Monday, March 29, 2010

Bila terima berita gembira

Salam warahmatullah


Bila kita menerima berita gembira, lalu orang lain mengucapkan tahniah yang tidak putus-putus untuk kita. Dan kita sangat bersyukur, kerana setelah berdepan dengan macam-macam benda yang memusingkan kepala yang jarang nak pening-pening, akhirnya ia hampir menuju kepada noktahnya.

Arah tuju dan destinasi tampak semakin jelas. Dan kita semakin menghampiri jalan yang bakal kita pilih. Lalu kita tersenyum kerana lega, tetapi dalam hati sudah tentu ada terbit sedikit rasa bimbang dan risau tentang macam-macam benda. Sebab kita tidak akan tahu apa sebenarnya plan Dia untuk kita.

Namun begitu, bila sudah sampai pada titik tempat aku berdiri sekarang, pandangan masih samar-samar. Masih takut untuk melangkah lagi. Kalau melangkah, apakah mungkin ia tidak selaju macam langkahan sebelumnya?

Suatu ketika, ia nampak jelas, sinarnya sangat terang. Tapi ada juga satu ketika, ia tampak samar, kadang-kadang kelam, gelap sampai ada rasa takut.

Hati diikat dengan ucapan istighfar berulang-ulang kali
memohon ampun sungguh-sungguh
Diri takkan pernah mahu berhenti dari bersangka baik,
berharap dan bertawakkal kepada Dia

dan Iman tidak akan pernah putus dari diuji,
diuji oleh Dia , Pemilik imanku, Pemilik jiwaku

Moga ujian ini lebih mendidik aku.
moga dugaan ini lebih mendekatkan aku dengan Dia, Pemilik seluruh alam
Saturday, March 27, 2010

We Come To Win


We Come To Win


Salam warahmatullah.

Macam biasa, kalau demam hari sebelumnya, esok pagi m
esti terus segar. Lagi-lagi bila kepala sudah disetkan bahawa hari itu ada 'hari sukan sekolah perubatan' dan aku bakal menjadi salah seorang pemain bola(bukan bola sepak)

Kenangan yang tak dapat aku lupa pada hari semalam adalah, dewan ARMA bergema bila orang-orang itu menyorak 'Cairo' selepas diumumkan oleh MC sebagai pemenang Pasukan Paling Bergaya, Pasukan Paling berdisiplin dan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Kaherah

Alhamdulillah alhamdulilla
h

Sudah tentu jutaan tahniah buat ketua segala ketua kontijen Cairo itu sendiri yang aku pasti telah berpenat lelah dan ke hulu ke hilir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar







Bersama ketua-ketua kontijen Azhar University n Ain Shams University :) Credits for Miss K. E



Kenangan yang paling paling tak dapat dilupakan adalah.....


aku balik rumah kaki terhencut-hencut, kaki berbalut dan bengkak mengalahkan orang mengandung. Itu lah, bergaya sangat jatuh waktu main semalam. lompat nak amik bola, kena himpit 2 orang, siap pusing 180 darjah sebelum jatuh. kaki yang ha
ri tu pernah terseliuh sebab mengejar teksi sambil pakai kasut tinggi, berlipat dan terseliuh lagi waktu main semalam.. (ni lah anak emak. ganas)




Dan jutaan penghargaan khas buat Cik Bella dan Cik Syila dan semua orang-orang kuat mereka atas segala jerih perih mereka selama sebulan ini. Sungguh, Allah sahajalah yang Maha Mampu membalas segala jasa kalian

Syila, terima kasih kerana berkorban untuk saya. See, kamu memang sangat best kan mengarah-ngarah ni. hehe.
Lain kali, boleh suruh kamu lagi (lariiiiii!)

regards,
Fathiyyah
Thursday, March 25, 2010

Baling (ii)


Under the moonlight



El Manial



View from nile river



The bridge to Giza



The 'GS' Player, Miss A



The Court



The Team




Erk, the 'kasut-buruk-nak-tercabut-tapak'



The Balls







Baling-baling bola dengan mereka semalam sangat best.

Semalam tunggu, dan dalam keadaan nak mati kesejukan menunggu 'orang datang amik kami' dengan penuh kesabaran

Sampai rumah, masuk bilik

'Achoo!'

Oh no, esok kelas microb. Tak nak demam tak nak demam..

Mukmin yang kuat itu lebih baik dari Mukmin yang lemah.

p.s: Salah satu muwasofat Tarbiyah = Qawiyyul Jism :D
Wednesday, March 24, 2010

Baling


Baling-baling bola jom!
Tuesday, March 23, 2010

2-3 hari

Salam warahmatullah..

2-3 hari ini kebelakangan ini, macam-macam jadi.

