Friday, April 30, 2010

Tukar Jam




salam warahmatullah

hari ni 30 april, hari menukar jam. semalam tidur lewat, menanti detik jam 12.
bila sudah sampai masa, terus mencapai jam dan handphone. set kan 'day light saving'

dari pukul 12 menjadi 1 pagi. maka semalam aku tidur jam 1




















Menghirup udara pagi di Cairo, bersama teman-teman besar dan kecik, melakukan aktiviti bagi memenuhi salah satu muwasofat tarbiyah 'Qawiyyul Jism'

(erk, sakit kaki sejak CSD . maka kita jadi cameraman :D)
Thursday, April 29, 2010

Al Hujurat, ayat 10


Bila orang-orang Notts panjat Sinai :)


Rasulullah s.a.w pernah bersabda

"Tidak beriman seseorang dari kamu, hinggalah ianya mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

Sabda Baginda lagi,

"Orang-orang mukmin seperti jasad seorang manusia, sekiranya sebelah matanya mengadu hal sakit, seluruh badan turut kesakitan, dan sekiranya kepalanya yang mengadu hal, maka seluruh dirinya mengadu hal "

Baginda menegaskan lagi

"seorang mukmin itu bagi seorang mukmin yang lain adalah satu binaan yang mana sebahagian meneguh sebahagian yang lain"


==========================

aku sangat mengagumi kisah Muhajirin dan Ansar. Orang Muhajirin berkorban meninggalkan segalanya di kampung halaman, demi menyahut seruan Nabi mereka, manakala orang Ansar menerima orang yang tidak pernah kenal seperti saudaranya sendiri

aku sangat menginsafi kisah Rasulullah s.a.w mengikat tali persaudaraan
di antara Abdur Rahman bin Auf dan Sa'd bin Al Rabi'


Sewaktu menerima kehadiran mereka dari UK yang datang Mesir untuk bercuti dan terperangkap di Cairo selama beberapa minggu akibat 'volcanoes' di Iceland itu , masakan aku boleh menyamakan keadaan aku dan ahli-ahli Anfaal, Badar dan Kauthar (dan rumah ein :D ) dengan situasi sewaktu Ansar menerima Muhajirin dalam peristiwa hijrah

Tapi sungguh, limpahan rahmat kasih sayang Allah itu tampak jelas dan terang.
Betapa kasih sayang Allah terlihat bukan setakat kasih sayang ibu buat anaknya yang jauh di perantauan
bukan setakat kasih sayang seorang suami buat isterinya yang terpaksa berpisah untuk seketika
bukan sekadar kasihnya seorang ibu burung mencari makanan buat anak-anak kecilnya yang menunggu di sarang

Malah aku turut merasa kasih sayang Allah itu bila duduk sama-sama dengan mereka , dengan latar belakang yang berbeza-beza, dengan karakter dan sifat masing-masing yang bermacam ragam,
Lagi-lagi bila di bawah bumbung ini, kita saling membantu, mendengar dan meluahkan perasaan, 'main masak-masak', dan study sama-sama :)


aku bukan bicara tentang kemanisan ukhuwwah antara dua orang sahabat yang sudah lama bersahabat baik, kembali bertemu setelah sekian lamanya tidak bersua

tapi aku sedang berbicara tentang best nya ukhuwwah, indahnya ukhuwwah yang dibina dengan orang-orang yang kita langsung langsung tidak pernah kenal pada awalnya, tapi bila sampai masa perlu berpisah, jantung mula berdebar, hati dah tak keruan dan air mata mula bergenang.
aku sedang berbicara tentang saudara-saudara aku ini, yang punya satu aqidah, satu agama dan kami saling menyayangi kerana Dia

terima kasih kalian, kerana memberi semangat buat kami sebelum ke sekolah untuk menjawab exam
terima kasih kerana menghiburkan kami di rumah bila kepala menjadi sesak sekejap dengan pelajaran medik

terima kasih dan terima kasih buat kalian berlapan yang hadir dalam hidup kami walaupun sekejap
terima kasih dan terima kasih di atas kasih dan sayang kalian
dan terima kasih, kerana menerima kami seadanya

cantiknya aturan Allah, dan bukan kebetulan,
Bila Dia pertemukan kita


dan aku sangat terkesan dengan bait ayat 10 dari Al Hujurat

"Sesungguhnya, orang-orang Mukmin itu bersaudara..."

sungguh, orang-orang Mukmin itu bersaudara.



Hari ni hari Khamis, 29 haribulan April 2010. Hari terakhir baca mathurat subuh bersama dengan mereka.

akan dan akan, merindui mereka amat sangat

Selamat bermusafir buat kakak-kakak dan kawan-kawan UK
Selamat kembali ke Nottingham, dan akan bertemu dengan kalian lagi nanti
dengan izin Allah



p.s: sakit juga jiwa, bila nak dekat-dekat berpisah, rasa sayang bertambah-tambah.
tapi inilah namanya sayang akhawat.
Bertemu tidak pernah jemu, berpisah tidak akan berasa gelisah


Tuesday, April 27, 2010

R



Bismillah

Kau beli biskut marie di kedai. melakukan aktiviti akad jual beli dengan si penjual yang baik hati
maka, biskut itu milik engkau.

