Bertarung dengan 96 soalan MCQ(je) memaksa kami melepaskan segala kudrat, penat dan lelah yang ada
Setelah dua jam berjihad di meja masing-masing, Big Ben universiti juga telah berbunyi sebanyak dua belas kali, maka tamat sudah 'riwayat' kertas farma untuk semester pertama
Kertas-kertas exam telah dikutip oleh pengawas-pengawas, maka aku dan rakan-rakan bangun dari tempat duduk, berjalan ke arah satu sama lain, sambil menuju ke pintu keluar
Ada yang berbincang tentang soalan-soalan yang baru dijawab, ada yang berpelukan kerana lega sudah selesai kertas ketiga.
dan aku pula bertanyakan kepada dia
'Macam mana tadi ? Ok tak?'
lalu dia menjawab
'Kita dah usaha kan. Sekarang kita lihat kuasa tawakkal dan kuasa doa kita pulak'
Dan aku menjadi sangat lega dan tenang
Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu :)
p.s: nak stat menggila tulis blog padahal exam (last paper) seterusnya hari selasa. Errrrrk! :D
Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
Main masak-masak

Salam warahmatullah
Perkataan memasak sangat sinonim dengan perempuan walaupun sebenarnya kita dah banyak jumpa contoh bahawa lelaki memang lagi terer masak berbanding perempuan. Kenapa ya? mungkin sebab lelaki mmg terer main campak-campak atau campur je apa-apa yang yang rasa logik dalam masakan mereka.
Contoh lelaki macam ni aku banyak tengok melalui Abang Long dan Abang Nuar sewaktu mereka menolong isteri masing-masing juadah berbuka puasa di rumah waktu aku balik cuti hari tu. hehe
Cerita masak di mesir :)
Waktu ketika musim exam adalah waktu yang paling memerlukan jihad untuk masak sesedap macam hari-hari biasa. Kalau orang lain mungkin masak simple-simple je masa tengah tension macam ni, tapi tak pula dalam kalangan teman-teman aku.
Jangan ada yang tidak percaya bahawa budak-budak ini makin dahsyat masakannya bila makin dekat nak exam. Contoh adalah seperti spaghetti bolognese untuk sarapan pagi, kek oren dan cupcakes untuk minum petang dan pajeri panas untuk makan malam (kredit utk Nur, Princess dan miss I) :D
Bila ditanya mereka, ada yang kata mereka mahu lepas tension belajar. Alasan ini sangat best sebab bukan semua orang boleh memasak bila tengah tension study. hehe
Apapun bagi aku, tidak penting sangat sama ada masakan itu fantastic , marvellous atau tidak.
Ini soal ikhlas atau tidak sewaktu memasak. Ini soal betul ke engkau memasak kerana Allah?
Bila aku muhasabah diri balik, ada satu masa tu adalah giliran aku memasak untuk ahli-ahli rumah. Padahal esok nak exam, dan banyaaaak lagi kena mengulangkaji, menghapal dan menghapal. Masa itu aku perasaanku bercampur baur, rasa mahu kata tidak adil kenapa aku kena masak hari tu,
Lalu aku beristighfar banyak-banyak, mengingatkan diri sendiri bahawa kalau aku tidak masak, siapa lagi mahu bagi mereka makan? sanggup tengok rakan-rakan baik berlapar sambil study?
Dan mari menyedapkan hati diri sendiri, betulkan niat, perbaharui niat, perbanyakkan niat dan mula masak memasak dengan sepenuh keikhlasan.
Kadang-kadang kita masak simple dan cikai je. Takde lah sampai masak rendang atau laksa Johor . Tapi entah, ada satu masa tu masakan yang aku masak tu jadi lebih sedap berbanding biasa. Lauk dalam pinggan jadi licin berbanding hari sebelumnya(tak tahu lah kalau housemates aku kebuluran sepanjang hari masa study. hehe)
Bila tengok housemates semua kekenyangan dan terpancar sinar kegembiraan di wajah masing-masing, maka perasaan diri sendiri tu memang susah nak digambarkan dan dituliskan di sini :)
Memasak untuk orang study tu sangat besar pahalanya bukan? Lagi-lagi kita masak untuk orang yang sedang menuntut ilmu. Boleh bayangkan berapa besar ganjarannya?
sudah tentu kita takkan pernah boleh bayangkan ia macam mana.
Kita hanya boleh berdoa moga ia mampu memberatkan timbangan pahala kita di akhirat kelak
Aku suka yang ini
Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah Ithar (melebihkan orang lain daripada empunya badan )
maka, mari jadi golongan yang ithar dalam memasak, dalam apa jua keadaan :)
======================
Lusa exam Pharma. 96 soalan MCQ menanti di hari peperiksaan. 400+ lebih soalan latihan MCQ untuk dijawab.
Selamat berjihad, jihad dalam semua benda. Jihad tido, jihad makan, jihad internet, jihad tulis blog.
iya, makin dekat nak exam, makin dahsyat aku tulis blog. hehe
p.s satu : kalau aku tengah masak, aku akan tulis di status ym aku 'main masak-masak'. Sebab aku tak pernah sertai aktiviti main masak-masak waktu kecil dulu. Main panjat-panjat bukit, main basikal sampai jatuh longkang, luka-luka dua tiga kali pernah lah
p.s dua : Ahlan wasahlan buat teman-teman Jordan. Kalau kalian tahan duduk sini selama 2 minggu dengan wajah tersenyum setiap hari , maka aku sangat 'saspek' sama kalian. hehe (kejamnya ayat, tak tak. Mesir memang best pun :D )

Wednesday, January 27, 2010
As Sakinah dan Al Mutmainnah
Dari semalam aku berfikir, dari aku mula mencapai pakaian untuk digosok dan dipakai pada hari semalam
dan aku berfikir lagi dari saat aku melangkah keluar dari ruma, turun tangga menuju ke universiti untuk menduduki peperiksaan.
dan aku berfikir, berfikir dan berfikir lagi sewaktu aku berjalan melintas jalan dengan Aimi
Masa tu tak tahu apa ada dalam kepala, otak sudah tepu dengan nota cacing,
badan menggeletar menahan kesejukan dari dalam,
jantung berdegup lebih kencang berbanding biasa
perasaan? oh, sukar digambarkan, hanya Allah lebih tahu
Menyelak mukasurat terakhir nota cacing sebelum naik ke dewan,
lalu aku bertawakkal.
selepas sejam bertarung dengan soalan cacing, aku berjalan keluar bersama teman-teman
dan sampai sahaja di rumah, aku kembali mengimbas tentang apa yang aku fikirkan sejak pagi itu
aku menenangkan hati dengan berfikir dan berkata kepada diri sendiri
bahawa pertolongan Allah itu tidak semestinya berbentuk
kita diberi kemudahan untuk menjawab peperiksaan
atau kebolehan untuk menjawab semua soalan dengan tepat.
tidak semestinya pertolongan Allah itu berbentuk petunjuk atau hint yang boleh menunjukkan kita kepada jalan jawapan yang betul
tetapi pada aku, pertolongan dari Allah yang selalu aku inginkan sewaktu menghadapi exam
adalah menghadapi semuanya dengan hati yang tenang
menghadapi medan tempur dengan
hati yang selalu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaNya
hati yang selalu mengingatiNya
tak kira bila atau di mana sahaja.
pada aku , pertolongan Allah itu adalah jiwa dan hati yang dianugerahkan
As Sakinah dan Al Mutmainnah
dan pemilik hati-hati yang tenang ini hanya dimiliki oleh bakal-bakal penghuni syurga

"Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam SyurgaKu"
Al Fajr : 27-30
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam SyurgaKu"
Al Fajr : 27-30
'Jelas terbayang rasa kasih mesra Ilahi yang mengusap jiwa para penghuni syurga
iaitu jiwa yang tenang, tenteram terhadap Allah dan jalan hidupnya
terhadap qadha' dan qadar Allah yang ditetapkan ke atas dirinya
juga jiwa yang tenang dan tenteram
sama ada dalam kesenangan dan kesusahan
sama ada keluasan atau kesempitan
sama ada ia dikurnia ataupun ditahankan kurnia
ia selama-lamanya tenang dan tenteram
tidak ragu-ragu, tidak menyeleweng dan tidak teragak-agak di tengah jalan
dan tidak gentar pada hari Kiamat yang ngeri.
Kemudian ayat-ayat itu berlalu berturut-turut menyelubungi
seluruh suasana dengan keamanan, kepuasan,ketenteraman
dan irama kata-kata yang lemah lembut
di sekeliling pemandangan yang membayangkan rasa kemesraan
hubungan yang dekat dan rasa ketenangan
Itulah syurga, dengan hembusan-hembusan bayunya yang nyaman
dan menyegar menjenguk di celah-celah ayat ini
dan di atasnya muncul tajalli
wajah Ar Rahman Yang Mulia dan Maha Gemilang '
ayat 27-30
Surah Al Fajr
Fi Zilal Al Qur'an
oleh As Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim
p.s: aku hutang 2 entri dengan housemates kesayangan :)
p.s lagi : ada orang Jordan, lepas balik exam je nak datang Cairo. yeay!

Lembik

"Tidakkah engkau tahu bahawa
siapa yang yang ada di langit
dan siapa yang ada di bumi
bersujud kepada Allah
juga matahari, bulan dan bintang
gunung-gunung dan pohon-pohon
haiwan-haiwan yang melata
dan banyak daripada manusia?
Tetapi banyak (manusia)
yang pantas mendapatkan azab
Barangsiapa yang dihinakan Allah,
tidak ada seorang pun yang akan memuliakannya
Sungguh Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki"
Al Hajj : 18