Cuaca yang sepatutnya suam-suam panas, tiba-tiba menjadi sejuk tahap tak ingat. Macam nak masuk winter balik! Suhu Cairo berjaya mengalahkan suhu di tanah tinggi Gunung Kinabalu Malaysia sana :D

Melihatkan perubahan cuaca yang tidak menentu ini, maka ramai juga yang mula tidak sihat.
pening dengan segala macam pening, demam yang berbagai (demam debate, demam nak balik mesia, demam nak exam), muntah-muntah segala benda yang masuk dalam perut dan tidak kurang juga ada yang selalu keluar masuk toilet.

Apa pun, selamat menjaga kesihatan ya semua. Faham sangat bila saat pertukaran musim macam ni(musim sejuk kepada musim bunga), maka kita memang teruji dengan ujian kesihatan.

keadaan aku pula pelik-pelik sikit berbanding yang lain.

Kita masuk topik debate la. Aku letak gambar mereka yang berpakaian serba hijau. Jutaan terima kasih buat penyokong-penyokong setia Gen 7 Cairo U yang turut memberikan sokongan yang tidak terhingga buat debaters kita.

Dan tahniah buat kalian bertiga-Aimi, Ayu dan Ulya. Sungguh, persembahan terbaik kalian adalah waktu final. Baik Aimi, Ayu mahupun Ulya . hehe.

Moga target yang telah kalian pasang sebelum masuk debate itu telah tercapai dengan jayanya. Mabruk! :)



The motion was

'This house believe that the universal health care is more important than financial concerns"




The Government Team









Ulya was the best speaker! :)


Minggu lepas hangat dengan Medicophilic week , minggu ini pula bakal panas dengan Hari Sukan Kaherah

Oleh itu, buat mereka yang berkenaan dengan aku, mari ber'kelah' di tepian sungai Nil.
Kita lari-lari tepi Nil dan baling mana-mana bola yang patut jom.
Esok petang, 3 jam selepas jam Parasitology.

Adik-adik dah stat beli tiket balik kampung. Aku pula tengah intai-intai tarikh nak balik kampung juga. Entah-entah tak balik kot?

Kita pergi Jordan atau UK la, lawat-lawat orang sana
(angkat-angkat kening)

Ke nk tinggal di Mesir je, bermaharajalela dan 'bersenang-lenang' dengan rakyat budiman di sini?
(sengih-sengih)

regards,
Fathiyyah
Sunday, March 21, 2010

Tumuhatuna



38. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa bila dikatakan kepada kamu
"Berangkatlah(untuk berperang) di jalan Allah",
kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sendikit


39. Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang),
nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih
dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,

dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu



At Taubah: 38-39




Apabila dikatakan kepada kamu, 'Infiru' berangkatlah fi sabilillah, berangkatlah ke jalan Allah,
tiba-tiba 'Thaqaltum Ilal Ardhi' , tiba-tiba kamu merasa berat

Allah S.W.T kata ,
eh apa kamu ni, bila disuruh berangkat fi sabilillah, kamu berasa berat? kamu nak melekat pada bumi?

dan bila mereka bersikap macam tu,
kemudian Allah kata 'eh, kamu ni 'aradhitum bil hayatid dunya minal akhirah?'
kamu ni lebih redha dengan kehidupan di dunia daripada akhirat?

muntalaq.wordpress



Inilah doronganku
inilah harapanku
dan inilah mimpiku

Tumuhatuna



71. Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan,
sebahagian dari mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,
melaksanakan yang salat menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka akan diberi rahmat oleh Allah.
Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana



Friday, March 19, 2010

Kerja


Salam warahmatullah

Minggu ni penuh dengan kerja. Dan SEMUA orang buat kerja. Ada yang bertebaran di bumi sana dan sini, menebarkan ‘jala’ masing-masing. Dan ada juga kerjanya berdebat di arena debate.(medicophilic week)

Aimi, Ayu dan Ulya. (p.s: emak, ini Ulya anak Dr Nura)

Sepanjang hampir 5 tahun duduk sekali dengan Aimi(sekelas, sebilik dan serumah) , pertama kali aku tengok Aimi debate betul-betul. Masa di Kisas dulu, rajin tengok dia berlatih debate je. Tak pernah tengok dia bertanding sungguh-sungguh. i'm very very proud of you, mi

Ayu pun. Baru semalam aku nampak Ayu versi lain. Bukan senang nak tengok Ayu yang garang waktu membentangkan hujahnya

Ulya pun sama. Dengan dialek 'scottish' nya tu, (sebab Ulya pernah membesar di Scotland), maka tak hairan langsung Ulya sangat yakin dalam sesi rebuttal :)

Apapun mereka akan melangkah ke semi final debate hari ini untuk berentap dengan pasukan Azhar University.
Dan kalau mereka menang, mereka bakal bertemuy dengan wakil Ain Shams University atau pasukan kedua dari Cairo University.

Waktu aku tengah menulis ni, mereka sedang berbincang macam menteri di salah sebuah bilik di rumah Anfaal.

