Wednesday, June 30, 2010

Tak ada perasaan




Salam warahmatullah

Alhamdulillah, sudah selamat sampai Gombak.

Bermusafir dengan teman baik, yang sentiasa bersabar di sepanjang perjalanan. Ah, bertambah-tambah segan dan kagum aku pada dia. Masakan tidak, bila mengeluh,
dia selalu memujuk

'doa banyak-banyak fathy' .. huhu

itu lah gunanya kawan yang betul-betul baik. sentiasa meredakan aku bila sedang marah, memberikan senyuman bila aku mula menunjukkan wajah runsing walaupun mulut langsung tidak bersuara (transparent sungguh wajahku)

apa pun, berikut merupakan nota-nota sepanjang perjalanan dari Cairo, Alex,Doha dan KL

Nota Satu

Terima kasih Farah, kerana jadi teman shopping yang sangat baik. Sambil shopping, sambil beri tazkirah untuk kakak dia. Sambil memilih barang, Farah sempat share apa yang dia fikir,

' kadang-kadang Farah tertanya macam mana kita nak betul-betul jauh dari dunia ni eh kak'
(kan dah terkena di situ, fathiyyah )

huhu



Nota dua





Sepetang bersama Syila di Nil untuk kali terakhirnya sebelum pulang.
Sambil-sambil pukul gambar adik2 Arab yang sangat teruja bila melihat kakak-kakak Melayu memegang kamera.
Lihat saja wajah mereka, :)






Ini gambar-gambar dengan Syila. Erk, tengok lampu di jalan dah dipasang,
terbukti kami keluar ke Nil agak lewat petang. Tangkap-tangkap gambar (syila kata asek ambik gamba yang sama je fathy ni), rakam video ucapan masing-masing (hehe) dan jalan-jalan sambil bercerita

ah, sudah rindu budak kecik ini


Nota Tiga




Langit dari jendela bilikku. Pemandangan ini adalah waktu subuh pada hari terakhirku di Cairo
aaa, rindu nak tengok langit bila buka saja mata, bangun dari tidur

*Terima kasih Aimi dan Rai, kerana tolong gosokkan baju. Terima kasih Farah kerana tolong sediakan makan tengahari (wpun yang sempat dijamah hanya dua tiga suap :) )
Fathiyyah kemas beg nak balik Malaysia, lima jam sebelum pulang.
Mana tidak kelam kabut.

Terima kasih juga kepada Huda, kembarku
kerana sudah rindu walaupun belum keluar lagi dari Anfaal :D

Dan Em, terima kasih sebab chatting td :D

Ada, terima kasih kerana telepon,
kata sedih tak dapat salam ngn kak fathy :D


Nota Empat







Pengalaman menaiki Qatar Airways yang best (tapi lain pula pendapat ein ) ,
bertandang ke Doha Airport yang dihuni ramai orang selama dua jam ,
berkelah dan bergosip dengan iman, cama, wani, husna, aisyah dan tehah bersama beg doraemon iman <- geng bas sekolah sejak first year sebab setiap tahun balik sama-sama


Dan akhirnya tiba di KL
berjumpa dengan abang long dan kak long. Lalu ditanya,

'apa first job thia?'

'Apa lagi, driver la long '

maka, bermulalah hikayat terbaru driver terulung bersama tuan kecik dan tuan besar

:)




Wahai waktu cutiku, jangan biarkan masaku ini penuh dengan waktu lapang.
Sibukkan aku, sibukkanlah aku

p.s: sudah sampai di Gombak, tapi sampai sekarang belum rasa seronoknya dapat balik Malaysia. Status perasaan sekarang adalah tidak ada perasaan.
Tunggu nanti nak balik Mesir, agaknya tak sabar-sabar nak balik Mesir
(terbalik dah. hehe)


Tuesday, June 29, 2010

Surat Pendek



Surat Pendek untuk orang-orang yang aku sayang, khususnya di Cairo dan tempat-tempat lain

Terima kasih dan terima kasih kerana menjaga aku, membesarkan aku ,mengambil berat tentang aku, dan melayan kerenah aku yang agak kebudak-budakan di bumi asing ini

terima kasih kerana sudi bergelak ketawa dengan aku, berkongsi kesedihan bersama aku.
terima kasih juga kerana melayan lawak aku yang tak seberapa

Terima kasih kerana menyayangi aku sepenuh hati, dan mengasihi aku kerana Dia

Terima kasih kerana bakal merindui aku (hehe)

Doakan aku agar sentiasa bersedia. Doakan aku agar menjadi kuat.