Aku tengah lemah
aku sedang tidak kuat
aku tengah lembik
aku macam asyik-asyik penat
Lalu aku pandang bulan
Aku palingkan muka aku pada bintang-bintang
Aku hadapkan wajahku pada langit
aku berinteraksi dengan pawana yang membelai aku
aku berkomunikasi dengan malam yang sejuk
Aku berkata mereka
'cantiknya kalian'
'kuatnya kalian'
'tabahnya kalian di atas sana'
Padahal bintang, bulan, malam, pawana, dan langit itu
memang diciptakan khas buatmu, wahai manusia
sebagai penemanmu mentadabbur ciptaan Tuhan
sebagai sahabatmu bila kamu mahukan sesuatu untuk mengingatiNya
sebagai peminjam kekuatan saat kamu berasa futur
wahai hamba, kamu tidak diciptakan untuk menjadi lembik dan lemah
wahai hamba, kamu tidak dijadikan semata-mata untuk senang berputus asa dan mudah berasa lelah
wahai khalifah di muka bumi! sungguh, kamu tidak diciptakan melainkan untuk berpenat
wahai khalifah Allah! sungguh, kamu tidak dihidupkan melainkan untuk menjadi kuat
wahai hamba dan khalifah, lemah sungguh kah kamu?
=============
buat mereka yang sedang lemah, jangan begini lama-lama.
Kalau boleh, selesaikan semuanya sebelum menjelang hari esok.
Kalau perlu menangis, menangis lah.
Bukankah kita semua telah bersetuju bahawa menangis itu tidak semestinya kita sedang lemah
tapi kita menangis itu adalah untuk mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari esok yang punya seribu hikmah yang kita takkan pernah tahu
Nah, aku pinjamkan sedikit kekuatan milik Tuhanku buat kalian.
Semoga dirahmati dan dilindungi semuanya
Tuesday, January 26, 2010
Parasit
Esok exam Parasitology
Aku letak sekeping gambar cacing untuk kalian :)
Encik Ascaris lumbricoides
ni baru satu. ada banyaak lagi adik beradik ia dan macam-macam penyakit juga yang ia bawak, masing-masing punya ciri tersendiri
Encik-encik cacing sekalian, selamat bertemu di dalam kertas peperiksaan esok.
Buat sahabat, selamat bertabah hati melawan cacing-cacing cinonet ini :)
Mari 'berperang' !
Semoga usaha, doa dan tawakkal kita sentiasa mendapat ganjaran dari Allah, andai bukan di dunia, ganjarannya kita akan peroleh di akhirat kelak, Insya Allah!
Sunday, January 24, 2010
Kekuatanku
Salam warahmatullah
entri kali ini adalah hampir sama dengan entry ini. Ia juga ditujukan khas untuk kakak itu di Kauthar (sebab rasanya dia sedang merindui kami). Nah fathy bercerita. Kisah benar :)
Kisah 5 'adik beradik'
Hari ini masih 23 haribulan(waktu mesir, malaysia sudah masuk hari baru ) Dan semalam merupakan salah satu malam yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila. Malam bersama teman-teman serumah menelaah pelajaran sebab hari esok(hari ini) bermulanya peperiksaan yang menakutkan :D
Seorang sudah lena, jam 6 malam sudah bersiap siaga di bawah comforter. Tapi jangan salah faham, beliau memang style tido awal, supaya jam 12 tgh malam nanti boleh bangun dalam keadaa segar bugar, jadi burung hantu rasmi rumah ini, mengerjakan buku Pathology. Hehe
Dia jugalah yang akan menjadi tukang pengejut kami supaya bangun qiyam :)
Seorang sudah 'pengsan' awal, maka tinggal seorang lagi dalam bilik. Lampu utama untuk bilik itu sudah dipadamkan, bagi menghormati si dia yang mahu tidur. Maka teman yang prihatin ini menyalakan lampu study, dan menelaah pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Gigih berjuang seorang-seorang. Sampai tak sedar 3 orang lagi masih 'bernyawa' di bilik sebelah. (kak, nk bergosip, tapi kami semua dh tidur ya. kesian kakak! ) :D
ok, bilik satu sudah selesai. Mari ke bilik dua :D
Bilik seterusnya ada ramai penghuni. Tidak lah besar sangat bilik tu, tapi boleh memuatkan tiga orang lagi, bertebaran di setiap sudut untuk mengulangkaji. Malam masih muda, baru pukul 9 malam. Tapi wah! sunyi sepi. Maklumlah, masing-masing melayan 'ayat-ayat cinta' dalam buku Patho.
Teman pertama khusyuk sampai 'mencium2' buku. Bila disuruh supaya tutup saja buku dan sila ke katil, dia tidak mengendahkan, katanya mahu teruskan pembacaan lagi
'kang esok tak dapat jawab macammana?' kata dia.
Namun setiap 5 minit, dia mesti bertanya
'pukul berapa dah?'
'9.20'
'pukul berapa dah?'
'9.30'
'Tidur lah dulu cik kak, nanti kitorg kejut lagi 10 minit'
Tapi dia tak mahu, katanya takut terlajak sampai subuh. Maka tidak berani ambil risiko.
Lalu, dikuatkan hati untuk memaksa diri untuk sambung study bersama yang dua orang lagi.
Teman kedua , ke hulu ke hilir, pergi dapur, makan, masak air, potong bawang, potong cili, buat air kopi, masuk bilik air, keluar bilik air, duduk bangun dari meja study, baring-baring di katil. Huhu.
Kadang-kadang bernasyid2 seorang diri. Dia mahu menghilangkan mengantuk dan stress agaknya.
Teman ketiga lagi dahsyat, tak kisah dah dengan dunia. (Pecah rekod, tak pandang dah laptop) Pen-pen bersepah, meja study dah tak nampak macam meja study, nampak buku je bertimbun. buku-buku Patho merata-rata. Kertas-kertas latihan Patho juga bertingkat-tingkat. Kertas spot exam jangan dicampak, jangan disepahkan. penting! Nak hafal tu, nak hafal yang ni. Pinjam nota engkau, bacalah nota aku dan sebagainya.
Last sekali tidur, di lantai, sebelah kanan buku, sebelah kiri pun buku. Atas kepala pun buku! Makan buku, minum buku, tidur pun buku! Masya Allah.
Ya Robb, hebat sungguh mujahadah mereka
Tiga sahabat dalam bilik kedua ni memang bagus, saling menyokong di antara satu sama lain.
Seorang bersandar di dinding, seorang bersandar di hujung katil seorang lagi, bermanja dengan meja study.
Bila teman di katil itu matanya sudah layu, maka teman yang bersandar di dinding itu akan segera ke arahnya, mengurut bahu agar dia kembali segar. Sambil mengurut, mula lah masing-masing berceloteh,bergosip serta bergelak ketawa. Sampai orang ketiga mengatakan
'Kita memang tengah tension, sebab tu kita boleh ketawa bila orang buat lawak kan? '
hehe
Dan memandangkan esok(hari ini,23 hb) ada exam, maka jam 12 semua sudah 'syahid'. Berbanding sebelum2 ni, ada yang menelaah sampai jam 2-3 pagi.
Tak tahulah teman bilik pertama tu bagaimana pula hikayatnya .
Dengar cerita beliau syahid jam 1 pagi.
Wallahua'lam
==============================
Hari ni exam Patho. Fuh, penat. Study macam nak 'syahid fisabilillah'. macam esok nak final exam. Sebab semua takut dengan subjek ni. Semua risau kalau tak boleh skor dalam subjek ni. Semua nak buat yang terbaik.
Patho adalah berkaitan dengan penyakit. BANYAK kena hafal. Oh, bukan nama penyakit aje kena hafal, malah mekanisme, isi kandungan penyakit, gross picture, microscopic picture(dh terkeluar ayat-ayat medik) dan sebagainya
dan malam ni, aku ditinggalkan keseorangan. Yang lain sudah berada dalam 'dunia' lain. Hehe
Sungguh, hari ini merupakan hari yang memenatkan. Jadi semua orang tidur awal supaya esok boleh bangun qiyam dan mula study untuk subjek berikutnya Parasitology.
Aku intai mereka di bilik masing-masing, dan aku berasa terharu. Betapa bila melihat wajah mereka aku tahu mereka sedang berjihad dengan sejihad-jihadnya.
Tidur tak cukup, makan tak banyak sangat, amal ibadat pun hebat. Masya Allah!
Jihad dalam medan ilmu bukan mudah dan sangat-sangat dipandang mulia.
Didoakan oleh penduduk langit dan bumi buat pencinta-pencinta ilmu agar dosa mereka diampunkan dan urusan mereka dipermudahkan. Malah seorang muslim yang mati ketika menuntut ilmu itu, mereka dikira sebagai SYAHID di jalan Allah. Subhanallah!
Teman-temanku, teruskan berjuang. Kalian lah kekuatanku, kalian jualah inspirasiku.
Ya Allah, terima kasih kerana pinjamkan mereka, berikan kekuatan kepadaku.
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau tidak pernah membiarkan aku bersendirian di bumi tempat aku berkelana ini
Terima kasih Allah!
Alhamdulillah Alhamdulillah
Allahuakbar Allahuakbar
Semoga hari esok lebih baik berbanding dari hari ini, Ameen
ini tulisan fathiyyah
dari bumi Cairo yang sejuuk (baru berapa darjah suhu)
Salam warahmatullahiwabarakatuh
Saturday, January 23, 2010
Pengantin

