Bismillah..
Selasa. Hari terakhir kelas arab. Hari ni cuti sebenarnya, tapi pergi kelas agak tidak bermaya (tengok Em, cergas je datang kelas arab sejurus balik dari kelas medik).
Dua jam yang sangat terisi. Selain submit homework Insya'(karangan) dan 'khat', belajar I'rab dan Nahu (grammar), kami juga ada 'borak-borak' dengan ustazah tentang macam-macam.
Mimpi dan impian setiap orang, Iblis dan Syaitan, Al Hayah Az Zaujiyyah (Kehidupan berumah tangga), waktu-waktu doa yang dimakbulkan dan akhir sekali, tentang istikharah.
Impian ustazah, adalah moga kami dipertemukan di hadapan Baitul Haram, Makkah Al Mukarramah. Dan tiba-tiba ustazah menangis :')
Nak jumpa ustazah di Makkah dan di syurga Allah! Ameen
Apa pun, macam yang aku tulis semalam. esok (rabu) ada exam . Tempoh peperiksaan adalah dua jam setengah. Perlu tiba di markaz tepat jam 1.30 petang. Ustazah pun berjanji akan mengajarkan kami doa istikharah, bila sudah habis exam (yeay)
Ustaz pula akan mengajar kami tentang sirah nabawiyah
(seperti yang telah dinyatakan dalam pakej. Selain 30 jam belajar bahasa arab, kami ada 3 jam extra dan boleh minta ustaz atau ustazah untuk ajarkan apa-apa selain Bahasa Arab. Tafsir, Sirah, Tajwid atau apa-apa)
Maka,bittaufik wannajah untuk teman-temanku. Cik Epal, Cik Engineer dan Cik Romantis :)

Masa dan belajar. Kalau kita bijak menguruskan masa, memang banyak benda yang kita boleh belajar, bukan? antara nak tak nak, rajin malas, mahu atau tidak sahaja. Kita bukan menuntut ilmu dari buku sahaja, kita juga belajar dari manusia dan belajar tentang manusia. Kita pun belajar tentang emosi dan perasaan setiap hari, cuma antara sedar atau tidak.
Maka Fathiyyah, mari buka buku ophthal dan Arab. Hayya bina ~
Masalah keselamatan di sekitar sayyida zainab yang kian menjadi-jadi.
Kawan-kawan akhawat yang disayangi, utamakan keselamatan ya. Kalau boleh elakkan dari keluar malam. Dan jika keadaan benar-benar dalam darurat, pastikan kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga (elak dari keluar malam, musyrif, lada spray etc)
Benar, tawakkal kita sentiasa pada Dia, tetapi tiada apa lah tawakkal itu jika kita tidak berusaha dengan sebaik-baik usaha dan ikhtiar.

Rabu adalah hari aku memasak. Cadangnya nak hidang Fatiroh (ala-ala roti canai) bersama kuah Dal. Yup, nak masak kuah dal esok pagi, tetapi resepi belum dapat lagi dari cik yang pakar dalam memasak.
Ahli rumah 'Liya dan Safura' akan join anfaal untuk sarapan esok (harap-harap menjadilah kuah dal tu. First time ni)
Kawan-kawan akhawat yang mengenali diri dan anfaal, meh la datang rumah bersarapan bersama . (erk, kalau nak datang, bagitahu lah dulu. Boleh bajet nak masak berapa banyak :) )
====================
Kawan-kawan akhawat yang mengenali diri dan anfaal, meh la datang rumah bersarapan bersama . (erk, kalau nak datang, bagitahu lah dulu. Boleh bajet nak masak berapa banyak :) )
====================
Hati : hakikat yang hidup pasti bergerak
Andai murobbi jauh atau tiada bersama untuk mentarbiyyah kita sekalipun,
sudah tentu Qiyam, bacaan Al -Qur'an, zikrullah, amalan-amalan fardi itulah yang akan menjadi 'murobbi' dalam mentarbiyyah dan mendidik kita
Thabatkanlah kami ya Allah, di atas jalan menuju kepadaMu
sudah tentu Qiyam, bacaan Al -Qur'an, zikrullah, amalan-amalan fardi itulah yang akan menjadi 'murobbi' dalam mentarbiyyah dan mendidik kita
Thabatkanlah kami ya Allah, di atas jalan menuju kepadaMu

3 comments:
danbo chumil!
eh cik romantis sapa?
salam fathiyyah..
takde nk komen apa. sejuk pg2 otak beku. semoga sukses fathiyyah kt sana bersama suami.. heheh
:) salam ukhti solehah :)
bestnya dapat belaja bahasa arab macam kat klang dulu. bestnya ustazah nak ajar doa istikharah! sangat tersentuh bila awak kata ustazah menangis sama. comel rasa ustazah!
semoga sukses dlm ujian-ujian!
Post a Comment