(Alexandria-Doha-Kuala Lumpur)


=====================

aku ambil 'budak kecik' dari bekasnya, dan menyarung ia sendiri ke jari manis.
it is an 'amanah' from both families.
Dah sampai masa untuk aku kembali kepada mereka.


Selamat tinggal Cairo ku

Bahariya : The Untold Story







































Suatu malam, di Bahariya sana. aku bangun dari tempat pembaringan . Tidur dalam khemah yang ditetapkan . sebelah kanan dan kiriku ada teman-teman. masing-masing menanggung perut yang pedih kerana keracunan makanan.

Yang seorang sudah muntah lima kali berturut-turut, cirit birit, demam dan sakit kepala. Tidak lalu makan. Asal makan, muntah. Bila makan, muntah. Dehydration. Badan lembik. Tak ada tenaga.

Ah, di tengah-tengah padang pasir, masakan punya ubat segala. Apa lagi mengharapkan doktor untuk merawat. Intai first aid, segala ubat sudah habis.
Alamat memujuk diri sendiri agar bersabar menunggu hari esok. hari esok ertinya pulang ke hotel.

keluar dari khemah, mengalihkan muka pada jam tangan hitam di tangan. Pukul dua pagi, dan kedengaran suara-suara yang aku kenali. Mereka masih belum tidur di khemah sebelah.

Sejuk tidak terkata. Memeluk tubuh kerana sejuk amat. Aku buka khemah mereka dan katakan mahu masuk.
Di dalam punya empat orang, yang duduk seperti di dalam bulatan. Seorang bercerita, seorang menambah, seorang diam mendengar cerita dan seorang lagi, senyap seperti mahu tidur. Yang pasti semuanya berusaha untuk tidak sangat melayan rasa sejuk. Masing-masing menggigil. Cara untuk melupakan kesejukan yang dialami, adalah bercerita dan bercerita.

Ceritanya macam-macam. dan kebanyakannya tentang sirah. Baiknya Rasulullah kepada perempuan tua Yahudi, berhikmahnya Khalifah Umar Abd Aziz semasa pemerintahannya.

Dan yang paling best, adalah bila mereka bercerita tentang Allah yang Maha Penjaga, Maha Pemberi Hidayah. Tentang bestnya kalau dapat jadi hamba Ar Rahman itu, tentang hebatnya hamba Al Khaliq itu.

Sejak tadi aku terdiam, di saat kesejukan tahap melampau begitu, masih dihiburkan oleh teman-teman baikku, yang aku kenal semasa aku di dalam perjalanan mencari redha Dia .

Masih diingatkan agar sentiasa ingat Tuhan, sepanjang masa dan di mana jua aku berada, baik bersama kawan-kawan mahupun bersendirian

Lalu aku meletakkan kepalaku di bahunya. Tak larat.

' tidur sini thia, awak tu berapa kali dah muntah hari ni' kata dia sambil menghalakan kepalaku di atas ribanya.

Dan aku tidak sedar bila aku mula menutup mata dan terlelap di dalam ribanya . yang pasti hatiku begitu tenang dan bahagia bila bersama mereka


Monday, June 28, 2010

Takkan lupa Diphtheria






Bismillah


I was asked about Diphtheria. Ha, pandai . tak pandang n baca sangat tentang Diphtheria(sebab dok sibuk menghafal benda lain) but then i remembered a few things from Microbiology subject, about the Corynebacterium diphtheriae and tried to recall them all. (taram je, main sebut semua. tak ikut turutan yang dihafal berdasarkan buku)

then, tiba-tiba diam. blurr (aduih)

Then Dr Mohammad Isa said

'you should know in details about Diphtheria. It's very common in children.... (Dr Mohammad explained to me all the mechanisms n the complications that may cause fatal or death ) '

aku senyum , baru ingat betul-betul. tambah sikit-sikit apa yang doc cakap. (sikit je tambah)
Bahagian Respiratory System, muka surat sekian sekian , belah kanan buku (buku Dr Faisal)

'ok Wan, you can go'

Apa pun, Dr Mohammad memang banyak tolong. Thank you Doc !