21.01.2010

Hehe, ni pengantin lama.
Sakinah Hatta :D
(nk dekat setahun dah eh inah?)
===================
ni baru teman-teman Al Amin
belum masuk cerita seniors Cairo
(aku terkejut badak bila tahu kakak2 ni dah nak kawen!)
dan aku petik kata-kata dari blog Kak Aliyyah
" Itu janji Allah buat kalian yang bernikah, akan dianugerahkan sakinah, mawaddah dan rahmah"
:)
Wednesday, January 20, 2010
Dibelai
Sementara menantikan waktu asar,
Berkeluh kesah, gelisah, tak keruan, hati tak tenteram
penat lelah dilepaskn, terasa kerehatan bukan lagi nikmat
mengeluh kerana merasakan bidang ini payah, perlukan banyak pengorbanan baik dari segi masa, tenaga dan waktu tidur!
Mengadu kepada emak, lalu emak membelaiku
" Mestilah susah, thia kan sedang belajar tentang manusia, sebaik-baik ciptaan "
kemudian diri ini hanya mahu mencari Tuhan, kerana hati mahu dibelai lagi
sambil-sambil mentadabbur alam dan Al-Qur'an.
Jari jemariku menyelak surah Maryam,
tertarik kerana diceritakan bagaimana Maryam bertawakkal kepada Tuhannya sewaktu melahirkan Isa a.s ,
Maryam bersendiri, tiada berteman melainkan Tuhannya ,
lalu diberikan pertolongan dan bantuan dari langit dan bumi
" Kemudian rasa sakit akan melahirkan akan memaksanya(bersandar) pada pangkal pokok kurma, dia(Maryam berkata) 'Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan "
"Maka dia(Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, 'Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu' "
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak untukmu"
Maryam: 23-25
Saidatina Maryam yang sedang sarat mengandung ,lemah tak berdaya itu pun masih mahu berusaha yakni dengan menggoyangkan pohon kurma itu, apatah lagi kita yang masih kuat dan sihat ini?
Baru menghadap buku beberapa jam sudah lembik. Baru beberapa helai mukasurat membuat nota sudah lemah gemalai. Baru sekali dua gagal menghafal beberapa ayat, sudah patah semangat, senang give up!
Tidak kuatkah kita? Lemah sangatkah kita?
Mahu motivasi lagi? Nah
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap "
Al Insyirah : 5-8
Dan belajar itu adalah ibadah. Belajar itu juga adalah jihad. Andai jihad dalam medan ilmu ini mampu memartabatkan kembali Islam, mampu membawa kembali seluruh alam untuk menyembahNya, maka kenapa perlu ada rasa malas, sedih dan mengeluh tak sudah-sudah?
Dan lagi niatkan terus usaha gigih kita ini sebagai persembahan di hadapan Allah!
Diri kita kan sudah berikrar di hadapan Raja dan Pencipta segala penduduk langit dan bumi, bahawa diri kita ini diwakafkan, diserahkan sepenuhnya kepada Dia. Lalu, kenapa perlu rasa terpaksa lagi?
Tawakkal kepada Yang Maha Mengetahui itu seharusnya seluas lautan, setinggi melangit hingga ke angkasa.
Dan insya Allah, pertolongan dan bantuan itu akan datang, kerana Dia akan senantiasa menepati sangkaan dan harapan hambaNya yang tidak pernah putus dari berharap dan tidak pernah berhenti dari berusaha
Dia adalah Allah. Dia yang tidak pernah jemu memberi ampunan kepada hamba-hambaNya yang tidak jemu juga dari berdoa dan berharap. Dia yang tidak pernah berkira untuk memberikan rahmatNya buat kita
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka kepada jalan-jalan Kami. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik "
Al Ankabut : 69
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu "
Muhammad : 7
Iya, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar dan akan diberi ganjaran yang tidak terbayang di benak fikiran di atas kesabaran mereka
" (sambil mengucapkan) 'Selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu'.
Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu "
Ar Ra'd : 24
and again
Allah kan ada
:)
p.s: kalau boleh muntah sebab baca buku, maka muntahlah. Terbukti di situ yang kita sedang berjihad sungguh-sungguh kan. hehe
Tuesday, January 19, 2010
Dukturah
Suka pergi ke kedai runcit yang satu tu. Sebab pekedainya suka panggil aku(dan budak Malaysia lain) dengan gelaran 'duktur' dan 'dukturah' , mengucapkan selamat pagi dan bertanyakan khabar.
Terasa sangat diraikan :)
Bila dia memanggil aku sebegitu, terus-terus aku mengingatkan salah satu petikan dalam buku From Beirut to Jerusalem oleh Dr Ang Sweee Chai
Kanak-kanak Palestin juga memanggil beliau 'Dukturah' sambil melambai-lambai tangan kegembiraan. Beliau juga sangat diraikan oleh penduduk Palestin di sana sewaktu menjalankan misi kemanusiaan ketika peristiwa Shabra Shatila yang manyayatkan hati itu.
Masakan boleh disamakan aku si budak berhingusan ini dengan Dr Ang Swee Chai. Tapi apa salahnya jika 'dukturah' itu berbentuk doa
