Dahulu, aku takut nak bermimpi. Tapi sekarang sudah tidak.
Aku pernah bermimpi atau menyimpan impian untuk menjadi doktor. Dan dalam masa yang sama, aku bekerja keras untuk menjadikan ia sebagai realiti. ia masih dalam proses, beberapa tahun sahaja lagi(insya Allah) tapi tak bermakna aku mengabaikan yang perkara-perkara lain.
Aku juga punya impian yang lebih besar. Jujurnya, matlamat hidupku yang tak tahu bila akan berakhir ini bukanlah setakat menjadi muslimah doktor, menjadi pakar sakit puan, punya rumah dan kereta yang besar dan mewah atau memiliki aset yang dahsyat-dahsyat.
Aku juga punya impian yang lebih besar. Ahli keluargaku, serta teman-teman baikku turut menyimpan impian yang sama. Dan seharusnya, mereka yang mengaku bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam wajib mempunyai impian sepertiku. Dan untuk menggapai impian yang besar itu takkan mustahil. Takkan mustahil selagi seseorang itu tahu mengapa ia perlu mempunyai impian macam tu.
tapi tak bermakna aku mengabaikan benda-benda kecil. Sudah tentu, hidup kita wajib sentiasa berdisiplin. Dalam apa jua. Nak capai benda yang besar, kena betul-betul fokus. Langsung tak boleh abaikan benda-benda kecil dan simple. (susah la, kalau benda kecil pun tak cukup berdisiplin)
Nak jadi muslim yang betul-betul memang kena strict. mana boleh longgar-longgar. Mana boleh separuh muslim, separuh lagi tidak. Mana boleh tulis dalam ic agamanya Islam, tapi tak praktis sangat islam. Atau islam tu sikit-sikit je. nak tutup aurat, kena betul-betul tutup. Kalau kata nak jaga hubungan lelaki perempuan, memang kena betul jaga lah.
sudah tentu kena strict dan ketat. nak hidup di bumi Allah wajblah patuh akan peraturan yang Allah dah tetapkan. wajib tinggalkan apa yang Allah larang. wajib menjaga hubungan sesama manusia dan makhluk. ingat nak dapatkan Syurga yang best di akhirat tu boleh bersenang lenang di dunia ni?
31. " Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka)"
32. "(kepada mereka dikatakan ) 'inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu,(yaitu) kepada hamba yang sentiasa bertaubat(kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturanNya)
Qaaf:31-32
Berbalik kepada mimpi,
"Kalau kita tak bermimpi, sesuatu tu takkan jadi realiti"
tapi hati aku macam sedih, sebab ada orang takut nak bermimpi. Dan lagi sedih, bila ada orang tak pernah rasa nak bermimpi atau pasang impian yang besar-besar! takut nak merancang tentang masa depan yang nanti kita juga yang bakal memegang tanggungjawab sebagai pemimpin nanti.
Kalau betul lah kita buat apa-apa di atas dunia ni hanya kerana Allah, sudah tentu Allah tidak akan biarkan kita . Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai tanpa pertolongan dariNya. Dan Allah takkan biar kita terus bersedih bila dicemuh atau dicela.
Malah, Allah dan siapkan awal-awal, Al-Qur'an itu sebagai petunjuk dan juga pemujuk :)
Sebab Allah memang dah janjikan kemenangan itu adalah untuk orang yang betul-betul bekerja keras dan tekun untuk menegakkan kalimahNya.
Dan Allah juga bersama dengan orang-orang yang bersabar.
"Maka bersabarlah engkau(Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan terbenam"
Qaaf: 45
~Tumuhaatuna~
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Hujan

Salam warahmatullah
Suatu malam, sewaktu mengemas-ngemas bilik, guruh berdentum dengan sangat hebatnyadi luar rumah. Pelik melanda, sebab dekat Mesir ada hujan? lagi pelik, ada guruh? Subhanallah Dan aku boleh membayangkan keadaan di luar. Udara yang debu dicampurkan dengan air hujan. Wah, macam air milo yang langsung tak ada hati nak minum.
Aku, Aimi dan Huda berhajat untuk keluar. Pegi Kausar. Ada ceramah Maulidurrasul di sana. Tapi di luar hujan. Lebat. Dan semua menanti hujan untuk berhenti dengan penuh kesabaran di bilik masing-masing.
