Tuesday, August 31, 2010

[conteng] 1



istilah engine agak sukar untuk ditafsir oleh budak medik
istilah medik pun sukar nak diteliti oleh orang yang tak amik medik
istilah dalam Qiraat lagi pening nak difahami oleh orang yang bukan ahli Qiraat

istilah dakwah pun susah jugak nak difahami, untuk orang yang tak tahu dakwah tu apa.
istilah mengajak orang kepada Dia sangat sukar untuk difahami untuk orang yang enggan kembali kepada Dia

dakwah tu untuk ustaz-ustazah je eh

tapi ada jugak mak cik jual kantin duk mengajar aku cara baca doa makan dengan betul masa aku sekolah kecik-kecik dulu.

ingat lagi ada pak guard masa dulu duk pesan, 'kat mana saja kau pergi nanti, tunjukkanlah akhlak Rasulullah'

yang lagi best, pernah sekali ada seorang mak cik arab waktu solat terawih hari tu menegur mak cik-mak cik lain supaya berhenti berborak dan pegi amik Al-Qur'an dan baca terus sementara tunggu imam

mengajar orang cara baca doa pun aku kira sebagai dakwah jugak.
berpesan supaya berakhlak mulia pun salah satu bentuk dakwah jugak
menegur orang supaya berhenti buat benda yang sia-sia pun satu bentuk dakwah jugak

maka takde kes, takde alasan
semua orang kena mengajak, menyeru dan memanggil orang-orang agar tetap berada di jalan yang Dia redha (makna dakwah)

pelik, orang selalu ingat dakwah tu benda 'berat-berat' semua (define berat-berat plz) .
pegi usrah tu kira extreme punya orang .
padahal orang tak tahu, yang kita pegi piknik2, masak-masak, belajar menjahit, ajar doa-doa semua kat usrah jugak

'tak nak la pegi usrah. nanti bz, '

'tengok minah fulanah tu, sejak join usrah dah berubah jadi lain dah. dah lupa kawan'

adui

yang jadi bz sampai abaikan hal-hal lain tu sebab time management tak bagus.
yang dikatakan sampai jadi lupa kawan tu sebab orang tu tak tunaikan hak dan tanggungjawab sebagai seorang kawan dengan seadilnya


============



buku medik banyak jual di tempat orang yang belajar medik

buku engine juga banyak jual di tempat orang yang amik engineering

buku dakwah pula banyak kat tempat orang buat dakwah? ke kat tempat banyak orang berdakwah?


patutnya tak. patutnya, mana-mana je ada buku dakwah. lagi-lagi kat tempat orang yang ada ramai Muslim. sebab semua Muslim itu Daei . 'Lailahaillallah'


(ha sudah, aku dah pening dengan ayat sendiri )


=================



"ko ni, open minded la sikit. "

"ish,open-minded apa mende nya kalau dah jelas terang lagi tersuluh yang benda tu HARAM "


Sunday, August 29, 2010

Kemahiran hidup



baru terasa yang subjek kemahiran hidup yang pernah belajar masa sekolah dulu2 sangat penting.

lagi-lagi bila masuk bab-bab yang aku tak minat langsung seperti menukang dan membetulkan letrik2

perempuan seperti aku KENA BELAJAR banyak sikit. . supaya senang hidup nanti . tak perlu panggil orang dah untuk betulkan apa-apa kalau ada masalah simple-simple.

contoh kalau wayar terputus ke apa sehingga menyebabkan black out satu rumah.
mula-mula jangan panik, amik tape dan gunting, balut je (kalau masalah dia dekat wayar tu lah). macam orang sebelah mengajar aku semalam. punya lah senang, punyalah simple.

tapi keselamatan nombor satu. jangan pandai-pandai sangat pulak kalau tak biasa.
buat-buat tahu pun tak boleh jugak.
nak menjadi wanita yang berdikari (iya, bakal berdiri di atas kaki sendiri tak lama lagi ), kena belajar banyak benda. bukan setakat ilmu memasak atau menjahit (erk erk)
penting supaya keselamatan diri terjamin, tak mudah kena tipu dan diambil kesempatan kerana tidak pernah mengambil peduli (ni yang paling kena take note )

tetiba teringat ketua rumah aku yang sangat hebat dalam ilmu kemahiran hidupnya. rasa nak panggil dia 'engineer' dalam diri student medik pun ada. kagum :)