=================
Malam ini sepi sedikit. Ada dengar bunyi kapal terbang di awan, sayup2 suara orang Arab yang berjalan-jalan pada waktu malam, mungkin mereka baru pulang dari mencari rezeki.
Aku suka waktu tengah malam, dan suka juga waktu Dhuha. Bila duduk sendirian, diam-diam pada waktu-waktu macam ini, hati seperti ditenangkan oleh Tuhanku . Dan sangat mudah untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Pencipta
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun"
Al Israa: 44
" Sungguh, (agama tauhid) ini adalah agama kamu, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku "
Al Anbiya' : 92
" Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang "
Az-Zumar : 53
Monday, January 18, 2010
Al-Furqan
" Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki
dan membatasi(bagi siapa yang Dia kehendaki)
Mereka bergembira dengan kehidupan dunia ,
padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan(yang sedikit)
dibanding kehidupan akhirat "
(Ar Ra'd : 26)
Surah ketiga belas
================
Kenapa perlu exam?
Sebab hidup ni memang exam pun
Muslim yang memahami exam,
adalah exam bukanlah sekadar bertulis di atas kertas,
praktis dengan dengan manusia
bersoal jawab dengan pemeriksa
Exam kita adalah kehidupan dunia ni
Dunia yang cantik, menjadi tempat tinggal jutaan hidupan
Dunia yang indah, namun ianya sementara
Kita diuji, diberi cabaran, dihujani dugaan
kemudian dikuatkan oleh Yang Maha Kuat
diberi kesabaran oleh Yang Maha Sabar
Kemudian diberi ganjaran tak ternilai hebatnya oleh Yang Maha Pemurah
Alangkah ruginya kita
kalau tak guna dunia ni betul-betul
alangkah sayangnya
kalau tak 'bercucuk tanam' amalan di dunia ni sungguh-sungguh
alangkah sedihnya
kalau kita tak ada apa-apa pun hasil tuaian dunia ni di akhirat kelak.
Aku pernah tulis di sini dahulu kan?
Kalau lah exam di atas kertas ini lagi boleh mendekatkan aku dengan Tuhan aku
maka, aku sanggup kalau aku berhadapan dengan exam ni setiap hari
Kalau dengan exam ni tawakkal, doa dan usaha aku itu seluas lautan dan setinggi langit,
maka, aku sanggup
p.s: tipulah kalau aku kata aku tak tension langsung dengan exam ni.
Lagi-lagi masuk third year ni kan.
Subjek yang perlu dihafalnya masya Allah.
Banyak tak terkata.
(ni baru mid year)
Tapi entah, bila dibukanya Al Furqan itu
maka, secara langsungnya ia menjadi penawar hatiku.
oh ya, entry ini sebagai pengganti entry yang lepas.
Aku save as draft, sebab merasakan ia ntah apa-apa
15 minit
Salam warahmatullah
Siapa lah yang tidak mahu menjadi baik?
Siapa lah gerangan orangnya yang tidak berhajatkan langsung kepada kebaikan, kembali kepada fitrah dirinya, menjadi diri yang lebih baik dari sebelumnya?
Siapa lah orang itu yang merasakan dirinya tidak mampu untuk berubah
Aku mahu berubah, dan sedang berubah. Walaupun pernah suatu ketika dahulu, aku tidak pernah yakin dan percaya pun bahawa aku mampu untuk berubah.
Aku benci kan diri aku dahulu, seorang yang tahu tetapi tidak betul-betul beramal dengan apa yang dia tahu, tidak praktis sungguh-sungguh dengan apa yang dia dapat
Tidak menjaga serta memelihara betul-betul iman dalam dirinya
Tidak berazam untuk menjadi muslim yang sebenar-benarnya.
Aku benci akan jahiliyyahku dahulu. Malah aku masih dalam proses meruntuhkan serta memusnahkan 'berhala-berhala' dalam hatiku
Aku benci kepad jahiliyyah yang pernah bertapak dalam diriku dahulu.
Aku benci kepada jahiliyyah, sebagaimana aku membenci untuk dicampak ke dalam api.
Sekarang rasa benci untuk dicampak api, esok pun tidak mahu dicampak ke dalam api,
Sampai bila-bila pun aku benci untuk dicampak ke dalam api.
Kita mahu berubah, dan kita berharap agar kita diberi pahala berlipat kali ganda dengan perubahan kita itu, iaitu penghijrahan kepada manusia yang lebih baik, kehidupannya lebih diberkati serta mendapat naungan dari Allah.
Tapi kita selalu lupa,
bahawa pahala mujahadah untuk berubah itu pun Allah tak pernah lepas pandang pun .
Pahala mujahadah kita untuk meninggalkan jahiliyyah itu sendiri Allah tetap kira, tak terlepas satu walau sebesar kuman sekalipun
Maka, jangan berhenti bermujahadah. Mujahadah dalam apa jua.
Mujahadah seolah-olah Allah sedang melihat kita.
" Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya .
Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan(kepadanya).
Dan sesungguhnya akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.
Dan kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)
(An Najm: 39-42)