Dengan riangnya, kau masukkan biskut marie di dalam plastik putih.


kau berjalan keluar dari kedai, menuju ke rumah dengan hati berbunga-bunga sampai tak nampak ada sebiji batu besar di hadapan. kau tersepak batu tersebut. terjatuh, terjelepuk, akan tetapi engkau tidak menangis (kerana engkau sudah matang)

semuanya jatuh habis, termasuk plastik putih berisi biskut. pecah berderai. hancur!


'ah, tak ada rezeki' kata kau


================


mulanya biskut tu milik kau sebab kau dah beli .
tetapi bila Allah kata biskut tu bukan rezeki engkau, memang biskut tu bukan rezeki engkau lah untuk dimakan.


maka, engkau redha (time2 tu jugak redha, bukan setelah kau meraung menangis,setelah tenang baru kau kata kau redha. oh tidak oh tidak)


nak katanya rezeki. kalau rezeki tu Allah nak bagi, memang Allah akan bagi.
Bila Allah kata benda tu bukan rezeki kita, memang bukanlah

Bila Allah kata najah tu bukan milik kita, memang bukanlah. walaupun dah usaha macam tahap apa

see, Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, ditulis cantik-cantik, siap-siap dalam Luh MahfuzNya,
lalu engkau mahu kata apa? mahu lawan? mahu persoalkan?

lalu engkau malas berusaha? (ye lah, sebab sudah ditetapkan kan)


hehe,

kena usaha. sebab muslim yang namanya muslim itu bila dapat amanah, dia akan tunaikan amanah itu dengan penuh amanahnya. penuh Ihsan


"Atau siapakah memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri? "
Al Mulk : 21



R untuk rezeki

p.s: syafakillah, untuk yang sakit. Sanah Helwah buat siapa yg sudah umur 21 hari ini (dinginnya ayat ) hehe


B




B untuk baca


Mari baca-baca





Pharma -> Ubat
Patho-> Penyakit
Microb -> 'makhluk-makhluk halus'

Parasit -> caceng



Al Anfaal - > Perang Badar

Ali Imraan -> Perang Uhud

Al Ahzab -> Perang Khandaq


p.s: tengah tahan diri sendiri, daripada menjeling RM(bukan ringgit malaysia, tetapi Raheeq Makhtum).

sabaq sabaq


Monday, April 26, 2010

Pelukan cendekiawan




Aku bagai dipeluk-peluk oleh kata-kata cendekiawan zaman dahulu. Katanya menusuk, ayatnya berbisa,


========================


dipetik dari Muntalaq bab keenam

Syeikh Abdul Qadir Kailani menganggap golongan bukan da'i sebagai 'orang mukmin yang ada hati tetapi tiada lidah, mukmin yang terlindung dari makhluk lain dan tertutup di sebalik tirai
Kekurangan mereka menutup mata dan hati mereka dari menerima hidayah

Oleh kerana mukmin tersebut tidak mempunyai lidah, maka martabatnya jatuh dan dia ketinggalan. Dia kehilangan pangkat hebat dan agung.

Mukmin dari golongan yang pertama(yang berdakwah) dikatakan sebagai jahbaz iaitu cendekiawan, da'i dan hujjah . Pangkat-pangkat ini ibarat pancaran yang terang-benderang.

Mukmin kedua pula (yang tidak berdakwah) dikatakan mukmin yang 'mastur' dan 'tidak famous'.

Perbezaan bunyi dan sebutan di antara dua panggilan tersebut amatlah jauh sekali.
Umpama langit dan bumi


Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah S.W.T,
dan berjaya menghampirkan diri kepadaNya,
Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di seluruh alam.
Dia menyerahkan kepadanaya kerja mengembangkan dakwah kepada makhlukNya,
dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia,
serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran

Syeikh Abdul Qadir al Kailani Rahimahullah ,al Fath al Rabbani m.s 144


"Sesungguhnya kerja mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah.
DimudahkanNya bagi siapa yang ada kebaikan dalam hatinya.
Tugas ini satu penghormatan, bukannya bebanan"

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah


Friday, April 23, 2010

Penat


Hari tu aku ada tulis tentang kita banyak
deal dengan benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. tapi kita boleh nilai dengan mata hati.

Itu yang best, makhluk Allah yang bergelar mukmin sangat hebat menggunakan hati pada tempatnya. Langsung tidak berlaku zalim pada makhluk yang bernama hati.

Senanya aku nak cakap tentang penat. Penat adalah salah satu benda yang kita tak nampak, tapi kita dapat rasa penat tu. Macam angin, macam haba dari matahari.