============================


bersedia-bersedia. nak hidup senang-senang dekat dunia mana boleh.
dunia tak pernah selamat untuk kita. kita je rasa dunia ni cukup 'selamat' .
alam akhirat tu lain, konfem-konfem alam akhirat tu nanti tempat untuk berehat. itu pun kalau dah 'berhempas-pulas' untuk akhirat la.

p.s: dah mula membayangkan keadaan diri sendiri yang bakal jadi 'huru-hara' sikit tanpa orang sebelah nanti. counting days, sebulan lebih sahaja lagi.

p.s: lagi : sudah masuk ramadhan fasa ketiga. pinjam ayat-ayat senior, kak iffah

‎"RAMADHAN itu ibarat AISKRIM, nikmati ia sebelum CAIR~~"


mari berpesta ibadah dan mula memburu Lailatul Qadr!

Friday, August 27, 2010

Dapat dan Tak Dapat



Ada benda yang kita nak sangat,
kita usaha habis-habisan untuk dapatkan benda tu,
tapi kita tak pernah dapat. Sebab belum ada rezeki. tak apa lah.

Ada benda yang kita tak expect pun akan dapat, kita fikir belum masanya lagi untuk dapat benda tu,
tapi tup tup dapat terus. Senang-senang je Allah mudahkan

Ada benda yang kita sangka kita dah dapat, tapi silap.
sayang seribu kali sayang, kita tak pernah dapat pun

Ada benda yang kita fikir kita belum dapat,
tapi sebenarnya kita dah lama memiliki benda tu, tanpa kita sedar

Apa pun, syukurlah.

Lagi banyak engkau syukur, lagi banyak nikmat yang Dia akan beri untuk engkau

lagi banyak engkau sombong, lagi hebat engkau berlagak,
maka akan bertambah kufur engkau pada Dia

Astaghfirullah

Kalau setiap hari dapat bertaubat, beringat untuk menyucikan diri macam ni,
alangkah bagusnya!


=====================



17 Ramadhan. Tercatat banyak kisah pada hari ini
Turunnya wahyu pertama melalui Jibril untuk kekasihNya
Hari meletusnya Badar Al Kubra yang bersejarah
dan juga jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari

Selamat Hari Jumaat


Thursday, August 26, 2010

Suka Baca




Suka baca tulisan orang-orang berilmu

suka baca pengalaman dan kisah hidup orang

suka baca isi hati orang, melihat dia berhijrah,
dan menyaksikan sendiri lainnya dia yang dahulu
dan bezanya dia yang sekarang

ajaib

tak sedar yang kadang-kadang bila manusia itu berubah menjadi lebih baik,
berubah 180 darjah jadi lain terus, dulu pemikiran lain sangat lain berbanding sekarang,
adalah salah satu keajaiban yang pernah aku lihat

tapi tak semua orang berani untuk berubah.


===========

kadang-kadang dia pelik,

repekan yang dia rasakan entah apa-apa boleh menjadi sumber inspirasi untuk orang seperti aku

itu bukti manusia itu unik, dan mampu beri manfaat kepada orang lain

mengikut cara masing-masing


:)


p.s: dulu suka baca buku diari emak, senyap-senyap :D

Ramadhan Kareem!




Ucapan 'Ramadhan Kareem' pada bulan Ramadhan , sangat sukar untuk didapati di kebanyakan tempat. Lagi-lagi bila ia disaksikan di kedai buah, kedai daging, kedai sayur, mahupun kedai runcit.

dan ini salah satu keistimewaan Ramadhan di Mesir, bila mana ramai orang akan menjadi ringan mulut,murah dengan senyuman dan peramah walaupun dengan orang yang tidak pernah dikenali .

Dan kalau ada sesiapa yang mengucapkan pada anda 'Ramadhan Kareem', jawapannya adalah
'Allahu Akram!'

:)


=======================


Hari ini telah menyaksikan satu pemandangan yang best dan menarik. Hari semalam telah dipilih oleh aku dan zauj untuk berbuka puasa di luar. Sasarannya adalah pusat membeli belah terkemuka di bandar.

Hajatnya untuk bersiar-siar dulu sementara menanti waktu berbuka puasa. Beli makanan dahulu dan mulalah aktiviti 'window shopping'

tapi bila sampai je tempat tu, kami terkesima sekejap. Jam baru pukul 5 petang tapi semua kedai sudah tutup! Kedai baju, kedai handbag, kedai buku, kedai kasut, kedai vogue, kedai cikai dan macam-macam lagi kedai. Hanya ruang food-court sahaja yang dibanjiri dengan ramai orang, dan semuanya sabar menunggu untuk berbuka.