Kalau Allah ada bersama kamu, maka kamu fikir kamu akan lemah?
p.s: okeh, 15 minit milik aku ini harap telah digunakan sepenuhnya
Mari study, study seolah-olah Allah sedang melihat kamu, Fathiyyah.
Saturday, January 16, 2010
Doktor oooo Doktor..
"Doktor oooo doktor "
Atuk memanggil aku dengan panggilan begitu, sejak aku kecil.
Sejak aku kenal ABC. Sejak aku kenal 123
Kerana dilihatnya aku nakal, dalam kalangan cucu-cucunya, aku diperhati lebih aktif berbanding yang lain. tidak boleh duduk diam , maka didoanya begitu untuk aku.
"Doktor.. doktor... Dr. Fathiyyah "
==============================
Emak memalingkan muka daripada terus melihat,manakala doktor di situ masih setia di sisinya.
"Macam daging busuk, thia. Sampai hati dia sorokkan dari kita sampai tahap teruk macam ni. Dia lagi rela tanggung sorang-sorang."
Betul, atuk disahkan menghidap barah. Barah Payudara. Dengan umur lanjut macam tu.
Emak menangis, dan aku diam.
==============================
Aku lihat kak long. Beberapa minggu lagi akan berlangsung walimahnya di Gombak, namun kak long masih mahu mengajak aku menemaninya untuk bawa atuk k e HKL.
Kak long perlukan aku untuk mengangkat kerusi roda dari kereta.
Bawa atuk untuk rawatan Radioterapi tu. Rawatan yang belum tentu dapat menyembuhnya.
Aku menangis, tapi dalam hati.
=============================
Semalam belajar Pathology. Tajuk Malignant Tumours. Dan aku tak suka sangat lah tajuk ni.
Aku belajar sambil menangis. Menangis sebab teringat atuk yang pernah mengalami kesusahan sampai macam tu sekali.
Kita ingat lepas buat surgery , akan boleh kembali macam biasa. Tapi aku baru belajar yang kalau tumour tu dibuang pun, ia akan merebak ke tempat lain. Sebab dah sampai tahap macam tu. Dan lagi, atuk dan tua. Immune badan pun kurang.
Aku menangis teruk
Menangis sebab masa tu aku baru tingkatan empat. Belum belajar medik lagi. Belum jadi doktor macam atuk selalu panggil tu.
Aku menangis lagi, sebab aku tak berada di sisi atuk pun sewaktu atuk menghembuskan nafas terakhirnya. Sebab waktu tu aku di asrama, Kisas
================================
Aku lihat kak long, angah dan abang anwar. Seorang demi seorang menghampiri jenazah atuk. Mengucup atuk kesayangan kami buat kali terakhir,mengucapkan selamat tinggal
Masa tu Kak Long mengandungkan Kamil. Baru tiga bulan.
Kak Arsyi, baru keluar hospital, melahirkan cicit atuk yang pertama, Itqan
Angah dan Abang Nuar mencium dahi atuk lama. Abang Nuar menangis disisi atuk sampai pipi arwah atuk basah.
Aku? Menangis di tangga dengan adik.
Hafiz dan Zaim, tak faham apa-apa
emak, tabah. sangat sangat
==============================
Atuk, yang rajin belanja ais krim, rajin belikan kit kat
Rajin melayan kami bercakap pot pet pot pet
Rajin berleter sebab bangun lewat solat subuh
Atuk yang pemurah, bagi duit belanja lebih kalau emak ayah tak sempat bagi.
Atuk, pengganti emak ayah bila mereka sibuk bekerja
Atuk, pengasuh kami 7 beradik
Atuk, peneman, penyeri dan penghibur hati
uit Fathiyyah, atuk tu Allah bagi pinjam je. Bukan milik engkau pun.
Terima kasih Allah, sebab datangkan arwah atuk dalam hidup kami
p.s: Terbaca dalam buku medik. Cancer is a genetic disease. Hurmm hurmmmm..
Cancer memang boleh bawak kepada mati pun. Tapi dah tak takut sangat kepada cancer tu. Sebab sekarang pun aku boleh mati. Masa aku tengah menaip ni pun, Allah berhak untuk ambil nyawa aku.
Maka,
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Al Fatihah
Tuesday, January 12, 2010
Jalan-jalan
Salam w.b.tHari itu, aku pergi jalan-jalan. Nak dekat exam pun masih sempat berjalan. Tapi bukan sebarang jalan-jalan. Sebetulnya, ada tuisyen Pathology.(iye, medik mesir mmg ada tuisyen pun).
Aku tidak ambil teksi, bas atau tremco ke tempat tuisyen. Malah, aku berjalan kaki. Dengan alasan untuk menjaga kesihatan serta menguruskan badan(hehe) Selain itu, aku mahu menghirup udara Nil :)
Berjalan kaki, lalu mengambil jalan pintas dengan memasuki kawasan perkarangan universiti. Sebab tempat belajar terletak di Manial, di belakang fakulti perubatan itu.
Di universiti , suasananya meriah. Ada mercun merata-rata tempat, ada letup sana letup sini tetapi tiada bunga api. Ada orang ramai-ramai memukul gambar di depan conference hall dengan jubah dan 'topi' masing-masing .
Bila diselidiki dan diperhati, rupanya mereka itu adalah abang-abang dan kakak-kakak tahun akhir yang baru sudah selesai final exam mereka. Aku menjadi teruja dan secara tidak langsung aku juga mendapat motivasi.Malah, aku melangkah kaki ke tempat tuisyen pun dalam keadaan semangat berkobar-kobar sambil membayangkan aku berada di tempat mereka.
Apa pun, mari ucapkan tahniah kepada Abang Iqbal Munawir, Abang Izwan, Kak Aniah, Kak Faiqah (Kak Sarah , Kak Faiq pun dah jadi doc macam akak :) ) serta Kak Lina kerana berjaya menamatkan pengajian perubatan mereka selama 6 tahun setengah di Cairo University
Nah nah, mari tengok gambar :)
Puan Aniah dan Puan Faaiqah :)