Dan aku? jadi tukang masak. Kang mereka tak cukup tenaga, siapa nak tanggung? :D

Nah, ini gambar-gamba mereka beraksi. Oh ya, buat penyokong setia, debaters hari ini pakai baju warna hijau :D



Tempat : Kauthar :)

The First Day




Madam Speaker(you-know-who)

:D





The Opposition




The Government









The Second Day








Semoga niat kita semalam dan hari ini sentiasa diperbetulkan, diperbanyak dan diperbaharui. Semoga Allah meredhai dan menerima usaha-usaha kita.
Moga ia mampu memberatkan neraca kebaikan kita di hari akhirat kelak.

Thursday, March 18, 2010

Kita sudah berjanji, bukan?



Dahulu, sebelum kita dipertemukan buat pertama kali,

kalian sudah berjanji dengan Tuhan
berjanji akan menjaga, membelai, menjadi tempat bermanja untuk aku
Kalian berjanji, bahawa kalian akan membesarkan dan mendidik aku
dengan seluruh jiwa dan raga kalian
kalian akan menyayanyi aku
Dengan kasih sayang yang tiada tandingannya

Dan bila aku sudah mampu berfikir, membezakan antara buruk dan baik
aku mula berjanji
selagi jantung ini masih mampu berdegup dengan kencang
selagi nyawa masih dikandung badan
aku berjanji untuk menyayangi, berbakti kepada kalian sepenuh jiwaku juga


Kita sudah berjanji bukan?
Setiap kali berpisah untuk setahun lagi,
baik aku mahupun kalian,
kita berjanji untuk menjaga diri masing-masing
kita berjanji, akan sentiasa menerima apa jua yang akan menimpa

Kita telah berjanji di dalam hati
Andai aku mati di bumi ini dan tidak sempat untuk menatap wajah kalian buat kali terakhir,
kalian akan redha dengan pemergianku
kalian tidak akan teragak-agak untuk mengucapkan
'innalillahiwainnailaihirajiuun'
Kerana awal-awal lagi kalian sudah merelakan aku pergi
kerana kalian sangat percaya denganku
kalian sangat yakin bahawa Dia akan menjaga aku

dan aku juga sudah lama berjanji di dalam hati
bahawa aku juga akan redha atas apa jua suratan yang bakal tertulis di Luh Mahfuz
bahawa aku akan merelakan pemergian kalian selama-lamanya juga nanti ,
aku berjanji untuk tidak bersedih berpanjangan
kerana aku telah berjanji di dalam hati,
bahawa aku akan menyerahkan segalanya kepada Tuhanku,
Andai Tuhanku lebih menyayangi kalian, maka aku sangat redha!

Kerana hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Pemilik seluruh alam
Kerana kalian dan aku adalah milik Dia sepenuhnya
Dia berkuasa atas apa sahaja terhadap kita
bahawa kalian hanya pinjaman untuk menemani aku
dan aku juga hanya seorang anak pinjaman dari Tuhan buat kalian

Tenanglah wahai jiwa-jiwa yang sentiasa mencari jalan untuk menyucikannya
tenanglah wahai ruh-ruh yang sedang dalam menuju Tuhannya



Al Fatihah, buat arwah ayah kepada sahabatku di Cairo, Faten Farhana.

Sungguh, Allah telah pilih bukan calang-calang orang untuk diberi dugaan sehebat ini.
Dugaan besar, jiwanya tenang, kesabarannya baik, redhanya setinggi langit. Maha Suci Allah.

Kita takkan tahu apa rahsia, rahmat dan hikmah di sebalik semuanya yang telah ditentukan

Ya Allah, tempatkanlah arwah di tempat yang syurgaMu yang tertinggi
di samping para kekasihMu, bahagia di sampingMu
Ameen


======================

p.s: Bila kita dengar berita kematian sana sini, maka kita jadi sangat yakin yang mati itu bila-bila masa, tak ada tangguh-tangguh. Malaikat maut bila nak renggut nyawa kita, tak adanya nak minta izin kita dahulu, nak tanya boleh ambil nyawa ke tidak.

Kita makin sedar dan yakin, bahawa kehidupan di atas dunia ini hanya sementara,
dan semuanya hanya pinjaman untuk kita.

Dan sungguh, yang membezakan darjat kita pada pandangan Tuhan kita, bukanlah dari segi rupa, kaya atau miskin.