Hari-hari kita penat. Penat belajar di U, penat berjalan kaki ke rumah, penat nak sambung belajar lepas masak, penat nak tunggu orang untuk solat berjemaah dan lain-lain.


Hurm,

Penat oh penat
kita berpenat-penat pun, ia tetap akan hilang lepas berehat atau tidur. Rasa penat tu sementara, tak kekal pun.

Tapi pahala setelah kita berpenat tu akan sentiasa 'berjalan' . KEKAL .

Bila kita penat itu bersebab dan disertai pulak dengan niat untuk redha Dia itu sangat best . Perasaannya takkan tergambar, dan susah nak diceritakan.

Biarlah kita berpenat lelah sampai tahap kita telah rasa berehat sedangkan kita dalam kepenatan

Semoga rasa penat aku ini akan menjadi saksi aku di akhirat kelak, di hadapan Hakim Yang Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Moga ia menjadi saksi aku, bahawa aku berpenat bukan saja-saja

Aku Fathiyyah, budak biasa-biasa saja. Tapi aku sedang dalam perjalanan untuk menjadi hamba Dia yang bukan biasa-biasa.

p.s: Fathiyyah penat. Badan lembik (nak demam lagi ke? )



selamat malam cairo
Thursday, April 22, 2010

Bolak-balik






Ibnu Rawahah r.a adalah Al Ansori, merupakan naqib semasa bai'ah Aqabah.
Beliau telah berkata kepada Abu ad Dardaa' sambil memegang tangannya


"Marilah kita beriman sejenak,
sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik
daripada isi periuk yang sedang menggelegak"

-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad Ar Rasyid-



Seronok tengok orang berubah

melihat dia yang kurang kemas dalam percakapan berubah kepada pandai menyusun kata-kata untuk mengambil hati orang lain. Kerana dia mahu Ithar yang setinggi-tinggi ukhuwah tertanam dalam dirinya sampai bila-bila. Kerana dia tahu berlapang dada itu serendah-rendah ukhuwah


Melihat dia kurang senyum dari hati berubah kepada senyum sepenuh jiwa kepada sisters lain. Bukan hanya kerana dia tahu senyum itu suatu bentuk sedekah, tapi juga kerana dia tahu kuasa senyuman itu sendiri yang mampu melenyapkan api kemarahan yang membara serta menjadi penawar buat mereka yang berduka.

melihat dia yang membaca Al-Qur'an hanya sesudah solat maghrib berubah kepada lebih menghayati dan memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Dia yang merasakan setiap bait dan kalamNya terkena terus pada dia. Dia lebih tenang mentadabbur 'ayat-ayat cinta' dari Penciptanya

melihat dia takut-takut untuk bercakap dan nampak macam pendiam berubah kepada menjadi seorang yang sangat tegas dalam pendirian dan berani dalam melontarkan pandangan.

itu kuasa Allah. segalanya dalam tangan Dia. Hebatnya Allah

maka jelaslah bukan, bahawa hati-hati ini dipegang oleh Allah


dan aku hanya sebagai perantara yang lemah lagi hina mengucapkan rasa takjub di atas apa yang ada di hadapan aku sekarang. betapa hati-hati manusia itu, bila disentuh dengan lembut oleh hidayahNya maka tidak apa yang lebih indah dan hebat dari itu


Maha Suci Allah. segala pujian hanya layak untuk Allah


Sesungguhnya binatang (mahluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah
ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun

Al Anfaal : 22


Entry ini aku tujukan khas buat 'mereka', yang aku ibaratkan ruh-ruh yang baru dilahirkan.

Semoga kalian lebih menghayati nikmat iman dan islam dalam hidup.
Semoga kalian lebih menghargai hidayah yang Dia hadiahkan buat kalian

dan aku serahkan kalian dalam jagaan Allah sepenuhnya



p.s: letak lagu ni, sebab chep suka.
dan sebab teringat kisas, bumi waqafan yang membesarkan aku

Tuesday, April 20, 2010

Kena ketuk



air yang diempang kan, akan bertambah deras alirannya.

bertuah sungguh orang-orang mukmin
Orang mukmin makin banyak diberi ujian, makin bertambah imannya.
makin tinggi darjatnya diangkat disisiNya

engkau halanglah mereka,
engkau duga lah mereka.
kerana mereka sangat yakin akan janjiNya,
maka langkahan mereka juga bertambah laju.

engkau sisihkanlah mereka
engkau pulaukanlah mereka
namun disisi mereka ada penolong-penolongNya
baik tentera malaikat yang sentiasa taat dan memujiNya
baik penduduk langit dan bumi yang sentiasa berdoa buat mereka

tanpa takut, tanpa gentar, mereka mara bersama panji-panji Nya.

duhai kisah dari Badar Al Kubra, Uhud serta Al Ahzab,
yang banyak mengetuk-ngetuk jiwaku.