Haih Fathiyyah, nanti jadi doktor tak boleh main agak-agak je kan.
because we deal with people.
we deal with their lives.

done with pathology. now, it's time for packing (intai beg besar dekat atas almari)
kejap lagi dating with Anfaalian, Farah Ain (pigi shopping)

dan esok, pulang Gombak :)

p.s: takkan lupa Diphtheria. takkan


Sunday, June 27, 2010

Kawan Baik







Kawan baik tidak semestinya kena dekat
berada di sisi sepanjang masa
berkepit ke sana sini ke mana-mana

kawan baik, tidak semestinya perlu bertanya khabar
setiap hari, setiap minggu
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat
bukan tanda tidak lagi kasih
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan
untuk diri temannya dan dirinya sendiri

kawan baik tidak semestinya
perlu berada di samping kawannya setiap ketika
menempuh halangan dan dugaan bersama
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri

Kawan baik juga
memerhatikan kawannya dari jauh
menasihati dari jauh
dan mendoakan dari jauh juga

kawan baik itu sentiasa ada
andai kamu menyeru nama dia dalam hati
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada

kamu, kawan baik aku
untuk semalam, hari ini dan selamanya

wahai kawan baik,
terima kasih atas segalanya
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."

(Az-Zukhruf Ayat 67)




Friday, June 25, 2010

Of Jordan and Syria ('09)





















































2009



Jumaat










Jendela ni dah jadi kawan baik. Bukan sahaja kawan baik aku, tetapi kawan baik semua penghuni Anfaal

Masakan tidak, jendela ni menjadi penghubung kami dengan alam luar, lebih-lebih lagi dengan makhluk Allah yang bernama langit (aku pernah bercerita kan, yang aku tidur menghadap langit, nah ini lah penghubungnya antara aku dan langit :) ) Kalau bangun tidur, akan buka tingkap sebelum subuh.

dan sering berkesempatan untuk melihat perubahan warna pada langit sambil-sambil study lepas subuh . Subhanallah, sangat cantik.

Ok, sudah hari Jumaat. Dan esok oral exam Pharmacology. Selalunya, kalau dah dekat hari nak balik, memang dah mula cari kotak, kemas-kemas buku yang sudah guna, bawak turun beg dari atas almari, basuh-basuh baju yang akan ditinggalkan, bersihkan kipas, dan pilih-pilih baju untuk bawak balik Gombak.

Alamat tahun ni tak de can nak shopping2 sakan :D
Alamat gayanya tahun ni, kemas beg malam sebelum pulang.
Alamat tahun ni, tak tido waktu malam, tido dalam flight la jawabnya :)

Dan hari esok juga, hari terakhir jumpa semua orang (budak batch) di U. sebab jadual oral exam aku dan segelintir pelajar-pelajar lain agak lain. Jadi mungkin hari esok, akan berjumpa dan berpisah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

==================


Manusia datang dan pergi
bersilih ganti
berjumpa dan berpisah
baik rela atau tidak
tetapi akhirnya akur dengan takdir

Berpisah lah kalian walau jauh mana pun
tapi kalau hati dah dekat,
maka kalian tidak akan berjauhan.

Baik dengan keluarga, kawan-kawan baik dan orang-orang yang kita sayang,
walau apa pun, di mana jua engkau berdiri dan di mana engkau berada untuk memulakan satu perjalanan, engkau perlu sangat yakin, yang Allah itu sentiasa ada bersama engkau. Untuk menjaga engkau. untuk mendengarkan engkau

maka siapakah penjaga yang Terbaik melainkan Allah?


p.s: Selamat Hari Jumaat.
Thursday, June 24, 2010

Counting Days























Fathiyyah, let's counting days.


=================

(erk, tulisan di bawah takde kaitan dengan tajuk)


kita mahu kongsi dengan mereka macam-macam.
Tapi mereka lari. Mereka tidak biasa.

Mereka tidak selesa.
Mereka muak. Mereka rasa jengkel dengan kita.
Ada yang tidak kena kah dengan cara kita?