Terus batal niat nak berjalan-jalan. Pergi beli makanan dan tapau balik rumah je memandangkan tempat untuk makan pun tak ada.

dalam perjalanan untuk pulang,kami lihat ramai 'Mat Saleh' yang hanya makan di tangga-tangga , dan di koridor kedai sebab tempat makan memang dah zero.


dan akhirnya, kami berbuka puasa di dalam teksi. Teksi yang meluncur sangat laju di atas jalan raya yang langsung-langsung tidak sesak.

Kan best kalau setiap hari begini di sini.

Kan best kalau keadaan berterusan begini walaupun bukan dalam Ramadhan

=======================

Syukur.

Lagi senang hidup kita, lagi kita kena syukur banyak-banyak
makin mudah urusan kita,
makin banyak nikmat,
lagi wajib kita banyak-banyak ingat Allah

bukannya menyombong diri
dan patutnya tak ada masa untuk mudah rasa leka dan lalai

bila dapat rasa hidup senang, patutnya time tu patut mula kumpul kekuatan
kekuatan untuk menghadapi ujian
ujian baik dari segi kesusahan atau kesenangan

Sebab Allah dah cerita dalam Al Qur'an,
untuk membuktikan seseorang hamba itu telah beriman,
adalah bilamana dia sedang diuji (Al Ankabut : 2)

dan Allah dah design kan ujian yang cantik-cantik untuk kita
khas dan spesifik ujian, untuk kita
setiap orang ujiannya lain-lain
kita sahaja yang kadang-kadang tak perasan yang semua tu untuk kita

kita kadang-kadang lupa yang bila Allah bagi sesuatu ujian tu untuk kita,
Allah dah tahu tak ada hamba lain yang mampu untuk menanggung ujian tu
dengan sabar, dengan tabah,
melainkan kita

Sebab Allah yang cipta kita kan
Sebab Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu
sebab Allah Maha Tahu segala rahsia yang kita takkan pernah boleh tahu

Design ujian yang sudah cantik, yang men 'design' nya adalah Yang Maha Cantik,
sudah tentu ia menuntut kesabaran yang cantik (Sobrun Jameel)
dan pahala ganjaran dan hikmah di sebaliknya mesti lah laaaaaagi cantik

kalau lah kita sering diingatkan begini,
mesti kita takkan mudah mengeluh dan bersedih bila berdepan dengan ujian,

kan?


======================

perkara menarik untuk bakal dilakukan nanti -> mengecat bilik bersama orang sebelah!

:)

p.s: sudah 16 Ramadhan :(



Wednesday, August 25, 2010

Cat Baru




FTi

Rumah lama cat baru


:)


Sunday, August 22, 2010

Love In A Headscarf



Oh, entry panjang!






Love in a Headscarf. Aku baca tentangnya sikit-sikit, di internet. Orang itu kata, tiada di MPH atau di Kinokuniya. Maka, kita order dari internet, dr UK. Tup tup, sebelum 10 Julai, sudah sampai di Malaysia :)

Buku ini, bukan untuk aku. tapi untuk dia. Hadiah hari lahir dia yang ke 21. Pernah baca dalam satu entry blog rahsianya (aku pun silent reader blog orang juga) tentang salah satu keinginan dia untuk memiliki buku ni.

Love in a Headscarf, pada amatan aku sedikit2, ia bukanlah buku fikrah berat-berat.
Mungkin banyak berkisar tentang pengalaman penulis dalam alam bercinta .
Wallahua'lam (pandai-pandai je aku)

apa pun, wahai tuan punya buku, sila lah update tentang buku ini. dan kalau baik hati, boleh lah ringan2kan tangan untuk pinjamkan saya buku itu pulak. hehe


=====================


Aku berhentikan kereta Myvi yang tersadai di bahagian jalan bertentangan dengan
Sekolah Al Amin. Aku tiba setengah jam awal, sebelum adik-adik aku tamat sesi persekolahan mereka. Sebetulnya, aku sedang menunggu seseorang. Dia meminta untuk bertemu dengan aku di sekolah sahaja, memandangkan kami tiada punya ruang waktu yang lain.

dalam talipon (telefon)

'nak mintak enti tulis sumthing la'

'tulis dekat mana?'