Cebisan kisah dari Al Ahzab



" Dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,
mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita".
Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.
Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka
kecuali iman dan ketundukan.
(Al Ahzab : 22 )


Tentera bersekutu, dengan kekuatan 10 000 orang.
Terdiri daripada kaum Yahudi, kaum Musyrik Mekah serta Ahabisy ( orang-orang sekitar Mekah)
Dan tentera Mukmin hanya 3000 orang
Menunggu dengan penuh sabar di Madinah
mulanya rasa takut, sebab akan berhadapan dengan musuh yang kuat
baik musuh yang ramai di luar Madinah, mahupun musuh yang berada di dalam Madinah itu sendiri
mulanya rasa gentar teramat
seperti yang diceritakan oleh Allah dalam Al Ahzab ayat 10 dan 11

(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (QS. 33:10)


Di situlah diuji orang-orang mu'min dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat. (QS. 33:11)


akan tetapi, rasa takut mula dihilangkan
motivasi demi motivasi
berbekalkan kata-kata semangat dari Nabi s.a.w sewaktu memukul batu besar yang keras
lalu muncul satu mukjizat dari Tuhan dengan pancaran api dari pukulan tersebut
Rasulullah bersabda bahawa mereka akan menawan Istana Parsi, Istana Rom dan Istana Muqawqis


Kerana mereka telah ditarbiyah oleh Nabi s.a.w
bahawa bila berhijrah dengan penuh keimanan
bahawa bila sudah menerima insan yang tidak pernah dikenali lalu diikat menjadi saudara
serta mencapai daulah islamiyyah (piagam madinah) buat pertama kalinya
maka tinggal di Madinah bukanlah untu hidup tenang dan aman damai

Tapi minda mereka telah disetkan
bahawa jalan yang mereka pilih pasti akan diduga dengan pelbagai ujian
Dan bila sudah dididik dari Nabi s.a.w
maka mereka telah menjangkakan lebih dari itu

kerana mereka sangat jelas dengan Tumuhat mereka

Mehnah itu ujian
ujian itu sunnatullah
nak menambahkan iman, harus dibentangkan ujian
lagi hebat ujian, lagi tinggi iman diangkat darjatnya
kita belum diuji dengan ujian ketakutan berdepan dengan kekuatan musuh yang ramai
kita hanya berdepan dengan ujian-ujian yang kecil,

maka seharusnya boleh mula mendidik diri,
bila diduga, kita tidak mudah lemah dan takut
malah kita mampu mengungkapkan

"Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita"


Dahulu belajar sejarah, tak faham maksud disebalik peristiwa Hijarah
tak faham apa pengajaran di sebalik persaudaraan Muhajirin dan Ansar
tak tahu apa pelajaran di dalam kisah Sofiyyah Abdul Mutalib dalam menentang lelaki Yahudi dalam perang Ahzab

tapi sungguh, kita memang belajar dari sejarah
terimalah hakikat yang kita memang banyak belajar dari sejarah

ini hanyalah sekadar picisan sejarah silam,
benar ini sejarah kita
Monday, April 19, 2010

Demam Pharma

Berikut adalah persediaan untuk exam pharma, yang berbentuk 4 soalan mcq(dh habis jawab dah tadi )..

betul, empat soalan sahaja :D


























Saturday, April 17, 2010

Jangan perasan

Jangan perasan
Dakwah tak perlukan pun orang yang lalai dan malas macam kita
sebab kerja-kerja dakwah akan terus berjalan,
bersama pendukung-pendukungnya
bersama penolong-penolong agamaNya (Al Hawariyyun)
bersama tentera-tentera Allah
yang telah diikat dengan kontrak syahadah yang kita tidak nampak

Jangan perasan,
senanya dakwah tak perlukan pun orang yang lengah dan melampaui batas seperti kita
sebab kalau kita tak merelakan untuk buat kerja ini pun,
pasti Allah akan menggantikan kita dengan golongan yang jauh lebih baik dari kita
golongan yang jauh rela berkorban untuk tegakkan kalamNya

tak cukup lagi pengajaran yang kita dapat dari kisah Bani Israel yang telah dicela oleh Allah di dalam Al Qur'an?
dicela kerana degil dan bongkak
dicela kerana banyak mempersoalkan suruhan Allah

Tapi sebenarnya kita yang perlukan dakwah tu untuk dapatkan mardhotillah
kita perlu buat dakwah sebab kita adalah umat pertengahan,
kita dipilih untuk menjadi umat terbaik
setelah kita menyuruh orang berbuat kebaikan, dan mencegah kemungkaran
kita perlu buat kerja dakwah sampai kita mati

Kita bukan lagi umat yang hanya menyampaikan
tapi kita adalah umat yang menyampaikan serta mengubah nasib umat kita

kita mungkin tidak terpilih untuk menjadi khalifah,
atau sebagai
amir kepada seluruh mukmin di masa hadapan


akan tetapi, kita perlu menyimpan hasrat dan keinginan
untuk jadi titik-titik kecil dalam kenaikan Islam itu
kerana Allah telah menjanjikan Islam akan menang
sekurang-kurangnya,
ada saksi yang telah menyaksikan bahawa kita sedang berjihad
dengan jihad sebenar-benarnya




" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar,
dan beriman kepada Allah
.
Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka;
di antara mereka ada yang beriman
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. "

Ali Imraan : 110


" Dan berjihadlah kamu di jalan Allah
dengan jihad yang sebenar-benarnya.
Dia telah memilih kamu
dan Dia sekali-kali tidak menjadikan
untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.
Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu
dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini,
supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu
dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia,
maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat
dan berpeganglah kamu pada tali Allah.
Dia adalah Pelindungmu,
maka Dialah sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Penolong "

Al Hajj : 78


" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik "


Al Ankabut : 69

p/s : jangan perasan, jangan perasan


Friday, April 16, 2010

Nah, matahari untukmu :)



Kita mula berkenalan, bukan di dewan makan sewaktu beratur, mengangkut pinggan untuk amik makanan kerana lapar.


Kita mula kenal bukan taman bunga yang ada air terjun tidak berfungsi tu
(erk, kisas ada taman bunga ke?)


bukan juga di waktu perhimpunan, pada pagi Senin sambil menanti kp2 dan guru-guru yang kita hormat

Kita mula kenal bukan ketika kita bersua wajah buat kali pertama sewaktu berjalan untuk ke program orientasi

kita mula kenal bukan sebab kita telah berselisih bahu, lalu habis terjatuh semua buku setinggi bangunan sebab tak nampak orang di depan mata

Tapi kita kenal di dalam perpustakaan.
Kita duduk berhadapan, sambil menyiapkan kerja sekolah
engkau sedang tekun mengulangkaji,
aku pula berangan (eh senanya masa tu tengah nak cari idea untuk pendahuluan karangan BM)

heehe





oh
Kita tak pernah sama kelas,
tak pernah satu dorm
satu blok pun tarak!


kalau dahulu, aku memerhati dan mengagumi dia dari jauh
masakan tidak,
dia pembahas terbaik dalam pertandingan bahas antara rumah sukan,
pemantun terbaik dalam pertandingan pantun sekolah,
dan pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan
(dia pernah dapat 99% add maths dalam trial sbp satu mesia tu. )


tapi sekarang tidak,
nampak je dipisahkan dengan sempadan negara,
kita bermukim di dalam dua benua yang berlainan (engkau benua asia, aku benua afrika)
nampak je bumi tempat kita berpijak sekarang berlainan musim
(engkau pernah rasa salji di sana, aku pernah rasa debu-debu di sini. hehe)
kerana kita sangat dekat,
maka aku tak akan menyesal mengapa kita dipisahkan, sejak dahulu hingga sekarang

hait, hait.
dah janji nak ke overseas sama-sama kan?
dan kita telah berjaya terbang dengan kapal yang sama

dah janji nak jadi tabib handalan bukan?
dan sekarang kita sudah tahun tiga di sekolah perubatan masing-masing

erk, kamu mahu jadi Gynaecologist?
saya tak jadi lah nk jadi 'bidan' macam yang kita pernah kongsi dulu
sebab sekarang bercita-cita nak jadi 'tukang menganalisa penyakit'(pathologist)

helo, jangan lupa kenangan Kinabalu, Jordan dan Syria itu ya
juga kenangan kena marah dengan kakak MPH subang parade
kerana kita nakal, ikut suka hati aje menjadikan toko buku itu sebagai studio penggambaran



oh, setelah kamu pun sudah meningkat dewasa,
21 tahun dah
ni nak tanya, bila nak menimang adik lagi? (hehe, tak ada kaitan)


oleh kerana emak kata aku terer menulis dari hati, maka aku tak patut mensia-siakan ia.
Dengan tulisan sendiri, ia boleh jadi hadiah untuk orang yang sentiasa bertakhta di hatinya juga.


maka, entry ni adalah hadiah dari orang Cairo untuk orang Irbid, Jordan. belajar rajin-rajin.
Jangan lupa cari hadiah yang best-best (sempat lagi ) untuk diposkan ke Gombak julai nanti.
Beta pasti akan tunggu dengan hati yang berbunga-bunga



hehe, ok mari jadi serius



Selamat Hari Lahir yang ke 21
untuk orang yang aku sayang,
Nur Atiqah Mohd Nazeri


nah, matahari untukmu, didatangkan khas dari Bahariya :D





Allah telah tetapkan kita di posisi yang terbaik bukan?
Sebab hidup kita ditentukan oleh Dia.
Andai aku tidak dapat bersama denganmu lagi di atas dunia ini,
maka aku berdoa agar kita bertemu di syurga sana,
yang jauh kekal abadi


Semoga mahligai kita di 'sana' juga terletak sebelah menyebelah,
kita menjadi jiran
kita hidup bahagia,
di dalam naungan Tuhan yang Maha Penyayang


p.s: l*v* you!