Dengan orang yang kita kenal dengan rapat pun boleh rasa macam tu,
apatah lagi orang yang kita baru nak kenal dengan lebih dekat


Tapi kita selalu perasan yang kita baik, sebab memang kita baik lah
Sebab kita pandai jaga diri,

Tapi sungguh, kita selalu perasan
kita perasan yang kita cukup bagus
kita perasan yang kita tulis tu best, orang suka baca
padahal yang best dan yang baik tentang kita tu datangnya dari Yang Maha Baik
Kita puji diri sendiri, berbangga diri, riya' tak habis-habis.
sampai lupa nak kembalikan semua pujian itu terlebih dahulu kepada Dia yang Maha Agung

Kita lupa .. kita lupa .. kita selalu sangat lupa


Wednesday, June 23, 2010

Hari Kelima







Hari kelima. Di Venice agaknya dia sekarang. Seronok berjalan-jalan bila semua exam tamat. (Saya mahu hadiah besar-besar!)


How I miss her. How I miss the precious moments I had spent with her .

p.s: Congratulations, my dear liltiqah. Sudah rasmi jadi pelajar clinical year di Jordan.
Lagi tiga tahun! :)

p.s lagi : Done with microbe. Esok oral parasit. Mohon doa :)


Saudagar Kaya dan Duta Pertama




Abdur Rahman Bin Auf, merupakan seorang saudagar yang kaya raya. Namun bila menyahut seruan Kekasih Allah untuk berhijrah ke tempat baru yang bernama Yathrib, saudagar kaya ini meninggalkan segalanya. Lebih cintakan Allah dan RasulNya melebihi dirinya.
Tinggalkan harta, tinggalkan dunia.

Bila ditawarkan rumah, isteri dan harta oleh saudara Ansar yang paling kaya, Sa'd bin Al Rabi' , Abdur Rahman menolak dengan baik, melangkah ke pasar dengan membawa barang-barang keperluannya yang lebih dan mula berurus niaga di sana.

Bagi Abdur Rahman bin Auf, dunia letaknya di tangan bukan di hati. Baginya dunia hanya alat, digunakan sepenuhnya untuk akhirat.

Mus'ab Bin Umayr, seorang anak bangsawan. Rupa parasnya yang kacak, juga kaya raya dan keturunannya dihormati oleh para penduduk Mekah. Bila Islam mula sebati dalam dirinya, dia rela korbankan segalanya. Hatta dipujuk rayu oleh ibunya, yang mengugut tidak mahu makan berhari-hari lamanya, supaya tinggalkan Ad Deen. Namun Mus'ab tegar dengan pendiriannya.

Dipilih oleh Rasulullah s.a.w menjadi duta atau naqib pertama yang dihantar keYathrib.
Tugasnya hanya satu, memastikan setiap pintu rumah di Yathrib diketuk, disampaikan seruan Islam. Lihat hasil kerja Mus'ab dan rakan-rakan. Berapa ramai yang pergi berbai'ah di Aqabah, berapa ramai yang menyambut Rasulullah s.a.w di Yathrib dengan sambutan yang luar biasa.

Dan cuba teka siapa yang dilantik menjadi pemegang panji ketika Perang Uhud. Tidak lain tidak bukan, dia lah Mus'ab. Mus'ab bin Umayr

Seorang saudagar, seorang anak bangsawan. Nah, siapa kata tugas memikul sebarkan dakwah itu terletak di bahu golongan tertentu sahaja.
Mungkin selepas ini akan dilahirkan pendakwah yang terdiri daripada Engineer, Cikgu fizik, doktor, akauntan, aktuaris, wartawan, pembaca berita, atau seorang driver!

==========================

Kerja menyelongkar RM terbantut selama sebulan lebih. Aku titipkan dulu secebis kisah dari Abdur Rahman dan Mus'ab di sini. Yang lain-lain nanti.
Kisah Talhah, si Hero Uhud tu pun aku belum dapat tuliskan lagi.

ah, kekangan exam sungguh. atau aku yang tidak bijak menggunakan masa? Apakah aku masih meletakkan dunia dalam hati aku?

Esok mula 'perang' oral exam dengan para professor dan doktor.

