[collage 1]
Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
Dear Ayu,
Dear Ayu, I just did some homework since yesterday night (just for myself) .
it was searching for morphoea.
Huhu, maybe i'm so curious, could not let this thing out of my mind (even though the commed exam is just around the corner. hoho)
i kept remembering about what we had seen when we met her yesterday.
Both of us were speechless, did not know how to respond her. At one time, she could not move her arm and one side of lower limbs. it was obvious that she's in a great pain, but yet, she still gave us such a beautiful smile, saying that she was okay.
'Allah nak uji'
===========
Before going for bed, i did opened my new 'kitab' (Kumar n Clark's) and found a paragraph about the morphoea.
(Not so many info, showing that this skin disease is so rare among people )
when i finished reading it, i felt like want to cry in silent without knowing why.
i kept recalling back what she had said to us.
'kite takut nak balik malaysia.Takut tak dapat balik mesir, sambung belajar macam biasa '
she's so strong, isn't she?
-----------------------------------
Morphoea is confined to the skin and usually presents in children or young adults.
There are areas of thickened and hardened skin, due to excessive deposition of collagen
Morphoea is an uncommon condition (1 in 1000 people)
-wikipedia-
It is commoner in females, and the cause is unknown
(Kumar n Clark's)
Unfortunately, there is no available treatment effective treatment for most cases of morphoea.
Occasionally the following are found helpful:
- Topical calcipotriol
- Methotrexate
- Systemic steroids
- Intralesional steroid injections
- Photochemotherapy or phototherapy with UVA1
- Long courses of oral penicillin or tetracycline antibiotics
- Ciclosporin
- Colchicine
- Pentoxifylline
- Penicillamine
- Diphenylhydantoin (phenytoin)
and fortunately, the syndromes do not involve internal organ disease and are rarely associated with vasospasm (Raynaud's phenomenon)
p.s: thanks to you too, ayu and let's pray for her.
Thursday, October 28, 2010
Classic II S.E.

3M Littmann Classic II S.E. Stethoscope: All Black Edition
sekarang kena pulun study, kena kembalikan zaman kegemilangan dulu.
p.s: lawa dah. mari berusaha untuk jadi muslim doktor yang 'super'!
Mari lah kita saling mendoakan
oh cik Khai, sy tak pernah terlepas dari mengikuti perkembangan tentang kamu :)
Saturday, October 23, 2010
Ok je :)
Selalu orang pandang, baik dari jauh mahupun yang dekat.
Baik yang terserempak, terjumpa di tepi jalan
tak tahu apa yang mereka fikir, tak tahu apa yang mereka dapat simpulkan
Ramai orang bertanya, baik di depan mata atau di tempat lain.
baik di email, mesej fb mahupun formspring.
dan semuanya sangat sangat prihatin tentang diri sendiri.
semua minta kongsi apa perasaan sekarang,
'fathy ok?'
'ok ke hidup berjauhan dengan suami?'
hehe, ok je. alhamdulillah
setakat ni, belum ada masalah lagi, insya Allah.
maka, jangan bimbang. jangan risau.
aku ok :)
Tapi tipu lah kan kalau tak pernah rasa rindu.
tipu lah kalau kata tak sedih.
Lagi lah tipu kalau cakap tak teringat dia yang jauh.
cuma kadang-kadang, orang selalu cakap kita kuat.
mungkin la betul kita kuat
atau nampak je kuat.
tapi kalau tak kuat, kena buat-buat jugak kuat.
jangan nampak lemah tidak berdaya. jangan terlampau melayan emosi.
Takut nanti semua benda tak menjadi..
Sebab mana tahu kot- kot ada orang boleh jadi kuat, sebab nampak kita kuat .
Mana tahu orang dapat kekuatan dari kita, walaupun tak lah kuat mana (biasa je) :)
Dan sudah tentu yang menguatkan kita, datangnya dari Yang Maha Kuat.
Sejak dua menjak, banyak baca blog-blog tulisan orang, lagi-lagi pengalaman orang yang baru berkahwin kemudian hidup berjauhan.
Kalau dulu boleh je baca, takkan dapat bayangkan bagaimana berada di tempat orang yang menulis.
Dan dulu takkan dapat faham macam mana lainnya perasaan bila berkahwin, tetapi hidup berjauhan untuk satu tempoh masa.
(peliknya, dah halal tapi kena duduk berasingan jugak)
Tapi sekarang sudah faham, sudah rasa sendiri 'oh, begini rupanya perasaannya'
Dulu, selalu takut untuk berdepan dengan kenyataan
yang nak tak nak, kena hadapi jugak.
Suka atau tidak, kena lalui jugak.
Sebab tu memang dah ditentukan, itu yang terbaik buat masa sekarang.
Nak tak nak, kena sabar. Kena tabah. Kena kuat. Kena redha
Memang betul lah perancangan Allah itu memang yang terbaik.
Kalau dulu aku tak dilatih untuk berpisah dan hidup jauh dengan orang-orang yang aku sayang sejak kecik, mesti aku tidak menjadi diri aku yang sekarang.
Sekarang sudah tidak mahu sebut kesusahan yang aku rasa dulu, sebab jelas ia sudah memudahkan aku sekarang.
Dan detik sekarang yang sedang diuji, mesti punya hikmah dan sebab .
Mana tahu esok-esok ada ujian yang lebih berat, maka Dia sedang mempersiapkan aku untuk apa saja yang bakal aku hadapi.
betul la kata cik Ken Kenanga,
bila sudah berkahwin, dia lebih berhidup dengan dunianya sendiri.
dan bila mengamati ayat cik Ken, memang betul lah. memang benda ni pun yang aku rasa.
dan bila dah bertukar fasa ni, memang terasa lain nya.
kalau dulu selalu rasa nak keluar pegi jalan-jalan ke sana sini, kacau-kacau orang,
main-main dan gosip-gosip,
tapi sekarang sudah tidak. sekarang tak banyak cakap, banyak diam. banyak bisu.
selalu rasa nak berkurung dalam ruang sendiri. rasa nak buat macam-macam dalam bilik.
tak rasa sangat nak keluar rumah padahal dulu, aku lah orang yang paling suka keluar rumah!
tapi kena cepat-cepat sesuaikan diri, tak boleh dah macam ni.
kena jugak keluar, jumpa orang, kena jugak tanya khabar masing-masing.
kena jugak berbakti untuk orang lain, memberi dan menerima :)
Dan aku meminta maaf kepada kawan-kawan, seniors mahupun juniors di Cairo,
kalau-kalau ada yang terasa hati ke apa dengan aku sejak buka sekolah ni. Akan memperbaiki diri dengan sebaiknya
ini je lah, perkongsian yang tak seberapa. Perkongsian seposen dua.
Tak boleh lah nak anggap situasi aku sama semua dengan orang lain.
Dan aku pun tak boleh menyamakan situasi semua orang sama macam aku
Terima kasih, untuk kamu, mereka dan kalian yang sentiasa mendoakan aku
tiap-tiap orang itu unik kan. Kuatnya mereka, kuatnya dia
Kuat nya lain, tabah nya untuk ujian lain
Subhanallah!
Dan jangan lupa, doa doa doa.
Jangan sekali-kali lupa, yang Dia sentiasa bersama dengan kita,
sentiasa mendengar kita
-kak qayah-kak nini-farahin moscow- teyn morocco-
p.s: ada orang cakap 'fathy, kite nk jadikan fathy as bahan eksperimen la'
tetttttt.. nantikan siapa yang 'bakal'.. hehe
p.s lagi : RAMAI orang datang dekat dengan aku. Bagi 'hint2' tentang bestnya dapat baby. Semua dok tanya-tanya aku. 'bila fathy? bilaaa??'
Hehe, korang kahwin lah. Bestnya bestnyaaaaa dapat timang baby kawan-kawan ni. :D
Oh ya, Sanah Helwah(24/10) untuk budak kecik, Asyila.
Terima kasih kerana datang, menjadi salah seorang teman, dalam hidup saya.
Dan takkan lupa mendoakan awak, sepanjang hayat saya
Selamat Hari Lahir untuk si kecil Anfaal, Rai
Moga dirahmati, Rai sayang. Dan terima kasih kerana sentiasa menjadi diri Rai,
Rai yang sentiasa menceriakan Anfaal kita
Friday, October 22, 2010
Liya Dan Safura
L
iya dan Safura (Al Qasas : 23-28)
Penampiln dan pemakaiannya, tergambar gadis-gadis Nabi Syuaib ini,
perempuan solehah yg pandai menjaga maruah dan kedudukannya.
berbicara dgn Nabi Musa dgn penuh malu tetapi tegas dan ringkas tanpa meleret-leretkan perbualan.
membiarkn kaum lelaki menyiapkn tugas-tugasan seblm mereka memulakan tugasan utk menjaga diri dan mengelak bersesak-sesakan dgn kaum adam.
kaum hawa, sedarkah kalian, bahawa kita begitu berharga?
berbicara dgn Nabi Musa dgn penuh malu tetapi tegas dan ringkas tanpa meleret-leretkan perbualan.
membiarkn kaum lelaki menyiapkn tugas-tugasan seblm mereka memulakan tugasan utk menjaga diri dan mengelak bersesak-sesakan dgn kaum adam.
kaum hawa, sedarkah kalian, bahawa kita begitu berharga?
-budak akhir zaman-
:)
365 Project
Gambar di dinding fakulti. tak tahu apa maksud.
tangkap gambar sewaktu dalam perjalanan pulang dari Geriatric Home, Dokki tempoh hari
aku sedang mencari masa dan peluang untuk memulakan '365 project'. mungkin lepas end round exam, maknanya lepas raya haji
dan sangat berharap, ia bakal menjadi salah satu cara untuk aku mentadabbur alam dan manusia :)
happy birthday to my dear sister , Nisa'.
Moga dirahmati dan diberkati.
Moga hidupmu sentiasa diceriakan dengan warna warni kehidupan.
p.s: nak updet lagi senanya. Maybe today, or tomorrow. or day after tomorrow. Bi'iznillah
Wednesday, October 20, 2010
[Conteng] 3
Conteng-conteng sebelum masuk tidur
=================
Rugi betul, kalau dah enam tahun belajar di mesir tapi tak reti-reti baca buku arab. apatah lagi nak menulis.
paling rugi, bila tak pandai baca buku arab,maka akan kurang lah rasa nak mendalami ilmu agama. rasa kurang teruja. Sebab semua ilmu tu banyak dalam bahasa arab. dan kalau kita rasa ilmu agama itu penting dan nombor satu, mesti semua berlumba nak nak belajar arab.
sia-sia enam tahun kalau tak guna betul-betul. sia-sia kalau belajar enam tahun, tapi tak guna peluang yang ada betul-betul.
dunia kita sekarang memerlukan mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan agama mereka dan mendalaminya. sebab ini amanah, amanah dari ramai orang. supaya nanti balik, boleh tolong orang fahamkan tentang agama.
supaya nanti esok-esok kena soal, ada modal nak jawab apa depan Allah dengan macam-macam soalan, siap dengan ganjaran dan balasan.
sebab tu sangat-sangat perlu belajar bahasa arab. belajar bahasa arab bukan setakat senang nak cakap dengan patient je. bukan setakat supaya senang nak tawar menawar dengan pekedai barang cendera mata atau bergaduh dengan pak cik pemandu teksi untuk elak ditipu
maka, amik la kelas arab. kelas arab fushah.
belajar lah sungguh-sungguh.
kita (aku) ada 3 tahun je lagi. 3 tahun tu sekejap. sangat
======================
engkau tahu, tarbiyah (kalau engkau allergic dengan perkataan2 'berat' macam ni, boleh la engkau sebut tarbiyyah ni sebagai didikan) yang kita dapat bukan setakat bila kita belajar di negara mesir, atau dapat tarbiyyah waktu jadi budak medik. atau dapat tarbiyyah bila engkau berkawan dengan orang soleh solehah
tarbiyyah itu berlangsung sepanjang hayat. bila belajar, bekerja, berkahwin, dapat anak, sambung belajar, bukak bisnes, pencen, masuk hospital, keluar hospital dan seterusnya.
tarbiyyah ini sampai mati. prosesnya tidak pernah berhenti kerana engkau akan sentiasa cari jalan untuk mendekatkan diri engkau dengan Pemilik engkau, sampai engkau mati .
lain lah keadaannya kalau engkau sudah berputus asa dari menjejak hidayah Dia.
===============
engkau tahu, isu ini entah bila nak sudah (walaupun dah nak masuk 4 tahun berkelana di bumi ini ). balik-balik isu ni, balik-balik entry berkisar tentang perkara yang sama,
adui (tepuk dahi sikit)
setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar dan serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada
andai engkau belum lagi mampu untuk mendahulukan orang lain lebih dari engkau
( ithar), andai engkau belum mampu untuk mencapai setinggi-tinggi ukhuwah itu dengan mereka yang berada di sekeliling engkau, sekurang-kurangnya berlapang dada lah.
berlapang dada, bila orang lain berkata apa-apa. baik benda benar atau tidak
berlapang dada, bila orang tu membuat kita tertunggu-tunggu
berlapang dada, bila berselisih pendapat (engkau fikir, pandangan semua orang sama? )
cuba tolak sekejap kepentingan diri sendiri tu.
dan mari jadi muslim yang mukmin, yang takut pada Allah! (takwa)
============
engkau tahu, dunia ni lebih memerlukan daei
daei yang peguam
daei yang cikgu
daei yang pensyarah
daei yang engineer
daei yang pemandu teksi
daei yang doktor
daei yang penulis buku
daei yang technician
daei yang kuat, dan tidak mudah lemah
daei yang sentiasa kembali bertaubat, bila berbuat kesalahan dan maksiat.
=======================
ni conteng ke luahan perasaan?
dah la panjang. huuuu, ma'a lisy . erk... asifah jiddan!
to mr umair, jumpa lagi untuk berdiskusi panjang di alam maya.
ok ok, masuk tidur.
salam
Monday, October 18, 2010
18
Daripada Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdurrahman,
Mu'adz bin Jabal (r.a),
bahawa Rasulullah (s.aw) bersabda :
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada,
dan susuli lah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan,
pasti ia akan menghapuskannya ,
dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik "
[At Tarmidhi]
Hadith 18, dari Hadith 40
Bertakwa lah engkau, takut lah engkau kepada Allah, di mana saja engkau berada. Baik engkau berada di tengah-tengah orang, mahupun ketika seorang diri. Kerana tidak cukup beriman sahaja, tanpa memakai pakaian takwa.
Telah dipesan kepadaku, bahawa bila berbuat dosa, tidak perlu untuk menceritakan kepada orang lain. Biar kita dan Allah saja yang mengetahui tentangnya.
Bertaubatlah, selagi mana engkau masih boleh menyebut namaNya,
selagi roh engkau masih mengisi jasad yang telah diamanahkan
Dan sungguh, keampunan Allah itu seluas langit dan bumi yang telah diciptakan
sungguh Allah itu sangat dekat, malah lebih dekat dari urat lehernya (Qaf:16).
dan Allah Maha Tahu bila yang lain tidak tahu,
Allah Maha Tahu semua apa yang kita mahu,
dan bergaullah sesama manusia, dengan pakaian akhlaq Islam.
kerana kita yakin dan beriman kepadaNya,
maka kita tunjukkan cantiknya Deen yang kita imani ini,
untuk diamalkan oleh seluruh makhluk bumi,
sebagai tanda bahawa kita tunduk, dan patuh hanya kepada Dia.
bersabar lah, walaupun mungkin engkau mula rasa lelah untuk bersabar
bersabar lah, bersabarlah!
mungkin Allah belum tunaikan apa yang engkau harapkan adalah kerana Dia mahu berikan pahala sabar untuk engkau banyak-banyak.
Jangan mudah goyah, jangan mudah berasa lemah
kerana engkau adalah harapan ummah
minta lah, mengadu lah, tetapi hanya pada Dia.
bersabarlah (dan aku benar-benar maksudkannya)
Friday, October 15, 2010
Geriatric Home
aku dipilih untuk berada dalam kelompok 11 orang yang akan menemu bual
pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik di pusat jagaan orang tua di Dokki.
dalam van, aku agak diam. tak banyak cakap. rasa excited pun tak sangat. banyak benda dalam kepala.
mungkin jugak sebab aku rasa sangat berdebar sebab tak terbayang keadaan aku nanti yang agak pelat dalam berbahasa arab ammi (sigh).
' nanti diorg faham ke apa yang aku tanya?'
yang lagi risau, takut tak faham apa yang diorg cerita. kang terkontang kanting menulis laporan dalam buku nota.
ish, belum apa-apa lagi dah fikir negatif. positif positif. Optimis lah!
apa pun, aku berserah dan bertawakkal.
setelah menempuh kesesakan yang sudah biasa alami (maklumlah, sudah nak masuk 4 tahun hidup di sini), maka sampai juga lah kami di sana . Bangunan dua tingkat, senyap, sunyi.
Nampak dah seorang pak cik dan seorang mak cik yang sedang berehat di ruang luar rumah. Doktor yang mengiringi kami pun menarik sorang-sorang dari kami.
dan akhirnya, tinggal lah aku dengan doktor. menjadi orang terakhir yang ditarik tetapi bertuah kerana mak cik yang aku jumpa hari tu, sangat peramah.
bak kata doktor 'she's so sweet. i like her very much. you should enjoy it ok'
and i did enjoy the visit! siap mak cik tu berpesan supaya datang lagi, lawat dia bila punya masa lapang. huhu.
tapi lupa amik gambar (teruk kena gelak dengan kawan-kawan, sebab bawak kamera berat2 dalam beg, tapi tak amik gamba)
alhamdulillah, alhamdulillah. semakin hari, semakin enjoy dengam medik. bila sudah start jumpa-jumpa dan bergaul dengan orang luar, semakin terasa best belajar medik. Beban untuk belajar subjek medik yang banyak tu tetap ada, tapi sekarang perasaannya lain. Semakin seronok, makin puas hati bila balik dari kuliah walaupun badan memang penat, lenguh dan cepat mengantuk.
sebab nanti jadi doktor, kita bukan setakat berurusan dengan mesin jantung,scalpel, ubat-ubat bagai, tapi yang paling penting adalah kita akan 'deal' dengan orang. Orang yang punya hati dan perasaan. Orang yang keadaannya yang tidak sihat, jasadnya kurang bermaya, fikirannya dah mula rasa beban
Sebab tu kita kena sentiasa belajar untuk bersabar. Dan hadapi semuanya dengan kuat. Kena cepat-cepat sesuaikan diri dengan kesibukan, kepenatan, kurang waktu untuk berhibur.
Sebab nanti tak lah rasa terkejut sangat bila betul-betul bekerja dan berkhidmat untuk orang.
Kan dah janji nak jadi doktor, untuk tolong orang? :)
dan Mesir sudah banyak melatih aku dengan sifat sabar dan kuat ini. Thank you!
Kerana aku sudah meniatkan segala penat dan lelah ini hanya untuk Dia, untuk meringankan beban orang lain, kepuasan untuk diri sendiri itu adalah satu bonus, maka aku yakin Dia tidak akan mensia-siakan semua ini, kan?
:)
Wednesday, October 13, 2010
NIkmatnya hidup
Kaki kiri terseliuh. dan banyak punca.
Punca pertama, terjatuh sewaktu mengejar teksi murah untuk pulang ke rumah. Yang lagi best, waktu itu aku memakai sandal em, saiznya lebih besar dari saiz kaki aku dan tapaknya agak tinggi! maka, agak kurang stabil di situ. kaki 'berlipat' dan jatuh terduduk
Punca kedua , sewaktu perlawanan pertama netball menentang pasukan ain shams (Cairo Sports Day). Main posisi C. Menjadi agak aktif dan ligat di atas padang , lalu dikawal dengan rapi oleh dua orang dari pasukan lawan. Jatuh bila lompat untuk tangkap bola, dan kaki kiri lagi menjadi mangsa perlawanan tengahari itu. seterusnya, menangis lah aku mengerang kesakitan. ish ish
Punca ketiga ,
jalan dengan agak laju sehingga tak sedar kaki kiri tersangkut pada lubang berbatu sebelum masuk kelas community medicine. Jatuh terduduk lagi. adui, Terhencut-hencut naik tangga dan terpaksa berlakon tiada apa-apa di hadapan kawan-kawan.
akhirnya, aku belum lagi jumpa doktor atau mak cik tukang urut atau pergi menjadi pesakit kepada kakak yang terer buat x ray. Bagus.
akibatnya,
Tak boleh lari-lari dah. kalau tidak, akan merana kesakitan lagi.
maka,babai bola jaring, Babai Centre (C). Babai Cairo Uni netball club , babai basketball
selamat tinggal sukan, selamat tinggal , selamat tinggal!
hikmah nya,
semakin terasa agak sulit perjalanan hidup seharian bila nikmat kaki kiri yang dahulunya sihat mula ditarik balik.
Sama ada ia sebagai peringatan supaya tidak kufur nikmat, tidak berlaku zalim pada diri sendiri, yakni menggunakan sepenuhnya nikmat yang diberikan hanya untuk dipersembahkan kepada Dia, di akhirat kelak
atau
sebagai pengajaran supaya aku lebih bersyukur dengan segala apa yang aku ada, mengingatinya sepanjang masa baik waktu susah atau senang,
a'la kulli hal, alhamdulillah.
segala pujian hanya untuk Allah kerana aku masih mampu meneliti dan mensyukuri macam-macam hikmah walaupun ketika ini nikmat ditarik balik
nikmatnya hidup, bila semuanya disandarkan pada Allah.
dan andai aku mati di kemudian hari, moga aku mati masih dalam keadaan iman yang segar yang sentiasa menjejak redha Ilahi
takut, kalau esok mati tapi dalam keadaan sesat di saat-saat kematian. tak ada siapa dapat bagi gerenti yang esok kita masih beriman, kan?
Saturday, October 9, 2010
Treasure The Moment
Bismillah
Lagi 3 tahun lebih, akan hidup di mesir. Hidup bersama kawan-kawan, jauh di perantauan .
Dan tiga tahun bukan satu tempoh yang lama. Sekejap je rasa kalau betul-betul isi masa dengan perkara yang memberi makna untuk orang lain dan diri sendiri. Baru lah nak kata sebagai medic student pun ada macam-macam warna cantik dalam hidup.
Tidak lah tension memanjang.
Tapi awas, ada masa perlu berjaga-jaga dalam seronok-seronok. Senang cerita, besederhanalah. Jangan lupa apa tujuan hidup sebenar kita, dan perlu sentiasa sedar diri bahawa kita sedang sedang memikul amanah yang besar.
Dulu (to be specific, when i was in first year) pernah dan selalu merungut sebab rasa belajar medik di mesir dalam masa 6 tahun adalah satu jangka masa yang sangat lama. Tapi sekarang sudah tidak. sekarang kami betul-betul berada di pertengahan perjalanan dalam bergelar doktor (amin!)
Detik demi detik, masih berbaki 3 tahun juga lah aku akan hidup bersedih bergelak ketawa, bercerita bersusah dan bersenang bersama mereka
akan merindui untuk bermanja dengan mereka yang lagi tua dan matang dari aku, dan bakal merindui juga untuk memanjakan mereka yang lebih muda
nanti tak nak bawak balik hanya dengan segulung ijazah, tapi juga akan pulang dengan seribu kenangan untuk sepanjang hayat. Sudah semakin jelas hikmah-hikmah mengapa aku dipilih untuk berada di mesir. Sudah semakin nampak betapa cantik nya 'mutiara-mutiara di sebalik debu-debu mesir' :')
(ke skema an ayat yang tak dapat dielakkan. i'm sorry)
let's treasure the moment
ken kenanga @ double A
ini Ibrahim. orang turkmenistan
ini kak qayah.
'geng baru' aku.
Oh ya, aku sekarang gembira, bahagia, lebih tenang, dan tidak pernah sunyi .
Maka 'orang malaysia' boleh lah menarik nafas lega dan tidak bimbang dengan keadaan aku sekarang. mungkin ini semua atas doa semua orang juga :)
Orang kata, sudah halal, maka boleh lah merindu dalam tenang . Merindu dalam redha :)
Di bawah label
best friends,
love,
myself,
precious
Wednesday, October 6, 2010
Shera, this is for you :)

Shahirah (right) with her gud friend, Huda :)
Aku berdiri terpacak di hadapan ruang kedai itu. 'Dres'. Benda apa pulak dah ni .
" Fathiyyah, come here "
Auntie Ruby panggil aku yang waktu itu agak blur dengan keadaan sekeliling.
" This is Fathiyyah. You all buat la apa-apa yang patut dengan dia. Tapi i nak extra care ya , sebab fathiyyah tak pernah pergi tempat macam ni. She's my daughter's bestfriend , i treat her like my own daughter "
Yep, nama anaknya Shahirah. Kawan baik dan jiran yang paling rapat sejak aku kecik sampai sekarang. Sangat peramah dengan orang tua, sangat banyak cakap dengan aku (cakap tanpa henti), sangat suka mencubit dan sangat-sangat suka membuli aku.
Kalau rasa bosan duduk rumah, rasa nak panjat bukit, 'merentas hutan' , main jaga-jaga kucing, kejar -kejar anjing (sebenarnya kena kejar dengan anjing , takde kerja), akan selalu tekan loceng rumahnya, ajak keluar main! selalu sleep over di rumahnya masa cuti sekolah , bercerita sampai tak sedar bila masing-masing lena.
Kami banyak minat benda yang sama. Erk, kecuali bab kucing. Shahirah sangat gilakan kucing.
Dan reaksi pertama Shahirah bila aku beritahu dia bahawa aku akan bertunang dan berkahwin waktu usia muda
'ko gila ke apa?'
hehe
Shahirah anak datuk, but she's so humble. Dan disebabkan itu, aku sangat menghormati dia . Aku belum pernah tulis tentang Shahirah bukan? mungkin sebab dia terlalu istimewa and i love her.
"and she's going to get married end of this week. So i nak fathiyyah nampak extra beautiful nanti"
Adui, tersipu malu aku dibuatnya. Cover sikit, tersengih je la.
" Ok, Datin " jawab mereka
Aunty ruby menarik dan memandang aku dengan penuh kasih sayang.
"Enjoy your 'wedding present'. Ni je lah yang aunty mampu bagi untuk ur wedding "
Terus aku bersalam and peluk Shahirah's mummy sambil bergenang air mata .
'thank you very much, aunty '
============
Shera, this is for you :)
and i am sorry, sebab tak kasi ko can langsung utk kawen dulu :D
Di bawah label
best friends
Monday, October 4, 2010
Episod 4
Bismillah
Rasanya perjalanan sepanjang bergelar budak medik tahun 3,2010 adalah yang paling mencabar yang pernah aku hadapi.
Dengan satu satu ujian yang datang. Ujian yang buat aku sedih, gembira, suka dan duka.
Tapi bila sudah sampai penghujung tahun 3 dan diumumkan dengan rasmi bahawa aku layak naik ke tahun 4 , sangat terasa bahawa Allah itu sentiasa ada.
Manisnya hidup kalau betul-betul berhidup untuk Dia,berserah semuanya kerana kita milik Dia
Sudah berada di Cairo. Sudah berpisah fizikal buat sementara dengan dia dan mereka untuk memulakan episod baru yang mudah-mudahan lebih memudahkan dan hati menjadi lebih tenang.
Mengucapkan selamat tinggal semalam perasaannya macam sama sewaktu emak tinggalkan aku bersekolah di asrama dulu.
Hai hai tahun 4, tahun klinikal.
Jumpa lagi nanti, orang di sana :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