Credits for Kak Aniah for all the pics :)
===========================
Hurm hurmmmm..
Dah UPSR, dapat 5 A, masuk sekolah bagus-bagus atau stay sekolah lama
Dah dapat 9A/8A dalam PMR , masuk sekolah bagus atau stay sekolah lama juga
Dah SPM, dapat keputusan ok, dapat masuk U
Dah grad dari U, dapat pointer cantik-cantik atau biasa-biasa,
Dapat degree, sambung Master, sambung PhD
Lepas tu dapat Dr, Ir, Ar
Lepas tu berkahwin, berkeluarga, bercucu
Lepas tu bekerja, tambah hasil pendapatan, besarkan rumah, besarkan potensi
Lepas tu lepas tu ?
Akhir sekali, akan mati lah. tapi sekarang dah tak semestinya pun mati tu sinonim dengan umur yang lanjut. Sekarang pun aku boleh mati kalau itu yang tertulis sewaktu di alam ruh lagi
Soalnya, bagaimana kita mati? Soalnya kita mati nanti, kita dalam masih dalam keadaan bersaksikan yang Allah tu Tuhan kita atau tidak? Atau kita mati nanti dalam keadaan kufur? Nauzubillah
tadi tadabbur Surah Al-Insyiqaq. Terhantuk habis segala isi hati dan fikiran bila kena tegur dengan Allah
Dah UPSR, dapat 5 A, masuk sekolah bagus-bagus atau stay sekolah lama
Dah dapat 9A/8A dalam PMR , masuk sekolah bagus atau stay sekolah lama juga
Dah SPM, dapat keputusan ok, dapat masuk U
Dah grad dari U, dapat pointer cantik-cantik atau biasa-biasa,
Dapat degree, sambung Master, sambung PhD
Lepas tu dapat Dr, Ir, Ar
Lepas tu berkahwin, berkeluarga, bercucu
Lepas tu bekerja, tambah hasil pendapatan, besarkan rumah, besarkan potensi
Lepas tu lepas tu ?
Akhir sekali, akan mati lah. tapi sekarang dah tak semestinya pun mati tu sinonim dengan umur yang lanjut. Sekarang pun aku boleh mati kalau itu yang tertulis sewaktu di alam ruh lagi
Soalnya, bagaimana kita mati? Soalnya kita mati nanti, kita dalam masih dalam keadaan bersaksikan yang Allah tu Tuhan kita atau tidak? Atau kita mati nanti dalam keadaan kufur? Nauzubillah
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu. maka kamu akan menemuiNya"
Al Insyiqaq : 6
Al Insyiqaq : 6
Oh duniaku yang menjadi tempat berpenat. Baik untuk orang Mukmin mahupun Kafir
Kita boleh pilih nak jadi golongan yang mana
Golongan satu : Dunia >> penat -------- Akhirat >> penat (neraka jahannam)
Golongan dua : Dunia >> penat ---------Akhirat >> rehat (syurga Firdaus )
Maka, mari berpenat mari berjihad
Kesimpulannya Fathiyyah, mari sambung belajar :D
Salam dari bumi Cairo berlangitkan bintang-bintang yang tersembunyi di sebalik awan yang tebal
Sunday, January 10, 2010
Akhir
Jumaat lepas merupakan kelas arab ammi yang terakhir buat kami. Maka, mari ucapkan selamat tinggal buat sementara kepada kelas Arab bagi tahun ini. Kemungkinan besar, Syila dan Aisyah akan menyambung pengajian dalam Arab Fushah pada semester kedua nanti. Aimi dan Wani belum tahu. Aku pula, mungkin akan sambung bila masuk tahun 4.
Oleh sebab mahu fokus kepada tahun 3 ini dahulu, maka perlu korbankan :(
Aku lebih mahu dan excited untuk belajar arab Fushah sebenarnya(supaya nanti boleh lawan cakap arab dengan Tiqah si budak kecik Irbid. hehe) Tak macam sekarang, Tiqah cakap Fushah, aku cakap Ammi. Tak ubah macam ayam bercakap dengan itik.
Buat ustaz, Jazakallahukhairan Katheera.
Oh ya, hari ni kelas terakhir untuk semester pertama. Maka hari ni jualah merupakan hari terakhir ke universiti. Esok, akan bermula 'cuti-cuti untuk study'. Sehingga 22 Januari 2010.
Ok, universiti dah pun cuti, blog ni tak tahu bila pulak nak cuti. (nak tunggu mak berleter dulu suruh jgn updet blog sgt, baru nak berhenti?? errrk :D Kalau kita tak tulis kang disuruhnya tulis sebab nk tahu cerita dan mula rindu-rindu. hehe )
ye ye, jangan risau. Penulis tahu yang dia memang perlu berhenti buat sementara dari menulis blog. Tengah tunggu orang suruh je. Kalau takde orang suruh, kita akan memerintahkan kepada diri sendiri :D
Oh ya lagi, hari ni jumpa ayat Al-Qur'an yang best
"Dan katakanlah, bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan "
At-Taubah:105
Kita asek-asek kejar result mumtaz je. tapi usaha,tawakkal dan doa tu belum cukup mumtaz lagi. Hubungan kita dengan Allah dan manusia sekeliling kita pun belum mumtaz lagi.Kalau lah kita dah ditentukan untuk dapat mumtaz, sedangkan ibadat dan amalan kita belum cukup mumtaz, maka rasanya kita layak ke nak dapat mumtaz tu?
Sungguh, Allah tak pandang pada result kita kan? Sebab Dia memang dah tahu pun kita akan dapat apa. Allah tu Maha Adil. Sebab Dia memang tengok usaha, doa dan tawakkal kita. Allah sedang menilai, dalam banyak-banyak hamba Dia, hamba yang mana yang paling berusaha untuk mencapai keredhaan Dia, hamba mana yang paling banyak berjihad untuk mendekati Dia.
Maka, mari bekerja dan berusaha seolah-olah Allah sedang melihat kita.
Mari belajar dengan ihsan :)
Aku selalu terlupa tentang benda ini. Oleh itu, tolong ingatkan aku. Dan aku juga akan mengingatkan yang lain, Insya Allah .
Saturday, January 9, 2010
Empat Bulan
Emak kata sudah empat bulan
Aku kata, baru empat bulan
Kakak kata, perlu bersedia walaupun belum tahu lagi bila akan memasuki alam baru itu.
Alam baru belum tentu mudah dan senang. Malah ia mungkin lebih mencabar berbanding sekarang.
Kakak kata lagi, sekarang bukan setakat bersedia dari segi fizikal sahaja. Bukan setakat hebat di dapur, terer melipat baju,mengemas katil atau handal membersih
Malah dari segi mental dan ruhi juga perlu betul-betul kuat. Hubungan dengan Allah juga perlu lebih mantap berbanding sebelumnya. Hubungan dengan manusia juga perlu lebih erat, dijaga dengan sepenuhnya.
Semuanya kena seimbang. Baik luaran mahupun dalaman. baik perkara kecil mahupun perkara besar.
ok, sudah mula cakap yang bukan-bukan, Penulis sendiri tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu tulis.
:)
Abou Shakra
Salam w.b.t
amaran awal: entri ini banyak gambar
Ye, aku tahu. Makin nak dekat exam, makin banyak makan(betul ni mak. Thia banyaak makan). Makin pokai duit, makin suka mencuba makan-makan di tempat-tempat hebat di sekitar tempat tinggal. Macam Abou Shakra ni. Ianya telah menjadi terkenal dalam kalangan budak-budak Melayu, lebih-lebih lagi bila ia disebutkan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih itu :)
Maka, mari semua kita pilih menu. Order saja(duit sendiri-sendiri) kecuali birthday girl! Oh oh. Nak buat kejutan, tapi tak jadi rupanya. Budak itu sangat bijak dan boleh meneka. Tidak seperti budak kecik yang kami pernah kenakan sebelum ini, sampai dia menangis terharu(hehe)
Saya sedang memilih