'ada lah...'

termenung dan termenung, sambil mendengar lagu yang entah apa-apa tajuknya di radio.
nampak sahaja bayang keretanya, aku terus buka tali pinggang, unlocked the car dan dia terus buka pintu di sebelah pemandu, mengisi tempat duduk di sebelah aku.

'hai kak yah...' sapa aku. Sengih

Kami berbual sebentar, ada lah beberapa adegan seperti drama di dalam kereta pada tengahari yang agak panas itu. Aku menangis, dia memujuk. lepas kena pujuk, menangis lagi, lepas tu kak yah pujuk balik. tapi tak adalah memujuk sangat pun, sebab dia memang tak reti memujuk.
( kak yah takkan marah kalau baca statement ni. hehe)

Akhirnya, kesat air mata.

' ok, i'm ok '

:)

Kak Yah lega, dan keluarkan sesuatu dari beg plastik yang dibawanya.

Buku warna pink. Aha, buku yang aku hadiahkan pada dia seminggu yang lalu.

'tulis sumthing dalam ni, '

'aaa. nak tulis apa?? '

'apa-apa lah'

'tak mau'

'please...'

hurmmmmmmmm............

'ada AQ?'

tak ada katanya. dush, susah nak menulis untuk orang kalau tak ada AQ.

'tunggu dalam kereta , ana keluar jap. Cari benda. Ada pen?'

dihulurkannya aku pen.

'Nak pergi mana?'

'tuu, surau' tunjuk aku pada surau di dalam madrasah kami


====================


Pusing-pusing satu surau. Tak dak satu pun Al-Qur'an terjemahan. Semuanya Al-Qur'an biasa. Dan akhirnya, bertemu jodoh juga aku dengan satu Al-Qur'an kecil ini. Warna biru.

Hurm, nak hadiahkan dia ayat apa ya. kalau Al-Qur'an sendiri senang sikit mahu cari, sebab kita sudah biasa dengannya, bertanda ayat-ayat kegemaran, ayat penghibur, pemujuk, penenang hati. Tapi dengan Al-Qur'an yang satu ini, sangat berlainan. Kerana ia sangat asing buat aku.

Lalu aku bertawakkal. Taram. Pilih mana-mana ayat yang kamu berkenan dan hadiahkanlah

Bismillah. Aku tutup mata, dan terus buka dengan sekali lalu.

Tup, jumpa satu ayat ini. Aku tersenyum, kerana ayat itu amat bermakna untuk aku, dan juga dia. Lalu aku tulis setiap bait maksudnya dari ayat tersebut dan beberapa ayat lain yang sering menjadi pendorong aku



(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua,
lalu mereka berdo'a:
"Wahai Tuhan kami,
berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Al Kahfi : 10



Selesai mencoret dan menconteng. Dengan tulisan yang kononnya macam ala-ala doktor dicampur dengan tulisan budak sekolah rendah, aku tutup buku dengan puas hati.
Terus berlari ke kereta, takut-takut 'mak cik' itu kebosanan teramat menunggu

'Nah, amik!' hulur aku

'Thank youuuuuu' sengih dia lebar-lebar

====================

Hadiah 'Love in a Headscarf' untuk salah seorang kawan baik aku,
dan moga ia menjadi salah satu pengikat di antara hati-hati kami.

cik Khairiyah, saya takkan lupa betapa kuatnya pelukan kamu sebelum kita berpisah
(lain kali jumpa, jangan segan-segan nak peluk kuat-kuat macam itu lagi ya :D)

dan takkan lupa ayat-ayat dalam blog rahsia kamu itu

lagi, sila 'berlari' laju-laju. Pergi sejauh mungkin yang kamu mampu.
Cari puas-puas cahaya dan petunjuk yang kamu impikan tu.
Kan dah kata, kamu memang hebat sejak dahulu..

and I'm very proud of you!

================


Ya Allah, jadikanlah kami seperti pemuda-pemuda Kahfi .

