Doğru). The poem was written during the Balkan Wars and had been meant to boost military morale. a law upheld by the Grand Chamber of the European Court of Human Rights as "legitimate" on November 10, 2005 in Leyla Şahin v. Turkey.

Erdogan was prepared to dispense with the judiciary altogether by angrily declaring, "The court has no right to speak on this issue. That right belongs to the ulema (clerics)", when this appeal was rejected.


============================


Hai engkau [hai awak]

kalau tidak mahu, katakan saja tidak mahu.

tetapi, tidak perlu lah sampai tidak bercakap benar dan berbohong

aku takkan kecil hati kalau engkau menolak.

Tapi aku bersedih kerana engkau tidak jujur dan tidak amanah terhadap diri engkau.

aku tidak minta untuk engkau menerima bulat-bulat

tapi sekurang-kurangnya fikir lah dulu sebelum buat apa-apa keputusan

fikir , fikir

 

Template by Web Hosting Reviews