Saturday, July 31, 2010

Pesanan Umamah Al Harith



Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,
tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu
dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,
menuju ke tempat yang belum engkau kenali
dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu
dan orang yang menguasaimu.

Maka jadilah diri sebagai abdinya
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.


Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.


Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.


Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.


Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.






July 30, Friday-Gombak :)



Moga aku tergolong dalam golongan wanita yang diberkati dan dirahmati.

Ameen



Thursday, July 29, 2010

Atuk






Salam,

sedang mendengar orang bertukang di tanah lapang, sebelah rumah .
Oh, mereka sudah mula memasang khemah. Pertama kali seumur hidup aku, orang pasang khemah tengah-tengah malam :)

Tetiba perasaan rindu datang. membuak-buak perasaan rindu kepada arwah atuk.
Siang tadi, dari UIA, emak kata mahu singgah kubur arwah atuk, sebelum aku bernikah.
Emak kata esok pagi-pagi, kita keluarlah ziarah atuk

Memori waktu kak long bertunang dahulu mula menjengah dalam fikiran.
Betapa atuk waktu itu, bersungguh-sungguh menyorokkan penyakitnya dari pengetahuan kami. Ada sakit kanser, cuba menyembunyikan 'daging busuk' yang ditanggung.
Rasa terkilan amat sangat, kerana atuk menderita sorang-sorang, tanpa bercerita walau sepatah!

Ingat juga bila tahun itu, kak long sudah diijabkabulkan. kak long bawa abang long ke bilik atuk untuk bertemu dengannya dan bergambar kenangan.

Kak long yang sangat cantik dan ayu dengan baju pengantinnya.
Padahal waktu itu keadaan arwah atuk yang agak tenat, sudah mula tidak kenal anak dan cucu-cucu kesayangan yang dibesarkannya sejak kami kecil .
Betapa kak long menahan airmata dari tumpah, pada hari berbahagianya.

:')


p.s: entri ini adalah entri kedua atau ketiga atau keempat atau kelima terakhir,
sebelum aku bercuti panjang dari berblog

p.s lagi : apsal la makin lama tulisan fti makin macam sedih

July 29



Salam

Jujurnya, perasaan yang sepatutnya kena ada, belum datang-datang lagi.
Dan emak, sudah mula risau (ye ke mak risau?). Anak tengahnya seorang ni relax dan cool semacam.

Bila berjalan dengan emak, bertembung dengan kawan-kawan emak, emak pun menjemput lah mereka untuk ke Gombak. Masa part bertanyakan 'ni ke pengantinnya' dan dibalas pula dengan aku tersengih sampai ke telinga, memang ambil masa sikit untuk percaya yang aku adalah orangnya

Apa pun, aku cuba menjadi diri sendiri. Susahnya nak jadi seseorang yang orang lain expect. Lagi-lagi kalau expectation nya tinggi sket. Muka orang nak kawen kena matang, ayu bla bla dan bla.

'Baru 21?'

Tapi nasib baik jugak Abang Long kadang-kadang pandai buat lawak,

'Tak lah kak, thia ni 17 tahun, baru je lepas SPM'

hehe

Perasaan itu aku biarkan ia datang sendiri. Perasaan Takut, berdebar, susah nak tidur, tak lalu makan . (Setakat ni semuanya normal. Tido mati, relax. tak berdebar )
Ia tak boleh dipaksa-paksa. Kalau tidak, erk keras la aku nanti

Apa pun, hubungan antara aku dan Dia juga sedang dipertingkatkan.
Sibuk tahap macam apa sekalipun, kena pandai CARI MASA jugak untuk kau dan Dia.
Sebab kalau hubungan antara kau dan Dia sudah setel, insya Allah yang lain juga setel.

:)

Oh ya, aku minta maaf andai bila kalian buka FTI kali ni, diperdengarkan dengan lagu yang jiwang semacam. 'Rindu' ni pernah dihadiahkan oleh Cik Ken kepada aku suatu ketika dulu. Sweet sangat katanya. Dan aku hadiahkan pula kepada budak kecik di Jordan. hehe

Rindu, aku sedang melepaskan rindu pada orang-orang di depan mata aku sekarang.
Emak, adik, Kamil (sekadar menyebut beberapa nama) supaya nanti tidak melampau-lampau rindunya.