Emak kata
'Be yourself and don't worry. they will like you' huuuuuu (thank you emak)

dan aku teringat nasihat dan pesan Prof Dr Sumayyah, ketua jabatan Microbiologi sewaktu memberi taklimat peperiksaan untuk para pelajar Malaysia

' The doctors just want to see your characters. That's all. Be confident, and you will pass with flying colours, Insya Allah '

Insya Allah, dengan izin Allah

Rabbuna Yusahhil. Tiada yang dapat membantumu, melainkan Allah.
Pinta dan minta lah apa-apa, dari Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dia yang Maha Mendengar segala apa yang dibisikkan di dalam hatimu


Tuesday, June 22, 2010

Buat Kek





Petang itu, suka rela untuk buat kek untuk salah seorang Rj. Hari tersebut merupakan hari ulangtahun kelahiran yang ke 21 untuk dia. Mahu buat kejutan dengan penghuni Badar dan Kauthar (tapi dah ter kecoh di fb. hehe)

Ahli Badar dan Kauthar sangat power. Musim-musim exam macam ni masih mampu buat soto dan begedil yang sangat sedap. Ucapkan terima kasih dan tahniah buat chef besar :)

Sambung cerita.

Sebelum asar, minta Farah temankan aku. Beli barang-barang buat kek. Dalam senarai ada pisang, sebuk koko, baking powder, gula, tepung, telur, Vanilla (apa lagi eh). pergi shopping di kedai-kedai yang berdekatan.

Sampai rumah betul-betul dua puluh minit sebelum waktu azan asar. Aku dan Farah terus mengerjakan dapur. Blend apa yang patut, pukul telur dengan gula, campur-campur dan akhirnya bakar kek. Janji nak buat dua biji. Maka, lagi sebiji kita sambung lepas asar.

Bila masuknya azan, semua berkejar. apa lagi, semua berebut bilik air untuk amik air semayang. Sebab siapa yang lambat kena jadi imam (biasa dah keadaan macam ni di anfaal. semua ithar, biar orang lain jadi imam. hehe)

Lepas solat dan mathurat, sambung buat kek. Kali ni aku bersendirian. Sebab Farah ada projek yang biasa dia buat setiap petang (TJ) . Intai kek yang dibakar, senyum sorang-sorang sebab nampak cantik bentuk keknya. Tapi aku panggil Farah, nak tanya sudah ok ke . boleh bawak keluar dah ke (erk, ni baru kali kedua aku buat kek. belum mahir. Yang terer biasa ahli-ahli anfaal lain).

Farah ambil garpu dan cuba cucuk-cucuk, tengok dah masak ke belum. Kata Farah kalau masih melekat belum masak lagi maknanya

aku hanya kata 'ooo oooo'

Farah bawa keluar kek. Terbalik kan atas loyang. dan hasilnya taraaaa, memang cantik. Secukup rasa. Sedap lagi.

Melihat kek pertama kami yang agak menjadi, membuatkan aku termotivasi dengan sendirinya.

'Ya, mari kita kerjakan kek kedua' kata aku untuk diri sendiri.

Dapur meriah, padahal aku seorang sahaja dekat dapur duk sibuk-sibuk bakar kek. Hehe.
Mulakan langkah buat kek seperti yang Farah ajarkan tadi, tung tang tung tang, akhirnya selamat dimasukkan ke dalam oven. Tunggu masa beberapa puluh minit dan lihat apa akan jadi,

Sudah puas tunggu dan akhirnya siap! Tapi bila diterbalikkan, kek tu tak cantik sangat macam kek yang mula-mula. Riak wajah aku berubah. Sedih (T___T) dan aku panggil farah .

Farah relax je. Tenang,

'kenapa kek yang ni tak jadi macam kek yang mula-mula tadi eh.. ' kata aku

'ok je ni kak. nanti kita cuba alter skit eh' jawapan Farah yang tidak begitu memenuhi skema jawapan yang aku harapkan

' hurrmm, sebab niat kak nak buat kek awal-awal tadi tak betul kot.... hurmm. ' sambung aku.

Dan Farah senyum dan memujuk-mujuk aku lagi.


================

20 Jun 2010 hari bersejarah.

Ia bukan baru dilahirkan tetapi sudah wujud setelah berpuluhan tahun lamanya. Ia yang kami sentiasa nantikan, dan telah diturut serta, amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Perlu bekerja lebih kuat, amalan perlu lebih muntij dan dikerjakan dengan lebih ihsan.