(hadiah nanti eh, tunggu kita jadi orang kaya-kaya dulu)



Tuesday, April 13, 2010

Langit Terang




Aku lihat, aku pandang
aku merenung jauh akan langit itu
langit yang terang

Aku mentadabbur alam sambil memuji-muji Pencipta langit
aku pandang langit itu yang teguh, tidak runtuh
tidak roboh, tidak menghempap penduduk bumi

aku pandang langit itu yang terang
langit yang cantik,

bila malam, langit berhiaskan bulan yang menawan dan bintang-bintang yang tersusun
bila siang, langit disinari cahaya matahari yang hangat
serta ditemani awan-awan yang berkepul-kepul riang

bila malam, langit kelihatan sunyi
penduduk bumi tidur di dalam lena buaian mimpi
bila siang pula , langit tidak pernah diam dari bunyi-bunyi kicauan burung,
selepas hujan, langit dihiburkan dengan suara katak-katak yang gembira
tidak lekang dari suara cengkerik serta hidupan lain

aku mendongak ke langit sambil membelek lembaran sejarah dari Al Karim
aku alihkan pandanganku dari langit
lalu meneliti setiap bait dan tulisan dari kalamNya yang agung


Langit yang tenang dan cantik di hadapan aku sekarang
adalah langit yang sama pernah menjadi tempat diturunkan azab dan malapetaka
buat kaum yang mendustakan


langit yang terang dan indah di pandangan aku sekarang
adalah langit yang sama menuruti perintah Tuhannya
apabila Dia mengkehendaki ribut taufan ke atas kaum Ad,
pabila mereka menidakkan hujah kebenaran oleh Nabi Hud

langit yang turut adalah hamba seperti aku ini
telah menyaksikan akan kehebatan azab hujan api, haba yang panas
ke atas kaum Madyan yang degil dari mendengar seruan Nabi Syu'aib

Dan langit ini jugalah yang patuh akan titah Tuhannya
agar turut membantu tentera Ababil
langit ini telah menjadi tempat turunnya Ababil
dalam memusnahkan tentera Abrahah yang sombong dan bongkak,

lantas menghancurkan mereka yang zalim
pada hari kelahiran kekasihNya, manusia teragung Muhammad s.a.w


hamba ini mengagumi dirimu wahai langit
langit yang telah dipilih dalam kalangan makhluknya,
sebagai pusat pemerintahan Pemerintah Yang Maha Tinggi

hamba ini berasa rendah diri dengan mu wahai langit
kerana langit tidak pernah berhenti dari bertasbih memuji Al Khaliq

hamba ini merasakan kedudukan hamba rendah berbanding kedudukan mu wahai langit
kerana bila hamba terlupa dan lalai,
hamba mula menidakkan amanah yang jelas dipikul di bahu yang lemah ini
hamba mula leka dalam melaksanakan tugas hamba sebagai khalifah

wahai langit yang tinggi, teguh dan terang
wahai langit yang cantik lagi indah
hamba telah menjadi saksi bahawa langit ini
sangat-sangat taat akan titah dan perintah dari Yang Maha Agung

dan mohon darimu wahai langit
agar engkau menjadi saksi ke atas diriku
bahawa aku juga adalah salah seorang hamba yang sangat takut akan murkaNya
bahawa aku adalah salah seorang hamba yang sangat mendambakan kasih sayangNya
bahawa aku adalah salah seorang dari hambaNya
yang sangat komited dalam menjalankan kerja-kerja sebagai wakilNya

wahai langit yang terang,
bersaksilah engkau ke atas diriku
di mahkamah akhirat
di hadapan Hakim Yang Maha Bijaksana

andai mizan dosa aku lebih berat,
akan ke neraka, terima azab lah aku
dan bila dicampak ke neraka jahannam itu,
maka tiada lagi pandanganNya buatku

dan andai mizan pahalaku lebih berat
maka, akan ke syurga lah aku,
berbahagia dengan penghuni syurga yang soleh-soleh
serta bertemu dengan Dia Pemilik jiwa dan roh ku


[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?


Al Mulk: 16-17





Monday, April 12, 2010

Taaruf

Salam warahmatullah

Rasa macam dah kenal lama benda ni. Tapi baru semalam, tangan gatal-gatal nak main sungguh-sungguh dengan menyelongkar segala isinya. Ditekan punat itu dan ini, dan menjadi teruja seketika, lupa sebentar keinginan mahukan DSLR yang mahel. Boleh la, sebab baru kenal, baru nak taaruf betul-betul, maka timbul rasa sayang








Sama juga macam mereka. Rasa macam dah lama sangat kenal. Ketawa sama-sama, nangis sama-sama, buat kerja sama-sama, ke sana ke mari sama-sama. Rasa macam dah kenal betul hati budi, dah tahu emak ayah kerja apa, hobi apa, prinsip hidup apa(erk, yang ni belum setel kot taarufnya), apa dia 'kucing mati' mereka dan sebagainya

Tapi semalam, bila duduk sekali sambil makan keropok dan kuih raya arab, rasa macam baru berkenalan. Rasa macam taaruf tu belum settle . Tapi alhamdulillah, di sebalik kesempitan ruang waktu yang ada, Allah masih berikan masaNya untuk kami bersama, dan sudah tentu bukan duduk saja-saja.