Tapi yang bezanya adalah, TAKWA kita. Bila kita nak betul-betul takut dengan Allah?
Wednesday, March 17, 2010

Ada orang kata

Ada orang kata pada aku

sesetengah orang yang tulis dalam blog tu, kadang-kadang dia jadi seperti bukan dia. Tetapi menyamar menjadi orang lain. Kat dalam blog orang tu kadang-kadang tulis macam entah pape skit, tapi sebenarnya tidak. Hati baik. Ayat-ayat dia cam pelik, tak masuk akal. Tapi senanya dia sedang menyindir. Sarcastic (macam kenal je :D )

Kadang-kadang orang tu tulis benda yang bagus-bagus. Tapi dalam hati dia , kita tak tahu. Hati sendiri pun kita belum setel taaruf, apatah lagi hati orang lain. Takkan boleh tandingi Allah Yang Maha Tahu

Maka aku pun kadang-kadang keliru.

Aku sedang menjadi orang lain ke? Orang cakap, aku kat luar lain, dalam blog lain

Maka, first impression itu apa ya?

Sebab kadang-kadang hati senget, suka 'judge a book by its cover'



Astaghfirullah Astaghfirullah
Tuesday, March 16, 2010

Coretan dia

Taken from nannychomel.blogspot.com

Coretan dia, buat aku



Selamat Hari Lahir, Fathiyyah!

Masih aku ingat
diwaktu itu
di pejabat
sedang bersiap sedia
untuk menghadiri
Majlis Jamuan Hari Raya

Sudah terbayang diruangan mata
sate, ketupat, lemang dan rendang
kuih raya, dodol dan berbagai
juadah yang enak2
teringin aku menjamah semuanya

Tiba2 terasa saperti saat
untuk melahirkan sudah tiba
keinginanku untuk menikmati
juadah hariraya
terpaksaku lupakan

Di kalangan anak-anakku
proses melahirkannya yang paling lama
ku tanggung
seperti melahirkan anak sulung

Kehadiran bayi yang comel dan montel
disambut dengan penuh kesyukuran
suara tangisan dan gelak ketawanya
keletah dan kerenahnya
sentiasa menghiburkan
dialah kesayangan
dialah kemanjaan


Masa berlalu begitu pantas sekali
bayiku kini sudahpun berusia 20 tahun
rasa belum puas aku membelainya
dia sudahpun mencecah alam dewasa
menjadi seorang rupawan
sudah boleh berdikari
sudah pandai mengurus diri
sudah boleh menentu masa depan sendiri

Alhamdulillah,
Tiada apa yang aku harapkan
selain doa yang aku panjatkan
agar dia menjadi seorang yang berbudi pekerti
bijaksana dan berakhlak mulia
sentiasa mengasihi dan dikasihi
dan hidupnya sentiasa diberkati




==================================


Bagi sy melalui saat-saat perpisahan dengan anak-anak semasa mereka belum cukup dewasa adalah sangat menyedihkan. Dulu terpaksa berpisah dgn Fathiyyah apabila dia masuk Sekolah Naim Lil Banat di Kota Bharu, Kelantan.

Sy rasa sy telah berlaku kejam terhadapnya kerana menghantarnya bersekolah jauh-jauh. Fathiyyah pula slalu telefon dan tulis surat kata kami dah xsayangkannya kerana hantar dia sekolah jauh-jauh. Dekat setengah tahun juga dia terpaksa dipujuk untuk meneruskan persekolahannya di situ. Mujur lah pada waktu itu, ayahnya masih berkhidmat dengan MAS, bolehlah dia balik tiap-tiap bulan guna privilege family travel.



======================


Sudah hampir 2 minggu dia menyepikan diri....hanya sekali2 je dia call...tanye kenapa dia xupdate blog, dia kata 'gong chan' tinggal. Kesian 'gong chan' kena tinggal. Ingatkan xbole survive tanpa 'gong chan' di sisi. First time dia call, dia baru sampai Jordan, kedua kalinya ke depan 'Petra'..dia bercerita betapa indahnya tempat itu..tersangatlah teruja. Alhamdulillah, sampai juga dia ke sana. Ketiga kali dia call, dia on the way ke Syria pulak. Amboi..panjangnya langkah...janji ke Jordan aje tapi dah sampai Syria...lawan tokey nih!

8 Februari baru nak balik Cairo...lambatnyeeee...xsabar nak tengok gambar2 menarik di Jordan dan Syria. Dia kata ada 1,000 keping gambar. Banyak tuu. Memang sejak kecil dia suka berjalan n suka bergambar...macam emak dia jugaklah...tapi bila dah tua2 nie...xbest pulak bila bergambar kerana bentuk badan dah 'out of proportion' dan muka pun dah xcun lagi huhuhu. So biarlah anak2 aje yg berposing.

We miss u thia...




========

n i miss you too, emak


Ya Allah, sayangilah ibuku.Sebagaimana dia telah mengasihiku sejak aku kecil

Ya Allah, tempatkanlah ibuku, di dalam syurgaMu yang tertinggi. Di samping para nabi dan orang-orang yang soleh

'thia dah membesar, menjadi seorang gadis, bakal menjadi milik orang, but thia masih baby emak' luah dia


Lalu, air mata gugur, membasahi pipi yang selalu diusapnya, yang seringkali dibelai manja

Saturday, March 13, 2010

Change

Now, it's time to change

Skill masak-masak, mengemas, menjahit(errrrrrk!) kena diperbaharui. Belajar macam mana teknik-teknik yang baik punya

Study kena mantap-mantap, plan plan!