Bila sudah berhenti, kami keluar bertiga. Lecak di merata tempat. Aku berjalan paling hadapan. Aimi di tengah dan Huda paling belakang. Kami terpisah. Aku dan Aimi di sebelah jalan bahagian sini dan Huda di sebelah sana. Di tengah-tengah, ada 'sungai' . En tidaak. Ada takungan air. Macam banjir. Entah, aku pun tidak tahu nak cerita macam mana.
Lalu kami menjerit kepada Huda.
'Huda, inilah masanya untuk kau tunjukkan kehebatan berenang!"
"Go Huda go!"
dan kami gelak-gelak kecil kerana air kawasan situ tingginya hanya pada paras buku lali saja. Tapi semua tak nak amik risiko. Nama pun perempuan yang menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Malas ambil kisah pulak bila kasut basah dan dipenuhi air bila sampai di Kausar.
Orang-orang lain, ramai ke sana sini. Pergi kelas Al-Qur'an, dan adik-adik itu pergi makan makanan best2 di Sabik. Dan bila masing-masing mahu pulang ke rumah, semua tersekat di tengah-tengah jalan. Traffic jam akibat banjir. Dari gaya macam suka. sebab dah lama tak main hujan? Dan mereka kata, Cairo ada hujan batu!
Buat mereka yang pergi bercuti di UK tetapi tak berkesempatan bermain salji di sana, maka hujan batu di negara (menumpang) sendiri pun ok lah kan? :)
Pelik juga, semua ingat winter dah nak dekat habis. Sebab kebiasaannya berpagian pergi kelas dalam keadaan kepanasan. Pagi-pagi sudah berpeluh. aku pun ingat dah summer.
Tapi bila hujan turun secara tiba-tiba , maka ia membuktikan yang Allah tu Maha Kuasa. KehebatanNya takkan pernah kita jangka. takkan pernah kita duga.
Kita, hamba. Tapi masih boleh bongkak dan sombong. Padahal kita ni kecik. Kerdil sangat. Kalau nk bandingkan kita dengan sang matahari, memang jauh bezanya. Kalau bukan kerana Allah mengangkat darjat kita sebagai sebaik-baik ciptaaNya, memang sungguh. Kita ni tak ada apa sangat pun.
Kalau kita sentiasa merendah diri, memang sungguh kita akan sentiasa dipandang tinggi oleh setiap makhluk.
dan kalau kita berlaku sombong sama ada kita sedar atau tidak(nauzubillah), kita akan sentiasa dipandang rendah.
Ya Robb, Engkau jauhkanlah aku dari sifat Riya' dan takabbur.
Friday, February 26, 2010
Di Hari Yang Berbahagia,
di hari berbahagia, ku memohon ampun dari Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Serta aku mengucapkan selawat buat Muhammad pesuruh Allah serta ahli keluarga Baginda (s.a.w).
aku, sangat-sangat redha Allah itu adalah Tuhanku, Islam itu sebagai agamaku, dan Muhammad(s.a.w) adalah rasul Allah
Di hari yang berbahagia, ku memohon dengan bersungguh-sungguh agar ditakdirkan Islam sebagai agamaku sehingga ke hujung nyawa, ditetapkan Iman dalam jiwa serta dianugerahkan hidup yang dijalani dengan penuh Ihsan.
dan aku memohon dariMu, ya Allah. agar ditetapkan atas jalan ini, menjadi salah seorang penyambung risalah yang diperjuangkan oleh kekasihMu, Muhammad (s.a.w), menjadi penyumbang buat umat, bukan lebihan atau sampah dunia kerana tidak berbuat apa-apa.
aku memohon agar aku tergolong dalam orang-orang yang beriman , menjadi yang terpilih dalam kalangan umatnya yang diberi minuman oleh Baginda dari telaga Kausar , serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
aku meminta dengan penuh pengharapan, agar ditentukan kehidupanku di akhirat sebagai salah seorang penghuni syurga yang penuh kenikmatan, berpeluang untuk bersama dengan para solehin, para nabi serta bertemu dengan kekasih Allah, Muhammad (s.a.w)
dan tidak ada apa yang lebih membahagiakan dan menenangkan, melainkan bila ku diberi ganjaran untuk menemui Pencipta aku, Pencipta kamu, Pencipta mereka serta makhluk sekalian alam. aku meminta dengan sepenuh hatiku agar aku dikembalikan kepada fitrahku, untuk bertemu dengan Tuhanku
Ya Rasulullah (s.a.w), layakkah aku sebagai salah seorang dari umatmu?
layakkah aku untuk menerima syafaatmu di hari pembalasan kelak?