Jadikanlah hati-hati kami yang sentiasa disatukan kerana mengasihiMu,
hati-hati yang sentiasa teguh dalam menegakkan agamaMu
hati-hati yang sentiasa mendambakan redha dan rahmat kasih sayangMu

Rindu. keluarga. kawan-kawan baik. Semuanya anugerah dan hadiah


:)

ok, mari guna bahasa F

'Sefelafamafat Beferjafayafa bufuawafat kafawafan-kafawafan sefekelifiafan'

p.s: akan update, 4 hari berikutnya. Sunyi dahulu ya, FTI ku :)


Wednesday, August 18, 2010

I L Y







waktu nikah, tiada pertumpahan air mata dari sesiapa,
baik kak arsyi, kak aisyah atau adik
termasuklah emak

tapi bila aku datang untuk jumpa emak,
emak mesti akan buat-buat sibuk,
disuruhnya aku pergi cepat-cepat
sehinggakan tak dapat borak lama-lama

'tak baik buat dia tunggu kamu'

atau emak masih boleh menyembunyikan perasaan dia?

bak kata emak di dalam diari ibu
emak sudah menangis sekian lama,
sampai bila saat betul2 rasmi untuk melepaskan, emak sudah kekeringan air mata
emak selalu kata 'thia akan tinggalkan emak'

bagi aku, aku tidak pernah meninggalkan emak pun
dari segi fizikal mungkin
tapi dari segi ikatan hati dan perasaan, tidak pernah

boleh la kan aku nak rindu,
sejak umur 13 tahun berjauhan,
duduk klang, balik rumah hanya sebulan sekali,
lepas SPM terus terbang ke Cairo
cuti musim panas sekali setahun,
dan seawal usia 21 tahun, sudah menjadi suri hidup orang

Oh, makin faham erti rindu bila betul-betul kena duduk berasingan
berpisah dan tidak lagi bersama sepanjang masa
tak ada lagi perbincangan ilmiah dengan emak di kamar tidur

makin faham erti sayang bila merindu
sayang dan rindu yang saling berkaitan

besarnya pengorbanan emak,
terhadap satu-satunya anak yang diberi peluang untuk memberikan nama
dan nama fathiyyah menjadi pilihan emak
mendalam sungguh kasih sayang emak
melepaskan aku demi kebahagiaan anak gadisnya

tadi termenung lagi,air mata bergenang lepas baca Diari Ibu
ada orang datang, menyeka air mata sebelum jatuh ke pipi,
dan dihadiahkan satu kucupan di dahi untuk memujuk
dia pun tahu aku merindui emak. sangat sangat

dan terima kasih Allah
kerana menempatkan aku dalan jagaan selama 21 tahun,
oleh seorang wanita yang sabar seperti emak

dijaga dengan penuh kasih sayang dan tenang
cukup membuktikan yang Allah sangat mengasihi aku, bukan?


pandangan mata kabur sewaktu menulis ini,
wah, mata sudah berkaca-kaca :')

'jaga thia baik-baik. love you both'


p.s: I L Y = I Love You, mak


Rindu











Rindu orang-orang Gombak,
orang Irbid,
orang Tronoh,
orang Leeds dan anak-anaknya :D,
budak kecik Bukit Mertajam,
orang yang akan pulang ke Illinois malam esok,

dan rindu pejuang-pejuang Ardhul Kinanah, beloved RJs, IQs

bagi aku, rindu itu anugerah


p.s: rindu nak tulis entry panjang-panjang dan lebih bermanfaat

huhu



Friday, August 13, 2010

Long




Semalam rasa pelik sangat. Selepas berbuka puasa bersama, kak long panggil ke luar rumah. Sebab waktu tu, Kak Long dan Abang Long akan pulang ke Rawang, tidak tidur di rumah emak.

Kak Long tarik aku, dan peluk. Katanya

'malu nak peluk depan suami kamu'

hehe

Pelukan kak long kali ini agak lama. Kuat pautannya. Bila pelukan mula dileraikan, kak long mengesat air mata. Huhu, kali kedua aku lihat kak long menangis lepas memeluk aku.

Kali pertama, adalah bila suami aku melafazkan akad nikah. Aku waktu itu bersama dengan adik di sebelah , dengan senaskhah Al-Qur'an bersama. Aku baca ia bila gementar dan bila perasaan sebak mula datang. Penenang jiwa.

Waktu itu kak long datang padaku, dan memeluk sambil ucapkan

'Selamat Pengantin Baru, Thia. Selamat menjadi isteri orang ' sambil menahan air mata dari jatuh.

Kak Long adalah di antara orang yang sangat membantah bila aku menyuarakan mahu berkahwin dalam usia yang sangat muda. Tapi kak long juga adalah orang yang paling banyak tolong dalam urusan perkahwinan kami. Ke sana sini, uruskan macam-macam.

takkan lupa ayat-ayat kak long, sehari sebelum nikah

'sampai sekarang kak long tak boleh terima yang thia dah nak nikah esok'

dan takkan lupa cerita emak pada aku, bila saat-saat akhir aku menjadi anak gadis emak, emak kata kak long tidak mahu tidur rumah. Takut-takut kak long menangis bila tengok aku memakai inai.