Oh oh, ramai sangat dah tegur

' Fathy kena belajar jadi ayu sikit. no budak-budak punya perangai!'

muka Transparent kena belaja kontrol-kontrol

dan tak pernah abaikan,

Takwa kepada Dia itu wajib dipertingkatkan. Bila ada perasaan takutkan Allah itu sentiasa menebal dalam diri setiap hari, dengan izin Allah yang lain akan selesai juga.

Dengan izin Allah, Ameen

p.s: 'Usrah tak boleh tinggal sebab pembinaan individu muslim itu bermula dari Usrah ' kata seorang ibu kepada 'anak-anaknya'
Friday, March 12, 2010

Sibuk



Salam


(menulis entry dengan keadaan kepala berdenyut-denyut dan mamai )

Bila sudah siap satu kerja, maka harus tekun dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja-kerja yang lain.

Seperti dalam surah Al Insyirah ayat 7 yang bermaksud

" Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain) "

Biarlah kita buat kerja sampai kita rasa sendiri yang kita telah pun berehat(masa buat kerja tu) . Jangan kita rasa nak berehat bila kita dah siap sesuatu kerja. kang rehat lama-lama, malas nak sambung galas tanggungjawab lain pula. (ayat berbelit ke?)

Hujung minggu yang sibuk. Namun aku masih bersyukur, sesibuk mana pun aku, aku masih mampu meluangkan banyak masa untuk solat, untuk mengadu kepada Tuhanku. Tak dapat bayangkan kerja jadi doktor nanti. Tak nak bayangkan sibuk nya tahap macam mana.

Kalau sekarang kita boleh luangkan masa 15-20 minit untuk bersama dengan Tuhan kita, esok-esok dah kerja belum tahu. Mungkin 3-5 minit sahaja masa yang kita ada untuk tunaikan ibadah wajib tu? aaaa, tak puas lah kalau macam tu. Nak sujud lama-lama pun macam tak boleh sangat.

Alhamdulillah alhamdulillah. Allah masih beri aku peluang untuk merasa 'bestnya solat! Bestnya dapat mengadu kat Allah!' walaupun aku sibuk(kononnya mengalahkan exco PERUBATAN) sampai tahap petala kesembilan. :D

p.s: Untuk kakak-kakak, kawan-kawan dan adik-adik universiti Kaherah yang sangat berbakat dalam bermain bola jaring, sila jangan segan-segan untuk mendaftarkan nama kalian dalam Kelab Bola Jaring Cairo U. Boleh rujuk kepada budak ini tahun 3, Cairo Uni

p.s lagi : buat kerja rasa macam nak putus fius(macam kenal je ayat?) Pengsan! (tido)
Dengan nama Allah yang menghidupkan dan mematikan aku


Thursday, March 11, 2010

Plan plan...




Salam warahmatullah

Esok bakal diketahui result SPM yang ditunggu-tunggu. Resah gelisah risau memanjang, tidur tak lena, makan tak kenyang. semuanya akan berakhir pada hari esok 11 haribulan Mac 2010

Sesudah terima result, cemerlang atau tidak cemerlang sangat , nak tak nak kena pilih juga arah jalan mana yang kita mahu tempuh.

Pilih pilih. Jangan tak pilih.

Jangan nak amik medik, hanya kerana sebab result kita best, sebab kita dapat top student di sekolah, di negeri atau di dalam negara. Sebab kita handal dalam spm, so tak ada sebab kita tak pilih medik. Sebab medik tu bidang yang vogue, semua akan hormat kita bila dapat title 'Dr' tu. Semua orang akan segan dengan kita.

Kalau hati kita penuh dengan perasaan macam tu, nasihat aku, tak payah la amik medik. Sudah lah medik ni susah. Kalau niat awal-awal dh tak betul, maka takut jadi doktor tu sia-sia pula nanti.
Takut Allah tak redha.

Jangan amik engine, kalau rasa bidang tu boleh dapat duit banyak, jadi cepat kaya atau berpeluang dapat pangkat tinggi di syarikat-syarikat yang terkemuka.
Takut-takut bila dah ada duit banyak, jadi kaya raya, zakat tak laksanakan, lupa dan lalai dr ingat Allah. Takut Allah tak redha

Jangan amik account kalau rasa bidang tu menjadikan kita lebih terkenal, kerana kita pegang duit. Kita disegani sebab kita handal menguruskan hal-hal kewangan.
Takut kita riyak dan takbur bila mula disebut-sebut oleh orang ramai . Takut Allah tak redha dengan kita yang hidup atas bumi Dia

(3 bidang yang femes, biasa disebut-sebut dan menjadi igauan masa zaman aku sekolah dahulu)


Plan plan, jangan tak plan .