Hai Sakinah!





Ni lagi satu contoh, baru tahu yang 'Big Ben' di Kasr El Ainy Medical School itu sangat cantik dan kelihatan antik pada waktu malam. Baru nak taaruf sikit-sikit dengan sekolah perubatan ni

Oh ya, nama aku Fathiyyah. Aku sangat suka tulis blog. Oleh sebab exam minggu ni berderet-deret seperti gerabak keretapi di Ramsis, maka aku perlu berhenti menulis dahulu di sini.

Prinsip hidup terpaksa diabaikan kejap. mari minum kopi untuk elak mengantuk dan mari berjihad dengan penuh ihsan

dan sungguh, Allah menilai usaha-usaha kita dengan neracaNya

p.s: Pressure, pressure!
Sunday, April 11, 2010

Tak Nampak



Kita selalu
deal dengan benda yang kita tak nampak.

contoh?

dosa dan pahala
neraka dan syurga

dan tak semestinya benda yang tak terkesan dek deria itu tak ada
seperti perasaan
-ayuamiza-

( dah belajar limbic system pun, still tak paham di manakah letaknya perasaan itu)



nanti sambung


Friday, April 9, 2010

Wehdatusy Syu'ur


Wehdatusy Syu'ur
ertinya kesatuan perasaan,
walau berbeza mana pun warna kulit kita
walau bermacam ceruk daerah mana pun asal kita
dan walau berbeza mana pun pendapat kita,


kerana kita telah diikat dengan ikatan aqidah yang tidak ternilai,
hati-hati kita sentiasa disatukan

kita berselisih pendapat,
tetapi kita tidak akan bermusuh
kerana hati kita telah diikat dengan tali Allah
bila ada di antara kita berbuat salah,
kita menegur dengan sepenuh kejujuran
kerana kita sayangkan mereka di atas nama Allah

ini bukan soal aku baik, engkau tidak
atau
soal engkau baik, dan aku tidak

tapi ini soal
Aku muslim,
dan engkau juga muslim

maka secara automatiknya
engkau telah menjadi tanggungjawabku

dan aku juga menjadi tanggunganmu
dan kerana itu,
aku menyayangimu kerana Allah

======================


Mari meneliti kisah selepas perang Badar
terdapat perselisihan pendapat di antara Abu Bakar dan Umar
mengenai nasib tawanan perang Badar

ditanya kepada Abu Bakar
Abu Bakar mencadangkan supaya dibebaskan sahaja tawanan-tawanan perang tersebut
bebaskan dengan disertakan bayaran fidyah

bila ditanya pendapat Umar,
Umar dengan lantang mencadangkan
agar tawanan2 perang itu dipancung leher mereka
Abu Bakar yang lemah lembut
Umar yang tegas,
Kedua mereka sangat kontra personalitinya

Keputusan telah dicapai,
dengan keadaan, Rasulullah lebih cenderung dengan cadangan Abu Bakar,
dan tidak cenderung dengan pendapat Umar

keesokan harinya,
di saat Rasulullah s.a.w menangis bersama Abu Bakar
lalu datang Umar

Umar berkata,
"Wahai Rasulullah S.A.W, ceritakan kepadaku,
apa yang menyebabkan kamu berdua menangis ini?
Sekiranya perlu menangis, aku pun akan menangis sama.
Kalau tidak dapat, akan aku paksa diri ku membuat tangisan"

Jawab Rasulullah s.a.w
"ku menangis ini kerana perkara yang telah disyorkan
oleh sahabat-sahabatmu(Abu Bakar) itu,
iaitu syor mengambil tebusan dari tawanan-tawanan perang telah ditolak,
sebaliknya disarankan kepadaku
pembunuhan mereka(cadangan Umar) dekat pokok-pokok itu"


===============

Tuesday, April 6, 2010

E D O A (edited)



Bismillah



Pernah atau tidak kalian, main basketball atau netball atau football,
lalu selepas main, kalian berhenti untuk berehat.
atau berhenti main terus kerana sudah cukup masa.

Kemudian teman anda ajak duduk bersama sementara menunggu waktu maghrib,
supaya bila dah masuk waktu nanti, dapatlah mengerjakan solat berjamaah.
Sambil menunggu, salah seorang sahabat kalian tiba-tiba buka satu topik.

Muhasabah namanya

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, bila lepas buat apa-apa aktiviti, tidak kiralah memasak ke, bershopping ke, main boling atau apa-apalah, aku diajak untuk duduk bersama dengan mereka . Duduk sejenak dan berfikir, apa yang aku dah dapat hari ni. Main boling saja-saja kah hari ni? Dapat gelak dan ketawa serta bergembira bersama sisters, itu je?