Bila peluk kak long semalam, aku menahan sebak. tapi tergelak terus bila dengar abang long jerit

' Jangan sedih, nanti kan raya sama-sama'

hehe

Ini baru cerita tentang kak long. Belum masuk cerita emak dan adik.

p.s: Sejuk hati, dengar suami di sebelah khusyuk bertadarus.

:)


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1




US



Salam


Ahlan ya Ramadhan. Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini

bezanya tahun ini, menyambut ramadhan sebagai seorang isteri, di samping suami yang sentiasa berada di sisi. Lainnya tahun ini juga, pada 1 ramadhan, berbuka puasa dengan seluruh ahli keluarga, dengan riuh rendah senda ketawa setiap ahlinya, baik ahli-ahli kecil mahupun ahli-ahli dewasa

Dan buat pertama kalinya juga, di bahagian ruang makan rumah, penuh diisi dengan insan-insan yang aku sayang. Meja hadapan menempatkan ketua keluarga, abang-abang, adik-adik lelaki dan menantu lama serta menantu baru

dan di bahagian meja kecil di dapur menempatkan suri rumah (emak), kakak, adik-adik perempuan serta menantu-menantu perempuan emak

ini yang aku rindu, sejak aku kecil. berkumpul kembali bersama ayah dan emak serta saudara sedarah serta sedagingku dan bersama orang-orang baru
dan semuanya berlangsung pada 1 Ramadhan. Bulan seribu barakah, bulan bahagia

Oh Allah, segala pujian hanya untuk Mu


p.s: Sanah Helwah, my dear Aimi J

dan selamat pengantin Baru untuk Ain dan Kak Q :)

lagi gambar nikah dan walimah, sila ke blog bro acai : www.blog.faisalrahim.com :)
Sunday, August 8, 2010

Gambar

























Monday, August 2, 2010

N = Nikah = End


Salam :)

Alhamdulillah Alhamdulillah. Tiada ucapan lain melainkan alhamdulillah.
Semuanya sudah selesai dan selamat
Kehidupan baru sudah bermula (huhu)

Buat saudara mara tersayang , guru-guru yang dirindui teman-teman rapat , sahabat-sahabat baik Tadika Amal, Al Amin, Naim Lilbanat, Kisas , Medicairo Gen 7 dan bloggers tegar yang sudi bertandang ke Gombak pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu, jutaan terima kasih, arigatou, dan syukran dari pihak keluarga pengantin perempuan.

Ada yang datang jauh dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Penang, Sabah dan Brunei demi memenuhi jemputan.

(Radin yang tak penah-penah nak keluar dari Sabak Bernam masa cuti summer pun boleh turun Gombak. terharu tuuuu) :D

seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. dan juga bloggers yang aku selama ini rajin bertandang ke blog mereka, akhirnya berpeluang bersua muka. Alang-alang sempat buat reunion lagi. hehe

* Penghargaan khas untuk bloggers *

Thank you Bro Acaii yang sudi menjadi tukang pukul gambar, Kak Sarah Shukor yang susah payah mengambil cuti, Kak Fizz yang sentiasa disayangi, Thaiyibah yang berkorban masa belajarnya untuk SPM, Muallimah Sakinah Meor Omar yang sentiasa memberi inspirasi serta mereka yang tidak sempat penulis menitipkan nama-nama di sini

Terima kasih juga buat mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami. Baik jauh mahupun dekat, insya Allah doa-doa kalian sentiasa mengiringi kami (ummi, tiqah, sahabat2 mesir dan jordan)

For Ummi, thank you for the call from Leeds. Menitik-nitik air mata thia masa tu

For Tiqah, dah puas peluk Puan Suhana. Tapi rindu pada kamu tidak pernah padam.



dan buat pembaca-pembaca setia FTi, terima kasih juga atas ucapan bermakna dan doa dari kalian :)



p.s: Tajuk N= End yang telah difikirkan sejak 2 bulan yang lepas. Cik Ken yang bagi tajuk siap-siap. :D

'End' kehidupan bujang. Semoga perjalanan kerja dakwah juga lebih laju dengan penyatuan hati-hati kami . Ameen :)

p.s: Masih berhutang entri dengan Cik Khairiyah Kamarudin. Belum cuti blog lagi :D



 

Template by Web Hosting Reviews