Sila merancang dengan bijak dan buatlah keputusan dengan akal yang sejahtera, serta hati yang dipenuhi dengan iman yang teguh . Bila pilih bidang yang berkenan, jangan terpedaya dengan bisikan hawa nafsu dan syaitan.
Niat untuk pasang cita-cita tu, awal-awal lagi kena betul. Kalau permulaannya baik, insya Allah dipermudahkan dan pengakhirannya juga terbaik.

Soalnya, niat dan target kita apa sebenarnya? Kita sedang memburu apa ya? Kita pilih bidang-bidang yang kita minat, sebab dengan bidang itu lah saja kita akan membuat dengan terbaik. Sebab kita rasa kita ada kemahiran dalam bidang tu . ok fine.

Lepas tu apa? apa misi kita?

Kita selalu fikir keadaan kita 5-10 tahun kemudian. Sedar atau tidak, kita fikir tentang masa depan kita sahaja. Masa depan kita sorang-sorang. Kita selalu terlupa, yang kita diletakkan dalam posisi tertentu oleh Allah, seperti yang tertulis dalam Luh Mahfuz, yang kita bakal memainkan peranan untuk umat


Betul, untuk umat. Kita hidup untuk jadi hamba Allah dan sampaikan risalah Allah. Maka, memang tak sempat dah sepatutnya kita nk fikirkan tentang masalah kita yang kadang-kadang remeh-temeh je.

Sudah sampai masanya kita buat pilihan, bukan lagi untuk kepentingan diri kita. Sudah sampai masanya untuk kita buat apa-apa keputusan untuk kemaslahatan dan kebaikan semua.
Kita selalu takut nak merancang benda-benda yang macam nampak semangat, tapi kita tak tahu yang musuh-musuh kita, senyap-senyap sedang mengatur langkah untuk menjatuhkan pemuda-pemuda seperti kita.

Tak kisah pun nak teruskan belajar dalam bidang apa-apa pun,

kalau dengan menjadi doktor, urusan mentadbir alam sebagai khalifah Allah itu dapat dijalankan dengan sempurna, maka, silakan pilih medik.

Andai dengan memilih jurusan kejuruteraan itu mampu membantu dalam menyelesaikan masalah pembangunan(contoh) di negara-negara di mana rakyat Islam dilanda kemiskinan dan ditindas, maka silakan ambil engine, belajar sungguh-sungguh dan menjadi seorang engineer

Andai dengan memilih jurusan agama, kalam kita tentang Islam itu lebih diterima oleh masyarakat luar, perjalanan dakwah kita semakin lancar, maka jangan teragak-agak untuk menjadikan syariah, Usuluddin sebagai jurusan pilihan sehingga ke akhir hayat.


Dan andai dengan menjadi seorang pengarah filem itu kita mampu menceritakan tentang indahnya Islam, bestnya Islam kepada golongan yang tidak tahu, maka jangan bersegan silu, untuk menyambung pelajaran dalam bidang perfileman atau media.

Kerana seorang pemuda muslim itu, hidupnya hanya untuk menyumbang untuk agamanya. Dia hidup untuk mengabdikan diri kepada Tuhannya. Dan tidak ada apa dari dirinya melainkan hanya untuk Islam, untuk Islam


p.s : nanti keluar tawaran JPA, Mara, Bank Negara, TNB, PNB, sila rebut sungguh-sungguh. Dan laksanakan amanah yang telah dipersetujui dalam perjanjian.

Kalau kita mampu patuh dalam perjanjian seperti pihak penaja tetapkan, maka kita patut LAGI MAMPU laksanakan perjanjian kita dengan Allah. :D


Hidup di dunia sepatutnya tak boleh selesa sangat. Kalau rasa diri sendiri tu macam rehat dahsyat2, tak buat kerja yang sepatutnya, maknanya ada yang tak kena la tu.
Bukankah tempat rehat sebenarnya itu adalah Syurga? :)


Salam dari Cairo yang mula panas

yours sincerely,
Fathiyyah, budak biasa-biasa je
Tuesday, March 9, 2010

'Ibad Ar Rahman



Entry untuk mencegah tidur seusai solat subuh.


Dan sungguh, orang yang pertama-tama kita perlu ajak untuk berubah dan berhijrah, untuk mendekati dan memahami Islam yang sebenarnya adalah diri kita sendiri. Bukan dia, bukan mereka, tetapi kita.


********************************


Ibad Ar Rahman (Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) dipetik dari Kitab Allah yang agung,


63. Adapun hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan perkataan yang hina), mereka mengucapkan 'Salam'

64. dan orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri

65. dan orang-orang yang berkata " Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal "

66. sungguh, Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman

67. Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak pula kikir, di antara keduanya secara wajar

68. dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; barangsiapa yang melakukan demikian, nescaya dia mendapat hukuman yang berat.