Lalu berterima kasih kepada mereka, kerana menghadiahkan aku berjuta peringatan yang tidak ternilai harganya. Dan sudah tentu ianya datang dari Dia, yang tidak pernah tidak kasih kepada aku.


Nah, aku tampalkan link blog emhoho tentang aktiviti semalam . Sungguh, aku juga merasakan apa yang dia rasa . Em, terima kasih, terima kasih!





International Bowling Centre, Cairo






Introducing,
The teams




Taxi 1




Taxi 2



Taxi 1 vs Taxi 2
:D




Player 1




Player 2



Player 3 and 4






us




The Prize



=============================

Next.....

makan-makan!

at Nile Restaurant (ye ke?)









aku pernah baca rooftop rant. si lelaki itu pergi memancing bersama teman-teman.
Sambil menunggu ikan, mereka mentadabbur alam.
Melihat langit yang menjadi bumbung bumi,
mengagumi bulan dan bintang menghiasi alam.
Memuji Tuhan yang Maha Mencipta.

Lalu, aku teringat pula kenangan di Bahariya,
dalam kesejukan teramat, aku mengadu kepada teman-teman supaya berbuat sesuatu
Dan mereka mula membuka cerita, tentang kisah betapa Maha Pengasih nya Allah
betapa tabahnya para Nabi dalam kerja-kerja mereka
betapa pemurah dan tingginya azam para sahabat dalam menegakkan kalimah Dia.

Haih, makin besar, makin banyak belajar.
Rasa mahu jadi kecik balik, so that banyak lagi masa aku untuk belajar dan belajar.

Benar bukan, belajar bukan hanya dari buku,
kita belajar dari alam, belajar dari pengalaman, belajar dari orang!

hehe

sebelum tutup kalam, nk beritahu

E D O A (Egypt Day out Akhawat )


Regards,
Fathiyyah
Monday, April 5, 2010

Katanya....

Katanya cinta Allah,
Tapi terus dijunjungnya nafsu,
Bila susah dicarilah Allah,
Bila senang nafsulah tuhan.

Katanya kasih Nabi,
Tapi hidupnya untuk diri sendiri,
Pening Nabi fikirkan ummat,
Pening dia fikirkan perut.

Katanya percaya Al-quran,
Tapi bacanya jarang sekali,
Amalan apatah lagi,
Seingatnya hanya sebagai jampi.

Katanya mahu ke syurga,
Tapi temannya masih syaitan,
Namanya pun tak baca Quran,
Biarlah kata-katanya jadi harapan.

(mudah bila berkata-kata.. tp bila halangan datang,hilang semua itu.. iman itu bukan sekadar kata-kata tapi lebih kepada amalan.. [8:2-4] )


http://smalldeeds.wordpress.com/2009/04/
Saturday, April 3, 2010

Bisikan

Satu bisikan,
Pemisah dua jurang,
Seorang ke syurga idaman,
Seorang ke neraka jahanam.

Satu bisikan,
Mudah benar tersalah,
Semalam kerana Allah,
Hari ini melawan Allah.

Bisikan hati,
Lihatnya sekecil biji sawi,
Tapi tinggi di sisi Ilahi,
Antara manusia atau redha Ilahi.

(moga niat dalam setiap amalan sentiasa diperbaharu.. susah, tetapi perlu.. mudah berubah, perlu sentiasa diperbaharui.. ikhlas dan ikhlas dan ikhlas..)


http://smalldeeds.wordpress.com/2009/03/
Thursday, April 1, 2010

Buka Mata


Astaghfirullahal Aziim

Hari ni kena 'belasah'
kena 'tumbuk'
sebab kena tegur secara DIRECT dari Allah

Nah, amik amik.


===========


Buka mata luas-luas
bukankah jalan kebenaran itu sudah terang-terang jelas.
Tapi tangan, mata dan kaki masih 'gatal-gatal'
hati dan jiwa masih futur dan malas-malas
tak ada masalah, cari masalah
tak ada hal, cari hal
tak ada angin, tak ada ribut, tak ada taufan
tapi sukaaa sangat cari pasal

Astaghfirullah
Astaghfirullah

Tapi alhamdulillah
Allah masih campakkan rasa takut dan berharap pada rahmat dan kasihNya

Alhamdulillah
sebab iman dan hidayah masih belum dicabut dari tuan badan

alhamdulillah
sebab Allah masih kabulkan permintaan aku setiap hari
'tunjukkanlah kami jalan yang lurus'
(al Fatihah:6)

Alhamdulillah
Allah masih memandu aku ke jalan JannahNya
ke arah untuk menemuiNya

=================


Alunan lagu Thank You Allah
ibarat dialog antara aku dan Allah

Thank You Allah
Thank You Allah


 

Template by Web Hosting Reviews