============================
Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.
Banyakkan selawat pada hari ini ya. Rasulullah tak pernah berhenti dari berdoa untuk kita, umatnya yang langsung tak pernah bersua dengan Baginda.
Hebat sungguh cinta Rasulullah(s.a.w) akan kita.
Tapi kita masih lagi kedekut untuk mengucapkan selawat buat Baginda(s.a.w) dan ahli keluarga Baginda.
Tapi tak cukup sebenarnya kalau kita sekadar mengucapkan selawat atau berarak menyambut Maulidurrasul kalau ia sebagai tanda kecintaan kita pada Nabi Muhammad(s.a.w).
sebab kita ada tanggungjawab yang lebih besar, tetapi kita selalu menidakkan ia.
Kita buat-buat tak tahu.
Atau kita sibuk dengan urusan-urusan lain?
Ya Allah, ampunkanlah kami. Umat yang sentiasa lalai dan leka.
p.s: kan best kalau sambut kelahiran Nabi Muhammad(s.a.w) setiap hari. Sebab dengan cara ni, aku lebih cinta, lebih mengenali Baginda Muhammad (s.a.w), kekasih Allah.
Allahummasollia'lasaiyidina Muhammad wa a'la aalihi wasohbihi wasallim
Wednesday, February 24, 2010
Kata Sayang
Kita umat istimewa, diberi keistimewaan oleh Tuhan kita.
Di antaranya kita adalah umat yang pertama akan dihisab di akhirat. Umat Nabi terakhir yang diutuskan.
Kita sayang Nabi Muhammad(s.a.w). Sayang sangat-sangat.
Semua sunnah Nabi, kita cari, kita teliti. Kita turut buat sama, kita amalkan, kita jadikan sebagai pedoman
Tapi, kita jarang nak buat sunnah Nabi yang satu tu. Yang Nabi hari-hari buat. tak pernah tinggal walaupun sehari,sejam, sesaat hatta sedetik!
Sunnah Nabi yang menyampaikan tentang ajaran Islam tu yang kita paling liat nak buat. Kita malas nak ajarkan orang tentang Islam. Padahal ia sunnah yang terbesar!
Kenapa kita jarang nak sampaikan Islam ? Kenapa kita jarang nak ceritakan keindahan Islam tu kepada orang lain?
Sebab kita dah cukup baik kot? ke sebab kita rasa masyarakat luar sana dah cukup dengar semua tentang Islam ?
Hurmm, kita kata sayang Nabi. Tapi sunnah yang satu kita malas-malas nak buat.
dan Nabi dah buat semuanya untuk kita.
Kata sayang.
Tapi tanyalah diri balik,
'Wahai Fathiyyah, sudah laksanakan sunnah terbesar? bersedia untuk menjadi saksi kepada Nabi dan disaksikan oleh Nabi serta penduduk dunia yang lain?
p.s: countdown hari kelahiran Nabi Muhammad(s.a.w), pesuruh Allah. Satu hari lagi
Monday, February 22, 2010
Hidayah
Salam warahmatullah.
Seronok baca blog-blog, kisah tentang orang. Sangat best bila kita mengikuti blog dia dan mereka, melihat perubahan dalam diri masing-masing. Berhijrah dari satu 'tempat' ke 'tempat' yang lain
Ada juga blog orang yang kita kenal, dahulu dia lain. Sekarang memang nampak benar lain. Alhamdulillah. Allah tak pernah salah pilih orang untuk dihadiahkan anugerah yang bernama Hidayah tu.