69. (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina

70. kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang

71. Dan barangsiapa yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya

72. Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian yang palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya

73. dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang yang tuli dan buta

74. Dan orang-orang yang berkata "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami) dan jadikanlah pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"

75. Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam

76. mereka kekal di dalamnya, Syurga itu sebaik-sebaik tempat menetap dan tempat kediaman

77. Katakanlah(Muhammad kepada orang-orang musyrik), "Tuhanku tidak mengindahkan kamu, kalau tidak bukan kerana ibadahmu(tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNya), padahal sungguh, kamu telah mendustakanNya? Kerana itu, kelak (azab) pasti (menimpamu)

Surah Al Furqan : 63-77


********************************


Astaghfirullah astaghfirullah
Monday, March 8, 2010

Transparent

aku search gambar bunga yang transparent, yang ini hasilnya.

Bismillah


Memiliki wajah yang transparent, punya kelebihan dan kekurangan

Lebihnya bila orang mengajak kita melihat sesuatu pemandangan yang tidak best atau perlakuan yang tidak enak dipandang lama, lalu riak wajah kita berubah. Wajah kita akan menampakkan apa yang lahir dalam hati kita. Orang lain akan mengetahui bahawa kita tidak suka. Maka, mungkin benda seperti itu tidak akan berulang lagi.
Dan selepas itu, mereka lebih menghormati prinsip dan pegangan kita

Contoh adalah bila peristiwa makan durian. Aku tak suka durian, tempoyak dan sepupu sepapat mereka. Sebab zaman kecik-kecik dulu, aku punya peristiwa ngeri dengan makhluk Allah yang bernama durian. Makan dan makan banyaaak sangat durian sampai badan naik demam beberapa hari. (Siapa suruh makan banyak sekaligus)

Pada suatu hari, mereka buat makan-makan tempoyak di rumah Badar. Makan depan-depan aku. Aku tarik muka(gurau-gurau). Dan mereka lagai suka menyakat. Sakat-sakat pun, tapi semua tak berani untuk menghulurkan 'bekas tempoyak' yang berbau pelik itu kepada aku.
Sebab mereka tahu aku tak suka.

Hehe

Itu contoh yang santai. Contoh yang berat? errrrk, aku rasa keliling kita pun dihidangkan dengan berbagai-bagai pemandangan. Baik yang perlu dinilai secara tersurat mahupun tersirat. Yang jelas baik itu baik lah. Yang jelas tidak baik dan salah itu, salah lah. Tapi kita degil-degil lagi, hurmm. Semoga Allah sentiasa menetapkan iman dalam hati kita.

Next...

Kurangnya wajah yang transparent adalah... apa ya?

hurmm, susah nk hurai, maka aku bagi contoh sahaja.

Pada suatu hari yang sejuk, Fathiyyah pergi sekolah. Ada kelas Pharma dan Patho hari ni. Duduk sahaja beliau di kerusi menghadap ke hadapan, ditoleh ke kiri dan ke kanan untuk menyapa rakan-rakan, lalu dilontarkan dengan teguran dan persoalan

"Fathy tak sihat ke?" ---- sehat je. siap terlebih sehat lagi
"Fathy , tak cukup tido eh?" -----errrrk. no komen
"Puasa eh? nampak letih " ---- aiyo, sepatutnya bila puasa ni lah muka kena nampak lagi segar. cabaran.. cabaran..
" Apsal mata bengkak? Menangis? " ----- ohh tidaak :D

Bila wajah begini yang memang transparent sampai semua kawan-kawan yang sangat-sangat concern itu boleh perasan, maka ia bukan lagi suatu yang boleh dibanggakan. Sebab rasa macam menyusahkan hati semua orang.

Perasaan tu tak best, sebab bila kita dalam keadaan bad mood ngan orang, ia jelas terpancar pada wajah kita, lalu ter bermasam muka.
Ikatan ukhuwah yang dibina kerana Allah itu mula nampak goyah hanya kerana wajah yang transparent itu. Itu yang menyakitkan aku. (kawan-kawan, maafkan aku)

'Senang nak tahu kalau emosi Fathy ok ke tak. Sebab muka Fathy transparent. '
-cik milon

Maka Fathiyyah, mari kita belajar sikit-sikit untuk berubah. Wajah tu acu cuba jadi legap sikit. Biar nampak tegar dan tough sikit.
Bak kata Abang Nuar.

'Come on bro. Lu kan tough'

:)


p.s: Nexxxt...