Dan rasa rindu untuk orang-orang jauh, aku anggap ia adalah satu hadiah dan anugerah.

Oh, esok sudah Jumaat! Dan sangat benar kata Ain yang akan jadi pengantin juga tidak lama lagi. Kata Ain, kita sepatutnya menghitung hari untuk Ramadhan :)

p.s: menaip dengan inai di kuku setelah berbelas tahun. Malam ni baru pakai betul-betul.

Wednesday, July 28, 2010

An Outing













































































erk, cerita nanti

:)




Emak



Emak bukan sekadar ibu

tapi emak adalah kawan baik kami, sejak kecil sampai besar!

====================

' emak, nanti jom cipta rekod. masa hari tu nanti, no nangis-nangis. cool coooool . control control '

'kalau masa hari tu mak tak nangis, mak bukan namanya ibu la '

hehe, waktu tu, pegang tangan emak kuat-kuat waktu melintas jalan
hangatnya terasa bila dekat dengan emak .

:)


Tuesday, July 27, 2010

Aku Jiwa Pahlawan (Gambar)






















































































(Gamba Candid lagi best dari gamba biasa. kan?)

Credits : Cikgu Shikin and my beloved DEJOs



Monday, July 26, 2010

Teaser : AJP





Our beloved sisters


Saturday, July 24, 2010

Itik






Bila masa sedih,
selain pergi lari ke pesisir pantai sambil menjerit, melawan deruan ombak,
idea untuk melihat itik-itik di tasik juga sangat comel bunyinya
berkenalan dan berkawan dengan anak-anak itik,
yang mereka mulanya berenang jauh di tengah tasik,
lama kelamaan datang dekat, menghiburkan hati

lagi-lagi bila menangis mengenangkan akan berpisah
dengan teman karib, teman serumah,
teman bercerita, teman belajar dan teman memberi semangat
walaupun mungkin teman itu bukan sebaya pun

dan aku hanya dapat membayangkan
dia dengan pemandangan dan suasana melihat sekawan itik
yang berenang dengan riang ria
kerana aku belum pernah lagi dibawa oleh dia ke tasik kecil di JUST, Jordan

apa pun awak, 'tragedi' Julai bakal berakhir,
dan kali ni, berpisah dengan saya pula?
tetapi, tak pernah rasa terpisah pun,
kerana sudah kerap kali ditakdirkan untuk berjauhan
baik terpisah benua, jarak dan masa

oh ya, jangan menangis lama-lama
kerana awak adalah salah satu kekuatan saya :)







Friday, July 23, 2010

Aku Jiwa Pahlawan







23-25 Julai 2010
SMIAAG
www.akujiwapahlawan.blogspot.com





Thursday, July 22, 2010

Ken


Salam

Menerima panggilan telefon dari Cik Ken . Boleh kata hampir setiap hari Cik Ken menelefon bertanyakan khabar.(Asyila dan Tiqah juga)
Hidup atau tidak. Sihat?
apakah perasaan dan bagaimana persiapan semua.

Macam biasa, kalau ditanyakan tentang perasaan, aku telah menyediakan siap-siap skema jawapannya

'tak ada perasaan'

atau

'belum ada perasaan'

:)

Setelah beberapa 'ribut' dan 'taufan' melanda aku beberapa hari ini, akhirnya semua berjaya dilalui dengan tangisan dan senyuman.