Saya sedang menunggu makanan yang dipesan tak sampai-sampai
Dan akhirnya!......

namun, kek inilah jua yang terbaik. Budak kecik sampai tak lena tidur malam menyiapkan ini
Sungguh, ianya memang terbaik!
Dan inilah birthday girl yang dimaksudkan. Kehebatannya memotong kek memang diakui ramai

Pasrah menghabiskan makanan
Budak bertudung biru itulah yang paling pasrah berbanding yang lain
Nak pegang pisau garpu pun tak reti. (hehe)
(Habiskaaaan habiskaaaan. Mahal-mahal niii)

Muka pasrah lagi bila melihat bil..
Dalam hati mengatakan "tak tahu lah kot kot kalau kita kena stay basuh pinggan"
Dalam hati mengatakan "tak tahu lah kot kot kalau kita kena stay basuh pinggan"

Balik-balik!
(ni nak tanya.. princess, gambar apa niiiii??? )
Apa pun, buat 'kakak' kami yang sudah berumur 21,
Happy Birthday to you
Moga hidup kakak dirahmati
p.s: Budak-budak itu sangat terer bergambar. Sebenarnya sesi makan-makan itu riang dan gembira. Riuh rendah tak terkata. Tapi dalam gambar, sebaliknya :)
Aimi j, sori. Gambar kamu langsung tiada. Takde gamba elok la
Friday, January 8, 2010
Masalah
Ustaz kata, kalau kita tak ada masalah, kita takkan rasa nak mencari Allah
Maka, aku akan tersenyum, selepas menangis.
Sudah tentu, sekarang aku rasa tempat aku mengadu hanyalah Allah.
Allah yang tak pernah abaikan aku
Dan bila sudah rasa nak lemah, baru terasa mahu muhasabah cinta kita dengan Allah
"133.Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa
134. (iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya, dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
135. dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui "
Ali- Imran : 133-135
Hari Jumaat yang sibuk, hari Jumaat yang penuh dengan rahmat
Hari Jumaat yang aku tunggu-tunggu
Hari Jumaat yang sangat istimewa dalam hidupku.
Uit uit Fathiyyah, kuat kuat !
Thursday, January 7, 2010
Syurga
Salam w.b.t
Kita tak pernah memilih orang, untuk menceritakan semua apa yang kita tahu. Kita tak pernah memilih orang, untuk ajak buat sama kebaikan. Kita tak pernah terfikir pun untuk target certain2 individu sahaja, untuk sampaikan apa yang kita tahu.
Kalau boleh, kita nak bagi tahu SEMUA orang apa yang kita tahu. Tapi kemampuan kita juga terbatas. Tak semua benda yang kita buat tu cukup sempurna, boleh puaskan hati semua orang.
Kadang-kadang kita perlu mendahulukan orang-orang yang datang, minta ajarkan dia, minta tunjuk jalan, minta diberi nasihat, mintak diajar untuk berubah, minta ditarbiyyah. Sedangkan masa tu, kita sedang sibuk-sibuk mengejar orang lain, nak ajak mereka buat benda baik juga. Tapi orang yang kita kejar tu tak nak dengar sangat pun tentang apa yang kita sibuk-sibuk bercerita. Dia tak nak ambil serius pun, dia macam sudah tahu je.
kadang-kadang kita selalu terkejar-kejar sorg tu, tapi sayang, dia tak suka tarbiyah-tarbiyah. Sedangkan kita lupakan dan sisihkan org yg sangat mahukan dan dahagakan tarbiyah. Maka, kita tak nak bazir tenaga dan masa yang kita ada. Sebab tanggungjawab kita sebenarnya lagi banyak berbanding masa yang kita ada. Sebab kita sendiri memang tak cukup tangan. Kamu ingat ramai ke orang nak buat kerja-kerja macam ni?
Please refer to Surah 'Abasa. Kisah Allah menegur Rasulullah S.A.W . Rasulullah jadi pelakon utama dalam surah itu. Allah tak tegur Rasulullah sahaja. Allah sebenarnya sedang menegur kita juga.
Kita tak pernah abaikan perkara-perkara kecil dalam mengejar benda-benda besar seperti menakluk dunia. Kita tak pernah pandang ringan benda-benda macam tu. Sebab tu, kita wujudkan satu support system yang terdiri daripada orang-orang yang tahu dan faham dengan apa yang mereka sedang buat sekarang. Orang-orang ini akan bekerja dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka ni tak pernah terfikir pun nak dapat nama, apatah lagi ganjaran wang dan kedudukan di sisi manusia.
Orang-orang ini hanya fikir mereka perlu buat sesuatu, mereka perlu berkorban apa sahaja. Mereka akan saling menyokong antara satu sama lain, merekalah juga akan memperingatkan aku perkara mana yang perlu didahulukan dan perkara mana yang perlu ditangguhkan dahulu. Mereka inilah yang lupa mengingatkan aku untuk tidak sekali-kali mengabaikan perkara-perkara kecik itu di samping takkan lupa tentang target-target kita
Kamu-kamu fikir,
Berada di jalan ini, mudah.?Nak bina seorang wanita seperti Siti Khadijah dan Aisyah itu boleh mengambil masa dalam sehari? Kamu ingat nak bina manusia itu sama macam nak bina bangunan tinggi-tinggi? Aku kata susah, dan susah dan perlu makan masa yang lama dan amalan yang berterusan. Aku kata payah, sebab manusia itu hatinya sentiasa berubah-ubah. Hatinya sentiasa berbolak-balik. Dan sungguh, Dialah saja yang berkuasa memegang hati-hati ini.
Sebab sudah tentu usaha nak memiliki syurga itu bukan hanya dalam masa seminggu, sebulan, malah setahun pun belum tentu. Syurga itu tinggi nilainya. Entah umur kita dihabiskan selama berbelas-belas tahun itu mampu ke tidak nak dapat syurga tu. Entah selama ni kita bagi ruh kita makan cukup ke tidak. Entah lah.
Kamu fikir iman kita sudah cukup kuat? Adakah iman kita sudah cukup gah sampai kita selalu mencabar atau test power iman kita dengan buat perkara-perkara yang boleh menggoyahkan iman. Iman itu boleh ditarik bila-bila sahaja. Malah, dalam masa sejam, belum tentu kita masih ada iman. Belum tentu hidayah dari Allah ni akan kekal dalam hati kita.
Yes, belum tentu. Iman dan Hidayah ini milik Allah. Kalau Allah rasa iman dan hidayah ni tak layak untuk mendapat tuan seperti kita, senang-senang sahaja Allah nak tarik dan berikan kepada orang-orang yang jauh lebih layak berbanding kita.
Maka,alangkah ruginya kita.
Kenapa kita target syurga? Sebab syurga memang target kita dalam hidup di dunia ni pun. Dunia ni tak ada apa-apa pun. Kita berhidup di dunia bukan sebab dunia sahaja, kita hidup sebab kita mahu kejar akhirat tu.
Kenapa kita selalu rasa target syurga tu benda besar? Eh, syurga tu bukan setakat benda besar lah. Syurga tu memang destinasi yang diimpikan oleh kita pun. Tapi sayang, kita tak terfikir sangat pun tentang syurga seluas langit dan bumi tu.
p.s: iman dashuki, aku mahu kata yang kita sehati sejiwa :)

Wednesday, January 6, 2010
Sayangku
Buat mereka, penduduk dunia dan segala isinya :)
Sayangku,
Kalaulah betul kita mengaku kita sudah kuat,
sudah tentu kita mampu berjauhan,
kerana andai tiada aku di sisimu,
andai aku terpaksa menyokongmu hanya dari jauh
aku mengharapkan dirimu akan menjadi lebih tabah
dan diberi kekuatan luar biasa
yang datang entah dari mana
Maka bila sampai saat itu, maka terbuktilah engkau sememangnya kuat
Sayangku
Andai dirimu mahu menangis,
maka menangislah
Menangis bukanlah petanda bahawa diri kita sudah lemah
sudah berputus asa mahupun menyerah kalah.
Kita menangis, kerana kita mahu mengingatkan diri kita
bahawa kita akan bangkit dan maju ke hadapan dengan lebih berani
Hati lebih tegar untuk menghadapi apa sahaja
Sayangku,
sungguh kekuatan itu bukan untuk kita cari
bukan untuk dikejar agar ia mendampingi kita
tetapi kekuatan itu adalah untuk dibina
dibina kukuh dengan asas iman dan takwa kepadaNya
dibina sedikit demi sedikit agar ia meresap terus dalam jiwa kita
Sayangku,
Bila kamu diberi kekuatan
yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuat,
maka apakah kamu rasa diri kamu masih lemah?
apakah kamu rasa dirimu mampu dikalahkan?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dan berjihadlah(berjuanglah), di jalanNya, agar kamu beruntung"
Al Maa'idah : 35
=======================
"Fathy, ada orang pernah share dengan aku, kekuatan tu bukan untuk dicari, tapi ianya perlu dibina"
again, thank you ayu
Subscribe to:
Posts (Atom)