Aku baru lepas baca blog seorang ni. Sangat kagum, sebab dia yang aku kenal dahulu sangat berbeza berbanding sekarang. Dan aku sangat memuji Allah, kerana sampai tahap macam tu sekali Allah Maha Mampu untuk menggerakkan hatinya untuk berubah.
aku pernah tulis di sini kan? Kalau ada orang berubah selepas kenal dengan kita, atau berubah sebab kita, kita langsung TAK BOLEH berbangga. Sebab yang pegang hati-hati mereka tu bukan kita. yang bolak-balikkan hati-hati mereka tu bukan kita, tapi adalah Pemilik sekalian alam.
Dan untuk orang macam kita, memang sejak dahulu dapat hidayah tapi tak reti-reti nak jaga atau hargai betul-betul. Yang lagi dahsyat, kita suka mencabar iman kita. Kita tak rasa takut pun hidayah tu Allah akan tarik balik. Kang bila kena campak ke neraka, bila Allah dah tak nak langsung pandang wajah kita di neraka, masa tu baru lah nak merayu-merayu, minta belas ihsan dari Allah.
kita langsung tak nak masuk neraka Jahannam walaupun sekejap. Langsung tak mahu masuk syurga setelah jadi banduan di neraka. dan mahu semahu-mahunya masuk syurga Allah terus setelah dihisab dan tinggal di dalamnya betul-betul.
Sebab aku tahu, tak ada 'rumah setinggan' di tepi pintu syurga atau di pinggir syurga.
Yang dijanjikan Allah itu adalah rumah dan mahligai yang cantik-cantik, betul-betul dalam syurga. Tapi nak masuk syurga Allah itu bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal.
Maka, bertakwalah! Hiaskan diri dengan pakaian takwa!
Ya Rahman,
Ya Rahim
Peliharalah aku.
Seronok baca blog-blog, kisah tentang orang. Sangat best bila kita mengikuti blog dia dan mereka, melihat perubahan dalam diri masing-masing. Berhijrah dari satu 'tempat' ke 'tempat' yang lain
Ada juga blog orang yang kita kenal, dahulu dia lain. Sekarang memang nampak benar lain. Alhamdulillah. Allah tak pernah salah pilih orang untuk dihadiahkan anugerah yang bernama Hidayah tu.
Aku baru lepas baca blog seorang ni. Sangat kagum, sebab dia yang aku kenal dahulu sangat berbeza berbanding sekarang. Dan aku sangat memuji Allah, kerana sampai tahap macam tu sekali Allah Maha Mampu untuk menggerakkan hatinya untuk berubah.
aku pernah tulis di sini kan? Kalau ada orang berubah selepas kenal dengan kita, atau berubah sebab kita, kita langsung TAK BOLEH berbangga. Sebab yang pegang hati-hati mereka tu bukan kita. yang bolak-balikkan hati-hati mereka tu bukan kita, tapi adalah Pemilik sekalian alam.
Dan untuk orang macam kita, memang sejak dahulu dapat hidayah tapi tak reti-reti nak jaga atau hargai betul-betul. Yang lagi dahsyat, kita suka mencabar iman kita. Kita tak rasa takut pun hidayah tu Allah akan tarik balik. Kang bila kena campak ke neraka, bila Allah dah tak nak langsung pandang wajah kita di neraka, masa tu baru lah nak merayu-merayu, minta belas ihsan dari Allah.
kita langsung tak nak masuk neraka Jahannam walaupun sekejap. Langsung tak mahu masuk syurga setelah jadi banduan di neraka. dan mahu semahu-mahunya masuk syurga Allah terus setelah dihisab dan tinggal di dalamnya betul-betul.
Sebab aku tahu, tak ada 'rumah setinggan' di tepi pintu syurga atau di pinggir syurga.
Yang dijanjikan Allah itu adalah rumah dan mahligai yang cantik-cantik, betul-betul dalam syurga. Tapi nak masuk syurga Allah itu bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal.
Maka, bertakwalah! Hiaskan diri dengan pakaian takwa!
Ya Rahman,
Ya Rahim
Peliharalah aku.
Sunday, February 21, 2010
Sampai Satu Tahap
Salam warahmatullah.
Kesihatan makin baik, dan hari ni mula sekolah! Jam 10, akan mula berjalan beramai-ramai dengan mereka menuju ke universiti. Cik Syila, Aisyah dan Huda, kita bertemu di dalam kelas nanti iya.