Dan Cik Ken sempat menuturkan kata-kata yang sangat menyejukkan hati

' Allah sangat sweet kan. Allah tak bagi engkau apa yang kau nak.
Tapi Allah bagi apa yang sebenarnya engkau perlukan'

:D

'Ala kulli hal,

Alhamdulillah
Segala pujian hanya layak untuk Allah

dan Terima kasih Allah, kerana menjadikan aku Fathiyyah :)


Wednesday, July 21, 2010

S T R O N G




Sangat tidak boleh lupakan sejenis cacing bila belajar Parasit.
Namanya STRONGyloides stercoralis.
dan salah satu treatment nya adalah THIAbendazole

hehe


aku malu dengan rumput hijau,
walau nampak lembut.
tapi tak pernah luruh bila dipukul ribut

Mahu menjadi seteguh dan setegar batu karang,
yang letaknya di dasar lautan,
tak pernah terusik walau dilanda badai

dan hidup perlu berjuang
dalam perjuangan, perlu ada pengorbanan
dan aku korbankan diriku, untuk redhaMu

Lukisan Alam by Hijjaz benar-benar menusuk dan menghiburkan

" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,..... "

Al Baqarah : 286

aku fathiyyah. i am a mujahidah. and don't 'play-play' with me


Tuesday, July 20, 2010





Teman yang baik sukar dicari


Lebih sukar ditinggalkan


Seakan mustahil untuk dilupakan


Credits :






Monday, July 19, 2010

Makan Sayur






Zaim dan sensei swimming





Di meja makan,

' Zaim makan semuaaa sayur'

' Kacang bendi?' aku soal

'makan'

'kacang botol?' sambung adik

'makan'

'kobis?'

'makan tapi tak suka sangat'

'petai?'

'makan. petai sedap'

' ulam raja? '

'makan'

' karot mentah?'

'makan. sebab ayah kata karot elok untuk mata. kacang panjang mentah pun zaim makan.
Rangup '

' benda ni makan?' sambil aku tunjuk pada zaim sejenis 'rumput' dalam piring. Marah emak bila aku panggil ia rumput. Bau macam pudina :D

'makan jugak. Pahit tapi sedap, ' Zaim ambil daun tersebut, terus masukkan ke dalam mulut. dengan bangganya dia mengunyah-ngunyah, nak katanya, sedap sangat daun tu bila dimakan begitu saja.

mula daaah dia berlagak

'kak uda kena makan sayur. nanti kulit jadi licin macam zaim' sambil tunjuk2 muka dia yang licin, tidak menggerutu seperti kakak2 dan abang2 dia.
See, dah mula perah santan

' akak makan je, tapi sayur harini tak lah '

'zaim makan semua sayur hijau' sambung lagi Zaim

'ye eh?'

'Zaim sukaaaaa durian'

eh eh, tadi sayur, tiba-tiba masuk buah-buahan pulak

' kak uda makan la durian. Sedaaaap'

Tercekik sekejap aku, tak tahan nak gelak bila tengok aksi Zaim. Terus capai gelas, minum air.
Zaim sengaja sebut pasal durian masa aku tengah makan.
Sebab dia tahu aku agak anti Durian . Adik, gelak-gelak kecil

'Durian bau dia busuk' kata aku, tarik muka

'Sedap' balas Zaim

'Busuk jugak. uwekk, ' aku buat-buat wajah nak muntah

'tempoyak paling sedap!' tiba-tiba adik menyampuk

'ISH..'

'Sedaap la'

'dah dah, makan . Tak elok cakap banyak masa makan' emak akhirnya menegur.

'Kamu tu thia , nak bergaduh dengan budak darjah lima'

Memang pun , budak kecik tu dulu jadi geng aku sebab tak makan durian.
Kami sentiasa bersama-sama menonton tv menahan air liur dan sabar
di kala yang lain menikmati durian di dapur

Sekarang sudah tidak... Zaim sudah minat banget sama durian :(

p.s: Zaim memang sangat jarang sakit. Sebab dia sangat suka makan sayur dan buah-buahan.
Sistem pertahanan badan dia sangat kuat. Terima kasih emak, kerana mengajar kami makan sayur sejak kecil

Terima kasih juga emak, kerana sorokkan buah durian bila thia ada di rumah. (tapi kan mak, bau 'wangi' durian sangat menyerlah di dalam kereta semalam. Sampaikan thia terpaksa tahan nafas banyak kali semalam waktu driving. Hehe)


Sunday, July 18, 2010

Anfaal 1







Sekitar bulan Jun, 2010

Penat Study. Letak pen, tutup buku, lenguh bahu.