Perlu persiapkan diri, dan perlu sedar diri, yang nasib dan hala tuju masa depan itu terletak di dalam tangan pemuda-pemudi zaman sekarang. Mahu melihat masa depan itu terukir satu sejarah gemilangnya Islam pabila ia berada di puncak, semuanya dipikul oleh pemuda pemudi muslim.

oleh kerana aku muslim, maka aku memikul sepenuhnya tanggungjawab itu.
Tak akan boleh lari-lari.

Sunday, June 20, 2010

Suka dan Rela



Mahu menjadi orang yang pertama mengangkat tangan, menghulurkan bantuan bila ada yang memerlukan. Dan tiada langsung terdengar perkataan dan ayat berbentuk keluhan. Yang terukir di bibir hanya senyuman, tanda ikhlas dari hati yang sangat dekat dengan Tuhan.

aku mahu menjadi orang yang suka dan rela. Sukarela. Volunteer. Tak harapkan apa-apa baik pujian, pangkat dan wang ringgit dari makhluk yang bernama manusia.

Yang hanya ku dambakan hanyalah redha dan rahmat dari Tuhan aku. Yang Maha Memberi itu. Yang Maha Mengurniakan Rezeki, Pemilik segalanya.

Mahu menjadi orang yang suka dan rela. Orang yang pertama berserah diri dalam apa-apa kerja yang boleh mendatangkan redha Dia.

Bukan menjadi orang yang pertama menyembunyikan diri, sorok-sorok. Bukan menjadi orang yang memberikan seribu macam alasan untuk mengelak.

Itu lah aku, masih tidak mampu mendidik diri sendiri untuk kejar sungguh-sungguh syurga yang mahal itu. Aku yang masih punya masalah hati, hati yang hari-hari mencari jalan untuk menewaskan bisikan dari makhluk halus yang bernama Syaitan

Aku yang masih memandang dan mengambil berat apa yang manusia pandang pada diri aku.
Aku yang masih belum betul-betul utamakan pandangan Allah.
Aku yang masih menilai apa-apa menurut neraca dunia, bukan neraca akhirat.

Allah, betapa hinanya aku


======================

baca mathurat lepas asar tadi. Laju je keluar ayat-ayat suci Al Qur'an dan zikir harian.
Tetiba terasa,

'eh, fathiyyah. engkau sedar dan maksudkan betul-betul tak apa yang engkau lafazkan tu?'

Astaghfirullah.
Allah, ampunkan aku

Saturday, June 19, 2010

Imbas kembali : Hikayat Driver Terulung (ii)








'silakan masuk ' pintu kereta ku buka kan untuk tuan kecik.

aku nak amik hati dia la ni.muka tuan kecik masam, masam macam jeruk. sebab kak uda kesayangan amik dia dari sekolah 'awal sangat'. haha, sori. tak buat lagi dah.

beg sekolah kaler oren yang aku pikul terus kuletak di tempat duduk belakang. Ya Robbi, berat tahap tak ingat. sakit bahu dibuatnya. Satu guni durian pun tak berat macam tu. Budak kecik ni bawak batu ke apa pegi sekolah. Entah-entah bawak semua buku , tak ikut jadual. Tapi masa tu musim exam, takkan bawak semua buku kot? Oh budak lelaki.

'abang chik(tuan besar) mana?' tanya aku, buat-buat garang. selamba

'entah. tadi zaim carik takde pun'

adui.

tetiba, ada orang ketuk pintu kereta . dibukanya dari luar tidak boleh. it was locked.
ha, panjang umur.

'zaim ni, bukannya nak panggil abang' tuan besar sudah mula mengomel

aku tengok zaim. eh eh, sengih lagi budak ni . kelentong kak uda ya

'cepat masuk kereta, pak cik belakang dah hon hon' kata aku

========================

Tali pinggang keledar dipasang. aku perintahkan pada tuan besar untuk bertindak sedemikian rupa juga. Tuan kecik, sila duduk diam. Driver handalan akan memulakan tugasnya bagi memastikan tuan besar dan tuan kecik selamat sampai ke rumah.

Myvi hitam meluncur laju. Ewah, macam jalan ni aku yang punya. Tak ada polis trafik, maka, jalan saja.

Aku buka radio, tapi perlahan. Mix.fm. Tuan besar kuatkan volume , sebab kedengaran lagu Akon tapi aku perlahankan balik. Helo, ni kak uda tengah drive, so hormat sket (cakap sorang2)

'macam mana exam tadi?'