Tiga




Hari ni rasa mahu updet 3 entry

sekaligus
Sunday, March 7, 2010

Damascus


aku dan Damascus(Damsyik), Syria
winter 2009

Lalu Rai berkata,

"Kak Fathy nak menjerit dekat Sg Nil ke? Sg Nil takde ombak macam pantai. Kalau jerit kang semua orang tepi jalan pandang kak fathy"

Dan aku tersenyum kambing
Farah gelak-gelak.
Lucu pula bila berbalas kata-kata dengan 'budak-budak kecik' dalam rumah ni

Hehe



Saturday, March 6, 2010

Dah Besar!

Semakin kita meningkat usia, dari alam bayi ke alam kanak-kanak, dari alam kanak-kanak ke alam remaja, dari alam remaja ke alam dewasa dan seterusnya

Dari tahun ke tahun, kita membesar. Kita bukan lagi 'kita' yang dahulu. Kita yang sekarang, insya Allah jauh lebih matang dalam pemikirannya, jauh lebih rasional dalam menilai dan membuat keputusan.

Semakin kita membesar, semakin banyak benda yang kita tahu. Kecualilah kalau kita ni adalah golongan yang tidak tahu menahu atau golongan yang tidak mengambil tahu, atau yang lebih dahsyat lagi, kita juga mungkin tergolong dalam golongan yang sudah tahu, tetapi sayang. Kita buat-buat tidak tahu!

Kita sudah mula tahu sikit-sikit apa yang memang sepatutnya kita tahu sejak dulu. Konspirasi barat yang tujuannya tidak lain tidak bukan untuk melemahkan pemuda-pemuda kita.

Semakin meningkat umur, kita mula mendapat pendedahan tentang apa yang kita tidak pernah terfikir bahawa kita akhirnya perlu membuat pilihan. Sama ada mahu ke jalan kanan atau kiri. Sama ada mahu ke utara atau selatan
Sama ada hati mahu melangkah ke timur atau barat.

Namun, kita harus membuat keputusan yang bakal menentukan hidup kita, yang bakal mencorakkan kehidupan masa depan kita kelak.
Dengan berbekalkan kekuatan dari Yang Maha Kuat, keyakinan yang utuh dari Yang Maha Mendengar, ilmu dan pengalaman dari orang-orang tua, kita akan lebih tenang dan pasti dalam setiap apa jua keputusan kita.

Dan bila kita sudah tahu macam-macam, maka kita juga telah dibebankan tanggungjawab yang berat. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan kita yang berusaha untuk memahami kalamullah dalam Al Kitab itu serta melaksanakan segala yang tertulis di dalamnya, siapa lagi?

Siapa kata menjadi muslim yang sejati itu mudah? Siapa kata mahu masuk syurga itu senang?
Bila hati sudah tegar, kita sudah tidak fikir sangat tentang apa yang orang lain kata tentang kita.
Kata sudah yakin bukan? selagi yang kita buat ni tidak menjejaskan aqidah, tidak melanggar syariat, maka mengapa perlu menyesakkan kepala dengan memikirkan perkara yang belum tentu mampu menambahkan iman kita?

maka teruskan langkahmu. Terbentang di hadapan bukan segala pilihan yang ada. Sudah jelas, terang lagi bersuluh. Lalu mengapa masih ragu-ragu? Kenapa masih mahu lengah dan bertangguh? Kenapa masih mahu menjadikan iman kita sebagai suatu pertaruhan? Kenapa masih mahu takut-takut dalam merancang, sedangkan pihak musuh sedang giat merancang hebat-hebat untuk melemahkan kita, untuk menindas ad Deen ini. Dan mereka tidak pernah lengah, walaupun sesaat untuk menjatuhkan kita

Ya Allah, lemahnya aku

Ya Allah, ampunkan aku

Sungguh, tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada
Dan esok, belum tentu hidup kita akan selesa dan bahagia seperti semalam dan hari ini
hari esok, belum tentu kita mati dalam keadaan kita masih ada IMAN

Sudah sampai masanya untuk kita mulakan langkah, fikirkan cara untuk menjadi fata seperti Nabi Ibrahim, seperti pemuda-pemuda Kahfi, seperti Habib An Najjar dalam surah Yaasiin, seperti Ghulam yang berani dalam Ashabul Ukhdud, dan seperti -ahli Badar yang bertuah kerana terpilih menjadi pemegang-pemegang panji Allah di medan perang

Benar, kita sudah besar. Kita bukan lagi seperti anak-anak kecil. Kita tidak akan mudah diperkotak-katikkanserta dipergunakan oleh para musuh Allah.

Dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita sudah tahu. Andai kita masih liat, leka, dan malas-malas lagi, maka terimalah nasibnya nanti di akhirat. Bersiap sedialah untuk dilemparkan oleh Allah di neraka Jahannam itu.


Lalu mengapa masih takut?
Kita punya Allah, Tuhan seluruh alam dan seisinya.
Kita punya Allah, pemilik-pemilik hati-hati kita

Lalu mengapa masih sangsi?
Tidak yakinkah kita dengan janji-janjiNya?
 

Template by Web Hosting Reviews