Hati: hakikat yang hidup pasti bergerak

December 27, 2010

Exams






Bismillah

Sangat terkesan sebenarnya dengan tazkirah oleh Milah dalam kelas hari tu.
Sangat terasa bila diri ni melekat dengan Al-Qur'an bila terasa diperlukan sahaja.
Masa tengah 'down', waktu susah, waktu tengah sedih, baca bila lepas solat, masa dalam usrah, bila nak dekat exam.

Amik isi Al-Qur'an sikit-sikit je. Rasa sangat belum amik segala content Al-Qur'an itu dengan seluruhnya.
No wonder aku ini belum layak dan mampu digelar insan Al-Qur'an atau mushaf yang berjalan.
Tidak hairan lah, aku masih belum layak untuk menjadi seperti generasi Rabbani pada zaman para sahabat Rasulullah S.A.W dulu yang benar-benar menjadikan semua isi Al-Qur'an itu sebagai panduan untuk seluruh hidup mereka.

Nah, telah dibentangkan semua sejarah, sudah terbukti bahawa dengan segala panduan
dari Al-Qur'an dan As Sunnah, mereka telah berjaya menawan dua pertiga dunia.

====================


Masuk klinik atau wad ophthal, kalau terserempak atau jumpa doktor, nurses atau patients, akan bagi salam dan senyum semanis mungkin (kalau doktor 'garang' mesti takut nak senyum) Automatik agaknya, mata sendiri mesti tertumpu dengan mata para pesakit.

Ada mata yang bahagian putih(sclera) jadi merah macam darah.
Ada yang bernanah, ada yang bentuk macam kon (keratoconus).
Ada jugak cacing dalam mata (tengok dalam atlas)
Ada kes mata yang bengkak besar! (orbital cellulitis atau tumor)
Ada mata yang nampak sebelah je, sebelah lagi tak nampak dan macam-macam lagi.
ada mata yang terbonjol keluar sedikit (exophthalmos),
ada juga yang mata macam tenggelam ke dalam (sunken eye)

Kita yang melihat pun terasa sedih kan, apatah lagi mereka yang menanggung.

Kata Dr Akif (Physio first year) dan Dr Fadia (Ophthal 4th Year) , seorang doktor yang baik adalah mampu men 'diagnose' patient dengan hanya memerhatikan mereka dari jauh (observation) dan kemudian dibantu oleh history pesakit (history taking), physical examination dan sebagainya.

Maka, kena belajar ya macam mana untuk memerhatikan orang terutamanya pesakit dengan sepenuh perhatian dan disertai bersama penilaian berdasarkan knowledge yang ada.

Dan sangat penting untuk gunakan nikmat secara optimum dalam tugas sebagai hamba dan khalifah yang prihatin terhadap insan dan makhluk lain sekitarnya :)






==============


Baru-baru ni ada perbincangan dan pembentangan tugas dalam medical team.
Tampak jelas, kelemahan yang agak ketara bagi rata-rata pelajar medik adalah kurang tahu apa perkataan sesuai yang boleh digunakan bila berkomunikasi dengan para pesakit dan masyarakat. (erk, penguasaan bahasa arab ammi tak usah cerita lah)

Tak mungkin lah pula kalau kita guna habis semua istilah medik bila menerangkan apa dan kenapa semua mekanisma begini begitu kepada mereka yang bukan dalam bidang ini.

Aku baru tahu yang Hepatitis dalam Bahasa Melayu nya adalah Radang Hati dan Epilepsy adalah sawan. Aku hampir terlupa yang infection itu adalah jangkitan, epidemic itu adalah wabak.

Dan semalam mesej dengan senior di Malaysia, dia ada cerita, pening juga bila nak translate satu-satu istilah medik dalam bahasa kita.

Contoh : Space occupying lesion = Lesi memenuhi ruang otak?
:)

Maka, selamat berusaha lah semuanya ya kalian. Jadi doktor bukan setakat kena banyak knowledge sahaja kan. Mesti banyak membaca dari pelbagai sumber.
Komunikasi dan sikap (attitude) juga penting.
Dan semua seharusnya kena seimbang.
Koloborasi akal, ruh dan jasad yang sejahtera, insya Allah kheir semuanya :)






====================

Rabu ini (lusa ke?), ada exam di tusyen Arab. Nak naik mustawa (level) kena hadapi exam dulu. Maka, kena study!

Isnin depan ada presentation ophthal dan submission untuk assignment. Maka kena study juga!

Isnin satu lagi ada macam-macam exam. Slideshow, 'how to elicit sign' dan oral exam bersama para professor. Oleh itu, silalah dan hendaklah ke atas kamu (aku) untuk study,
(masak, kemas rumah, cuci pinggan) dengan ihsan


p.s: Seronoknya, bahagianyaaa tengok orang kahwin. Kawan-kawan, kakak-kakak :)

p.s lagi : bittaufiq wannajah untuk kamu yang akan menghadapi exam ocse esok

3 comments:

FasiHaH SupiaN said...

betul tu kak fathiy...diri ni pun macam itu juga...belum mengamalkan al-Quran semaksimumnya...muhasabah bersama..

btw, saya pun ada exam rabu nie..moga dipermudahkan ye kak fathiyyah!

izyan hanis said...

seorang doktor yang baik adalah mampu men 'diagnose' patient dengan hanya memerhatikan mereka dari jauh (observation) dan kemudian dibantu oleh history pesakit (history taking), physical examination dan sebagainya.

terima kaseh atas info di atas. ;)

owh. byk nye exam.
bertubi-tubi. :)

all the best.

nota kaki ; sgt SUKA akan pic kotak-kotak comeyl itu. harap dpt jd comeyl mcm die. huhu. :)

fathiyyah said...

Fasihah, tanpa Al-Qur'an siapa lah kita. Mari sama-sama jadi kawan baik dengan Al-Qur'an. Sepanjang masa, di mana jua :)
Bittaufik wannajah untuk exam, dear :)

Yan, tu semua yang akak dapat dari doktor. inspirasi . thanks to them! mesti banyak kan pahala yang diorg dapat sebab bagi inspirasi dan semangat untuk orang muda macam kita :)
huhu, tu lah , agak bertubi-tubi examnya. Insya Allah, semua ok. Mohon doa :)

Hehe, comel kan kotak-kotak kecik ni. Namanya danbo! :D

Take care, my dear akhawat

Followers

© **FroM the inSide**, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena