Bismillah
Hati-hati dengan niat, yang terlintas di dalam hati kita. Awal-awal lagi niat kena tendang, Allah pun tak pandang kalau tak luruskan niat.
Hati-hati dengan lidah, Kita mungkin akan kata kita hanya 'bercerita' atau nak ambil pengajaran dari kisah orang atau kita kononnya sedang berbincang untuk menyelesaikan masalah orang tapi kita mungkin tak sedar yang kadang-kadang benda tu mungkin boleh membanyakkan lagi amalan buruk kita. Pengakhiran orang yang tidak menjaga lidah atau orang yang berkata tetapi dia tidak buat (cakap tak serupa bikin) adalah kemurkaan dari Allah (As Soff : 2&3)
Berhati-hati lah. Kita mungkin rasa kita sudah cukup baik. tapi jangan perasan. Entah-entah kita bukan sesiapa pun di sisi Dia
Nauzubillah
Wa astaghfirullah
Thursday, September 30, 2010
Monday, September 27, 2010
Примечание для Kerteh
Bismillah
Salam alayk.
Dua entri dalam sehari manakala Ogos dan September telah menyaksikan penyusutan enrty fti. hehe
orait, conteng-conteng sikit untuk Kerteh. Sebab tak tahu hari esok-esok akan sempat ke tidak untuk FTi
Isnin, hari terakhir di Kerteh dan esok pagi-pagi akan bertolak ke KL.
Akan merindui jalan-jalan di Kerteh yang lurus dan langsung tidak sesak, bahangnya pada waktu tengahari, dan pemandangan kawasan perumahan di sini yang terdiri daripada Rantau laut yang letaknya di sebelah laut, rantau bukit dan rantau paya di sebelah daratan.
akan merindui pemandangan kawasan perindustrian Petronas. Walaupun pada waktu siang, ia hanya terdiri daripada besi-besi putih yang besar dan tinggi-tinggi dan nampak tak ada apa-apa menarik pun. Tapi waktu malam ia nya sangat cantik, sama macam pemandangan pusat perindustrian Petronas Gebeng yang boleh dilihat menerusi Lebuhraya Pantai Timur.

Akan merindui pantai Paka dan pantai Kemasik
Akan merindui kepok lekor, air nyior , main layang-layang dan aktiviti pukul-pukul gambar, main-main air di tepi pantai
Dan sudah tentu akan merindui orang-orang sini yang cakap bahasa teganu sepanjang masa :)
Hari ni juga, kali terakhir pada tahun ini melihat orang itu pakai uniform kuning dan but besar ke tempat kerja.
:)
Di bawah label
love
< 3
The majlis was simple but wonderful




The 'hantaran' and flowers by Abang Long,
The 'inai' by emak, kak Aishah n adik
Last but not least,
the photos by Bro Acai
(love them all)
The 'inai' by emak, kak Aishah n adik
Last but not least,
the photos by Bro Acai
(love them all)
Sunday, September 26, 2010
[conteng] 2 ~D-Villa~

"Farah!"
Aku berpaling. Pusing elok-elok sikit Farah. Sopan sikit. Jangan jadi macam hari tu. Punya lah terkejut ada orang sergah dari belakang, sampai aku nak langgar tiang sebab membebel sorang-sorang
Aaaah, kenapa dia ni lagi. Dalam banyak-banyak kawan abang aku, apa pasal dia jugak yang rajin menayangkan muka depan aku. Nasib baik hensem. Kasi can. ke aku perasan. Oh tolong Farah. Jangan perasan
"Hurmm?"
"Nak balik dah?"
"hurmmmm... anything abang Kamal? "
Abang Kamal, kawan abang. Depan-depan panggil 'abang'. Dalam hati, aku gelar dia sebagai
'pak cik'
"Pass kan benda ni kat abang Farah ya. Dia tertinggal tadi dalam kelas. "
Dia hulur CD Westlife. Aku ambil malas-malas. Terbeliak biji mata sekejap. Berani gila abang bawak benda alah ni pergi sekolah. Tak takut kena tangkap ke? Kena sound dengan cikgu displin yang garang tu bukannya syok sangat.
" Minggu lepas abang Kamal pinjam CD ni dari dia Takut kantoi dengan Cikgu Masyitah pulak. Farah tolong bawak balik ya "
Lagi satu kes, kenapa lah abang aku gila sangat Westlife. Kalau Hoombastank ke, Blink 182 ke Linkin Park ke ok lagi. Abang oh abang. so tak macho
"Farah, dengar tak?"
"OOps, sorry. Dengar dengar. okeh. Thank you abang Kamal "
"No problemo. Nak balik dah?"
"Haah, Bas sekolah kat depan tu dah hon-hon. tak ada pape lagi kan. me got to go! "
aku mula angkat kaki. Janganlah dia panggil nak mintak tolong apa-apa lagi.
"Farah, kejap!" Apa lagiii pak cik ni. Nak kena pergi dah la.
"Take care ya "
"Okey " whatever pak cik. saya kena pecut ni. Pak cik tak pe lah pak cik ada driver datang amik.
apa lagi, aku berlari sekuat hati menuju ke bas warna oren . Mujur jadi ratu pecut. eh silap, timbalan ratu pecut. Kalau tidak, nanti Pak Cik Nordin tinggalkan aku! uwaaa,Tak sanggup naik bas awam mini yang kecik itu untuk balik rumah
Pakcik Nordin, tungguuuuuuuuuu Farah!!
*D-Villa
June 22, 2010*
p.s: Ummi, Khai, macam pernah baca je kan benda ni. Hehe
Friday, September 24, 2010
After Every Rainfall Must Come A Rainbow

By Outlandish
(For Pakistan)
(ISAM)
Some people in our world today
Can dream and wonder why
Some people in our world today
Can only wait to die
Empty my conscience for your love
A bouncing finger lets me know I’m alive
& its still rains outside my window
Rains outside my window
Still rains outside my window
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes be so absurd
So I cry my heart out Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Uh
Some people got it bad
Sum people got it worse
Since the day of the birth
Everyday end of earth
Live to die another day
Sure I say “congratulations”
But désolé
If the roof should come down today
Rest assure I’m there to wipe away the dirt with pure intention
Some corrupt
Brought a lil bag of hope
What’s up (?)
(ISAM)
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall
Must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I can’t run, I can’t hide
The struggle only makes us stronger tonight
(ISAM)
If I don’t find u here
Said if I don’t find u here
I hope to find u way up there
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Ansoo hain, behne do
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
[TRANSLATION]
after each drop the sun rises,
Some people in our world today
Can dream and wonder why
Some people in our world today
Can only wait to die
Empty my conscience for your love
A bouncing finger lets me know I’m alive
& its still rains outside my window
Rains outside my window
Still rains outside my window
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes be so absurd
So I cry my heart out Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Uh
Some people got it bad
Sum people got it worse
Since the day of the birth
Everyday end of earth
Live to die another day
Sure I say “congratulations”
But désolé
If the roof should come down today
Rest assure I’m there to wipe away the dirt with pure intention
Some corrupt
Brought a lil bag of hope
What’s up (?)
(ISAM)
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall
Must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I can’t run, I can’t hide
The struggle only makes us stronger tonight
(ISAM)
If I don’t find u here
Said if I don’t find u here
I hope to find u way up there
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Ansoo hain, behne do
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
[TRANSLATION]
after each drop the sun rises,
after each note a song
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Ansoo hain, behne do
[Translation]
they're tears, let them fall
(ISAM)
I said every rainfall must come a rainbow.
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
(WAQAS)
Ansoo hain, behne do
[Translation]
they're tears, let them fall
(ISAM)
I said every rainfall must come a rainbow.
Di bawah label
Lyrics
Akhawat
Salam
Beraya di rumah pak cik dan mak cik di Kemaman tempoh hari . Dan bertemu beberapa orang akhawat . Masing-masing sudah punya zauj, dan masing-masing juga bakal menjadi seorang ibu.
Terkesima dan terpesona dengan semua akhawat tu.
Dengan lemah lembutnya, dengan budi bahasanya, dengan rendah diri pada orang yang lebih tua, dengan matangnya, membuatkan aku jadi segan tahap tak ingat.
Moga aku tergolong sebagai salah satu 'seindah perhiasan di dunia'
Thursday, September 23, 2010
Kemasik
Alang-alang di Kerteh, Khai mencadangkan aku agar melawat Pantai Kemasik, tempat beliau main-main waktu kecik-kecik dulu (kot) sebelum pindah Gombak :)
Katanya
'pantai tu cantik'
:)




Sini ada banyak rantau. Rantau bukit, rantau laut, rantau paya. Boleh bayangkan kehidupan Khai dan Aliah sebagai anak-anak petronas yang tinggal di rantau-rantau ini. Hehe
Yang menjadi tumpuan penduduk Kerteh, sudah tentunya Mesra Mall, pusat membeli belah milik KLCC Holdings (own by Suria KLCC) . Struktur bangunan pun ala-ala macam KLCC.

Oh ya, jangan kata di Abbasiyah,Cairo saja ada restoran Bangkok. Di Kerteh pun ada! :)
Weekend ini akan balik Gombak . Akan singgah di Chukai, untuk makan satar
p.s: Alhamdulillah. Segala dan semua pujian hanya untuk Allah.
Bak kata Rai, 'mari jadi hamba yang benar-benar bersyukur ! '
Sunday, September 19, 2010
Diari, Journal dan Blog
Dah lama tak tulis panjang...
Bismillah
Ada orang suka menulis. Ada orang suka membaca. Ada orang suka tulis dan baca. Ada orang suka baca dan tinggal komen lagi. Ada juga orang yang suka baca senyap-senyap. hurm. silent reader?
Ada orang suka baca tulisan panjang-panjang. Ada orang suka scroll down je, sambil-sambil tengok gambar. Apa pun, manusia ni unik kan. Rambut mungkin sama hitam, sama perang, tapi hati dan citarasa masing-masing tu lain. subhanallah!
dulu suka tulis-tulis dan conteng-conteng. Kalau dalam kelas masa sekolah dulu, bila dah hilang fokus sekejap dekat cikgu di depan, mula lah tangan naik gatal-gatal nak tulis conteng macam-macam. Pada kertas conteng, muka surat yang sedang belajar etc. dan buku yang biasa jadi mangsa conteng -> Sejarah tingkatan empat :D
Pernah tulis diari untuk hadiah diri sendiri. Pernah miliki journal suatu ketika dahulu sebab patut pada arahan cikgu Bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi prestasi dalam subjek tersebut. Dan sekarang mempunyai blog untuk aku tulis dan dikenang bila sudah sibuk dan tua-tua esok-esok.
Aku suka menulis dan mengerti kenapa aku menulis. Maksudnya, menulis bukan untuk saja-saja. Tak kisah lah menulis untuk catatan peribadi untuk kenang-kenangan ke, menulis tentang kebaikan orang, perkongsian ilmu dan maklumat, cerita tentang pengalaman di tempat baru atau apa-apa.
Sebab hidup ini untuk memberi, kan?
Kadang-kadang bila menulis, kita sedang berlaku jujur dengan diri sendiri. Bukan buat-buat, tidak reka-reka. Tapi perlu berpada-pada juga dalam menulis. Jangan pula terlalu jujur dengan orang luar, lebih-lebih lagi mereka yang langsung-langsung tidak pernah mengenali kita.
Senang cerita, bersederhana lah.
Dan kadang-kadang pelik dengan orang lain dan diri sendiri, bila baca sesuatu entri yang ditulis tetapi tidak faham kenapa dia, mereka dan aku menulis macam tu.
====================
Kisah aku,diari, journal dan blog
Diari Kuning
Sampai bila-bila, takkan lupakan diari kecil warna kuning. Mula tulis sejak habis UPSR sehingga naik tingkatan tiga di Naim Lilbanat, KB. Paling aktif menulis waktu form 1 dan form 2, lepas segala ketidak puas hati waktu itu, kerana di'campak' bersekolah jauh dari Gombak.
Cerita tentang cita-cita, kakak-kakak senior, juniors, pendapat tentang orang berlainan jantina dan lain-lain.
Waktu form 3 sudah mula malas-malas tulis, sebab sibuk dengan kawad, netball dan PMR.
Diari kuning milik yang tak berapa lawa, dan konpem tak ada siapa yang teringin nak baca. Letak la mana-mana pun, sebab rupanya yang langsung tak macam diari. Tak macam diari adik, yang tersimpan kemas dalam kotak-kotak dia (baca : berkotak-kotak maksudnya adik ada banyaaaak diari). dan diari adik tu siap bermangga kunci. Tapi dia tak pernah perasan yang aku selalu intai kat mana dia simpan kunci diarinya. Hehe
Dan diari yang paling best, adalah diari emak. Dengan bahasa emak yang sastera dan gaya keibuannya, dengan tulisan tangan 'cursive writing' nya, membuatkan aku terleka sekejap dengan keseronokan cerita hidup emak, bila segala tentang kami waktu kecil direkodkan dalam diari kecilnya.
kalau buku nota arwah atuk lagi la penuh nostalgia. Siap tulis tarikh bila kami mula merangkak, bila mula pandai jalan, bila dah pandai cakap pot pet pot pet . huuu, rindu atuk!
Tak tahu pergi mana entah diari kuning tu. Sudah dibakar ke? atau dibuang? atau dijual kepada uncle 'paper lama' yang boleh kata every week lorinya datang 'bersiar-siar' di kawasan rumah besertakan bunyi siren yang agak bingit?
Journal Biru
Buku biru kesayangan. Mula tulis waktu naik tingkatan lima di Kisas. Buku ini sangat berprestij untuk aku sebab ia satu-satunya buku yang memuatkan tulisan aku dalam bahasa inggeris. (Susahnya aku nak tulis dalam BI)
Dan kata adik, buku tu sampai sekarang jadi sumber rujukan, idea dan inspirasi untuk dirinya yang sedang amik BEN di UIA.
achuh, apa la yang ada sangat dalam journal tu, dik.
FTI blog
Apa lagi yang mahu diceritakan lagi tentang sejarah Fti ni selain menyatakan bahawa tujuan asalnya adalah perkongsian hidup aku sepanjang belajar medik di Mesir.
( sekarang dah lari sikit dari tujuan asal, sebab dekat Malaysia pun tulis blog)
dan juga sebagai terapi diri. Yang penting, jangan jejaskan benda-benda lain (study, family etc)
Dan kalian menulis kenapa?
Di bawah label
myself
Saturday, September 18, 2010
Teluk Ketapang
Bismillah
Beberapa hari yang lepas, menghubungi keluarga di gombak. Meriah sekejap handphone emak, sekejap-sekejap ia di pass kan kepada semua orang. Bila sampai giliran abang long, aku katakan padanya
'abang long , thia di seberang takir!'
terus abang long suruh orang yang berkenaan bawak aku pergi makan sotong celup tepung, di teluk ketapang , dekat-dekat dengan seberang takir, kuala terengganu.


Sudah kenyang makan, kami menghabiskan petang untuk bermain layang-layang hakmilik cucu-cucu tok tokki :)
Dah lama tak main layang-layang. Entah umur berapa, ingat lagi main lari-lari dengan jiran di kawasan rumah semata-mata nak kasi benda alah tu terbang di awan biru. Tapi tak pernah berjaya.
Dan petang hari tu, angin bertiup kuat. Tak de kena lari kejar-kejar apa , jalan biasa-biasa. Tengok-tengok sudah siap melayang. Bak kata orang tu 'tak mencabar langsung'


Currently in Kerteh. Seminggu di sini sebelum pulang ke Gombak dan Cairo :)
take care people!
Salam
Beberapa hari yang lepas, menghubungi keluarga di gombak. Meriah sekejap handphone emak, sekejap-sekejap ia di pass kan kepada semua orang. Bila sampai giliran abang long, aku katakan padanya
'abang long , thia di seberang takir!'
terus abang long suruh orang yang berkenaan bawak aku pergi makan sotong celup tepung, di teluk ketapang , dekat-dekat dengan seberang takir, kuala terengganu.

nyum nyum. kerak-kerak ini rasanya tak ubah seperti kerak pisang goreng

Sudah kenyang makan, kami menghabiskan petang untuk bermain layang-layang hakmilik cucu-cucu tok tokki :)
Dah lama tak main layang-layang. Entah umur berapa, ingat lagi main lari-lari dengan jiran di kawasan rumah semata-mata nak kasi benda alah tu terbang di awan biru. Tapi tak pernah berjaya.
Dan petang hari tu, angin bertiup kuat. Tak de kena lari kejar-kejar apa , jalan biasa-biasa. Tengok-tengok sudah siap melayang. Bak kata orang tu 'tak mencabar langsung'


Currently in Kerteh. Seminggu di sini sebelum pulang ke Gombak dan Cairo :)
take care people!
Salam
Thursday, September 16, 2010
Cerita-cerita Raya
Salam :)
Banyak cerita. Banyak kisah. Banyak suka.
tahun ni, sederhana. no baju raya baru, no kasut raya, no tudung-tudung raya.
Balik kampung di pantai timur. Berkonvoi but without kak long. Kesian kak long yang tak dapat cuti banyak untuk raya tahun ni.
Tapi yang paling best adalah bila jumpa balik semua sepupu sepapat, dua pupu, tiga pupu, sedara jauh, sedara dekat, yang dulu-dulu suka main kejar-kejar, main gigit-gigit tangan, 'gocoh2' sekarang semua sudah besar panjang dan lebar. Yang lelaki semua dah hensem dan macho-macho. Yang perempuan sudah terserlah keayuan, rajin melayan tetamu dan malu-malu bila bertanyakan keadaan diri masing-masing (erk, tapi bila bab menuntut duit raya, hilang habis dah semua malu. hehe)
tahun ni tahun pertama kasi duit raya. erk, sebenarnya aku mewakilkan orang untuk beri duit raya. giliran aku tunggu bila dah grad nanti insya Allah. dan untuk pertama kalinya, aku sudah tidak layak menerima duit raya. ok, sudah mula menerima hakikat. Poket sedikit kosong tahun ni :D

dan raya tahun ini, kami menerima berita sedih dari Gombak. Kejadian yag menyayatkan hati terpapar di akhbar-akhbar tempatan, mengejutkan semua. Berita-beriya yang mula disiarkan bermula pada raya kedua sampai sekarang. Dan kata emak, arwah ada singgah ke walimah kami hari tu, lewat petang. terkilan, sebab tak dapat bertemu dengan arwah buat kali terakhir
Kami sekeluarga akan sentiasa mengenangkan arwah yang sangat-sangat baik dengan jiran tetangga.
Hanya Allah mampu balas, dan semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan beriman di sisiNya Ameen.
Al Fatihah
p.s: bersiap-siap tanpa teragak-agak. untuk puasa enam :)
Banyak cerita. Banyak kisah. Banyak suka.
tahun ni, sederhana. no baju raya baru, no kasut raya, no tudung-tudung raya.
Balik kampung di pantai timur. Berkonvoi but without kak long. Kesian kak long yang tak dapat cuti banyak untuk raya tahun ni.
Tapi yang paling best adalah bila jumpa balik semua sepupu sepapat, dua pupu, tiga pupu, sedara jauh, sedara dekat, yang dulu-dulu suka main kejar-kejar, main gigit-gigit tangan, 'gocoh2' sekarang semua sudah besar panjang dan lebar. Yang lelaki semua dah hensem dan macho-macho. Yang perempuan sudah terserlah keayuan, rajin melayan tetamu dan malu-malu bila bertanyakan keadaan diri masing-masing (erk, tapi bila bab menuntut duit raya, hilang habis dah semua malu. hehe)
tahun ni tahun pertama kasi duit raya. erk, sebenarnya aku mewakilkan orang untuk beri duit raya. giliran aku tunggu bila dah grad nanti insya Allah. dan untuk pertama kalinya, aku sudah tidak layak menerima duit raya. ok, sudah mula menerima hakikat. Poket sedikit kosong tahun ni :D

dan raya tahun ini, kami menerima berita sedih dari Gombak. Kejadian yag menyayatkan hati terpapar di akhbar-akhbar tempatan, mengejutkan semua. Berita-beriya yang mula disiarkan bermula pada raya kedua sampai sekarang. Dan kata emak, arwah ada singgah ke walimah kami hari tu, lewat petang. terkilan, sebab tak dapat bertemu dengan arwah buat kali terakhir
Kami sekeluarga akan sentiasa mengenangkan arwah yang sangat-sangat baik dengan jiran tetangga.
Hanya Allah mampu balas, dan semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan beriman di sisiNya Ameen.
Al Fatihah
p.s: bersiap-siap tanpa teragak-agak. untuk puasa enam :)
Thursday, September 9, 2010
syawal

moga syawal kali ini, mendekatkan lagi aku dengan Tuhanku
iman semakin bertambah, lebih kuat pabila diuji,
setelah dididik dengan Ramadhan
moga syawal kali ni ,mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluargaku
menyayangi mereka, seperti mana mereka menyayangi aku
serta lebih menghargai diri masing-masing berbanding sebelumnya
salam syawal untuk semua
maaf andai ada salah dan silap,
terkasar bahasa atau tersalah tulis
yang mampu menyinggung perasaan sesiapa yang membaca
-fathiyyah-
Tuesday, September 7, 2010
terbaik
pergi lah merantau, mengembara ke pelbagai benua
dapat main snow, tengok bunga sakura cantik2, bunga tulip yang lawa-lawa
bergambar di depan macam-macam jenis bangunan,
merantau lah di ceruk dan celah dunia mana pun,
tapi bila dapat balik rumah, buka puasa dengan ahli-ahli rumah tersayang,
dapat makan hidangan kegemaran, rasa air tangan emak dan kakak
semua tu juga lah yang TERBAIK.
untung kita kan, sebab ada rumah. alhamdulillah
ada orang, tak ada tempat nak balik,
tak ada keluarga nak kumpul ramai-ramai macam hari ni
alhamdulillah
diberi nikmat macam-macam, nak suruh kita 'buat kerja' dengan selesa.
Di bawah label
myself
Peluang Kedua
Suatu ketika dahulu Tiqah pernah memujuk , tak semua orang dapat merasai nikmatnya punya peluang kedua (she called me all the way from irbid just to make sure that i was fine at that time)
dan macam-macam kita akan fikir, bila ditimpa ujian satu persatu
setiap orang, keupayaannya hadapi ujian lain-lain.
ada orang, ujiannya adalah hidup dilimpahi dengan kekayaan,kesenangan
ada orang, ujiannya adalah sentiasa dapat top result dalam setiap peperiksaan
ada orang, ujiannya adalah tak habis-habis gagal dalam peperiksaan
ada orang, ujiannya adalah ibu bapa yang bercerai
dan untuk aku, ujiannya juga unik. ujian di 'design' kan khas untuk aku
bila mengharungi benda tu hari demi hari, aku tanam sifat sabar sikit-sikit sebab tahu sabar tu perlu dipupuk, dibaja. bukan datang zup sekaligus macam tu
hadapi ujian, tak pernah keseorangan. salah satu hikmah yang sangat jelas, adalah akan hadir insan-insan yang sanggup berada dengan kita , baik susah dan senang, ketawa dan menangis. motivasi dan dorongan tanpa henti.
sabar dalam berdepan dengan ujian. bersuka suki di luar tidak semestinya bersuka suki juga di dalam hati (erk, tapi muka aku agak transparent. haih)
melihat seseorang itu gembira, kadang-kadang buat kita terlupa yang dia mesti dah mengharungi macam-macam benda sebelum dia gembira macam yang kita lihat sekarang
aku pernah rasa best nya ada peluang kedua. untuk tebus kesilapan yang lalu dan menggandakan pahala bersangka baik dengan Allah, pahala redha serta pahala tawakkal.
moga itu tiada sia-sianya, lagi-lagi bila aku hadapinya bersama dengan ramadhan.
ramadhan kali ini benar-benar mendidik aku, benar-benar mendewasakan aku.
benar-benar mentarbiyah jiwa kerdil milik hamba ini yang hina
p.s: lama tak reply komen2 kat fti. erk, entri lama kasi sorok. dah mula rasa tak selesa bila baca balik tulisan sendiri
Monday, September 6, 2010
Terbalik
di saat malam-malam terakhir macam ni, orang-orang kat tempat aku sibuk-sibuk pegi soping di jalan TAR , buat kuih raya, jahit-jahit langsir, tulis-tulis kad raya, masukkan duit dalam sampul raya, bla bla bla.
tapi di tempat aku merantau, malam-malam terakhir begini mereka berpusu-pusu pegi ke masjid-masjid untuk beriktikaf. lagi-lagi pada malam-malam ganjil. kerana semua nak kejar Lailatul Qadr tu
kalau di tempat aku, pada malam-malam terakhir begini masjid-masjid banyak kosong.
mungkin sebab semua sibuk mengemas dan menghias rumah atau mula balik ke kampung halaman bertemu sanak saudara. Menyebabkan saf-saf di dalam masjid tinggal hanya dua tiga saf
tapi di tempat aku merantau, masjid-masjid tetap penuh seperti dalam awal bulan.
malah, semakin tiba waktu untuk ramadhan pergi, makin penuh masjid-masjid, sehingga terpaksa bentangkan tikar di atas jalan kerana tak cukup tempat! jalan raya sesak kerana penuh dengan manusia
sambutan untuk ramadhan begitu dirasai di tempat aku merantau, hatta lebih hebat sambutan dari segi 'ruh' nya, berbanding sambutan untuk raya
terbalik sungguh.
Sunday, September 5, 2010
An Nur
salam
tadi bersoal jawab dan main-main tressure hunt Al Qur'an. bertanding siapa lagi terer la kononnya. sampai suatu ketika, kami berhenti di surah An Nur
diajarkan dan diceritakan bahawa betapa An Nur ini telah disusun dengan sangat cantik dan indah ,khas dan istimewa untuk wanita
An Nur
hukuman untuk penzina-penzina, lelaki dan perempuan (100 kali sebatan)
diharamkan ke atas penzina untuk bernikah dengan orang-orang beriman
hukuman untuk mereka yang menuduh perempuan-perempuan baik berzina,
tanpa mendatangkan 4 orang saksi, adalah 80 kali sebatan
perintah kepada perempuan-perempuan untuk menundukkan pandangan,
jangan menampakkan perhiasan (auratnya),
jangan menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
perintah supaya memelihara dan menjaga kesucian dirinya
perempuan-perempuan keji untuk lelaki-lelaki keji
lelaki-lelaki keji untuk perempuan-perempuan keji
perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik
lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik
dan banyak lagi
aku pernah dengar cerita, ada seorang kakak tu sewaktu bernikah dengan suaminya dahulu, mas kahwinnya adalah si suami mengajarkan surah An Nur kepadanya
aku bertanya, 'kenapa An Nur ?'
'sebab An Nur banyak cerita tentang wanita dan perihal rumah tangga'
terkesima aku.
==============================
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.
Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus,
yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dalam kaca
(dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara,
yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya,
(yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu)
dan tidak pula di sebelah barat (nya),
yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki,
dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,
dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(An Nur : 35)
aku nak hadiahkan diri sendiri surah An Nisaa' dan An Nur.
tapi segala isi Al-Qur'an itu memang untuk aku pun,
dan juga untuk sekelian orang-orang Mukmin
p.s: fuh, kalau semua hukum Allah dilaksanakan , konfem kita takkan baca kisah-kisah menyayat hati yang ada di dada-dada akhbar sekarang
Thursday, September 2, 2010
The Most Precious

"the last 10 days of Ramadhan is the most precious moments of your life"
- SHAS Mosque, Serial Short Reminder, After 'Asr and Solat Jenazah.
the moment Ramadhan bids us farewell,
there'll be nothing near or similar to the value of it's last 10 days,
and this will last for the next 11 months.
worse yet, we never know if we'd live for more chances to come.
imagine no more gates of heaven widely open and things gradually restore to normality - regular, same days -
so these really are the best moments and the greatest opportunity to perform our best.
let us not fail !
credits : fatimah muhammad :)
Di bawah label
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)