Dan Dr Hatta, Mak Cik Ani, Dr Amal dan Dr Latiff akan pulang ke KL pada malam ini.
Aku telah sampai satu tahap bila menulis blog akan menjadi kaku. Atau sudah sampai satu tahap bila sudah menulis panjang berjela-jela, tapi akhirnya semua di back space nya balik.
Sampai satu tahap yang aku tulis mungkin beberapa patah perkataan, atau mungkin juga satu huruf!
Dan bila mula menuturkan kata-kata, ia terasa bukan lahir betul-betul dari hati aku.
Sampai satu tahap aku terpaksa fikir ayat apa yang aku kena cakap pada orang(memang kena fikir pun) Sampai satu tahap, aku blank sekejap bila disuruh memberi tazkirah dsb. Kena susun ayat! Ya Robb,
Inilah penangan futur. Sebab tu kot aku macam tak 'gila' updet blog macam biasa. Kalau aku tulis tapi tak beri manfaat untuk siapa-siapa ,maka rugilah aku.
Okai, mari bersiap pergi sekolah!
p.s: Huda, lepas kelas nanti aku buat list senarai barang Malaysia wajib dibawa balik ke Mesir.
Be ready okai
Saturday, February 20, 2010
Seminar
Aku hanya ada gambar-gambar seperti ini sebagai kenangan seminar . Itupun guna Muawiz milik Em.
Ada banyak shot. Salah satunya yang atas ni, :)
Kami bukan sahaja dapat tentang isi Profesionalisme malah LEBIH dari itu (walaupun sekerat hari aku terlantar di atas katil, badan lembik demam kepanasan).
terasa ruh aku telah diperbaharui.
Terima kasih, 'guru-guru'ku.
Terima kasih Allah kerana telah mentakdirkan dua hari ini untuk dipertemukan dengan mereka.
p.s: aku macam mahu tamak. Mahu hati yang baru, jiwa yang baru.
Sebab yang ada sekarang sedang futur.
Wednesday, February 17, 2010
Kecil atau Besar

Salam warahmatullah
Hari ni aku kena 'ketuk' dengan dia. Kecil atau besar peranan kita dalam sesuatu perkara, namun ia tetap dipanggil peranan dan tanggungjawab bukan?
Banyak atau sedikit kerja yang kita dapat, namun ia tetap amanah kan?
Tanggungjawab dan amanah yang kelak akan disoal satu persatu nanti di hadapan Hakim segala hakim di mahkamah akhirat.
Kerja sebesar zarah sekalipun, ia tetap dihitung ganjaran yang baik atau balasan yang buruk. Setimpal..
Ya Allah, hinanya aku.
p.s: Tajuk entry kecil atau besar ni adalah berkisar tentang perenggan di atas sahaja. Yang lain, kurang ada kaitan :D
=========================
Mari muhasabah
Muntah-muntah, cirit birit sejak pulang dari Bahariya. Penangan Bahariya belum habis.
Terseliuh kaki kerana mengejar teksi. Tambahan pula, ketika berlari, aku pinjam kasut Em yang saiznya lebih besar berbanding kasut aku. Mahunya meraung, menangis kesakitan bila tersungkur di pinggir jalan. Mujur juga ada Aimi di sisi dan beberapa orang Arab yang datang menolong.
Dan tadi badan rasa semacam. Sejuk di luar tetapi rasa panas pelik di dalam. Aku minta mereka menyelimutkan aku dengan segala mak nenek jaket yang ada. Dan minta mereka merasa dahiku.
Panas tiba-tiba. Tiada angin ribut, selsema mahupun batuk dahsyat-dahsyat macam biasa.
Terus Mak Cik Ani menghulurkan ubat, dan aku disuruh makan ubat PIL depan beliau time2 tu jugak. Pelik bin ajaib, boleh pulak aku telan ubat. Tak tercekik macam biasa :D
Demam sudah kebah. Sekarang sakit kepala yang belum hilang. Kepala macam nak melayang seperti belon-belon yang riang berterbangan di angkasa
Sakit yang datang berganti-ganti. Lepas satu, satu. Macam dalam pass baton dalam larian berganti-ganti tu.
Allah mahu ajar aku apa ya?
Oh, Dia mahu aku agar menjadi lebih bersabar, redha dan tawakkal dalam apa jua.
=========================
Sekarang pkul 1.30 pagi. Maaf kalau aku ada merepek merapu tengah-tengah pagi buta begini
Esok harus bangun awal, menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan orang.
Sunday, February 14, 2010
G 10

Muawwiz bukan DSLR.
Tapi Muawwiz yang ciptaan manusia ni langsung tak boleh menandingi kehebatan mata yang semua orang ada.
Rasa nak pegi Bahariya lagi.
Tengok langit dari padang pasir. Menyaksikan bintang dari bumi padang pasir.
Dan melihat bumi terbit di ufuk timur dan terbenam di sebelah barat.
Rasa nak mentadabbur alam, tak mahu berhenti dari memuji Allah.
Takut Sungguh
Salam warahmatullah
Pagi tadi bangun awal. Jam 1 pagi. Jadi ketua chef untuk mereka. Maka, teruk dapur rumah dikerjakan oleh aku. Blend cili, membasuh segala adik beradik pinggan mangkuk, kuali dan periuk, meratah limau masam kerana kelaparan dan lain-lain lagi.
Oh, minta maaf Asyila! Kerana buat kamu terjaga dari tidur tengah-tengah pagi buta.
Ketika keseorangan pada awal pagi macam tu, aku melihat periuk sebesar bas atas dapur. Dalam ia ada sambal yang sedang dimasak. Perlu tunggu sampai bawang yang ditumis dan cili dimasak betul-betul(bak kata aimi, masak sampai 'kaw2' ) supaya ia mampu menjadi sedap.
Sedang menunggu sambal, aku mahu mengalihkan periuk itu ke bahagian dapur yang satu lagi yang punya api yang lebih besar supaya sambal jadi cepat masak dan boleh jimat masa.
Sedang mahu menggesek batang mancis pada bahagian tepi kotak mancis, terdetik dalam hati aku,
"Kalau aku mati lepas cucuh api ni macam mana? Niat betul tak? Ni tengah riya' ke? Kenapa sanggup masak sampai berjaga sampai pagi ni? "
Persoalan-persoalan tersebut begitu menyesakkan fikiran aku dan membuatkan hati aku menjadi kecut buat seketika. Lalu, dibetulkan niat, beristighfar beberapa kali dan mula berani melaksanakan langkah seterusnya. Alhamdulillah
betul ni. Kalau cakap pasal mati, dekat mana-mana pun boleh mati kan? Tak payah tunggu accident, bencana alam atau sakit teruk baru kita nak ingat mati, baru nak bertaubat dengan sepenuh-penuh taubat, baru nak terhegeh-hegeh solat dengan sebenar-benar solat!
Takut sungguh bila nyawa kita sedang ditarik, kita dalam keadaan yang tidak mengingati Pencipta kita pun.
Ngeri sungguh bila nyawa kita sedang direnggut oleh malaikat maut, kita tak mampu pun nak ucapkan kalimah 'LailahaIllallah' itu
Dan seburuk-buruk pengakhiran adalah pabila tempat kembali kita adalah di neraka tu.
Bila tempat kita di neraka, Pemilik kita takkan nak melihat kita.
Sungguh, benda tu lah yang kita paling TAK NAK.
Yang kita nak kembali kepada fitrah diri kita.
Fitrah kita adalah sentiasa kembali kepada Raja sekalian manusia.
Ya Allah, hinanya aku ini sebagai hambaMu.
Ya Allah, ampunilah aku
Ya Allah, didiklah aku ini dengan didikan dariMu supaya aku digolongkan dalam kumpulan penghuni syurgaMu yang abadi itu.
Saturday, February 13, 2010
Fikir
Kadang-kadang, kita selalu fikirkan dan pentingkan orang yang tak suka atau benci pada kita. Kita selalu kisahkan apa pandangan mereka tentang kita.
Ia membuatkan kita melupakan dan mengabaikan orang-orang yang sentiasa sayang dan dekat sangat dengan kita. Padahal jasad-jasad mereka sentiasa berada di samping kita dan hati kita juga selalu bersama dengan mereka.
Dan itu salah satu contoh yang kita ni hamba yang tak pernah sempurna dan selalu lupa untuk bersyukur.
p.s: budak, dah dah la tu fikir pasal 'masalah negara'. Baik kamu fikir tentang masalah 'rumahtangga' kat Gombak tu :D
Ia membuatkan kita melupakan dan mengabaikan orang-orang yang sentiasa sayang dan dekat sangat dengan kita. Padahal jasad-jasad mereka sentiasa berada di samping kita dan hati kita juga selalu bersama dengan mereka.
Dan itu salah satu contoh yang kita ni hamba yang tak pernah sempurna dan selalu lupa untuk bersyukur.
p.s: budak, dah dah la tu fikir pasal 'masalah negara'. Baik kamu fikir tentang masalah 'rumahtangga' kat Gombak tu :D
Friday, February 12, 2010
Open Your Eyes (Bahariya Explorer)
Salam warahmatullah
Bila aku cakap tentang futur atau iman seseorang itu sedang jatuh atau menurun, maka ia tidak semestinya dia itu berada dalam keadaan lemah gemalai atau menangis tanpa sudah.
Pada aku, iman yang sedang lemah dan tak cukup makan itu maknanya juga adalah pabila dia sudah mula menunjukkan tanda-tanda kurang mahu dekat dengan Tuhannya
Mana mungkin seorang hamba itu sempurna bukan. Dan memang Allah ciptakan iman untuk kita adalah pesen turun dan naik, tidak sentiasa bertambah seperti para anbiya' serta iman yang tetap seperti malaikat. Itulah uniknya kita sebagai hamba yang bernama manusia biasa.
Maka bila aku mula bercerita tentang imanku dan diriku, aku mahu memulakan ia dengan ucapan terima kasih setinggi langit dan sedalam lautan buat Tuhanku, kerana Dia menghantarku ke salah satu ceruk bumiNya untukku mentadabbur alam dan juga tempat untukku memperbaiki diri serta memanduku dalam menuju ke jalanNya.
Pengalaman melihat matahari terbenam sambil membaca mathurat sebanyak dua kali, menyaksikan matahari terbit, bertemu dengan anak musang yang berkeliaran di sekeliling khemah, merentasi padang pasir yang sejuk, tidak panas serta terdapat kristal-kristal cantik yang berharga membuatkan aku berasa betapa Dia sangat menyayangi aku dan tidak pernah sekali-kali meninggalkan aku.
Dan sudah tentu aku mentadabbur alam tidak bersendirian, malah aku sentiasa ditemani oleh teman-temanku yang punya sehati sejiwa. (Kalian-kalian yang menjadi sahabat empat penjuru :D) Terima kasih terima kasih!
Aku tidak pulang dengan tangan kosong(walaupun di Bahariya memang tak ada sangat kedai yang jual souvenir). Maka, aku pulang dengan gambar-gambar buat tatapan sesiapa yang membaca ini. Jika cantik, mari memujiNya 'Subhanallah!' :)
Open Your Eyes is brought to you by Bahariya Explorers
Day 1
Day 2
Gambar-gambar sunset ni takde edit-edit ya. Yang oren kekuningan tu mmg betul sungguh.
Cantik tak terkata
Day 3
Aku bawak balik batu macam ini untuk orang itu yang akan pulang ke Jordan pada hari esok.
(em, pinjam gambar :D)
===============================
Teman aku ada kata, jom ambik gamba guna mata, kemudian kita simpan memori ini dalam kepala. Contoh, memori melihat matahari terbit sesudah solat subuh :)
p.s: Gambar cantik, sebab pentas yang Allah sediakan ni memang cantik. Tak pakai DSLR pun tk apa. Gambar akan memang sedia ada cantik pun. Dan lagi, tukang pukul gamba2 ni pun semua kreatif. Mabruk kalian :)
lagi-lagi p.s: Aku takkan lupa jasa baik ajk-ajk Bahariya explorer kali ini. Kita takyah ingat lah yang pahit-pahit tu. Kita buang terus dari kotak ingatan ok (tetiba tekak rasa loya, perut semacam, rasa nak muntah! ) hehe
Regards,
Fathiyyah
Subscribe to:
Posts (Atom)