Senyap. Oh lupa, aku rupanya bercakap dengan kusyen kerusi kereta, dengan tingkap, dengan stereng kereta(Adui)

'Hafiz?' tanya aku pada tuan besar

'Entah, ok kot'

'Zaim?'

'entah'

ish ish

'Mana boleh entah-entah. Tak penah-penah kak tengok korang baca buku. Sorang layan tenet sorang layan PS2. Dah besar nak jadi apa ha? ' mak aih, garangnya aku. Ni driver baru naik pangkat ke ape.

'Nak jadi engineer' jawab tuan besar

Uish, pandai menjawab

'zaim pun engineer ' ha tuan kecik pun?

'Nak jadi engineer kena terer maths. Awat markah korang 'lawa' sangat exam hari tu? Kak uda tak pe lah tak terer maths. '

'de (singkatan kak uda), zaim dapat markah matematik tulisan kaler merah. memang la lawa. orang lain semua tulisan biru. Zaim je merah ' sengih tuan kecik.

adui adikku

'takde ke kerja yang tak payah kena terer maths?' sambung tuan kecik lagi

'takde' laju aku jawab

'alaaaa...' bentak tuan kecik.

tiba-tiba tuan kecik diam. aku toleh belakang. Aik, tido dah? baru tiga minit. Muka nampak sangat tidur-tidur ayam.

'penat' jawab exam ye. hehe
alihkan pandangan pada tuan besar pula. tengok muka macam layan perasaan. termenung jauuuuuh sampai ke Finland. rasanya takde buah hati. oh lupa, layan lagu kat radio. Aih~

tuan besar diam seribu bahasa. budak ini kalau kita tak stimulate dulu, dia memang macam tu.
Nak dia gelak lagi susah. Kecuali bila dia tengah baca majalah ujang zaman dahulu kala, atau masa dia tengah baca manga online

remaja zaman sekarang macam itu ya? nak pikat mereka bukan lagi dengan bagi hadiah banyak-banyak atau barang berjenama (walaupun kadang-kadang tuan besar dan tuan kecik ni agak demand jugak sebenarnya dalam bab-bab mengirim barang dari Cairo. Yang dihulur hanya air liur dan janji-janji manis oleh aku. hehe ).

entah. aku rasa mereka bukannya nak sangat hadiah semua-semua tu.

cuma mereka nak satu benda je. Perhatian. Nak ada orang cakap-cakap dengan diorg. nak ada orang borak-borak dengan diorang. dan mereka nak kita yang mulakan dulu.

Tuan besar yang keras, bila disentuh 'soft spot' nya, akhirnya baru nampak yang dia juga punya hati yang lembut dan manja(kadang-kadang cair aku dibuatnya)
tuan kecik takyah cakap. dua puluh empat jam manja, atau perkataan lain -> mengada-ngada

untungnya tuan besar dan tuan kecik. sekurang-kurangnya nak la driver ni dan bibik (adik=hazimah) yang rajin nak bertegur sapa, mulakan gurau senda(walaupun kadang-kadang lawak kami tidak disambut) kat rumah.

Nak bandingkan zaman aku dan adik masa kecik-kecik dulu, nak jumpa angah dan abang nuar masa makan pun susah. Sorang sibuk macam Yang Berhormat. Kalau jumpa kat rumah tu kira magik la. punya lah susah. Sorang lagi pendiam, balik dari sekolah/universiti je terus masuk bilik. terperap. tido je kot dalam bilik waktu siang. Waktu malam study. (rajinnya abang aku)
Ada la sekali sekala terserempak, masa tengok bola tengah-tengah pagi buta (aku je, adik tak. dia gadis ayu. mana tengok bola)

Tapi emak kata, emak lagi risaukan anak-anak lelaki emak berbanding anak-anak perempuan. Anak-anak perempuan dah pandai jaga diri kata emak (terima kasih emak),

Hurmm, emak suruh aku cepat pulang .

minta aku pujukkan tuan besar. Dia nak exam besar tahun ni.

apa plan?

Driver driver .....

=================

okei, mari pikat encik cacing-cacing. Nanti exam parasit :)

p.s: Zaim ada fesbuk. yeay bley kacau~

 

Template by Web Hosting Reviews