Baju-baju bersih dan kering yang baru diangkat dari ampaian, menjeling-jeling aku dengan manja.
aaaaa, bab melipat baju memang kurang laju sedikit kerjanya

Rajin rajin.

Angkat kaki, duduk bersila di lantai bilik kecilku.

Dan budak kecik masuk bilik tiba-tiba, baring di katilku yang betul-betul bersebelahan dengan tingkap, menghadap langit dan mula daah termenung.

'Hai Rai...jauh termenung ' tegur aku

' hai kak... '

Diam. sunyi sepi.

'Kak... ' dia panggil

'Hurmmm...? ' khusyuk benar aku lipat baju.

'Nanti, lepas cuti kak balik Mesir, kak jangan berubah eh'

'hah?' aku tekejut badak. awat budak kecik ni tiba-tiba.

' ye la, nak kak fathy yang macam sekarang. Tak nak berubah tau kak'

tergelak. tak fokus dah nak melipat baju

' hehe, of course la rai. Nak berubah apa nya. kelakau la rai ni '

'ye la, biasanya orang lepas kahwin nanti jadi lain, '

'except me, ' potong aku cepat-cepat

Berhenti mengerjakan baju. Terus duduk menghadap Rai.

'Don't worry, nanti budak-budak anfaal yang akan jaga akak baik-baik kan'

'Janji kak?'

'promise you, '

' tak nak kak fathy tiba-tiba jadi pendiam, ayu semacam. nak kak fathy lepas ni, sama macam sekarang. kalau tak, nanti suasana anfaal jadi lain, '

'ok, me will be a macho kakak macam biasa, forever and ever '

'errk....'

Dua-dua senyum. Dan akhirnya Rai tertido di atas katilku,
aku pula, sambung melipat baju.

risau benar ya, Rai.
sedangkan aku waktu itu, tak terfikir langsung

hati aku jadi sebak, sudah tentu kehidupan lepas ni jadi lain. no more cik fathy.
nanti gelaran sudah jadi lain, tanggungjawab lagi banyak, lebih berat!

apa pun, sayang si budak kecik, Rai



Ahli-ahli Anfaal
( tiada dalam gambar : aimi & fathiyyah)







Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya,
seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Friday, July 16, 2010

Budak Sekolah





Suatu hari, di Shah Alam.

'Haa emaknya, yang mana satu? yang ni ke? ' tanya Kak Rynn kepada emak sambil memandang pada adik

aku dan adik seperti berbaris, menghadap mereka.
dua-dua buat muka innocent

' thia yang ni lah kak ' Kak Long jawab tanpa lengah, menarik aku

' thia? ' Kak rynn yang macam tak percaya

'yep' aku sengih

Dia pandang aku, dari atas sampai bawah. Tilik satu persatu.
Erk, aku masih manusia kan?
ke takde rupa anak gadis?

' Macam budak sekolah je akak tengok. kamu ni tak besar-besar ya thia. nampak kamu macam adik, si zimah macam kakak '

senyum lebar sampai ke telinga, sambil angkat-angkat kening pada adik .
HEHE (sengih jahat) <-terima kasih kak rynn.
sesungguhnya itu adalah satu penghormatan.

kemudian, emak dan kak long terus dibawa oleh kak rynn ke dalam biliknya.
untuk berbincang hal-hal orang dewasa. upah, bayar tu lah, bayar benda alah ni la.
kak long suruh duduk luar. biar mereka uruskan katanya

Busan

aku pergi pada adik yang sedang khusyuk membelek album pelanggan kak rynn ,
lalu berbisik pada dia

'dah orang ke berapa ni dik, kata i macam adik u ' dan buat muka nakal

terus kena tendang manja. aaaa, budak ni memang ganas

' eleh, perasan. menyampah ' kata dia. dan sempat mencebik

aku tergelak.
'terima lah kenyataan, dindaku'

kemudian aku kena cubit lagi! aaaaaaa

:D



Thursday, July 15, 2010

New Project (AJP)



Dejourney (Gen 12 Al Amin Gombak)

presenting

Aku Jiwa Pahlawan

23-25 Julai 2010

SMI Al Amin Gombak


New Heart






I asked her

' ummi, where's love? '

then she replied

' look into your heart, thia .
and i f you can't find it,
then ask Allah to give you a new one '


New heart. New Soul. Ruhul Jadid.


Wednesday, July 14, 2010

Dhuha dan Doha






Cairo
8.43 pagi- Lepas Dhuha-29/6/2010

Kipas pusing ditekan suiz 'on'. Speed nya 1. tidak mahu laju, pagi-pagi masih sejuk.
Daun tingkap bilik kubuka, biarkan angin Dhuha membelai aku pada waktu begini.

Menghempaskan tubuh badan ke katil. Bukan katil kayu, tapi katil besi-boleh-lipat.
Mata dilalukan ke atas almari. Beg bagasi besar masih setia di situ.
tak ada tanda langsung untuk mengemas beg, padahal penerbangan ke KL adalah lima jam lagi

'aaaaa, kenapa rasa tidak mahu pulang?! ' bentak hati aku

Ambil bantal, letak pada muka, mahu pejam mata rapat-rapat. Sesuatu sedang bermain dalam kepala. Fathiyyah, sila tenangkan fikiran. Jangan serabut, kalau tidak....

Tiba-tiba rasa nak menangis, cepat-cepat aku alihkan bantal dari muka
dan pandang atas.
Terus-terus nampak langit. Cahaya dari sang matahari mula nampak .
Cerah. Sedap mata memandang. langsung tidak panas.

Aku seperti berbicara dengan mereka. Sebetulnya, aku sedang berbicara dengan Tuhan mereka. Dan kemudian, seperti rasa terpujuk. sedikit demi sedikit rasa lega, rasa terharu. Bila tiada manusia di sekeliling untuk dijadikan sebagai tempat mengadu, bukankah engkau punya Tuhan yang tidak pernah jemu untuk mendengar segala luahanmu?

dan sungguh, selain waktu satu pertiga malam yang sunyi itu, aku juga sangat menyukai waktu Dhuha yang menyamankan. ia seperti memujuk aku agar sentiasa kuat dan kuat.

Serta merta teringatkan surah Ad Dhuha, kisah di mana Allah sedang memujuk Nabi S.A.W
Oh Dhuha yang menghiburkan aku.




Doha
1.53 pagi-Qatar Airways-30/6/2010

Berdiri di tangga yang disediakan oleh pihak Qatar Airways. Aku menunggu giliran sebelum menaiki kapal terbang. Mahu ambil gambar (pagi-pagi buta?), tetapi kamera tersorok kemas di dalam beg sandang. Lalu dibatalkan hasrat. Lain kali sajalah

'Gunakan apa sahaja kamera yang ada dalam dirimu, ' monolog lagi

Mata kubuka luas-luas. Lihat sekeliling, dan mula berkomunikasi dengan alam .
Pandang langit. Nampak bintang bertaburan. Mencari bintang yang paling cerah untuk ucapkan selamat malam kepadanya. (sempat juga cari bintang Chep, tapi tak jumpa :) )

Selepas mengira-ngira bintang yang takkan habis, berbalik semula dengan 'perbualan' aku bersama Tuhan langit .Ah, betapa Dia Maha Mengetahui segala apa yang terlintas dalam hatiku pada waktu itu. Betapa aku bersyukur kerana punya Dia yang tidak pernah meninggalkan aku.

Bila temanku memanggil untuk masuk ke dalam perut kapal terbang, cepat-cepat aku menyapu mata, (buat-buat habuk masuk dalam mata) dan pura-pura senyum tiada apa-apa berlaku

Doha yang aku pertama kali menjejakkan kaki. Dan dengan alasan yang kukuh, aku juga mengucapkan selamat tinggal kepada Doha yang telah meninggalkan kesan begitu mendalam dalam hidupku.

Doha, di sini aku tinggalkan semuanya.

Andai aku kembali lagi, moga aku menjadi insan yang baru, yang lebih taat
dan yang lebih solehah .




 

Template by Web Hosting Reviews